Friday, December 30, 2011

Oregano Roasted Chicken

Sementara aku masih ingat ni, ada baiknya aku post resepi buat-buat yang menjadi. Sebenarnya semalam agi aku nak update pasal ni tapi blogpress buat hal la pulek. Ni aku pakai apps lain. Pakai Blogger+. Buat pejam mata je membeli di Apps Store.

ok, back to my resepi. Bahan-bahannya:
Ayam, Sos Tiram (1 sudu), Bawang Holland (dadukan), Bawang putih ( 1 ulas, chopped sampai halus), oregano,garam secukup rasa, butter

Cara-caranya pulak:


  1. Perap ayam dengan sos tiram, bawang holland, bawang putih, oregano dan garam. Nak lagi best perap semalaman.

  2. Panaskan oven 200 darjah celcius

  3. Sapukan butter pada ayam yang nak dibakar

  4. Masak dalam oven guna api atas bawah selama 40-50 minit. Yang ni sebenarnya ikut oven masing-masing. Senang citer, tengok ayam dah kecoklat-kecoklatan cantik tu, masaklah tu. In the middle proses masak tu, balik-balikkan ayam supaya both side cantik coklatnya ;)

  5. Dah masak, buat plating tu, if ada air ayam tu jangan bazir-bazirkan, curah atas ayam. ( Teringat jawapan amita Masterchef Msia dalam cabaran buat steak utk elimination test )



Tu je resepinya. Takde la gah sangat tapi simple je. Seswai sangat untuk tukang masak amateur mcm aku ni hah. Selamat mencuba dan happy new year!

test guna blogger+

Aku cuba test guna blogplus pulak

BlogPress Rosak Ke?

Aku nak update bergambar tapi guna blogger web kat ipad tak boleh. Diorang disable function upload image tu. Pastu blogpress pulak wat hal. Aku klik je, tak open2 tapi kat taskbar ade je blogpress. Running ke tak sebenarnya? Dah la apps tu purchase bukan free. Kalo free, takde la ralat nak unistall then install baru. Ada sesiapa tak boleh tolong?

Thursday, December 29, 2011

Belum Rasa Bosan

Hari ni masuk hari ketiga. Aku masih bersuka ria dan tak buat apa-apa kerja yang serius. Perasaan? seronoklah jugak tapi ada jugak time bosannya. Aku masih fikir plan apa nak buat. Startup own business ke? Makan gaji ke? Jadi housewife ke? Tapi sekarang aku bagi peluang masa bertenang kat aku sendiri.

Hari pertama tak bekerja tu aku ikut din beli stok kedai. Jadinya memang terisi la masa aku. 2nd day pulak takde pe yang aku baut except gi pasar tani beli ayam. Aku plan nak buat grilled chicken. Ni tengah tunggu ayam tu di'grill' la ni. Resepi aku ada google tapi last-last buat resepi ikut sukahati aku. If sedap, aku akan buat entry resepi tu. Ni purely ikut apa bahan yang ada kat rumah je.

ok la. Nak jenguk ayam aku. Kang rentung pulak kang!


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, December 26, 2011

Pavlovaku Bantat

Hari ni tak officially start lagi hari-hari aku sebagai housewife atau penganggur terhormat tapi aku dah start boring boleh tak? Dalam pale otak ni duk fikir projek apa nak buat nanti. I'll make sure plan kali ni memang superb dan aku tak regret untuk berhenti makan gaji.

Semalam aku bake pavlova dalam keadaan emosi tak stabil. Aku langgar few rules maka hasilnya 'tak sedap' & 'tak jadi'. Lain Kali jangan suka-suka nak langgar rules ye.

Antara rules yg aku dah langgar:
#1 - Aku tak ikut suhu sepatutnya.
#2 - Meringue aku place lebar sangat untuk dibakar. Kalau permukaan lebar sangat, ada kemungkinan ada part yang terlebih garing dan hangus.
#3 - Aku tukar whipped cream jenis lain. Whipped cream yang sesuai sepatutnya yang ada mix ngan susu. Yang aku guna semalam, whipped cream dah mix ngan sugar so rasenye bila makan ngan meringue jadi super duper manis.
#4 - Better guna buah yang tak berair. Semalam pakai passion fruit ngan orange. Sepatutnya kena tus dulu jus buah-buahan terlebih dahulu supaya jus buah tak membasahkan whipped cream.



- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, December 23, 2011

Semua Secara Tiba-Tiba

Ok, I'm ready to tell all of u apa yang jadi kat career aku sekarang. Bende ni jadi tiba-tiba tapi dah banyak hint rupanya tapi aku buat tak nampak.

Hari selasa aku kena panggil by branch manager untuk sit in meeting sekali ngan team lead aku. Bos cakap ' We're sorry you are not confirmed. The management will send you letter regarding this'. Aku serius blur then aku tanya 'if i'm not confirm then?'. He reply cakap 'your probation also discontinue. We're sorry because this is not our decision. This is management decision... bla..bla..'. Time tu aku rasa macam kena pukau macam tu. Jantung usah cakap la.

Itu hari selasa, then esoknya bos cakap aku dah exceed probation period so technically aku sebenarnya dah berenti. Bos cuba untuk appeal supaya aku end of service hujung minggu sebab dia rasa macam tak ok nak let aku tiba-tiba kan. Aku sedih teramat sampai tak tau nak react mcm mana. In deep of my heart memang rasa marah dan tertipu.

Petang tu dia cakap, after discuss ngan HR diorang decide nak bagi aku option, either aku tender resignation atau dapat termination letter. Nak tak nak aku terpaksalah pilih option resign tu walaupun aku tau yang aku memang diforce untuk berhenti.

Hari ni last day aku. Erm, aku sedih tapi tenang je. Rasa macam takpelah, orang buat t*h* ngan aku, aku tak balas but i'll become better person. Aku tau yang this company ada financial issue even boleh nampak since the first day aku kerja. Tapi serius la, aku macam tak kan percaya this bangsa dah. Hampir-hampir bunuh career aku. Gila ke hape. Aku dah elok-elok permanent kat company yang jauh stabil masuk company diorang yang project hazab nak masuk pastu aku diorang buang gitu je.

Aku memang sedih tapi the other side aku rasa semangat nak buat benda baru. Mungkin ini permulaan aku nak start my own serious business. Ada hikmah semua ni. Lagipun, susah aku nak adapt suasana kat sini. Nak solat pun macam tak selesa sampai aku kena gi masjid atau surau Tesco. Aku tak segigih itu.

Thursday, December 22, 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak

This food really famous kat pahang. So, as orang Pahang mestilah tau nak masak ni kan? Ni resipi ikut ajaran famili aku. Kalau orang lain tak tau la pulak.

Bahan-bahan:
Ikan patin
Cili padi
Kunyit ( tak kisah serbuk ke kunyit hidup. Tapi kunyit hidup rasanya lagi best kot)
Tempoyak
Daun Kesum
Garam


  1. Cili padi, kunyit sila la tumbuk sampai lumat
  2. Masukkan kesemua bahan except garam dan daun kesum dalam periuk
  3. Letak air sampai tenggelam semua bahan-bahan tersebut
  4. Bila mengelegak, masukkan daun kesum dan garam
  5. Bila daun kesum dan layu dan ikan pun dah masak, tutup api dan hidangkan
ciare tanya macam mana nak hilang hanyir ikan tu kan?

Ikan darat memang hanyir sket. Biasanya, aku beli ikan kat Pahang so masalah-masalah hanyir ni jarang jumpa sebab ikan tu diternak kat sungai so air mengalir. Sebenarnya yang ko kata hanyir tu, aku rasa bende tu aku selalu panggil 'rasa tanah'. Rasa tanah ni kalau guna teknik ilang hanyir semua tak lut sebab ikan tu duduk dalam kolam bertanah dan air tak mengalir dah lama. Tapi bolehlah kot cuba bilas air asam jawa / air limau nipis nak bagi kurang sket kehanyiran tu.

Wednesday, December 21, 2011

Dah Terang Lagi Bersuluh

Dah purchased blogpress so doa-doakan la aku blogger tegar. Aku adalah serious pasal full time housewife tu. Tapi yang tak bestnye bende ni jadi secara tiba-tiba. Perlukan masa nak cite semua kat korang. But to those BFF memang dah tau sikit citenye.

Update : Oh my.. They give me an option whether aku tender resignation atau they give me termination letter.


- Posted using BlogPress from my iPad

Percubaan Red Velvet

Ada kot dekat sebulan lepas aku try buat red velvet. Saje nak brush up baking skills. Kalau tengok resipi kat internet dah tau renyahnya nak membuat red velvet. Aku usahakan jugak. Hasilnya, menjadi uols. Hah! sape nak buat tempahan sila email aku cepat. Special price sempena aku nak jadi full time housewife tak lama lagi.

Ni kek togel takde topping


Lubang- lubang tu sebab aku cucuk-cucuk nak tengok masak ke tak. Failed lagi nak paham kepanasan oven. Setiap oven kan beza-beza suhu kepanasan.


Jadi berbaldu segala. Tapi topping aku tak kasi tebal-tebal. Kalau tak sure kalori naik basikal 2-3 hari pun tak abis burn. Tapi yang topping tetebal tu sedap tau.

Last sekali jemput makan kawan-kawan :)

Tuesday, December 20, 2011

iPad UPaid

Banyak cite menarik nak cite tapi kalau berkata-kata tanpa gambar macam tak best. Ntah mana ntah gi cable camera. Card reader nan ado sebab selama ni guna slot kat laptop je. Pastu laptop pulak rosak.

Pastu nak update guna gambar kat iPad, takde gambar. Din punya iPad tapi aku yang berleluasa guna. Nak beli, aku kedekut dengan diri sendiri. Puas aku pujuk din tau. Banyak bende lagi nak belajar pasal bende alah ni. Apps apa nak pakai dan best pun tengah catch up ni.

Nak update blog pakai iPad pun tak reti lagi. Apps apa ey nak guna? Free ke kena bayar? Cepat.. sape terer, cepat  jawab :)

enset ni bila la nak bertukar ;p

Friday, December 16, 2011

Harga Emas Turun?

Dekat rumah lappy din rosak so takde la kami ber-online di rumah. So, lambat la alert isu-isu semasa macam ni. Just happened yesterday harga emas drop dengan banyak dalam tempoh 200 hari. Pesal la pulak aku cerita bab-bab harga emas segala ni kan? For those yang tak tau agi, emas dan perak merupakan investment yang susah nak rugi.

Aku dan din memang dah lama duk usha nak beli emas. Bukan jenis perhiasan sebab yang tu aku dah ada. Untuk investment purpose. Tapi takde la nak me'rempit emas'. Asal ada duit beli la. Ikut kemampuan diri jugak.

Sebab dah turun ni, maka ini masa sesuai nak beli emas. Nanti dah naik tinggi nanti boleh lebur balik. Tapi aku nak usha 2-3 hari lagi kot. Tengok betul-betul tak drop sangat dah baru nak beli. Yela, harga emas drop-drop pun murah maa. 10g pun dah beriban. Jom sama-sama beli emas :)

Thursday, December 15, 2011

Keinginan , Kemampuan dan Kesanggupan

Asal petang je mood aku down. Pastu mula la fikir nak tukar kerja lain. Bila berjaya setel coding terus berazam macam nak kerja berpuluh tahun kat sini. Penat tau men'psiko' diri macam ni.

Ok nak cerita benda lain sebenarnya. Aku nak cerita keinginan aku nak barang mahal dan ada brand. Barang tu macam gadget ke, handbag ke. Kalau ikut kemampuan memang boleh nak beli tu tapi bila nak keluar ongkosnya memang takde kesanggupan.


Macam sekarang orang ber'ipad' , iphone, galaxy tab la, memacam lagi gadget. Tapi aku still la gigih jugak pakai handset dah 5 tahun umurnya. Handset ni bagi aku boleh lagi pakai tapi kadang-kadang datang angin semput dia aku pasrah je. Bukan apa, bila din dan aku ke kedai enset sure aku akan cakap 'takpela, boleh lagi pakai enset tu' walaupun bukan aku yang nak bayar. Macam aku berkira nak spend on benda harga ratus-ratus atau riban-riban.

Beza betul dengan zaman dulu sebab aku kalau nak dapatkan sesuatu, aku usahakan jugak. Bila bayar benda tu walaupun riban-riban sekalipun tak rasa terkilan ke apa. Rasa puas ada la. Sekarang, dengan diri sendiri pun berkira gila.

