Sunday, April 15, 2012

PTPTN From My Point Of View

Aku ni terpanggil nak menulis pasal isu PTPTN ni sebab aku ni peminjam PTPTN. Aku tak de la menyokong pemansuhan PTPTN sebab aku tak semua orang mampu nak biaya pembelajaran diorang baik universiti awam atau swasta.

Pastu macam kes aku dulu memang takde pilihan lain yang ada. JPA memang budak-budak medic dah sapu, berapa kerat je budak course lain yang dapat merasa biasiswa kerajaan tu. MARA pulak kalau tak silap aku time tu reduce tawaran pinjaman untuk student degree sebab kes blacklist sampai nama letak kat suratkhabar tu.

Aku bukanlah budak pandai sangat tapi result degree aku kurang 0.11 je cgpa nak dapat free ptptn. Sedih pun ada tapi ade gak kawan aku kurang 0.03 je cgpa nak free pulak. Lagi kesian kat dia. Kalau aku la dapat pinjaman MARA, sure bape sen je nak kena bayar. So, sape pinjam lain dari ptptn aku rasa tak sesuai la nak kupas isu ni kot.

Aku start bayar ptptn masa aku keje Research Assistant (RA) kat UPM. Gaji kecik tapi sebab takde tanggungan macam loan kete jadi aku bayarlah RM 400.00. Kalau bayar RM100.00, RM 48.75 dah tolak caj pentadbiran , agaknya bape jelah hutang yang ditolakkan? Pastu aku bereni keje sebab nak tumpu kat pengajian master aku. Bila tak keje, mana nak cekau duit bayar PTPTN kan?

Ade option tangguh tapi after aku kaji, tangguh pun caj pentadbiran jalan so no point la buat penangguhan. Jadi aku diam tak bayar selama 2 tahun. Tahu apa jadi kat jumlah yang aku bayar bulan-bulan RM400.00 ngan gaji kecik tu? dah naik balik jadi macam pinjaman asal. Kira apa yang aku bayar tu dah perabih kat caj je. Semangat nak bayar pun down sangat.

Pastu ada pulak option tukar kepada ujrah. Tapi melibatkan lhdn pulak. Setelah kaji balik, option tu tak membantu pun sebab bilangan bulan pembayaran dipanjangkan. So, peratus caj keseluuhan tu sama je 3% (tak ujrah) dengan 1% (ujrah).

Aku tak sokong pemansuhan ptptn tapi aku sokong pemansuhan caj pentadbiran. Kira macam kita bayar apa yang kita pinjam jelah. Lagipun, tak semua gaji besar, bisnes besar. Pas graduate, zaman baru nak naik. Gaji kecik je. Pastu kalau mampu bayar ptptn RM 50.00, bape sen je hutang tu ditolak. RM 5 pun tak lepas. Bape tahun nak dibelenggu hutang?

Kalau la servis cepat pantas macam bank memang layak la nak claim caj macam tu. Ni tak,nak dapat feedback apa-apa masalah sikit punya susah. Makan minggu gak la. Pastu office ptptn ni susah nak pergi. Patutnya every negeri ada 1 one stop center. Takdelah nak kena cuti semata-mata nak pergi pejabat ptptn kat kl nun.

Aku tulis ni based on pengalaman aku. Kadang-kadang hanya orang yang merasa je paham.

Monday, April 9, 2012

Instagram From Johor - Pahang

For android user, instagram apps dah ada kat market. Kalau tak , hanya product apple je leh merasa kehebatan instagram apps ni. Aku sebelum ni memang dah pernah guna instagram kat ipad tapi gambar yang capture dengan ipad memang tak cantik. Lagipun macam besar gabak nak bawak ke mana-mana.

Bila heboh cakap instagram ada kat android market gak. Aku pun cecepat install so sekarang dah senang nak berinstagram sebab handphone memang aku bawak gi mana-mana je. Cuma nak upload je aku tunggu wifi kat rumah atau tempat-tampat yang sedia wifi free. Sebab enset aku takde data plan. Tak survey lagi pasal tu.

So, ni aku nak tunjuk hasil experiment instagram aku masa aku naik train johor-pahang-johor baru-baru ni. Oh lupe pulak.. siapa nak follow instagram aku, aku pakai id : haslinahairudin.

Thursday, April 5, 2012

Mini Cupcake Yummy Yummy

Beli barang nak buat mini cupcake ni tak plan pun. Kebetulan din ada hal kat kedai barang buat kek so aku yang peminat baking stuff memang rambang mata le. Kek very the simple dan definitely akan cuba lagi.

Tengah beat gula dengan butter, boleh pulak mixer aku rosak. Nama pun mixer murah. Pastu hand mixer je pulak tu. Bukan jenis stand yang mahal yang amat ke apa. So, pasni kena grab mixer baru.

Aku bersusah payah beat guna tangan. Tapi takde la sampai sebati telur, butter dengan gula tu aku kerjakan. Bila letak bahan kering all the mix macam ok pulak blend. Nak letak dalam cup pulak susah. Yelah.. cup size kecik amat. So, aku guna piping bag untuk letak bancuhan dalam cup. Nasib dah pandai guna piping bag. Kalau tak comot la mini cupcake aku. Masuk dalam oven, sukanya bila all turn ok. Naik cantik je.

1 bancuhan dapat dalam 80 biji mini cupcake tapi yang masuk tupperware tak cukup pun 80 sebab aku dan din dah ngap dulu.

Wednesday, April 4, 2012

Start Balik Baking Project

Jadi surirumah takde apa yang menarik sangat. Jadi kita sendiri kena create keseronokan. Well, takdela rutin harian boring. Antara keseronokan adalah baking project. Aku baking2 ni takdelah pandai sangat. Cuba-cuba ikut resepi kat internet. Kadang jadi, kadang tak.

Kali ni nak panaskan oven aku buat pavlova. Tapi ada kekurangan masa beating meringue atau proses baking so hasilnya tak bape sedap. Masih boleh dimakan so takdelah lanting dalam tong sampah.

Nanti nak cuba buat rainbow cake la macam ciare. Din pulak tak suka makanan yang banyak pewarna makanan. So, how ey? Aku letak kaler pucat2 pastel2 jela so takde la menyerlah sangat kalernye. Ini baru plan, pelaksanaannya tak tau bila pulak.. hikhik