Thursday, June 12, 2014

Mummy Punya Cerita Pulak

Semalam ada check up utk family planning. Aku dah stop depo injection, lagipun Ibrahim dah 1 tahun 6 bulan so enough la ambil depo. Pernah terbaca side effect ambil depo injection adalah tulang reput. Scary kan? Kita cuba natural planning atau pun tak plan langsung. Ikut la, kalau ada rezeki terima aje.

Sambil check up utk yang tu. Aku kan last time mengadu jantung berdebar-debar. Pastu cepat penat. Tau-tau selalu dah pengsan tak boleh buka mata. Yang best Klinik Kesihatan Ibu Anak sini memang concern habis. Apa kita ngadu, diorang take serious. Last check up ada ambil Tiroid Function Test (TFT) in case ada problem dengan tiroid. Pastu doktor cakap may be athma attack. TFT result aku dalam normal range dan memang terbukti yang aku athma attack.

Utk check up semalam, aku cakap yang aku dah batuk lebih sebulan. Pastu takut la kalau kena tibi ke apa. So, start hari ni aku kena hantar 1 hari 1 sample kahak untuk test kuman apa yang degil sangat. Yela.. aku dah on medication, pastu dah ambil antibiotik dah tapi still tak baik. Dah la ada athma kan? tak pasal2 kena monitor athma aku. Boleh kata teruk jugak la sebab ada time senak betul dada aku. Pastu semalam dalam menunggu setel jumpa doktor semua, ada nurse tegur bibir aku biru. maknanya oksigen supply tak cukup.

Sekarang pun, buat keje sikit dah semput. Lepas tu cepat nau penat. Hope everything will be ok dan aku cepat sembuh. Susah ok nak menjaga Ibrahim, buat house chores, nak berbisnes lagi kalau terus-terusan macam ni.

Monday, June 9, 2014

Ibrahim ada lumps

Lama tak update sebab anak beranak down with cough & flu. Aku ni dah dekat sebulan lebih kot batuk-batuk.. kejap-kejap macam baik, kejap-kejap datang balik batuknye.. siap pakej lelah sekali. tu yang segala aktiviti macam tergendala. bisnes jalan cumanya aku takdelah promote sangat. korang yang nak membeli boleh je whatsapp / sms aku. barang sentiasa ada ready stock.

Cerita pasal Ibrahim. masa dia kena batuk dan selesema tu bagi aku kire macam serius jugak kali ni. Sebabnya tiba-tiba ada lump. ada 2 , tapi now aku rasa ada yang bertambah kat lain walaupun batuk dia dah baik. Ini yang aku dalam kerisauan ni.. Hari tu bawa jumpa doktor pakar kanak-kanak, dia cakap dalam 2 minggu macam tu akan ilang. kalau tak ilang, bertambah atau bertambah saiz, kena bawa jumpa doktor balik. Sepatutnya next appointment 23 jun 2014.

hurm... masa cek up setahun setengah kat Klinik Kesihatan Bandar Tenggara ni, doktor ada cakap if lump tak hilang biasanya diorang akan cek if ada sakit tibi ke tak. pastu kalau tibi takde, diorang akan buat minor surgery untuk ambil sample kat lump tu. Aku yang mendengar ni seriau yang amat korang. Tapi that day Ibrahim ambil injection 3 serangkai tu. Tak demam pun walaupun aku tak bagi dia ubat demam.

Masa lump tu muncul Ibrahim siap demam. Anak aku ni tak pernah demam pun since lahir, bila dia start demam, rasa macam jantung ni dirobek-robek gitu. Ibrahim start merengek, tak selesa, kurang makan. Sedih kan? Rasa dalam this week bawa jumpa pakar kanak-kanak tu balik kot. Harapnya takde la berita meruntunkan hati mummy.