Aku sorang je rasa gini ke korang pun gitu jugak? Yang tak bestnya sekarang ni, benda yang puluhan ringgit pun aku rasa tak worthy nak beli. Psiko ke apa aku ni? keinginan tu meluap tapi ketaksanggupan tu lebih berkuasa.

Wednesday, December 14, 2011

Serum D21 Progestrone

Ramai speku aku pregnant ke after keluar entry ni? Memang la jumpa gynae tapi tak semestinya orang yang pregnant sahaja yang jumpa gynae. Nak cerita detail pun aku pun tak pasti aku sakit apa. Yang pasti macam benda ni relate la dengan sakit aku bertahun-tahun.

Mula-mula aku tak sedar aku ada masalah sakit puan jugak sebab sungguh tak mengambil tahu sangat pun. Tapi bila start jadi kes ni, terus perasan yang period aku tak normal rupanya. Tu bersabit gak ngan weight gain yang melampau dan beberapa simptom lain. Nak cerita detail tu tak sesuai untuk bacaan umum.

Jadinya untuk next checkup gynae nak tengok result semua hormon dalam badan aku. Yang jadi masalah bila aku duduk Johor, hospital kat Lipis pastu ada test yang kena buat on day 21 period cycle. Nak, tak nak kena la pergi private untuk 1 test tu.

Alhamdulillah aku jumpa tempat nak buat test hormon progestron hari ke 21. 2-3 klinik aku walk in untuk tanya. Last-last klinik terakhir tu ada buat test tu. Harapnya usaha aku ni tak sia-sia. Aku nak tau sangat apa jawapan penyakit aku selama ni.

Tuesday, December 13, 2011

Johor Premium Outlet (JPO)

Last weekend aku ngan din dah menjejak kaki ke Johor Premium Outlet (JPO) orang duk sibuk-sibuk beringar. May be some friends from other states tak tahu lagi ape bende la JPO ni. Let me cite sikit-sikit berdasarkan pengetahuan aku la. Correct me if I'm wrong.

JPO ni kira macam pusat outlet-outlet barang branded macam Coach, DKNY, Burberry, dan memacam lagi. Pastu JPO ni letaknya kat Kulaijaya, dekat sesaja ngan opis aku. Katanye ada diskaun kat barang-barang branded ni tapi untuk barang-barang season lepas-lepas.

Masa hari perasmian tu, aku dan din pun dah jejak kat kaki kat situ. PM datang rasmi pagi, weols pergi petang. Nak masuk tu jammed jugak la tapi parking adalah banyak so takdela kena menapak jejauh ke apa. Manusia sikit punya ramai sampai kitaorang rasa tak selesa sangat so takde stay lama pun situ. Sempat masuk 2-3 outlet je. Banyak jugak yang masih tak bukak.

Food court ada tapi makanan tak best pun. Aku ngan din makan nasi lemak yang aku rasa tokey kedai tu nak cepat kaya sampai rasa nasi lemak tu tak setanding nasi lemak tepi jalan. Dah la tu satu-satu nampak yakin halal. Sebab perut lapar jadi telan je la benda tak sedap pun.

Outlet-outlet tu style butik-butik. Bila gi tempat-tempat gini rasa macam tak sajak pulak. Bukan la takde duit tapi ntahla. Tapi sebab dah pergi kan, sambar gak la 2 belt brand Vincci. Vincci ada bukak outlet kat situ so takde la rasa brand orang kayo-kayo je. Tak berpeluang aku nak usha-usha bag Coach. Mana tak nya, nak masuk kena beratur uols. Usha je, beli tak kan kot. Tapi ntahla masa-masa depan nanti.

Friday, December 9, 2011

Gynae dan E-N-T Check Up

Awal minggu hari tu aku ada checkup ngan specialist kat Hospital Lipis. Kali ni jumpa doktor sakit puan atau orang-orang bandar sebut gynae (sebutannya 'gai-nie'). Kadang-kadang datang kekampungan aku, aku tersebut 'gee-ni'. Lidah ni macam payah nak menyebut 'gai-nie' tu.

Hasil perjumpaan, aku kena ambik darah bertiub-tiub. Tapi tiub yang kecik tu la. Tapi kalau dah kecik-kecik tu pun dah 5-6 tiub, banyak la jugak kan? Dah la baru mengalami period yang aku rasa kali ni paling lama kot. Dah rupa macam kena hisap darah by the vampire je. Harapnya ada la jawapan. Oho! on this coming 16 Dec ada 1 tiub lagi kena ambil. Darah-darah ni akan diuji tahap hormon yang ada dalam badan aku. Pastu kena rujuk kat pakar pemakanan yang aku tak jumpa pun. Cerita pasal pakar pemakanan tu biar la off record je. Malas nak menambah ketidak seimbangan hormon lagi.

Pas dah jumpa gynae, aku jumpa pakar E-N-T (ear-nose-throat), pakar telinga, hidung dan tekak. Yang ni untuk repeat test. For those yang tak tahu lagi, aku sebenarnya mengalami mild hearing loss. Dengan kata lain pekak ringan-ringan. Tapi benda ni bagi aku tak berat sangat jadi aku refuse untuk pakai hearing aid. Hasil test, ada peningkatan dalam pendengaran tapi masih bawah kategori pekak lagi. Tapi pakar ENT cakap, sebab sakit yang aku alami ni bergantung kepada kesihatan saraf aku, Jadi pendengaran pun kadang-kadang boleh jadi worse atau better. Susah nak predict. Mereka just monitor incase takut jadi teruk sangat je.

Sebenarnya aku takdela bergantung sepenuhnya kepada rawatan hospital. Ada gak aku pergi berubat di Darulsyifa'. Harapnya 1 hari nanti, aku sihat dan normal :)

Friday, December 2, 2011

Foods Can Make Us Happy

Happynya sebab semalam selesaikan membuat redvelvet. Aku amik masa 2 hari nak buat cake + topping. Guess what? menjadi. Rasa tu bagi aku sedap la tapi kalau improvise lagi best kot.

So next time, time weekend je boleh kot nak buat one short. If hari kerja, tak sempat uols. Gambar dah snap dah tapi versi dah potong-potong punya. Yang tu nanti cerita kat lain entry.

Next week ada checkup dengan 2 specialists dan 1st time akan jumpa gynae. So, sekarang dah 3-4 pakar yang monitor case penyakit misteri aku. Hopefully ada lah nanti result aku ni sebenarnya sakit apa. Jadinya, aku akan bercuti weekend ni panjang la. tambah extra 2 hari MC untuk hari-hari cek up tu. Best..best..

Sekarang mood adalah gembira lala lala. Kira macam positif je ni. Hopefully akan terus positif dan positif. Kalau tak, korang dengar jela keluh kesah aku kat blog ni atau twitter. May be aku rasa pepatah 'Foods can make us happy' ada betulnya. Tambah-tambah bila makanan tu kita buat sendiri dan jadi :)

P/S : Sesiapa nak baca my micro-blogging through twitter sila la search 'haslinahairudin'

Thursday, December 1, 2011

Versi Berangan Tak Kena Bayar Pun : Marc By Marc Jacob Hilier Hobo

Dah masuk bulan baru ey? Pasni masuk tahun baru pulak. Cepat je masa berlalu. Mari berangan. Aku lately asyik la mengugel MBMJ Hilier Hobo. Tapi berkenan yang type Classic Q atau Huge. Dah la aku memang suka benor ngan sling bag.

Ce tengok Miley Cyrus ngan Jeniffer Garner pakai MBMJ Hilier Hobo ni. Macam stylo kan?



Tapi bila browse kat blogshop yang jual authentic bag ni buat aku fikir berjuta kali. Nak beli kat butik tak kan punya. Ada duit tu ada tapi sanggup ke aku nak beli beg harga lebih dari 1k ni? Rasa macam tak sajak pun ada sebab aku bukan jenis stylo-mylo ni. Pastu nak pakai gi opis je ke? Aku gi opis pun pakai beg cap Marie Claire yang jual kat kedai bata rege 30+ gitu je. Tapi tahan la jugak. Dah nak masuk 3 tahun kot pakai.

Kita berangan je la. Mana la tau jugak kot-kot nanti terbeli pulak ke? Tak pun ada orang bagi adiah ke? Lapang tapak tangan aku tadahkan :)

Wednesday, November 30, 2011

Bila Hati Dah Goyah

Hi uols. Aku kan sebenarnya banyak je kejadian yang patut diblogkan tapi ntah la. Macam malas gitu. Baca blog orang lain kemain la rajin siap ber'refresh' kot-kot empunya blog tu buat entry setiap jam. Bunyi macam kelakar tapi itu memang berlaku.

Hari ni patutnya pay day tapi dah bape kali cek tak jugak-jugak nampak amount tu berubah. Takut aku if jadi macam aku keje kat previous, previous company dulu. Ciri-ciri kesamaan dari segi environment dan company structure tu macam ada mirip. Oh! tidak. Nak mo.. nak mo.. Harap masalah teknikal aje ni.

Lately ni aku banyak berfikir. Nak resign kerja buat bisnes atau cari kerja lain. Bukan la kerja sekarang tak ok tapi macam aku kurang boleh nak adapt environment ngan cara kerja kat sini. Dari segi sosial pun. Aku rasa kadang-kadang macam depress gak sebab macam takde kawan. Yang ada hanya rakan sekerja. Paham tak maksud aku?

Dah cuba cari kerja dalam bidang IT kat Johor ni tapi susah betul nak jumpa kekosongan. Sampai aku rasa nak setup 1 company IT sendiri. Tapi banyak kekangan pulak. Katenye ada MSC tapi sampai sekarang aku tak tau kat mana. Bila fikir balik macam tak fair pulak bila bidang IT tu semua tertumpu kat KL sana je. Supposely it can be everywhere. Kata dunia tanpa sempadan.

Rasa down pulak menaip entry ni. Jadi ada baiknya aku stop. (Modal tak tau nak buat penutup entry ;p)

Monday, November 21, 2011

Nasi dan Roti

image: google.com

Nasi dan roti dua-dua golongan karbohidrat. Ada orang cakap, kalau nak cepat kurus, kurangkan pengambilan karbo. Eat protein untuk ganti intake karbo. Tapi bila tak amik karbo, aku rasa weak dan tak leh tido. Macam tak puas je selagi tak masuk roti atau nasi.
image: google.com

Ni aku nak cerita based pengalaman aku. Aku pernah ada experience muntah after ambil dua-dua makanan ni. Dan aku sangat sangat terkejut dengan apa yang terjadi. Nak tau apa? Kalau aku muntah nasi,boleh nampak lagi butir-butir nasi tu. Pastu lak kalau muntah roti, roti tu dah hancur mcm jadi sisa cernaan dah rupanya.

Pengalaman aku ni pulak disahkan oleh one of customer kedai din yang dulu gemuk uols tapi sekarang dah kurus. Dia dulu jenis ada penyakit rodok-rodok tekak pas makan sebab nak kurus. Extreme kan? Pastu dia cakap benda yang sama aku cakap tadi.

Jadinya, aku pandai-pandai nak buat kesimpulan. Kalau nak kurus, makan la roti. Tapi kalau nak jugak makan nasi, kunyah la sampai nasi tu lumat. Aku tengah praktis benda ni. Macam seksa gak sebab dah terbiasa kunyah 2-3x pastu telan. Tiba-tiba je cerita benda-benda diet ni kan? Yes, uols. I'm back with diet tapi diet seimbang. Tak sekat-sekat makan punya. Aku dah gemuk beb!

p/s: Day 2. Apa yang day 2 ni? tunggu :)

Thursday, November 17, 2011

Cerita Lawak

Nak update aktiviti weekend lepas aku macam malas nak transfer gambar dari kamera. Perasaan ke KL dan berada di KL di kala aku bukan lagi menetap kat sana macam pelik. Serius pelik. Agaknya lama sangat duk sana sampai aku berperasaan macam ni kot? Dah..dah.. lupa je kesah perasaan itu. Aku nak cerita pasal Maharaja Lawak Mega. Sape layan?

Masa episod awal-awal tu, aku rasa 'what the heck' ambil juri yang bukan background lawak-lawak ni. Pastu nak komen persembahan otai-otai lawak pulak tu. Lama-lama tu baru aku paham. 'oh! mungkin nak kritikan from viewer point of view'.

