Monday, June 9, 2014

Ibrahim ada lumps

Lama tak update sebab anak beranak down with cough & flu. Aku ni dah dekat sebulan lebih kot batuk-batuk.. kejap-kejap macam baik, kejap-kejap datang balik batuknye.. siap pakej lelah sekali. tu yang segala aktiviti macam tergendala. bisnes jalan cumanya aku takdelah promote sangat. korang yang nak membeli boleh je whatsapp / sms aku. barang sentiasa ada ready stock.

Cerita pasal Ibrahim. masa dia kena batuk dan selesema tu bagi aku kire macam serius jugak kali ni. Sebabnya tiba-tiba ada lump. ada 2 , tapi now aku rasa ada yang bertambah kat lain walaupun batuk dia dah baik. Ini yang aku dalam kerisauan ni.. Hari tu bawa jumpa doktor pakar kanak-kanak, dia cakap dalam 2 minggu macam tu akan ilang. kalau tak ilang, bertambah atau bertambah saiz, kena bawa jumpa doktor balik. Sepatutnya next appointment 23 jun 2014.

hurm... masa cek up setahun setengah kat Klinik Kesihatan Bandar Tenggara ni, doktor ada cakap if lump tak hilang biasanya diorang akan cek if ada sakit tibi ke tak. pastu kalau tibi takde, diorang akan buat minor surgery untuk ambil sample kat lump tu. Aku yang mendengar ni seriau yang amat korang. Tapi that day Ibrahim ambil injection 3 serangkai tu. Tak demam pun walaupun aku tak bagi dia ubat demam.

Masa lump tu muncul Ibrahim siap demam. Anak aku ni tak pernah demam pun since lahir, bila dia start demam, rasa macam jantung ni dirobek-robek gitu. Ibrahim start merengek, tak selesa, kurang makan. Sedih kan? Rasa dalam this week bawa jumpa pakar kanak-kanak tu balik kot. Harapnya takde la berita meruntunkan hati mummy.




No comments: