Tuesday, April 30, 2013

Urusan Urusniaga Di FB

Hai semua!

Aku dah tambah FB pages badge kat atas belah kiri blog ni. Segala Q & A pasal Maixara atau apa-apa produk jualan semua kat sana ey. 

Kat sana juga aku ada bagitau 'Cara Pembelian' so senang. Korang boleh baca dan ikut step by step. Kalau tak paham lagi baru sms/whatsapp 0126637842.


Monday, April 29, 2013

Testimoni Maixara C-Sential

Selalu la sangat dapat keyword untuk carian yang sampai ke blog aku ni 'Maixara Tak Berkesan'. May be ada yang dah beli pastu makan takde kesan positif pun. Siapa yang beli dengan aku, aku akan post-mortem. Ini pun, aku dah taipkan tips untuk makan Maixara supaya dapat hasil yang berkesan. Tapi itu untuk buyers yang beli dengan aku je. Ade few tips yang aku dapat dari pengalaman sendiri atau atas nasihat orang-orang professional tentang bab-bab makan vitamin ni.

Hari ni nak share testimoni orang lain. Asyik aku je kan tayang muka. Muak dah korang menengok testimoni aku tuh kan? Kebanyakan masalah adalah masalah jerawat. Tapi maixara ni bukan untuk rawat jerawat je tau. Banyak lagi masalah yang telah maixara atasi.






Sekali lagi aku nak cakap, makan apa-apa suplemen perlu usaha. Bukan magik tau. Like hari ni makan esok terus ko cantik. Kadang tu take time berbulan jugak baru nampak hasil. Kadang tu sehari dua dah rasa kesan positif dah. Suplemen works vary untuk setiap orang.Badan dan penerimaan badan masing-masing berbeza.

Nak dapatkan Maixara dengan harga promosi? SMS/whatsapp 0126637842. Fast service, I tell you! Beli sekotak je, dah dapat free gifts banyak tau. 

**nak dapatkan MCS dengan harga RM 85? Klik Slot Bisnes Kecil-Kecilan 

Nursing Room Yang Sangat Penting

Dah dapat title mak-mak ni duduk cerita hal parenting la pulak kat blog ni. Kali ni nak share experience guna beberapa nursing room dekat shopping mall dan airport. Kebanyakan kes guna untuk change diapers je tapi experience ni atleast memberi kesedaran kat aku pentingnya ada nursing room yang selesa.

1) KSL city, JB
Tak de nursing room khas. Tapi dekat ladies, ade meja depan cermin. Mungkin macam meja solek la kot. Dah tu, Ibrahim dah membuang, terpaksalah kita guna meja tu untuk tempat salin diaper dia. Nasib tak tergolek anak aku.


2) Angsana, JB
Ada nursing room. Kena bayar RM0.20 sekali masuk. Tak lah begitu selesa tapi time aku guna tu ade bau diapers ada uk..uk.. sikit.  Tapi boleh la dari takde langsung.

3) LCCT, Sepang
Ada nursing room. Tapi masa time aku guna tu ada this one lady tengah pump susu. Ada tempat tukar diapers jugak. Ada sinki. Cuma panas yang hamat. Takde aircond time tu.

4) KLIA
Banyak kan nursing room kat airport ni. Siap sediakan katil untuk salin diapers. Air pun ade air panas/sejuk. Selesa la untuk aktiviti salin diapers, pump susu, breast-feeding etc.


5) SOGO, KL
Ini the best nursing room yang aku pernah jumpa. Siap sediakan air panas untuk buat susu anak. Ada wet tissue jugak disediakan. Mainan untuk lekakan anak-anak. Pendek kata, macam-macam ada la.


6) City Square, JB
Ada nursing room. Tapi kecik je. Bolehlah buat nak tukar diapers anak kan? Cuma sebab kecik sangat, nak masuk both parent dalam tu a bit sempit sikit.




Ini antara experiences yang pernah aku lalui. Kalau takde nursing room ni memang la payahnya nak tukar diapers Ibrahim. Kalau dia membuang yang kecik takpelah lagi. Kalau yang besar, tumpang tandas OKU jela jawabnya.

Friday, April 26, 2013

Maixara C-Sential Punya Pasal Lah Ni!!

Aku rasa aku dah obses dengan cermin. Kejap-kejap belek muka. Lepas dah belek muka, tanya din ' dah kurang sikit kan parut?' . Pastu sengih-sengih.. Tapi ini bukan je syok sendiri. Memang betul Maixara tu berkesan tapi korang kena la sabar. Macam aku kesan tak la cepat sangat sebab aku minum benda berkafein kuat. Alhamdulillah, walaupun lambat aku puas hati sangat.

Sekarang ni hari-hari duduk melayan One HD. Bukan menghayati cerita sangat. Tapi duduk tengok muka artis-artis korea tu. Licinnya kulit muka diaorang kan? Flawless takde jerawat. Cuma ade sorang je dalam cerita 'Cheongdamdong Alice' tu yang muka dia ade jerawat tapi dicover oleh foundation. Kulit makcik-makcik dlm cite korea pun cantik. Kedut-kedut tu memang ade tapi ke'flawless'an muka diorang buat aku jeles ok. Ha..ha..ha.. gila duduk perati muka setiap pelakon.

Ini semua Maixara C-Sential punya pasal la. Dulu masa muka aku bermasalah, takdenye aku nak kelebet muka macam ni sekali. Dalam sehari nak pandang cermin pun payah. Sebab stress muka berparut sana-sini. Pastu kusam pulak tu. Sekarang aku asyik tersengih tengok cermin sambil pegang-pegang muka.

Ok, la ni aku nak share whatsapp kawan aku. Dia beli MCS dengan aku.



Bila hasilnya positif semua orang akan happy. Tapi jangan risau, kalau beli dengan aku insya-Allah yang negative feedback tu kita post-mortem. Aku tak nak la jual, pastu biar je korang. Kadang bukan apa, silap cara makan ke. Pastu benda-benda supplement ni kadang-kadang berbeza kesannya setiap orang. Yelah, badan setiap orang kan lain. So, nasihat aku, bertabahlah ye. Benda-benda macam ni kena ada usaha jugak. Bukan magik.


Beli Maixara C- Sential dengan pengedar / stokis yang sah tau. 

Keterangan lanjut : 

SMS / Whatsapp : 0126637842 

Setiap pembelian walaupun sekotak ada free gift menanti anda


** nak dapatkan MCS dengan harga RM 85?? Klik Slot Bisnes Kecil-Kecilan 

Kay-Ep-Ci

Lama tak cerita pasal food kan? Nak buat entry masak-masak sekarang, banyak beli kat luar dari masak sebab busy 'melayan kerenah Ibrahim'. heh..heh.. alasan baik punye tu ;)

Kali ni nak cerita pasal Kay-Ep-Ci.Alolo.. mengadenye sebut macam tu. Ce sebut betul-betul.. KFC..
KFC Bandar tenggara ni the best yang aku pernah rase sebab kilang Ayamas dekat je. Agaknya 'lebih fresh' berbanding outlet-outlet lain.

see.. sos seco'et gitu je
 Sekarang tengah promo ayam KFC yang K-pop tu kan? dah rase dah! my verdict, biase je. Aku suka lagi Golden Wrap. Sos dituang kat ayam tu pun ciput je. Tak menikmati ke-korea-an sangat. Korang pulak macam mana? Suka tak ayam KFC yang K-pop ni?

walaupun rupa golden wrap ni tak menarik tapi rase dia kebaboom
Ehem.. lama tak pergi KFC. Selama ni din tapaukan je. Agak-agak my favourite Golden wrap ade lagi tak?

Thursday, April 25, 2013

Ibrahim dan Kakak Aishah (Kisah 1)

Ibrahim = anak aku
Kakak Aishah = anak sedara sebelah din

Ibrahim kan super duper manja lately. Jadinya kalau ade masa mood dia ok, aku pun buat sesi 'nasihat mummy kepada anaknya'. Macam la Ibrahim tu faham kan? Tapi serius kadang-kadang aku rasa dia faham je apa aku cakap dengan dia ;)

Like yesterday, tengah sesi nasihat berlangsung...
Aku : Biase dia ni.. tak nak dengar cakap.. biase dia ni... (sambil lepuk-lepuk manja kaki Ibrahim yang bam-bam)
Ibrahim : (Nak mencebik.. sekali sengih-sengih.. senyum)
Aku : Biase dia ni..

sekali.. pelepuk! aku kena ketuk.

Kakak Aishah : Jangan marah dia mak ude!! (sambil usap-usap kepala Ibrahim)

Omo.. Ibrahim dah ade protector. Nak 'nasihat' tak boleh depan kakak Aishah dah lepas ni.

Kakak Aishah

Wednesday, April 24, 2013

Upgrade Jadi Mini Stokis Maixara

Aku ni dalam mood stress ni. Mana tak stressnye. Ibrahim buat perangai nak aku tercongok depan muka dia je. Nak buat keje apa pun tak boleh. Sejak dia 4 bulan ni perangai super duper manja tu hover sangat. Hidup aku makin tak terurus jadinya. Kalau ditinggalkan dia merengek, lama-lama nangis slow-slow sambil panggil 'mummy..mummy..' pastu nangis yang hover sampaikan nak terkeluar anak tekak. Macam mana ey nak buat? Ade yang cakap biarkan je dia nangis nanti dia paham 'it's ok mummy takde'. Tapi tak sampai hati ok nak dengar dia menangis.

Semalam aku telah meng'upgrade' dari dealer ke mini stokis Maixara. Alhamdulillah, dah ade modal nak jadi mini stokis, terus je proceed. Ini semua kumpul modal sikit-sikit tau. Nama pun bisnes kecil-kecilan.. heh..heh..

Mini stokis boleh melantik dealer/ dropship. So, sesiapa berminat boleh sms/whatsapp ey. Modal tak besar dan insya-Allah aku akan guide korang how to start the business.

Lagi 1, aku nak cite pasal backout buyers. Aku tau la Maixara ni ade persaingan dari penjual-penjual Maixara lain. Ini kau tanya lebih-lebih ngan aku sampaikan berjam-jam tanya pastu ko senyap je. Aku bukan tak boleh nak jual harga murah tapi HQ dah tetapkan harga tak boleh senang-senang tuang. Tu pasal lah ramai penjual Maixara yang beretika berlumba-lumba nak bagi free gift dekat customer. Kadang-kadang beli yang murah tak ikut harga HQ tetapkan ni dikhuatiri takut terbeli barang tak ori. Kalau ade pun backout buyers ni sebab nak tunggu gaji dulu baru dapat buat payment, takpe.. korang boleh reserve dulu tapi cakap la nak tunggu gaji.

Sebab dah banyak kejadian backout buyers ni, aku nak strict sikit. Sesiapa nak sms/whatsapp untuk pembelian sila ikut template ni:

Nama:
Alamat penghantaran:
Barang apa nak order:
Kuantiti:
Nak bank in pakai bank apa:

Untuk Q & A korang boleh tanya kat blog ni atau kat FB page yang aku create khas untuk bisnes kecil-kecilan aku ni. Search 'Tradicine'. Kalau pakai gambar profile Maixara C-Sential tu, betul la FB page nya.

Ok, la Ibrahim dah start 'lagu rock' dah tu. Bye!





Monday, April 22, 2013

Promosi.. Promosi.. Promosi

Sebab punyalah happy dengan hasil makan Maixara. Aku nak share kegembiraan dengan memberi promosi hebat dari hari ini 22/4 sehingga 30/4.

Dengan pembelian 2 kotak Maixara C-Sential (RM 199.80),
Free Gift : Sabun Susu Beras , Eye Mask , free postage dan jeng..jeng.. yang ni best sangat!
1 perfume Silky Girl ~ Sweet Temptation ~ Limited Edition (worth RM 19.90)


so, apa lagi meh la grab cecepat 2 kotak Maixara C-Sential tu.
SMS/Whatsapp : 0126637842  (lina)

bagi yang nak beli sekotak tu, jangan ingat takde free gift pulak. Setiap pembelian, memang ada free gift. Kalau sekotak, free gift macam biasalah : sabun susu beras, eye mask dan free postage. Nak, perfume limited edition tu, beli 2 kotak ey ;)

Tuesday, April 16, 2013

Maixara Tak Berkesan?

maixara c-sential sapa dah try
makan maixara tapi tak berkesan
minum kopi boleh makan maixara
pengalaman sendiri makan maixara
berhenti maixara ada kesan


Ini antara keywords yang didetect oleh Nuffnang buat orang sampai kat blog ni. Since ramai yang nak tahu pasal Maixara, let me answer persoalan yang bermain di minda korang tu ;)

1) Siapa dah try Maixara?
Saya dah try (eh..eh.. bersaya pulak. Sebab blog ni dah tak dibaca di kalangan orang terdekat segan pulak nak ber-aku, engkau) Maixara C-Sential dan Maixara Slim Look. Tapi saya jual Maixara C-Sential je dulu.

2) Makan Maixara tapi tak berkesan?
So far saya makan, berkesan je. Malah, I'm happy with the improvement of my skin. Apa-apa jenis supplement pun cara berkesan berbeza-beza setiap orang. Ada yang cepat, ada yang take time sikit. Lagipun bend-bende macam ni bukan magic, ini semua kena usaha baru dapat hasilnya. Dah kalau ade skip-skip, pastu cara makan pun salah.. nak harapkan hasil sama dengan orang yang makan consistent pastu ikut cara yang makan yang betul. Tak dapek den nak nolong... Lu fikir la sendiri ;)

3) Minum kopi boleh makan Maixara tak?
Jawapannya boleh tapi keberkesanan Maixara tu kurang la. Kebanyakan produk pun, nak berkesan.. kurangkan minuman berkafein. Tapi sebagai peminum kopi tegar macam saya ni, susah la nak tinggalkan kopi. So far, Maixara berkesan je dekat saya cuma take time sikit sebab langgar pantang ;)

4) Pengalaman sendiri makan Maixara.
Dah banyak kali kot cerita. Siap ada bukti lagi. Saya jual Maixara ni bukan jual bodo je, I try it first then baru jual secara sungguh-sungguh sebab saya yakin dengan kehebatan Maixara =)

5) Kalau berhenti makan Maixara, ade effect tak?
Maixara ni supplement. So, rasenye tak masalah pun kalau nak berhenti makan. Cuma kalau kulit kita dah bagi baja sedap-sedap, pastu kita stop tak bagi baja. Agak-agak apa jadi ey? Again, sendiri kena fikir. Melainkan, u try other supplement untuk gantikan Maixara.

Nak beli Maixara dengan harga RM 85? Keterangan lanjut dan format sms/whatsapp: Slot Bisnes Kecil-Kecilan Lina 

Monday, April 15, 2013

Ibrahim is 4 Months

Dah 4 bulan dah anakku Ibrahim Ikram. Tadi check up takde kena cucuk sebab baby 4 bulan direhatkan dari suntikan vaksin. Aku je yang kena cucuk tadi. Ini tengah nenong-nenong kesan suntikan ehem..ehem..

Berat Ibrahim 4 bulan : 7.52 kg (+ 0.7 kg)
Apa yang Ibrahim dah boleh buat :


  • Ibrahim dah meniarap sekali tapi sampai sekarang sekali tu je dia meniarap. Nurse suruh try ransang Ibrahim supaya meniarap. Kenapalah anak mummy tak nak meniarap dah ni? Tak best ey?

  • Dah pandai grab barang. Paling suka tarik baju, rambut dan tangan mummy.

  • Susu FM dah bertambah ke 5 oz. Tapi had piawai dibenarkan untuk Ibrahim sehari paling banyak 3x je FM.

  • Waktu siang dah kurang tido. Banyak main dan mengempeng.

  • Dah start kenal colours. Ibrahim paling suka kaler hijau.

Thursday, April 11, 2013

Borak Kosong

Ibrahim tengah lena dalam buai tu, jadinya boleh la borak-borak dalam blog ni. Aku ni sejak ade anak sorang ni, pergi kedai din pun dah jarang. Kebanyakan masa aku memang kat rumah je. Nak dapat jumpa orang selain din, MIL, aishah dan Ibrahim ade la kot seminggu sekali.

Dahsyat kan? Kadang-kadang stress jugak aku gini tapi nasib ada la bisnes kecik-kecik jual Maixara dan AuraWhite tu.Ada la jugak urusan nak gi bank ke, gi pejabat pos ke. So far, aku suka sangat hasil makan Maixara. Aku bukan jual bodo je tau. Tapi auraWhite ni aku tengah tahankan nak cuba. Hati dah meronta-ronta nak ber'aurawhite' tapi din tak bagi sebab aku dah makan Maixara katanya. Takut overdose. Aku siap cerita kat dia, ada ok orang yang consume Maixara dan AuraWhite dua-dua sekali. Hasilnya sure la lebih lagi. Din still la tak bagi. Tak pe, mungkin one day aku dapat gak cuba aurawhite. Apa kata korang cuba dulu? Beli dengan aku, nanti banyak free gifts aku bagi :)

Next week Ibrahim dah 4 bulan. Aku ngan din nak perkenalkan solid food sebab Ibrahim macam tak puas menyusu. Tanda-tanda nak makan pun dah ada. Kesian sangat kalau dia tengok kitaorang tengah makan. Siap telan air liur ok. Agak-agak misi cakap ape ey masa bawak dia pergi check up 4 bulan kat KKIA nanti ey? Itu pasal ibrahim...

Sekarang aku dah gila balik tengok cerita korea. Tapi layan-layan cerita korea pun takdela mengadap 24 jam. Aku tengok time lepas maghrib. Time tu memang time tido Ibrahim so senang nak menghayati cerita. Sekarang tengah layan cerita 'Full House Take 2'. Typical korean drama tapi tetap la rase sweet. Yelah drama korea ni lebih kurang sepesen je. Mula-mula hero sombong nak mamps last-last berubah perangai sebab suka dekat heroin. Suka tengok kulit muka pelakon-pelakon korea yang flawless. Berangan nak kulit flawless macam tu. Takpe..takpe.. dengan MCS, sure boleh punya ;)

Alahai Anak

Lately, Ibrahim semakin membesar semakin manja dia. Yelah dia dah kenal siapa mummy, siapa abah. Perangai super duper manja dia tu buat aku pening sebab tak boleh nak buat apa-apa keje. Kalau dia tido barulah dapat makan, mandi semua tu.

Macam semalam, pukul berapa ntah baru aku nak lunch. Time tu orang dah tea break dah pun. Tapi after aku siap je makan, dia dah bangun tido balik. huhu...

Petang semalam sebab aku nak mandi dan solat. Aku terpaksa keraskan hati je dengar dia menangis. Selesai aku solat baru pujuk dia. Sebenarnya aku rasa sekali sekala aku kena ajar Ibrahim supaya tak clingy sangat dengan aku. Tapi tu la, siapa yang sanggup nak dengar anak merengek, menangis kan?

Tambah-tambah bila kita melayan dia, dia berhenti merengek pastu buat muka comel macam ni.


Wednesday, April 10, 2013

Masih Tak Flawless Tapi Hasilnya OK

Dah lost count dah berapa hari makan Maixara C-Sential ni. So, Inilah hasil ber'MCS' ye kawan-kawan.




still tak flawless tapi dah banyak improvement. Jom try MCS!

Harga : RM 99.90 (promosi ni harga sebenar RM 125.00)
free postage + free gift

sms/whatsapp : 0126637842 lina

Format SMS/Whatsapp : Slot Bisnes Kecil-Kecilan Lina

Monday, April 8, 2013

AuraWhite GlutaCollagen 400000mg

Before ni aku ada cerita pasal aku jual Aurawhite jugak kan? Tapi takde promote atau terangkan produk tu macam mana kan? Maafkan hamba ye kawan-kawan. Baru hari ni ade kesempatan lebih nak cerita-ceriti pasal produk ni.

Bagi sesiapa yang terlepas train, AuraWhite ni salah satu produk yang tengah hot kat pasaran sekarang. Yelah.. memasing nak kulit cantik dan putih gebu. Tapi takde la putih pucat macam mayat tu uols. Ini putih yang sihat. Kulit jadi glossy dan nampak sangat sihat.

Artis macam Hanez Suraya pun makan produk ni. So, sesiapa nak cantik macam artis, meh kita try AuraWhite =)

Cerita panjang pun tak guna. Ini sebahagian testimoni yang dishare dengan pihak HQ.

Nak tengok banyak lagi, korang google je memang banyak testimoni produk ni :)

Harga : RM150.00 ( boleh tahan penggunaan untuk 2 bulan )
Setiap pembelian dengan lina akan dapat:
  • free postage
  • free shaker
  • free 3D masker
  • free sabun perut ( sabun untuk kuruskan perut )
  • free sabun susu beras


Sesiapa nak dapatkan AuraWhite , boleh SMS/whatsapp : 0126637842 lina
Nak tanya-tanya pun boleh sms/whatsapp =)



Wednesday, April 3, 2013

Baru Balik Dari KL/Selangor

Pagi tadi pukul 2 pagi macam tu baru sampai rumah dari KL/Selangor. Actually, Isnin hari tu my mum dan grandparents pergi umrah. Aku, din dan Ibrahim ke KLIA la menghantar diorang.

Hopefully mereka selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. Past few weeks, ada jemaah dari daerah Lipis yang balik-balik 'tak sihat'. Kena jangkitan virus. My mama angkat also sekarang di HKL. Dia rasa tak sihat sampai di KLIA masa perjalanan balik. Terus dihantar ke HKL dan dia koma. Sekarang dah ok sikit dan harap korang dapat doakan moga mama diberikan kesihatan dan dapat meneruskan life macam biasa. Dengarnya ada juga beberapa orang jemaah yang sama rombongan menemui Illahi sebab virus ni.

Bisnes Maixara jalan macam biasa ye. Ni kan dah masuk april kan? Harga promosi diteruskan sampai hujung bulan April. Then, ada promosi best. Yang tu aku buat entry khas la ye. Ok, aku nak unpack barang-barang ni. Nanti kita cerita-cerita lagi ye.