Awal-awal tu banyak gak aku rasa ada persembahan yang tak best langsung. May be diorang ni stress kot. Dah bertahun buat lawak, pastu join pertandingan orang kritik-kritik pulak tu. Tapi kalau lawak evergreen ada gak aku rasa lawak tu masih 'in' lagi. Pastu aku rasa jugak, orang berlakon cite komedi tak semestinya pelawak. Paham tak apa yang aku cuba cakap ni? Sebab bagi aku la.. kalau lawak tu memang aku terbahak-bahak gelak. Ni aku share group-group yang aku rasa kelakar habis la :)


comel je kan yang budak kecik dalam saehu ni. tapi aku musykil ni budak kecik betul ke orang kenit?

Ada few lagi group yang aku suka tapi nak upload ni macam problem pulak. Antaranya HIRO, 3G, Pimai. Kira yang ni macam terkesan di hati la. Kelakar weh!

Friday, November 11, 2011

KL Tunggu Aku!!!

Hari ni, insya-Allah kalau takde aral melintang, aku dan din akan ke KL. Sebenarnya bukan KL pun. Ke Putrajaya je tapi ayat-ayat orang kampung mesti la cakap nak ke KL :)

Din dan bandnye akan perform kat event apa ntah kat Kelab Tasik Putrajaya sana. Wah! dekat sangat ngan rumah dd dudu . Insya-Allah jugak akan melawat baby Haris Safeyullah. Kawan-kawan dekat-dekat area sana
kalau nak tengok band din perform silalah datang event tu. Nama band din SUGARPACK. Asal-usul nama aku tak tahu pulak.

Ok bye. Nak sambung pening-pening pale tengok coding.

Sunday, November 6, 2011

selamat hari raya aidiladha

Salam aidiladha buat pembaca blog lina life n style.

Friday, November 4, 2011

Butter Cake Yum Yum!

Last week, aku dapat penyakit nak makan kek tapi nak kek simple-simple je. Maknanya kek yang tak beraising , berfilling bagai. Dalam kepala duk terbayang bestnye if dapat makan butter cake sambil minum teh O panas-panas. Nak kek yang tak manis sangat so kena la buat sendiri sebab yang ada jual semua manis-manis.

Inilah hasil baking last week:


Bahan-bahan: Telur, Tepung Kek, Gula Castor, Susu UHT, Baking Powder, Esen Vanila, Butter

Wednesday, November 2, 2011

Bijak Dahulu Bijak Sekarang

Lama kan tak tengok iklan ASB ? Dulu masa kecik-kecik selalu je dengar slogan tu kat iklan tv. Aku dulu tak kenal pun ASB tu apa tapi selalu dengar orang cakap buku 'Ting!'.

Aku mula bukak buku ASB masa mula-mula kerja dulu. Masa tu jadi Research Assistant (RA) je. Zaman tu gaji kecik tapi still dapat menyimpan sikit-sikit. Pastu aku terjebak ngan ' zaman gelap' aku. Habis tinggal berapa puluh je dalam ASB aku tu. Masa dah sedar tu pun macam dah terlambat. Memang boleh dikatakan habis la simpanan aku. Nasib baik la aku tak gadai barang kemas aku. Teruk aku time tu.

Pas keje RA tu, aku berehat tak kerja sebab konon nak tumpu kat master tapi macam tak boleh jugak so aku apply keje. Masa 2nd job tu nak menyimpan memang sakit la. Gaji ciput pastu lambat. Ada gak bila terdesak aku keluar balik duit simpanan aku.

Sebab tak tahan gaji yang tak menentu bila dapat tu, aku apply keje lain. Masa tu masyuk tapi duit nak simpan tu banyak perabih kat kete dan persiapan nak tunang, kawen. Tapi still ada la simpanan dalam ASB tapi sikit sangat-sangat.

Sekarang, kerja kat Johor, aku rasa azam nak menyimpan tu kuat sikit. Expenses kat sini tak sebanyak kat KL. Cuma hari tu ada lack of time nak beratur kat bank semua kan. Korang paham-paham la bank macam mana kan? Nasib baik hari tu ceera ada buat tutorial nak transfer duit ke ASB pakai mb2u. Senang keje aku bulan-bulan.

Harap-harap azamku ni kuat la sampai bila-bila :)

Tuesday, November 1, 2011

Coret Coret Lina

Hi uols! Rasa macam sekarang banyak silent mode je. Dalam silent-silent, ada gak melawat ke sana-sini blog korang tu. Cuma nak mengapdate blog sendiri macam malas. Rasa macam best baca je. Pastu tak mengomen-gomen sikit pun. Ciri-ciri stalker dah aku ni. Meh la nak coret-coret sket perkembangan diri hamba di Johor ni.

#1-Raya haji , insya-Allah balik Pahang. Ada buat qurban sikit.

#2-Semalam adalah mc. Tak sedar pun sebenarnya diri demam. Malam gi klinik baru doktor cek suhu panas. Serius macam panas tu tak rasa hangat sangat cuma badan rasa tak selesa la sket. May be sebab cuaca panas-hujan lately ni kan.

#3- Tak sabar nak visit baby Haris Safeyullah anak dd dudu. Sesiapa masih rasa misteri kehilangan dd dudu di alam blog ketahuilah anda yang dd dudu dah bersalin :)

#4- Weekend hari tu ada buat project baking2 lagi. Alhamdulillah jadi :)

Rasa macam tak ok pulak ni. May be demam tak kebah betul-betul lagi kot?

Monday, October 24, 2011

MeatBall Yang Tak Berapa Ball

Hari cuti adalah heaven sebab boleh try new recipe. Kebetulan ada daging kisar cap Ramly lebihan buat spaghetti hari tu. Pastu terfikir pulak nak buat meatball atau nama melayunya bebola daging ye kawan-kawan. Resipi aku gugel je. Tapi sukahati aku buat alteration recipe ikut bahan yang ada kat rumah ni. Kena kreatif sket. Kalau tak, masak nak beli bahan-bahan tiap-tiap kali try new recipe.

Bahan-bahan yang aku guna : daging kisar, tepung jagung, oregano dan jintan untuk spices, bawang putih dan garam.

Sukatan memang tak sukat-sukat. Main letak ikut sukahati dan feeling cukup rasa sudah. Mixed all bahan-bahan tu pastu bebolakan. Rebus bebola dalam air mendidih for few minutes pastu angkat dan tus air. Then, nak goreng atau tak, ikut sukahati jugak. Me prefer to goreng pastu makan with chili sauce. Cara uols! Sangat sesuai jugak masukkan dalam spaghetti.

Hasil aku punya meatball setelah digoreng, sedap tu sedap tapi rupanya tak rupa ball pun. Ngeehe.. tapi nak tayang gak meatball yang tak berapa ball tu kat blog ni.

Friday, October 21, 2011

Rutin Harianku

Dah pindah Johor ni ada gak few things yang dah berubah. Dulu PJJ asyik turun-naik public transports. Sekarang lain pulak rutin aku. Meh aku senaraikan.

#1 - Pagi pergi kerja sejauh lebih kurang 25+ km. Minyak kete isi seminggu sekali hampir full tank. Jalan agak scary uols. Bukan scary seram tu. Scary sebab jalan quite sempit, pastu banyak lori dan treler lalu situ. Pastu lubang kat jalan macam kawah gunung berapi dah kekdahnya.

#2 - Lunch kekadang aku sorang-sorang je. Opismate semua cina, so ada masa diorang nak makan chinese yang non-halal. Kesian kan aku.

#3 - Aku solat kat masjid berhampiran. Baru bape kali aku guna meeting room opis untuk solat. Kebanyakannya aku solat kat masjid la. Kalau hari jumaat kan ada solat jumaat, aku gi solat kat surau Tesco.

#4 - Balik keje tiap-tiap except Selasa aku singgah kedai din, solat asar then pickup aisyah bawa balik rumah.

#5 - Malam-malam tolong mak mertua jaga aisyah. Layan dia tengok tv, makan dan main-main. Kadang-kadang bila kitaorg bosan, aku bawa aisyah jalan-jalan naik kereta gi kedai din atau kedai mak. Tu pun after aku tengok cite korea kat OneHD.

itu antaranya. lain-lain tak yah cite la. korang pulak macam mana?

Thursday, October 20, 2011

Iphone oh Iphone

Siapa yang follow twitter aku mesti tau yang aku banyak kali tweet pasal iphone. Aku tengah survey pasal iphone. Teringin weh nak pakai. Tambah-tambah pulak enset aku dah tunjuk ciri-ciri nak nazak. Usia enset aku lagi few months nak cecah 5 years. Aku tak pernah pulak tu tukar bateri ke apa. Just few times tukar charger baru.

Aku dah survey kat web-web service provider. Ada yang sediakan plan yang best, ada yang mahal.Pastu ada gak risik2 kat kawan-kawan yang pakai iphone. Ada yang beli sendiri then subscribe data plan. Ada gak yang amik plan membeli iphone by service provider.

After survey then tengok kos yang beriban-riban tu aku macam rasa 'erm, seriously nak amik iphone ni?'.Macam tak mampu pulak. Even din cakap ok la tu dan dah time pun untuk get a new one.Sebab enset sekarang ni dah pulang modal pun.

Ada sesiapa tak nak convince aku sama ada beli atau tak. Nak fakta melibatkan kos dan impact. May be this can help me to decide.

Monday, October 17, 2011

Introducing My First Pavlova

Dah lama nak try dan baru dapat time yang sesuai untuk buat pavlova. Nak beli, aku tengok ramai yang jual mahal sangat. Bukan mahal sikit tapi mahal banyak.

Masa nak buat meringue tu agak mencabar sebab aku tak jumpa pemutar kek aku. Yang ada pemutar biskut je. Memang lambat la nak kembang. Jadinya aku guna kekuatan tangan dan garfu untuk beat the white eggs dan bahan-bahan lain untuk base pavlova.

Begitu mencabar nak buat pavlova buat kali pertama ni. Tapi sekarang dah jumpa dah pemutar kek aku so lepas ni senang la nak buat pavlova.

Sesiapa nak tempah pavlova ngan aku, harganya tersangat la murah dari tempat-tempat lain. Sesuai untuk party birthday, farewell, makan-makan. Ada jugak orang buat untuk hantaran kahwin.

1 layer pavlova - RM40.00

2 layer pavlova - RM60.00

area johor sahaja :)

Tuesday, October 11, 2011

Pindah Selangor- Johor ( Berakhirnya episod PJJ)

Tengah ada masa lapang ni so boleh la menghasilkan schedule entry sebanyak mungkin. If weekdays aku busy bee. Time weekends je ada masa lapang sikit if tak ke mana-mana la.

Ok, entry ni aku nak cite pasal perpindahan aku dari Selangor ke Johor. Akhirnya aku dah tak jadi warga Selangor dah.. huhuhu sedih tau sebab lama dah aku bermastautin kat Selangor. Campur time blaja kat UPM tahun 2003 sampai la this year 2011. Kira sendiri la bape lamanya.

Hari nak pindah tu ada la jugak kejadian berlaku. Hampir jugak aku kehilangan barang-barang yang transfer guna perkhidmatan lori sewa. Aku dan din amik perkhidmatan lori sewa kat iklan-iklan yang tampal kat tiang lampu. Yela.. nak pindah segera kan sebab next weeknya aku dah start keje kat tempat baru. Dalam ati risau la jugak sebab takut-takut barang kitaorang dibawak lari.

Janji ngan lori tu kol 10 pagi. Then masa diorang datang, kitaorang tengah packing-packing lagi barang. Banyak rupanya nak kena pack, kalau tengok macam tak banyak barang. Pastu lori bergerak la dulu sebab aku dan din still kemas-kemas rumah sewa tu. Tak kan nak tinggal tak bersapu kan?

After dah setel semua, bergerak la kami. Masa baru nak keluar tol Putrajaya tu, din dapat call kata diorang tukar lori. Lori rosak kat mana ntah. Scary kan dengar gitu. Dah la kalau ikut time tu, sepatutnya lori dah sampai Melaka gitu. Kitaorang stop kat Seremban then tanya lagi diorang
mana lori, diorang cakap nanti sampai Seremban call. Tunggu punya tunggu takde pun. Lama lepas tu baru dia cakap dah gerak dari Seremban masuk highway balik. Kitaorang pun gerak sambil sepanjang highway tu cari lori based on plat number yang dibagitau through phone.

ni lori yang mula-mula tu
Bayangkan sepanjang highway tak jumpa pun lori yang berplat macam tu. Scarynya.. mana la barang-barang aku diorang bawa. Then, diorang call tanya nak keluar exit mana. That time, terpaksalah lori tu tunggu dulu baru diorang boleh folo kitaorang sampai Bandar Tenggara. Alhamdulillah ada lorinya. Tapi ada gak barang-barang yang bercalar dan kotor sebab diorang tak handle bebetul barang kitaorang. Agaknya time tukar lori tu main angkat-letak sesuka hati je.

Pasni, kalau nak pindah ke apa tak nak dah ambil servis lori gaya gini. Lebih tak percaya dari percaya. Hati pun tak tenang selagi barang tak sampai.

Saturday, October 8, 2011

Sabun Taharah , Sabun Qawi

Kepada sesiapa berminat nak beli sabun-sabun ni boleh contact aku through email.

haslina.hairudin@gmail.com

Kos penghantaran based on kadar semasa. Ikut cara kesukaan korang jugak la. If nak pakai snail mail pun boleh. Tapi for sure takde jaminan atas barangan yang dikirim. Kalau nak beli produk-produk kesihatan tradisional pun ada. Boleh contact through email atau sms. Sebenarnya din dalam proses nak buat kedai online.
Macam-macam produk memang dah ada di kedai din kat sini. Sendayu Tinggi, Natasya, Ndz , banyak lagi la sampai kalau nak tulis sesatu sampai minggu depan pun tak abes tulis.

Sabun taharah (exclude postage cost) : RM 5.90


Sabun Qawi (exclude postage cost) : RM 8.00


Sabun-sabun ni bukan untuk tujuan samak je. Boleh pakai untuk fungsi pelbagai. Macam hari tu din pakai sabun Qawi untuk basuh muka, jerawat yang masak ranum pecah dan keluarkan those darah-darah kotor.
Macam nak bersihkan je caranya. Memang bagus la sabun tu.

Bagi aku pulak sabun-sabun ni wajib ada atleast 1 kat rumah. Yelah.. waktu-waktu tak terjangka nak samak ke, dah ada bahan nak menyamak.

Monday, October 3, 2011

Tali Pinggang B*B*

Banyak pending update tapi isu ni aku dulukan sebab aku rasa penting sesangat. Aku baru je lepas bersamak, din pun tengah bersamak. Ni semua gara-gara tali pinggang yang kitaorang beli dekat Tesco tadi.

Aku selama ni memang sangat berhati-hati if nak membeli barang kulit. Akan aku belek-belek dulu kulit tu before beli. Yelah sekarang ni kat mana-mana boleh ada barangan diperbuat dari kulit b*b*. Pastu orang kita pulak tak di'educate' untuk kenal ciri-ciri kulit b*b*.

Yang aku kesalkan, takde tanda menunjukkan bende tu haram. Atleast letak la kat section non-halal yang memang sedia ada. Nasib aku pernah baca kat internet ciri-ciri kulit b*b*.Din cakap patut pun ada yang berplastik dan ada yang tak. Takkan plastik tu je nak bezakan non-halal dengan yang halal.

Pernah jadi kat kawan-kawan aku dulu kat KLCC. Letak tanda merah pun orang boleh tak perasan, ini kan pulak letak plastik je. Kalau tanda merah orang ingat tanda SALE pulak. 

Aku tak tau la nak panjangkan isu ni atau buat senyap je. Kalau ikutkan hati nak je aku serang Tesco tu buat penjelasan. Korang rasa macam mana? Yelah.. ni hal serius kan? 

Aku samak pakai sabun brand Qawi. Alhamdulillah ada dalam bentuk sabun dah bahan untuk samak. Tak perlu susah cari tanah tengah malam buat ni. Ada 1 lagi brand sabun samak. Brand Taharah. Aku rasa better korang ada salah satu sabun ni incase terjadi kejadian macam ni. Kalau tak tau nak beli kat mana, kedai din ada jual. Aku boleh tolong belikan.


p/s: Tali pinggang aku tak ambil gambar. Jijik nak pegang balik. 

Thursday, September 29, 2011

Mode Silent Je

Morning uols. Aku ingatkan semalam nak pulun menaip schedule entry tapi terbabas tido sampai pagi. Ini aku curi masa sebelum bersiap gi opis untuk buang semak samun kat laman blog aku ni.

Ramai ingat aku mesti gigih gila bekerja kan kat tempat baru? Tak de maknanya. Gigih la sikit dari dulu sebab baru lagi tapi ada gak aku luangkan masa menjenguk blog-blog korang secara silent mode. Nak komen tapi aku malas nak sign in blogger account.

Oh! aku sekarang on twitter time waktu keje tau. almaklumla hamba ni takde smartphone cecangih jadi hanya ber-tweet guna web je. Masa kat rumah aku malas nak on lappy jadi aku tak on twitter kat rumah. Rasa macam twitter tak serabut nak paham facebook yang baru ni kan? Tak suka ok the #NewFacebook.

ID aku kat twitter --> haslinahairudin. Do find me and tweet me tau!

Wednesday, September 21, 2011

New Job At Johor

Hari pertama keje kat tempat baru banyak betul dapat pertanyaan through yahoo messenger (ym) tapi aku jawab mana sempat je. Busy sikit berbanding environment keje yang lama. Awal-awal keje dah ada briefing pasal project yang aku join. Lagipun sekarang bukan entry level lagi so everything serious from beginning (T__T)

So far bekerja dalam environment yang aku sorang je bangsa lain banyak yang aku kena adapt. Tapi officemate jugak try to adapt to have new colleague yang berlain agama dan bangsa macam aku. Alhamdulillah setakat ni dipermudahkan oleh Allah.

Aku sekarang involve dengan project di Singapore. So akan ada la kejadian job trip ke sana. Teruja jugak but somehow rasa takut jugak. Walaupun Singapore tu tak la jauh dari Johor ni tapi lain negara tu. Buatnya kena travel sorang-sorang. Aku dah la tak pernah pergi Singapore then kena drive ke sana alone. Takut tak kalau jadi kat korang?

Hari ni jugak aku tau 1 perkara menarik. Ada 3 orang kongsi the same birthdate with me tapi lain-lain tahun je. Rasanya cukup la dulu update kali ni. Sebenarnya banyak lagi cerita nak diceritakan tapi pelan-pelan kayuh la.

Tuesday, September 13, 2011

Happy Anniversary Engagement

Genap setahun kami bertunang tapi kami dah jadi suami isteri 7 bulan lebih dah. Tapi tetap la aku nak ingat tarikh kami bertunang sebab time tu la aku first time jumpa famili din.

Monday, September 12, 2011

Minggu Terakhir Kerja Di Cyberjaya

Minggu ni, minggu aku last keje kat opis ni. Sekarang aku rasa macam suram dan sedih. Tambah pulak monday blues. Banyak betul kenangan dan pengalaman yang aku dapat kat sini.Rasa puas sebab apa yang aku harapkan masa join company ni aku dapat malah lebih daripada itu pun.

Isnin minggu depan dah tempat baru, suasana baru, pastu aku dah tak PJJ dah. Hari-hari akan tengok muka din. Seronok pulak bila fikir tak perlu PJJ. Tapi ntah bila la pulak dapat turun KL. Kawan-kawan aku pulak ramai kat sini. Sedihnya..

Tapi adanya blog, facebook dan twitter, aku rasa aku mungkin kami semua tak rasa jauh pun. Takpun,
missed call je aku, nanti aku call korang balik. Perasan acik kayo jap sebab bila dah tak PJJ, dah tak tau nak call siapa. Takde la nak bergayut berjam-jam. Dapat bergosip sikit2 jadi la. Opssss!

Ok la.. tak tahu nak cakap apa dah.. Nak layan mood sedih dan suram ni.. sob..sob..

Tuesday, September 6, 2011

Cerita Raya Pertama

Raya tahun ni merupakan 1st raya aku dan din as husband and wife. Pertama kali jugak raya kat luar kuala lipis selama 27 tahun ni. Macam-macam la pertama kalinya.

Setiap negeri berbeza juadah pagi raya. Kalau kebiasaan aku makan lemang, rendang, dodol dan sambal sardin buat makan ngan lemang tu. Raya kali ni aku makan ketupat nasi, ketupat palas, lodeh dan ayam merah. Rendang dan lemang ada tapi bukan main dish pun. Rasa lain sebab keluar dari kebiasaan tapi aku makan tak hengat sampaikan raya ke-2 aku request ngan din nak makan pizza sebab overdose ketupat dan lodeh.

Pagi-pagi raya before solat hari raya, aku dah call mak siap. Tapi mak aku tu jenis cakap macam cakap ngan menteri. Cepat betul nak letak call. Tak sempat menantu dia nak ucap selamat hari raya ke apa. Terpaksa la din call sekali lagi after solat raya. Kalau sebelum tu alasan mak aku nak cepat-cepat nak gi solat raya, ngan din pulak alasan dia nak cepat-cepat gi kubur. Ke alasan lain mak?

Raya kali ni tak kemana sangat pun.1st raya adalah jalan-jalan raya tapi 2nd raya dah merayau makan pizza dan ronda-ronda Tesco. 3rd raya pulak din dah bukak kedai. Cuma raya ke berapa ntah, ada short vacay ke Tanjung Leman, Mersing.

Begitula raya aku tahun ni.tahun depan tak tahu lagi macam mana.


Friday, August 26, 2011

Cookies Monster

Ini bukan rancangan Sesame Street tapi my dream persiapan raya pertama bersama suami yang turn up tak berjaya. Semalam aku dah bagitau kat twitter yang aku plan nak buat cornflakes cookies. Plan tu berjalan seperti yang dirancang tapi hasilnya aku tak puas hati sampai cakap kat din, dia kena makan cookies yang aku buat tu sampai habis. Paksa rela ni tau.


First cookies aku ni rupanya hodoh sikit tapi rasanya sedap tapi keras. Nama pun cookies. Tapi yang aku berangan cookies wannabe tu nak rapuh macam butter cookies dalam tin bulat yang orang selalu simpan buat letak barang jahitan tu. May be terlebih tepung jagung kot.

Aku rasa aku kurang mahir bab-bab nak set exact temparature tu. Sebab kadang-kadang jumlah cookies yang dibakar tu tak sama. So, semalam ada la version yang hangit kat basednye. Turn up rasa pahit walaupun color atasnye brown yang cantik.

Aku rasa kalau semalam aku tak belajar buat cookies mesti sampai bila-bila pun aku tak tahu nak buat. Bak kata one of the bosses kat office aku, 'Don't afraid to make mistake. Just do mistake so that you can learn.'. Lets bake cookies again :)

Thursday, August 25, 2011

Astro oh Astro!

Sebelum ni kecoh pasal kenaikan bil astro tapi aku tak terasa sangat sebab waktu tu masih merasa rebate sebab install astro Beyond. Tapi bila bil baru arrived aku baru rasa. Banyaknya naik. Bagi aku yang berpendapatan sederhana ni rasa banyak la jugak.

Untuk cek harga pakej yang baru, korang boleh gi kat link ni:

http://www.astro.com.my/mypackages/articles/art_5156.html

Based on aku punya bil astro, ni aku buat comparison before and after kenaikan

Pakej-pakej (sebelum)
Family + 2 mini               49.95
High Definition service    20.00
6 % gov service charge   4.20
total                              74.15

Pakej-pakej (after)
Family + 2 mini              55.95
High Definition service    20.00
6 % gov service charge    4.56
total                               80.50 (after rounding)

kesimpulannya, kenaikan sebanyak RM 6.35

Yang jadi tak best ni, pakej tu ada yang aku tak tengok. Macam 1 pakej mini tu aku memang kurang tengok.Nak ambil 1 je takleh sebab mandatori kena ambil 2 mini. Nanti aku pindah johor, kat sana memang dah ada astro. Bila fikir balik tak tahu la berbaloi ke tak install astro ni. Rasenya kena finalize balik ngan din untuk ambil pakej apa. Nak terminate tak boleh sebab aku ada contract selama 9 bulan lagi.

Aku tiba-tiba psiko sebab jumlah nak kena bayar tu RM 80+. Tapi bila tengok kenaikan tu masih bawah RM10.00 rasa macam ok lagi. Pening..pening.. Dah decide nak install, terima jela kan?

