Monday, April 29, 2013

Nursing Room Yang Sangat Penting

Dah dapat title mak-mak ni duduk cerita hal parenting la pulak kat blog ni. Kali ni nak share experience guna beberapa nursing room dekat shopping mall dan airport. Kebanyakan kes guna untuk change diapers je tapi experience ni atleast memberi kesedaran kat aku pentingnya ada nursing room yang selesa.

1) KSL city, JB
Tak de nursing room khas. Tapi dekat ladies, ade meja depan cermin. Mungkin macam meja solek la kot. Dah tu, Ibrahim dah membuang, terpaksalah kita guna meja tu untuk tempat salin diaper dia. Nasib tak tergolek anak aku.


2) Angsana, JB
Ada nursing room. Kena bayar RM0.20 sekali masuk. Tak lah begitu selesa tapi time aku guna tu ade bau diapers ada uk..uk.. sikit.  Tapi boleh la dari takde langsung.

3) LCCT, Sepang
Ada nursing room. Tapi masa time aku guna tu ada this one lady tengah pump susu. Ada tempat tukar diapers jugak. Ada sinki. Cuma panas yang hamat. Takde aircond time tu.

4) KLIA
Banyak kan nursing room kat airport ni. Siap sediakan katil untuk salin diapers. Air pun ade air panas/sejuk. Selesa la untuk aktiviti salin diapers, pump susu, breast-feeding etc.


5) SOGO, KL
Ini the best nursing room yang aku pernah jumpa. Siap sediakan air panas untuk buat susu anak. Ada wet tissue jugak disediakan. Mainan untuk lekakan anak-anak. Pendek kata, macam-macam ada la.


6) City Square, JB
Ada nursing room. Tapi kecik je. Bolehlah buat nak tukar diapers anak kan? Cuma sebab kecik sangat, nak masuk both parent dalam tu a bit sempit sikit.




Ini antara experiences yang pernah aku lalui. Kalau takde nursing room ni memang la payahnya nak tukar diapers Ibrahim. Kalau dia membuang yang kecik takpelah lagi. Kalau yang besar, tumpang tandas OKU jela jawabnya.

No comments: