Saturday, June 20, 2015

HELP ! HELP !

Mula2 nak type cerita pasal ramadhan.. tapi terperasan pulak masalah besar berkait dengan blogger ni. Untuk login blogger ni aku guna akaun yahoo aku yg dah deactivate . Punca deactivate sebab aku tak login akaun yahoo tu lama sgt. Bila nak recover pulak, no telefon yg aku letak utk hantar verification code tu dah berkurun aku tak pakai. Malas nak pening kepala.. redha je la akaun email tu berkubur mcm tu. Padahal sedih la sebab tu 1st akaun email aku.

Now, aku nak pindah akaun blogger ni yang pakai akaun dah deactivated tu. Tapi pening nak cari jalan. Sesiapa pernah alami masalah yang sama tak? sebelum akaun blogger ni pulak tak boleh bukak, kena usahakan settle masalah ni. Sayang sangat2 blog ni walaupun blog ni takde la apa sgt bagi korang.. tapi bagi aku besar pengalamannya. Mcm2 dah aku blog sini. Cerita sblm kahwin, persiapan kahwin, ibrahim , bisnes..

kalau ada yg tau tu boleh komen kat komen.

Wednesday, May 27, 2015

Salam Tengah Tahun

Almost half a year dah pun..
Baru nak tulis balik blog ni hah.
Selalunya ada je kat dunia blog ni tapi jadi silent reader aje.

ni baru aku taip 3 baris ayat.. ibrahim dah terlolong 'kikut.. kikut!'
dia nak biskut la tu. selagi ada biskut hup seng tu selagi tu dia duduk makan tu je.
susu pun jatuh no 2 dah . makan tu makan, cuma aku perasan dia dah memilih makan sesikit. :'(

sekarang kami dah berpindah duduk di rumah sendiri.
actually lama dah beli rumah ni.. tapi sebelum ni tak proper tinggal bebetul kat sini.
rumah biasa-biasa je.. nak kata lengkap tu takdelah.. sederhana aje..
once ada masa akan aku cerita kat blog.

aku cuba cari tune untuk update blog macam dulu..
rasa macam lot of memories terlupus macam tu je. kalau ada tulis kat blog ni, kalau baca balik sure boleh recall balik. ni dah la makin berumur makin lupa la semua..
dah 3 series uols... ingatan pun tak macam dulu.

ok la.. tak boleh nak lelama ni. berderet keje hari ni nak kena setel..
chiao!



Wednesday, December 31, 2014

Get A Life!

Assalamualaikum..

Sekarang payah nau nak dapat aku blog pasal aktiviti harianku..
bukan aku je kot.. korang pun kan?
Actually memang tengah busy sikit ni hah..
Ada projek beso net coming 2015.
Doakan yang terbaik ye untuk aku . Projek tu sementara waktu kita simpan dulu tak cerita kat umum..

Hari ni just nak cerita pasal stalker.
Stalker ni ada di mana-mana uols!
Dalam famili pun ada stalker.
Aku buat ni, ko pun nak buat ni..
Aku kawan ngan orang ni, ko pun nak kawan ngan orang ni..
Apa yang aku buat ko tak pernah support pun.
walaupun aku stokis atau agen sah, ko sanggup ambil barang ngan orang luar..
Jeng! jeng! jeng!

Aku tak heran pun.
Sikit pun tak heran..
Lantakkan aje orang gini..

Sejak aku bisnes online hampir nak 2 tahun ni..
Aku sentiasa betulkan niat aku..
Takde nak dengki-dengki or caras orang lain ke apa.
Sentiasa la jugak perah otak sendiri untuk usahakan supaya bisnes aku berjalan..
Tak der aku nak tiru orang buat ape semua..
Tak de masa pun sebenarnya..
Dalam bisnes atau apa-apa je kita buat, yang penting HATI KENA BERSIH.
Kalau ada tercalit jelousy pastu ko nekad nak lebih pada orang tu, segeralah istighfar.
Bersihkan KOLAM HATI tu dulu..


Monday, December 22, 2014

Pernah Tak Rasa Stress Yang Tak Terucap??

Aku tengah stress ni..
Nak meluahkan tu banyak kekangan.
Tapi ni tahap macam gunung berapi nak meletup..

Aku cerita bayang-bayang je la ye..
Macam ni..
pernah tak korang rasa stress bila orang lain bersenang-senang di atas kesusahan korang.
Hah! macam gitu..
Aku kan bila ada orang keliling yang macam ni memang hangin la aku..

Aku tak suka nak cerita yang aku susah ini susah itu..
Biar aku je yang tau..
Tapi bila aku terpaksa susah sebab orang lain, pastu orang tu nampak bersenang lenang je mula la hati aku ni macam kena rasuk setan..
Nak cerita kat orang pun, aku bukan jenis mengadu domba.
Kadang terfikir jugak nak jaga aib orang.
Tak payah la cerita pasal orang yang susahkan aku tu..

Bila aku stress ni mula la aku makan je.
Tu bila nak kurusnya aku ni..


Wednesday, November 26, 2014

Baru Baik Demam

Ntah macam mana , semalam kena hujan kot.
Malam aku start demam..
Tapi usaha untuk baikkan demam..
Sebabnya if demam teruk nanti siapalah la nak jaga ibrahim.
Ini dilema aku tiap kali sakit ke apa..
Ibrahim almost 99% aku jaga sendiri..
Kalau jadi apa-apa memang susah sangat..

alhamdulillah.. kebah dah demam nye.
badan pun rasa ok sikit..

hari ni, nak cerita pasal perubahan..




Masih orang yang sama. Gambar takde super-impose ke apa.
Dulu muka aku horror nau..
Sekarang takdelah flawless muka aku..
Ada few breakouts dan parut-parut lama lagi..
Inilah hasil beberapa produk yang aku try..
Nanti kalau ada masa aku cerita apa produk-produknya..

oh.. aku ada bawa masuk beberapa produk baru kat @tradicine.
Feel free to visit my ig ey :-)

Monday, November 24, 2014

A Slow Warm Up

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..

lama tak membebel kat blog. Busy nau.
Tapi rasa sedih bila tengok blog terbiar sepi..
Pastu macam unfair sebab cek nuffnang baru je dapat..
Perkembangan ibrahim pun dah lost track.
Lama-lama nanti boleh lupa pulak apa yang dia dah pandai..
Sweet moment tu setiap development ibrahim.

ini aku nak pasang azam konon nak update blog selalu..
kita tengok berapa lama tahan ey ;-)

ok, cerita pasal ibrahim.
sekarang nak dekat 2 tahun dah dia..
kalau tahun hijrah lagi berapa hari je nak 2 tahun.
senang nak ingat tahun hijrah tu sebab ibrahim lahir 1 Safar 1434 atau 1234(sebab bulan safar tu bulan ke 2 dalam kalendar islam)

masih berat nak bercakap..
ada la few words dah keluarnya tapi tak sepetah budak-budak lain..
word terbaru 'mom.. tu..' sambil tunjuk tv suruh aku sama-sama tengok.
selagi aku tak tengok, selagi tu dia cuit aku dan suruh aku tengok.

Suka menyorok.. kira dah pandai play hide and seek la ni..
tiap hari ada je tempat menyorok baru.

ok la tak tau nak cerita apa dah..
cukup kot warm up gini ;-)




Monday, September 29, 2014

Ibrahim Dah Baik Dari Berry-Berry

Ibrahim nampak macam ok dah. kekerapan berry-berry tu dah kurang. Macam back to normal dah. Alhamdulillah. Bagi air garam yang beli kat farmasi tu je. Tapi 1 sachet tu bancuh separuh . kat dalam tu ada bahan tambah untuk kurangkan cirit-birit.

Masa bagi 1st time tu macam failed sebab ibrahim tak suka manis. Penat aku paksa dia minum. Pandai pulak tu bila suruh minum dia cakap 'tak dap..' .

Kali ke dua tu aku tekad gak bagi.. mula-mula dia tak nak minum.. Ntah macam mana dapat idea nak tambah sunquick dalam air tu bagi masam-masam sikit. Oh.. ibrahim ni tak suka minum manis-manis tapi kalau manis sikit-sikit masam tu dia suka. Ini pun tawakal je la bagi. Suka-suka je kan tambah bahan lain dalam air ubat. Buatnya jadi makin teruk. Kan naya? Alhamdulillah ibrahim minum air tu.. kira berjaya jugak cuba-cuba aku tu.

After bagi tu, sampai la sekarang dah takde berak-berak dah. Kalau tak, setiap jam berak. Stress aku. Penat nak bersilat membasuh berak tu sebab ibrahim ni agak lasak budaknya. Kesian pun ada sebab lambat sikit je tukar, melecet-lecet anak aku.