Wednesday, August 24, 2011

Bonus Raya

Mesti ada antara korang dah selamat belanja bonus raya. Aku tahun ni tak dapat bonus raya walaupun company ada bagi bonus to staff. Sob.. sob.. nanges sebab bonus tu banyak jugak la. Tapi masa buat keputusan berhenti hari tu, aku dah siap-siap fikir benda ni. Dah term company macam tu, so kena redha.

Lagipun percaya yang rezeki masing-masing tu berbeza-beza. Redha tu redha tapi macam ada rasa sedih sikit. Sangat tipu kalau rasa redha 100%. Sebab peluang tu bukan selalu dapat kan? So, raya tahun ni sederhana saja. Nasib dah ada suami sayang. Baju raya aku dah ada 2 pasang baju kurung yang dah siap. Baju t-shirt din pun dah ada 2 helai.

Barang-barang lain, nanti last minute shopping di Johor. Aku siap tak bagi din beli pape lagi sebab berangan nak shopping together gether. Lagipun kitaorang dapat rebate voucher JJ RM 80. Macam tak caya dapat banyak tu. First time kot aku dapat voucher JJ lebih daripada RM20. Sedikit sebanyak dapat la membantu perbelanjaan raya kami.

eh! tercerita persiapan raya pulak. Macam mana ey raya first time as a wife ey? Last year raya, kami sibuk nak bertunang. This year dah husband and wife dah. Pastu first time pulak raya di rumah mertua. wuuwuuwuu

Tuesday, August 23, 2011

Cerita Gastrik Di Bulan Ramadhan

Streamyx office buat hal jadi segala kerja RnD terganggu. Jadi aku ambil kesempatan buat draft blog then bila internet ada seperti biasa aku just kopipes masuk blog.

Hari tu masa coret-coret, aku ada mention yang aku kena gastrik yang teruk kan? Tak suka tau kena gastrik time-time puasa sebab puasa aku tergadai. Setiap tahun atleast ada sehari jugak yang terbabas dek kerana gastrik ni.

Gastrik hari tu disebabkan food poisoning. Aku cibi-cibi sampai perut aku kosong pastu gastrik. Lagi satu yang aku tak suka gastrik ni sebab perut aku akan satu hari pedih. Tu belum muntah muntah keluar air asid perut tu. Memang perit la.

Kadang-kadang makan ubat pun macam tak berkesan jadi kena cuba alternatif lain untuk buat perut tu lega dari kesakitan. Cara yang aku guna sekarang ni ialah tuam dengan air panas. Tuam ni macam ala-ala bertungku gitu. Sebab aku takde batu tungku atau bekas yang proper nak letak air panas, korang rasa apa yang aku guna ey? Ce teka..

Aku guna botol air mineral untuk letak air panas. Tapi bukan la panas mengelegak tu. Habis cair botol tu. Campur sikit air sejuk jadi takde la panas sangat air tu. Then tuam kat perut. Alhamdulillah cara ni nampaknya berkesan. Tapi puasa memang tergadai la.

Dulu aku ada masalah nak telan ubat susu gastrik tu. Tak tahu kenapa perut aku reject. Memang takde kejadian yang ubat tu selamat masuk dalam perut aku. tapi sekarang, aku dah boleh telan ubat cair tanpa muntah balik.

Ubat tu 'Gaviscon'. Macam sedap pulak ubat gastrik ni. Pastu ada pek senang nak carry letak dalam handbeg.

Korang pernah kena gastrik tak? Apa pulak cara korang ey?

Monday, August 22, 2011

MasterClass : Kerapu Sweet Sour

Semalam dah start MasterChef US season 2. Jadi aku feeling-feeling hebat nak buat masterclass kat blog. Tambahan semalam weekend, so juadah berbuka buat yang luar dari kebiasaan aku. Tapi tak masterchef pun sebab guna cheat ingredients.

Bahan-bahan:
Ikan kerapu beli yang siap siang dan dibersihkan
Perencah Maggi cukup rasa
Sos Sweet & Sour brand Life
Sos Tiram
Tomato
Lada Benggala (aku panggil lada cameron highland)
Bawang kecil dan bawang putih untuk menumis.
Gula dan Minyak

Cara penyediaan:
Bahan A
Mula-mula perap ikan kerapu dengan 1 sudu makan perencah cukup rasa Maggi.
Goreng ikan tu sampai garing then put aside.

Bahan B
Tumis bawang kecil & bawang putih sampai kekuning-kuningan.
Masukkan lada benggala + tomato yang dah didadukan.
Masukkan 3 sudu sos sweet & sour dan 1 sudu sos tiram
Tambah gula secukup rasa sebab tomato tu menambah masam kan. Garam tak perlu tambah sebab sos tiram dah masin.
Tunggu sos jadi pekat then baru boleh letakkan atas ikan yang digoreng tadi.

tadaaaa!!

Resepi ni aku main buat-buat je based pemerhatian masakan mak aku. Tapi mak aku tak guna cheat ingredients macam aku ni. pastu presentation ikan yang dah masak tu sure mak aku letak salad-salad bagai.

Aku tak letak carrot sebab tengah takde mood nak makan carrot jadi membazir je letak carrot. Masa goreng ikan tu, konon-konon aku nak kakangkan ikan tu macam masakan restoran tapi kuali aku kecil jadi usaha adalah failed.

Akhirnya berjaya jugak aku masak sweet & sour yang aku kategorikan masakan yang remeh dengan cara sap sap soi je. Sebenarnya cara mak aku masak tu yang remeh. Tu belum dia hias dengan ukiran tomato, cili merah dan timun lagi. Tapi dah memang dari dulu mak aku masak sweet & sour, presentation macam masak pengantin jadi aku kategorikan masakan tu masakan susah dan remeh.

So, apa lagi kawan-kawan..let's try my cara.

Thursday, August 18, 2011

Coret Coret Lina

# 1 - Tengah busy tapi curi-curi masa nak update blog. Ini macam preview entry-entry akan datang kot. Kalau aku ingat nak update la.

# 2 - Kita mulakan dengan kejadian Selasa lepas. Aku kena serangan gastrik yang memaksa aku berbuka puasa. Seksa rasanya tapi sebab dah pernah jadi kejadian macam tu, so tau la macam mana nak handle tanpa perlu admit ward. Syukur. Tapi puasa la tergadai. Sangat tak suka!

# 3 - Semalam berbuka anjuran office di Tropicana Golf Resort kat Damansara. Sedap! dan  puas hati makan tapi sebab aku masih dalam fasa nak baik gastrik so makan secara berhemah.

# 4 - Aku sekarang tengah belajar PHP (Ini bahasa pengaturcaraan ye kawan-kawan. I know some of you bukan orang IT). Ala-ala buat research untuk project baru office. Seksa jugak nak paham guna framework dalam PHP ni tapi aku seronok sebab dapat belajar benda baru.

# 5 - This weekend tak balik Johor. Ada few kerja yang nak di'settle'kan di KL ni. (T_____________T). tapi takpela... Next week dah balik beraya! Hoyeah!


Saturday, August 13, 2011

Saya Budak Baru Belajar

Khamis malam jumaat hari tu aku mem'baking' lagi. Ini kiranya kali ke 3 buat kek sepanjang aku ada oven ni. Kek kali ringkas sesangat dan kebetulan aku nak sangat makan kek vanilla. Tapi haruslah bawa balik Johor untuk din rasa.

Masa mula-mula aku buat kek tu, jadi tu jadi tapi bahagian atas macam terbakar lebih. Tapi rasanya sedaplah bagi aku. Pastu, kali ke 2 tu pulak, bahagian atas tu mcm kering sangat. May be sebab tak cukup butter dan gula kot. Sebab aku mcm risau bila tengok sukatan gula caster tu banyak sangat. Rupanya, gula caster tak la semanis gula biasa jadi sukatan yang sebenar tu dah ngam-ngam. Orang lain yang merasa kate sedap cuma aku si pembuat kek tak puas hati dengan hasil kerja aku ;p

Jadi kek yang aku bakar kali ni pulak, korang rasa macam mana hasilnya ey? Macam terlebih moist sebab aku suka-suka je malas nak sukat butter maka butter macam terlebih sikit tapi kek masih lagi gebu. Sedap tu sedap tapi macam potong pulak letak chocolate chips dalam kek tu. Macam lagi best kalau kek vanilla tu sesaje.

gambar aku tak letak sebab nanti tuan punya blog sendiri drooling tengok kek tersebut.


Friday, August 12, 2011

Cek Nuffnang Dah Sampai

Hari tu aku ada cakap yang aku cashout nuffnang for the first time kan? Dah dapat pun cek nye. Proses cashout mengikut tempoh masa yang dijanjikan. Untung status gliterati.

Takdela banyak pun tapi saja nak merasa pendapatan pasif sejak 2 tahun lalu. Kiranya ada la bukti yang blogging pun boleh mendapatkan duit. Actually, aku blogging bukan bertujuan nak dapatkan duit tau. Blog ni aku buat supaya mana tau something happen kat aku nanti-nanti. Alzheimer ke, hilang ingatan ke, so adalah kisah-kisah yang boleh aku ingat through this blog. Itu antara alasan aku la. Pastu blog ni sebagai jurnal online kehidupan aku. Terlalu banyak memori yang aku catat kat sini. Jadi ini la sampingan yang aku dapat melalui blog ni.


Thursday, August 11, 2011

Masalah Tiroid Pulak Ke?

Semalam aku m.c sebab jumpa pakar ortopedik. Tapi perjumpaan semalam tu aku rasa best sebab kali ni aku di'consult' seorang doktor perempuan so kalau nak cerita simptom-simptom yang melibatkan pompuan, aku dah tak rasa malu. Jadi harapnya pakar tu dapat diagnose masalah kesihatan aku yang sebenarnya.


Aku pun cerita la apa yang jadi kat kesihatan aku since last visit aku ke pakar ortho.Ada simptom-simptom baru yang aku takut kesan pengambilan ubat ke apa. Jadi doktor cakap nak buat test untuk cek hormon tiroid aku based on simptom-simptom tu. Untuk test tu, kena ambil darah. Ambil darah time-time puasa ni memang rasa lembik walaupun ambilnya tak banyak pun. Nasib baik semalam urat aku senang jumpa. Selalunya tahap aku nangis-nangis sebab kena cucuk banyak kali untuk dapatkan darah. Lega rasanya urusan dipermudahkan semalam.

Aku ditambah ubat baru dan ubat lama yang aku berhentikan sebab aku naik berat badan ngan rambut aku gugur tu, aku kena ambil balik. Bencinya sebab kena menghadapi masalah berat badan. Dah la ubat tu kena beli sendiri kat luar sebab hospital kecil macam hospital kuala lipis takde ubat tu. Kalau macam hospital putrajaya adalah. Ini pegawai farmasi tu yang cakap. Harga ubat tu sekotak dalam RM300. Ada 58 kapsul. Jumlah intake sehari 2 kapsul. Jadi sekotak tu boleh bertahan kurang sebulan la.Mahalnya.. ke kat sini ada yang kerja farmasi dan tahu kat mana jual ngan harga lagi murah.Oh lupa.. nama ubat tu, pregabalin.Tak yah murah byk2 tapi murah dalam rm20-30 pun ok dah.

Ok.. dah habis cerita pasal jumpa doktor ;) next visit on October pulak. Time tu dah duduk johor dah so perjalanan jumpa doktor mungkin lebih menakjubkan. Tunggu jela aku cite nanti ey ;p

Monday, August 8, 2011

Keretapi Pun Ada Coach Kelas Pertama

Aku baru je sampai pagi tadi di KL Sentral dari Johor. Sekarang ni kalau balik dari Johor mesti naik keretapi malam sebab nak merasa berbuka bersama suami dan keluarga pada hari Ahad.

Keretapi antara alternatif public transport yang aku gunakan selama PJJ ni. Tapi perjalanan naik keretapi ni masanya panjang sikit dari naik bas. Harga pulak berbeza ikut destinasi dan kelas.

Selama aku travel by train ni, aku dah merasa semua kelas kecuali tempat tidur kelas pertama je belum. Yang tu, baik aku naik flight aje. Sebab harganya cecah tiga angka. hehe.. 3 angka pun nak berkira kan? Ok, meh aku explain sikit beza tiap-tiap satu kelas (ni based on experience kelas yang aku dah naik aje).

#1 - Kelas Superior Night (RM 39.00(A)/RM43.00 (B)) - Yang ni berkatil. Harga katil atas, katil bawah berbeza dan katil bawah lebih selesa dan luas aku rasa. Pastu setiap katil bertutup dengan curtain aje. Cuma yang tak bestnya kalau katil atas tu, nak memanjat macam scary sket sebab keretapi kan tengah bergerak. Dulu senang nak dapat tiket kelas ni, sekarang kalau beli 2 minggu sebelum pun belum tentu dapat. Dengarnya, KTMB kurangkan dari 6 koc kepada 3 koc, tu pasal la tiket susah nak dapat.

#2 - Kelas Premier (AFC) (RM 59.00) - Yang ni seat kelas pertama. Kerusi adalah besar dan 'agak selesa'. Why aku cakap 'agak selesa', sebab kerusi tu ada divider yang buat aku rasa sempit kalau nak bersila atas kerusi. So kaki adalah ke bawah sepanjang masa. Lenguh gak nak tidur kaki macam tu kan? Kat kelas ni, dia ada serve makanan secara free. tapi bukan yang jenis berat-berat tu. Roti yang ada inti macam tu aje. Baru 2x naik, tapi baru 1x dioffer makanan. Ke selama ni aku tidur time dia bagi-bagi makanan tu ey? Kalau nak makanan jenis berat-berat tu, leh request time beli tiket so dia kira sekali ngan harga tiket. Koc tak ramai orang sangat.

#3 - Kelas 3rd Class Economy - Yang ni pernah naik sekali ngan abang ipar aku. Seat biasa je pastu ramai sangat orang. Aircond adalah sejuk melampau. Dah berstokin dan bersweater pun sejuk lagi. Kalau aku sorang-sorang, tak berani la nak naik koc yang ni.

Pastu, yang syok naik train ni, dalam masa 20 minit selepas train sampai destinasi, kalau kita beli tiket keretapi antarabandar dapat diskaun. Tak ingat berapa diskaunnya sebab tak pernah try tapi ada tau.

Friday, August 5, 2011

Bila Terlewat Cik P

Entry lepas aku ada cakap ada masalah kesihatan yang belum boleh explain kan? So, since macam dah ada jawapan jadi aku nak share la kat blog. Sebab first time jadi kat aku, mungkin jugak pernah jadi kat korang-korang jugak.

Ceritanya gini, hari yang patutnya cik P datang, dia tak datang pun. Bila dah kawen ni, if lambat je mulalah nak assume 'kot-kot pregnant aku ni?'. Jadinya adalah sesi membuat Urine Pregnancy Test (UPT). Aku takde masalah  malu nak beli benda alah tu sebab din memang ada jual kat kedai dia.

Sekali test... Negative. tapi kan aku macam nampak line samar-samar yang terlalu samar. Terus buat aku kerisauan pastu drag din sekali ajak risau sesama. Kebetulan jugak, aku ni selalu je ada sakit-sakit yang kena makan ubat. Nak makan ubat memang aku tak berani, jadinya kami plan nak confirmkan dengan doktor.

2 doktor aku gi sebab doktor yang first tu macam kerek pastu rasa macam tak menjawab kerisauan aku ngan din. Doktor yang ke-2 tu memang dah pernah pergi before dan kitaorang selesa dengan cara dia. Doktor cakap result adalah -ve. Pastu nak buat scan tak boleh sebab aku dah pee untuk UPT.

Jadinya, doktor cakap ada 3 kemungkinan:
#1 - May be aku early pregnancy pastu ngan badan aku yang macam-macam so turn up UPT -ve. Doktor suruh try test after 2 weeks.
#2 - Masalah menses.
#3 - Kalau aku tak period atau pregnant lagi after raya, kena buat further checkup. Takut fibroid.

Dan semalam dah terjawab dah. Jawapannya #2. Tapi aku sangat la pelik sebab first time jadi. Lewat pulak bukan lewat sikit-sikit. Seminggu lebih, dekat 10 hari tu.

Sekarang ni aku dah tak boleh nak kira kitaran cik P aku dah sebab kes ni. Before ni kitaran aku dalam 31 hari. Kena tunggu stabil baru boleh kira balik.  Korang pernah jadi tak false pregnancy gini? Pastu ada tak rasa sakit bila pegang kat pinggang?

Wednesday, August 3, 2011

Jiwa dan Perasaan

Dah kembali bekerja after 2 hari MC. Lama kan aku MC? Ada masalah kesihatan yang belum boleh aku ceritakan kat sini.

Sekarang aku dalam keadaan stress. Macam-macam jadi kat aku. Kadang-kadang orang nak buat baik ngan aku tak semestinya baik buat aku. Tambah-tambah perasaan tengah kacau ngan masalah kesihatan. Ada jugak masalah peribadi yang aku rasa stress sebab tak leh berkongsi cerita dengan orang lain so end up, aku pendam je dalam hati sampai parah.

Cukup la dulu kot pagi ni. Kasi tenang dulu jiwa ni.

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Semua!!!

Tajuk adalah cliche. Dah tahu nak buat tajuk apa. Sekarang pukul 1 pagi lebih dan aku berada di Johor. Aku declare esok MC walaupun tak jumpa doktor lagi. Selangor tak cuti macam Johor. Huhu..Cuti tahunan ilek maka terpaksa la memohon MC. Siyes aku tak pura-pura sakit cuma sakit aku takde la berat mana.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat bersahur, berpuasa, berbuka dan berterawih kepada reader blog picisan ini. Semoga ramadhan ini lebih dari ramadhan-ramadhan yang lepas.

p/s: mesti esok ramai akan update menu-menu sahur @ buka. Harapnya kurang la dugaan menengok gambar makanan tengah-tengah puasa ni nanti. Huhu..

Friday, July 29, 2011

Coret Coret Lina

#1- Masalah air dekat apartment dah selesai. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Kalau tak, tak dapat bayangkan mengharungi bulan puasa ni dengan masalah bekalan air.

#2 - Tahun ni, tahun pertama berpuasa bersama suami tapi masih PJJ lagi so weekend aje akan dapat rasa bersahur,berpuasa dan berbuka bersama. Takpela. sekurang-kurang ada daripada takde langsung kan?

#3 - Baju raya aku dah siap. Cepat sangat la siapnya. Puasa pun tak masuk lagi ni. Baju raya din, nanti bulan puasa baru cari.

#4 - Next week, adik aku mula praktikal di office aku. haha.. sudah tidak bebas lagi rasanya ;p

#5 - Hari ni first time getz balik Lipis tanpa aku. Camno tu? adik aku bawa balik getz. Aku kan nak balik Johor petang ni.

#6 - Nak ucapkan selamat menyambut ramadhan buat semua umat Islam. Terutama kepada pembaca blog aku yang tak seberapa ni.

Tuesday, July 26, 2011

Bila Orang Reti Nak Ada Rumah Je, Bil Tak Nak Bayar!!

Rentetan kisah semalam, apartment aku masih lagi takde bekalan air. Naya betul la. Orang lain yang tak bayar, orang yang bayar ni terpaksa bersusah-susah. Semalam aku mengangkut air dari rumah pak cik tuan rumah. Dapat la nak bawa 1 tong air dan 5 botol 5 liter.

Masa drive pulak giler aku berhati-hati takut air tumpah tapi kawasan rumah aku banyak sangat bumper, jadinya air pun tertumpah la sikit dalam Getz. Aku macam tak kesah sangat kereta aku basah tapi air yang tumpah tu aku rase rugi. Punya la menghargai air. Kalau takde elektrik boleh lagi la nak bertahan tapi air, aku rasa hazab sangat.

Masa balik kerja semalam jugak aku sempat menengok orang pecahkan pili bomba. Dah desperate sangat la tu. Yela, ko bayangkan aku yang duk sorang ni rasa susah, apatah lagi yang ada famili, anak-anak ramai. Tambah lagi duduk tingkat atas sekali.

Isu ni jadi tambah teruk sebab ada yang tak bayar tu tak dapat dikesan. Maksudnya tuan rumah memang tak duduk dah situ. Ish! memang menyusahkan betul la. Ada hati nak berumah tapi bil tak nak bayar!! grrrrrrr!!

ok, tak nak dah sambung taip. Makin panas hati pulak rasanya.

Monday, July 25, 2011

Air Kena Potong Dengan SYABAS

Aku baru je sampai dari Johor, terus menyirap darah. Mana tak nye. Sampai post guard apartment sewa aku tu, ada notis besar-besar. 'Air dah kena potong oleh Syabas, Hutang air bla..bla..'. Mulanya aku ingatkan tak ada kena mengena kot ngan aku sebab tuan rumah aku dah bayarkan bil air. Rupanya tak..

Mesti orang yang tak pernah duduk rumah bertingkat-tingkat duduk tertanya why la aku terlibat sama if aku dah bayar kan? Ok, meh aku terangkan. If korang duduk umah yang bertingkat yang ada bayaran maintenance tu maksudnya bil air korang semua share 1 akaun. So, pihak maintenance la yang kawal bil setiap rumah yang ada kat building tu.

Yang tak bestnye bila ada orang yang tak bayar, so orang bayar pun terpaksa terima akibat sama. Dah la bila duduk rumah gini, ko takkan dapat keistimewaan 'bil air percuma sebab bil bawah RM20' yang kerajaan Selangor buat tu. Ni yang rasa nak cakap 'INI TIDAK ADIL!' macam dalam filem 3 Abdul tu.

Sekarang aku tak tahu la macam mana aku nak harungi hari-hari mendatang ni tanpa bekalan air kat rumah tu. Marah betul rasanya dengan orang lain yang tak bayar bil. Rasa nak menyumpah pun ada ni.

Sunday, July 24, 2011

Today Is My Husband Birthday

Betul tu! hari ni birthday kesayangan aku. Untuk birthday din, aku tak buat surprised pun. Hadiah dah bagi awal. Then, buat cupcake coklat pun bagi awal jugak. Kesian din sebab sambutan birthday biasa-biasa je this year.

Di kesempatan ini, aku nak buat wish kat blog ni.

Happy birthday abg! Semoga panjang umur dan murah rezeki. ************************ . 

haha.. yang selebihnya biar aku je private saja wishnye ;p

Friday, July 22, 2011

Cerita Pasal Bas

Biasa la hidup ber'PJJ' ni, turun naik bas ekspres tiap-tiap minggu dah jadi rutin. So far, aku tak pernah drive lagi bila balik Johor. Bukan apa, tak nak merisaukan suami yang jenis risau memanjang. Dulu aku balik Lipis-KL malam-malam buta pun takpe. Johor-KL nak buat gitu, a big No from him.

Jadinya, dah berapa jenis bas aku dah try. Kalau dari KL, memang aku naik bas Plusliner dari Putrajaya. Senang pun senang sebab dekat dengan opis. Pastu ada tempat nak park kereta berhari-hari. Kalau naik bas ni, sure aku nak seat single. Bukan apa, takut dapat sebelah strangers yang perangai pelik. Tambah-tambah aku tak selesa duduk sebelah lelaki. Lagi satu, aku rasa seat double Plusliner sempit sangat tak macam seat single. Padahal harga adalah sama.

Kalau dari Johor pulak, aku dah naik beberapa jenis bas. Kalau dari JB, aku rasa bas Five Star tu sangat canggih. Tapi kes time aku naik hari tu kebetulan je dapat murah sebab harga tiket sebenarnya  dalam RM70. Merasa la naik canggih dengan separuh harga sebab bas keesokannya kena amik penumpang dari KL-Singapore. So, dari pergi kosong, dia ambik la penumpang dari JB dengan harga tiket yang murah.

Tapi the best bas ever yang aku pernah naik from Johor. Bas S&S International. Yang ni aku naik dari Kluang. Seat single ke double semuanya besar dan selesa. Pastu mesti ada tayangan movie dalam perjalanan. Tapi selection of movie tu bergantung kepada driver la. Then, screen tv tu ada 2. 1 kat depan, 1 kat tengah-tengah. So, sampai seat paling belakang boleh tengok movie tu dengan clear.

Korang pernah naik bas apa yang paling best? Ceciter

Thursday, July 21, 2011

Sudah Cashout Earning Nuffnang

Aku join nuffnang since 2008. Masa tu try jugak Advertising community yang lain tapi stay je dengan nuffnang sebab banyak feedback yang baik tentang nuffnang.

Aku blogging pun ikut suka aje. Kekadang update, kekadang senyap menyepi. Tapi alhamdulillah ada je earning walaupun aku tak update. Memang pendapatan pasif la.

Hari tu aku dah tak sabar dah nak cashout pendapatan pasif aku tu. Lama tau tunggu. Lagipun ni semua hasil dari blog lama aku yang memang aku dah anak tirikan. Sebab blog tu zaman remajew gitu. Sesiapa yang tahu url blog tu, tahu la. yang tak tahu, cari sendiri ;p

Ok, aku takdela hebat sangat nak cakap pasal nuffnang. Tapi, ni few tips from experience aku dengan nuffnang:

#1 - Kekalkan status gliterati. Banyak bestnya gliterati ni banding dengan ordinary
#2 - Survey tu sentiasa update dan isi betul-betul sebab itu yang menentukan kita dipilih Advertisers. Siyes ni betul. Sebab aku pernah tak dapat earning pape. Bila dah betulkan survey baru earning  masuk.
#3 - Kalau ada masalah atau nak tanya kemusykilan pasal nuffnang, ko hantar je tiket. (klik tab Contact Us)

Itu je kot, yang lain-lain boleh baca kat nuffnang. Anyway, thanks nuffnang =)

Wednesday, July 20, 2011

Coret Coret Lina

#1 - Aku dah dapat termination of service letter. Secara officialnya aku habis bekerja kat opis pada Hari Malaysia nanti. Cuti pulak aku dah habis guna, so no cuti sampai tarikh tu kecuali MC je ada lagi baki beberapa hari. Erm.. cuti raya macam mana? unpaid leave la jawabnya.

#2 - Sekarang kena start urusan perpindahan aku. Nak kena cari lori, pastu nak tanya astro untuk procedure pindah astro.

#3 - Last week aku ngan din gi Mini Famili Day office aku sekarang kat Janda Baik. OTW balik singgah Genting tanpa plan pun. Gambar dekat camera din. Nanti dah ada gambarnya, aku update kat blog ni.

#4 - Semalam dah pergi kedai barang-barang kek kat Bangi. Tambah beberapa barang. Nasib baik sempat sebab kedai tutup pukul 7 malam. Aku plan nak buat cupcake brownies untuk din.

#5 - Lunch semalam, lunch dengan ros kat tempat manggo iceball yang best tu (tu ke manggo iceball?). Ros belanja sempena belated birthday. Tocei dear! Sedap lunch semalam.

Tuesday, July 19, 2011

I've Got My First Cook Book

Kecoh je kan? Orang lain tu dah beribu-ribu agaknya buku masakan. Tapi ini sejarah hidup aku. Buku masakan pertama yang aku ada. Tapi aku beli buku untuk buat cupcakes and muffins sebab teruja nak try buat. Pengaruh DC Cupcakes la ni.


Dan-dan gak beli oven , mixer dan peralatan nak buat kek. Din pulak melayan je isteri dia ni. Semalam dah try buat brownies. Jadi tu jadi tapi aku tak puas hati lagi. Sebab rupanya bagi aku tak perfect la. Dah bawa pergi office hari ni sebabnya aku ni bukan makan sangat kek coklat. Seronok nak bakar-bakar je.

Kebetulan bulan puasa pun tak lama lagi. Aku teringin nak buat kuih raya untuk raya pertama sebagai isteri. Sekarang ni dalam proses nak cukupkan peralatan lagi. Ada lagi peralatan yang aku takde. Baru beli yang basic-basic je.

Friday, July 15, 2011

Nak Share Ni Sebab Rasa Kelakar :))

Hey guys. A friend of mine shared this. You gotta try it:
1 - Open Google Maps (directions)
2 - Type China as your starting point
3 - Type Taiwan as your destination.
4 - Read step 48 (LMFAO!!!)
5 - When you stop laughing, type this in your profile so others can laugh too

I love Guitarist

Bila dengar song yang best-best bagi aku, aku selalu adore the guitarist yang mainkan lagu tu.Biasa orang akan tengok the vocalist kan, tapi aku tengok the guitarist. Sebab macam style habis main gitar.

Few years back masa before aku kenal my dear husband, aku nak sangat berkawan ngan orang pandai main gitar. Time tu aku suka dengar lagu unintended from Muse. Punya la gila adore orang main gitar, sampaikan aku berangan nak ada boyfriend pandai main gitar. Sweet kan bila someone mainkan lagukan untuk kita. Tambah-tambah if orang tu someone special to us.

Sekali ko, sekarang aku dah kawin pun ngan sorang yang memang pandai main gitar. Bila bersuamikan seorang yang pandai main gitar, aku teruja nak belajar main gitar. Tapi susah la. Tangan aku tak cekap macam aku menaip di keyboard komputer ni. Pastu macam sakit jari bila tekan tali gitar tu yang macam dawai tu. Huhu.. takpela..aku tengok dan dengar jela din main gitar.tak pun nanti aku usahakan jugak belajar main untuk note-note asas dulu. Tak pun aku belajar main keyboard aje.

Ini aku bagi link video yang din upload kat facebook dia. Ingat nak upload sini tapi takde video asalnya.

http://www.facebook.com/video/video.php?v=105681492783816

http://www.facebook.com/video/video.php?v=105402506145048

tak pun nanti aku mintak videonya dari din, pastu upload sini.

Thursday, July 14, 2011

Ganti Puasa

Hari tu dapat email, ada company meeting hari ni. Pastu ada aktiviti huha-huha selepas meeting. Sekali hari ni datang dapat email cakap meeting tak jadi. Dah la aku cancel nak puasa sunat khamis hari ni. Sedih pulak bila fikir.

Aku rasa aku dah habis menganti puasa tahun lepas cuma sekarang nak readykan perut aku untuk puasa bulan ramadhan nanti. Serius aku selalu lupa berapa hari aku tak boleh puasa so aku ganti lebih la. Macam contoh aku selalu period not more than x days so aku ganti double dari tu. Sebab ada jugak aku tak leh puasa sebab gastrik.

Perut aku ni pulak time bulan puasa mesti nak gastrik secara teruk. Jadi, kita praktis supaya perut tak terkejut nanti. Lagipun bulan rejab dan syaaban memang time nak kumpul pahala puasa sunat.

Korang dah habis ganti puasa belum?

Wednesday, July 13, 2011

Amukan Puaka Pagi Isnin Episod Akhir

Mesti ada yang tertanya-tanya apa jadi dengan kes astro aritu. Meh, nak stori-mori.

Aku tak call pun diorang tapi aku sms and missed call je. Bukan kedekut ke apa, sebab aku tak puas hati diorang buat aku macam tu. Ada pulak suruh customer sendiri call technician. Macam segala-gala caj kita je yang nak kena bayar. Nak buat report pun kena bayar. Bukan sepatutnya dah include dalam service caj memahal tu ke?

So, dapat la sms reply dari technician tu tapi mula-mula dia confuse aku siapa. Patutnya bukan maklumat contact aku diorang tahu ke? So, dia cakap keesokan hari akan datang tengok apa masalah tapi tak cakap pukul berapa. Fine, aku layankan aje. Ingat aku suri rumah agaknya yang duduk berkurung dalam rumah 24/7. Dah la reply sms aku memang lambat sangat. Waktu ni dah melepasi waktu 48 hours feedback yang astro cakap tu.

Esok after kerja takde pun diorang call/sms cakap nak datang pukul berapa. Balik kerja, aku sms tanya bila nak datang rumah check astro?Dia reply: Awak call assistant saya bla..bla.. Aku call assistant tu tak dapat so aku sms technician tu cakap telefon tak angkat. Technician call aku cakap assistant dia sudah on the way. What? Suka-suki je nak datang tak bagi pukul berapa. Kesian aku tau, terpaksa bawa kereta laju-laju.

Sekali, aku sampai rumah tengok assistant tu pakai baju sukan macam nak gi main bola/futsal. Tak bawa apa-apa peralatan. Assistant ini orang yang sama pasang astro aritu. Aku pun cakapla aku suspek sebab piring salah pasang. Assistant tu cakap esok baru dia betulkan sebab tak bawa
peralatan.

Esoknya astro aku dibetulkan dan sekarang dah ok dah.

Lama kan nak dapat bantuan teknikal. Aku rasa proses pihak astro ni berbelit-belit la. Memang tak patut sangat-sangat service charge naik sebab quality of service very low.Aku report pagi isnin,petang khamis baru betulkan.

Tuesday, July 12, 2011

Dah Nampak Kesan Premium Beautiful (PB)

Last week aku ada post status kat fb


So, sabtu lepas masa aku pakai PB. Guess what?rupanya aku dah pakai cangkuk ke 2 dah. Memang ada kurang inci jugak. Sejak try PB memang ada banyak kesan positif kat badan aku.

Ni aku list out kesan-kesan +ve tu:

# 1 - Berat aku senang nak turun pastu nak naik memang tak la. Paling-paling pun akan maintain je.

# 2 - Period kalau pakai PB berbeza dengan tak pakai PB. Time pakai PB, lancar dan cantik je warna period tu. Pastu tak berketul-ketul.

# 3 - Body Shaping ada improve dekat certain-certain part. Cik B tu ada beza la. Hasilnya makin cantik. Bukan aku syok sendiri cakap tapi suami cakap *ops!

# 4 - orang kerja dalam environment berekon ni susah betul nak berpeluh tapi bila pakai Pb mcm senang je peluh keluar. Aku suspek may be berlaku fat burning time tu.

# 5 - Bila time tak pakai PB pun, memang aku rasa sangat jeans aku longgar. Maknanya body shaping tu bukan kesan sementara je.

Aku dengar PB ada bagi rebate. Huhu.. din belikan aku time takde rebate pape pun. Kami bukan orang kaya tapi kami sekadar berusaha. Jadi sesiapa nak tahu macam mana orang biasa-biasa macam aku leh pakai PB, do email me atau contact me personally. Aku nak cite direct takut ada term n condition company jual PB tu yang aku tak tahu. Lagipun banyak benda +ve tu aku tak cite detail sebab takut ada yang claim blog aku ni censored pulak ;p

Monday, July 11, 2011

Diari PJJ : Naik Bas Canggih

Sekarang aku masih mamai-mamai lagi. Mengantuk sesangat sebab subuh tadi baru sampai KL. Dah jadi rutin aku berulang-alik KL-Johor-KL every weekend. Penat tu tolak tepi janji dapat spend time dengan suami kesayangan.

Aku bertolak kol 1.30 pagi. Naik bas Five Star. Canggih oh bas ni. Bas 18 seats, siap kerusi ada suis nak kedepankan,kebelakangkan, naik-turun. Aku suspek itu kerusi urut sebenarnya sebab ada suis yang aku tak tau fungsinya. Pastu bas tu setiap seat ada 1 screen siap benda alah apa yang korang tekan-tekan masa main game tu. Joystick ke apa namanya.Aku bukan kaki game tu yang tak tahu nama benda alah tu.

screen untuk main game kot?
Sepanjang perjalanan aku tidur je tapi ada je aku terjaga. yelah.. kadang bas goyang-goyang kan, rasa jugak tau. Kol 530 pagi lebih kurang sampai Terminal Bas Bersepadu (TBS).Sampai-sampai terus ambil ERL. ERL sekarang dah start operasi seawal pukul 4 pagi untuk kemudahan orang yang ada flight pepagi.

Aku naik ERL sampai Putrajaya sebab jumaat lepas dah tinggal kereta dekat park n ride Putrajaya Sentral tu.Senang la parking situ. Bayar pun tak mahal sebab security 24/7. Dah banyak kali aku parking situ.

Balik rumah solat subuh then sambung tidur balik. tapi aku still mamai-mamai sebab tidur macam tak puas. Terpaksalah tunggu lunch baru dapat take a nap sekejap.Bila dah mamai ni, monday blues la romannye.

Friday, July 8, 2011

Coret Coret Lina

# 1 - Dah dekat sebulan aku balik Johor tiap-tiap weekend. Walaupun penat rasa seronok balik jumpa orang tersayang.

# 2 - Aku selalu rasa nak shopping secara online atau tak online tapi last-last rasa macam 'takpelah.. tak penting pun. Baik saving'.

# 3 - This week angin memasak datang, mungkin sebab aku puasa kot, tu yang tekak rasa nak makan home made je. Lagi 1, aku pening makan masakan kedai. Banyak sangat minyak. Pening..pening..

# 4 - Tabung suka-suka dah beli tapi aku tinggalkan kat Johor. Jadi bila dapat RM5 dan  syilling 50 sen, aku still simpan dalam purse, cuma aku tak guna la. (aku buat tabung macam viruspadu dan ceeramoon tapi aku tambah syilling 50 sen).

# 5 - Sorry, aku masih tak reply komen-komen korang. Tu sindrom penyakit M. Sorry bebanyak tau. Jangan serik nak komen, aku baca tau komen-komen korang =)

Rasanya tu je kot untuk coret-coret kali ni.

Thursday, July 7, 2011

Cerita Tentang Susu

Aku selalu mengadu dengan din yang gigi geraham bongsu aku tak habis-habis lagi tumbuh. Rasanya last year aku dah cerita yang aku sakit nak tumbuh gigi ni. Macam makan bulan jugak la gigi tu nak keluar. So sepanjang tu la aku rasa sakit bila nak buka mulut luas-luas atau nak kunyah makanan.

gambar daripada google.com
Bila dah cerita dengan din, din cakap mungkin aku tak cukup kalsium jadi gigi tak leh terbentuk. Mungkin ada logiknya sebab kalsium memang penting untuk pembentukan gigi (macam iklan ubat gigi tu cakap). Few years back memang aku kategori yang pernah admit hospital sebab kurang kalsium. Tak tahu kenapa aku tak cukup kalsium macam orang lain. Mungkin jugak sebab aku minum milo je sejak baby. Ya, saya memang tak minum susu masa kecik-kecik.

Din suruh aku minum susu. So start beberapa hari lepas, aku mulakan minum susu tiap-tiap hari 1 gelas. Hingga hari ni, aku rasa yang gigi aku dah kurang sakit. Harap tumbuh la betul-betul ey wahai gigi.

Aku pernah dengar kawan aku cakap, if pregnant ada orang sampai patah gigi sebab tak cukup kalsium. Yelah, during that time kalsium memang sangat penting untuk pembetukan baby dalam perut. Takut kan dengar? Aku mula la berfikir, apa akan jadi kat aku ni nanti. Oh my!

Tuesday, July 5, 2011

Amukan Puaka Pagi Isnin Continues..

Pagi tadi aku dapat call from Astro. Ingat technician dia call nak setup appointment ke apa. Rupanya bukan. Dibaginya aku nombor telefon technician tu suruh aku call. Apa punya service ntah. Aku malas nak mengabis duit membayar bil untuk call technician tu. Kalau korang, korang buat apa? Tunggu technician tu call ke korang call?

Astro aku tu semalam elok je sebab aku suspek kesnya diaorang pasang piring tu kena cermin tingkap jiran atas. Kalau siang hari jiran tu buka tingkap, siaran astro aku ting tong. Apa punya bingai la pasang gitu gaya. Memang aku nak suruh diorang pasang tempat lain pulak supaya siaran astro aku tak diganggu. Wa bayar mahal ma..

Aku Suka Cuba Makanan Baru (4)

Orang lain duk heboh pasal tutti fruitti, frozen yogurt(froyo) kat twitter. Aku tak pernah try lagi walaupun pernah nampak franchise tutti fruitti ni kat IOI puchong. Bila ramai orang duk berkicau-kicau 'sedap la.. best la.'. aku pun teringin nak try.

Ajak din makan kat franchise Johor tapi din bz la pulak. Tapi macam rezeki nak dapat makan gak, ada buka franchise baru kat Cyberjaya. Siap dapat 50% discount lagi. So, semalam dah pergi cuba. Bagi aku ok la sebab memang aku suka yogurt tapi ntah kenapa aku tak rasa nak lagi lepas tu. macam sekadar cukuplah dapat rasa dah.Semalam try perisa red velvet, buah delima ngan green apple.

Sebab ramai sangat nak merasa tutti fruitti pada harga 50% discount, froyo aku dah cair sikit masa tgh beratur. Tengah-tengah hari panas makan benda-benda sejuk ni memang mendamaikan tekak la. Harga tutti fruitti ni mahal la sikit so takleh nak selalu sangat makan bagi aku yang tak kaya ni. Kadang-kadang boleh la.


p/s: This weekend ada buka franchise baru kat bandar tasik pemaisuri. Akan ada jugak discount 50%.

Monday, July 4, 2011

Amukan Puaka Di Pagi Isnin (2)

Aku tunggu sampai saat petang ni. Nan ado feedback dari Astro. Mengapa la slow sangat servicenya bukan guna sistem secara manual pun. Mesti la company untung ratus-ratus juta pakai sistem online bagai kan?

I am programmer so I know how a computer system work. Memang la 48 hours tu ko letak as feedback time. Tapi 48 hours itu sangat lama bagi aku. Bil aku takde pulak ko nak potong 48 hours tu. Cuba kalau aku lambat bayar sikit, gerenti caj lambat bayar ko dah kira. Mana aci macam ni.

By phone dah buat report, by system pun aku dah report and auto-respond cakap 2 days tu pun aku dah terima. Aku nak kira betul-betul cukup tak janji 48 hours ko tu. Kalau terlebih aku pun nak buat cara aku handle orang berkira macam korang ni.

Amukan Puaka Pagi Isnin

Pagi-pagi aku bangun astro nak tgk HotFm Am Crew channel 708. Sekali ko, keluar page takde signal. Aku jenguk kat luar tengok hari terang je. Sah-sah la tak windy ataupun hujan sekalipun.

Cepat-cepat call astro. Buat la apa yang dia suruh tapi still tak ok jugak. Untuk pengetahuan korang, aku baru je pasang astro sebulan lebih. Bil untuk bulan July ni pun aku dah bayar awal-awal dah. Sekali orang customer service tu cakap nanti dalam 48 hours technician akan call buat appointment. 48 hours maknanya 2 hari. Sah-sah la dah dekat minit terakhir 48 jam tu la baru nak call nak datang. Ini based on experience masa installation hari tu.

Masa installation, astro cakap installation dalam masa 7-10 hari bekerja ( kira weekend sah-sah tak kira, so macam 2 weeks jugak la kan). Aku tunggu, punya tunggu.. hari ke 10 hari bekerja baru terhegeh-hegeh nak pasang. Cakap technician yang pasang tu, diorang baru je dapat call pagi tu suruh pasang. So, sekarang tau la yang memang bahagian admin buat kerja macam hampeh. Takkan la company yang juta-juta untung setahun tak pakai sistem online? Service charge nak naikkan jugak walaupun servis macam ****.

Aku sebenarnya tak kesah langsung if astro nak naikkan service caj tapi biarlah la padan harga yang aku bayar tu. Jadi nasihat aku kepada tuan punya syarikat astro:

#1 - Duit untung juta-juta tu pergi la buat research untuk bagi astro ni dapat siaran time windy atau hujan.


#2 - Siaran tu jangan la sampai lebih 10 kali nak ulang. Ini, rancangan sepuluh tahun lepas pun tak habis lagi looping. Cuba tambah END loop dekat algorithm programming siaran.


#3 - Tempoh 7-10 days untuk installation dan 48 hours untuk technician buat appointment bagi aku melampau sangat. Ko company besar yang untung ratus-ratus juta, feedback patut cepat la. Ini last-last minute baru nak buat kerja. Bil jalan jugak, dey!


p/s: aku tengah musykil kenapa la astro aku yang baru je berapa bulan pakai dah rosak. Kalau ikut kadar penggunaan tak dela kerap. Aku balik kerja baru on. Siang aku kerja, weekend pulak selalu balik johor.

Friday, July 1, 2011

Nasib Kita Tak Sama (1)

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan

Dengar lagu runut bunyi (OST) Nur Kasih ni buat aku terfikir. Setiap orang ada nasib, hidup dan pilihan yang berbeza. Kadang-kadang kita sendiri dah target untuk diri sendiri macam mana nak jadi tapi tanpa izin Allah, tak jadi jugak.

Aku teringat masa zaman aku bersekolah. Aku pasang cita-cita nak ikut jejak sedara atau senior yang masuk universiti hebat-hebat, belajar luar negara. Pastu ambil medic ke, accountancy (aku budak sains stream yang ambil subjek akaun) ke tak pun Software Engineering walaupun aku tak tahu apa itu software engineering ketika itu.

Realitinya, aku pernah masuk IPTS yang gah ambil jurusan IT tapi mak aku masih lagi tak percaya bahawa IPTS ada yang lebih bagus  dari IPTA. Bayangkan orang dapat tawaran matrik bersyukur, aku menangis. Aku pegang kata-kata mak 'cubalah, mana tau boleh ambil medic. Kalau lepas ni tak ok, ambil la course apa nak ambil'. Jelas dan nyata semasa matrik, aku tak berusaha langsung. Cukuplah aku berpointer cukup-cukup makan dan yang pasti aku target pointer cukup nak ambil course Software Engineering di mana-mana IPTA.

Masa isi borang UPU, sekali lagi ada famili yang interfere. Tapi aku terus tekad nak course yang aku rasa aku minat saja. Alhamdulillah aku dapat 1st choice aku. Aku belajar sungguh-sungguh tapi pointer aku takde la 1st class honours. Tapi sikit je lagi kalau tak takde la aku menanggung bunga-bunga PTPTU.

Ok, nanti aku sambung apa jadi selepas aku ambil degree.

Wednesday, June 29, 2011

Kalau Seat Sebelah Strangers Lain Gender

Tadi gi beli tiket nak balik Johor jumaat ni. Sadly, takde dah seat single. Terpaksalah ambil seat sebelah siapa yang kita tak tahu gendernya apa. Tak best kan? Kalau perempuan ok la. Kalau lelaki, apa perasaan korang?

Aku kalo sebelah aku lelaki confirm sangat.. sangat.. sangat tak selesa. Yela.. perjalanan kadang tu ambil masa berjam-jam. Takkan la tak tidur ke apa kan? Balik kerja sure penat. Pastu seat pulak kadang tu macam sempit sampai peha berlaga peha. Buatnye sebelah tu memang jenis yang bukan baik-baik. Bukan aku nak buruk sangka tapi memang ada pun orang yang macam tu. Macam mana ko nak harung masa hingga sampai ke destinasi tujuan? Ada perempuan tak seberani Nurul Ain (lakonan Erra Fazira) macam dalam cite Soal Siapa?


Tadi aku pun tweet DS Sharizat, kot-kot la dapat perhatian kerajaan. Coach komuter untuk pompuan dah ada. Kalau bas, tak payah 1 bas nak wanita je, cukup sekadar seat perempuan dapat diasingkan dengan seat lelaki yang tak dikenali.

Tuesday, June 28, 2011

25+2

Hari ni birthday dd dudu (happy birthday, sayangku!), adik aku angah dan si kecil adam anak ja (happy birthday adam!) tapi aku nak update pasal birthday aku last week. Ye birthday aku dah lepas cuma aku nak la coret-coret kat blog apa jadi. Nanti dah alzheimer, leh ingat balik moment-moment yang sweet itu :)

#1- Mula sedih sebab terpaksa naik bas lewat nak balik Johor jumaat tu. Yela.. masa bersama suami dah kurang berapa jam dah. Haruslah emosi sampai terbuat entry ni.

#2- Sabtu, a day before birthday din bawa beli kain buat baju raya kat Jakel, JB. Aku suka benor kain-kain kat Jakel ni. Tema raya din request maroon tapi aku dah tertukar kaler tema ke kaler lain. Nanti raya haji kita buat tema kaler maroon pulak.

#3- Malam birthday din letakkan kotak yang berbalut siap kad. Aku dah nak tido time tu. Mula-mula ingatkan ada orang bagi hadiah kawen. Sebab selalunya ada je hadiah lagi walaupun kami dah kawen lebih 4 bulan. Siyes terlupa kejap dah masuk birthday rupanya. Hadiah adalah handbag kaler putih. Betul-betul suci kaler beg tu. Nak guna pun takut tau. Anyway, thanks my dear husband =)

#4- Hari birthday, makan tengahari din bawa balik 4 cuppies yang comel. Rupa-rupanya dia gi kedai kek senyap-senyap. Lagipun this year aku request nak kek biasa-biasa je.Cuppies masih ada 2 dalam peti ais.

Itu je celebration yang simple untuk tahun ni. Thanks untuk kawan2 yang wish kat sms, fm, ym dan sebagainya. Umur aku tetap 25 tahun tau ;p