Thursday, December 30, 2010

Chit Chat & Update Preparation Kahwin

36 hari lagi until nikah day 

Esok cuti, so aku pun mood ala2 cuti dah ni. Tengah duk berkira nak balik Lipis malam ni atau esok pagi. Tambah dengan perisa ngantuk sebab makan nasi arab kat Restoran Saba' tadi. Office buat farewell untuk one of the staff. Aku pulak dalam hati buat ala2 celebration dah permanent. Yelah dapat surat betul-betul before nak keluar gi farewell tu. Alhamdulillah. 1st time jadi seorang pekerja berstatus 'tetap'.

update preparation kahwin pulak:

#1 - Last week mak kata nak buat pelamin mini untuk nikah. Aku bila orang dah nak bagi, terima jela. Tak pernah pun plan untuk ada mini pelamin sebab aku suka simple-simple. Even mak paksa-paksa adakan hantaran, aku still berkeras untuk tak nak ada hantaran time nikah nanti. Warna yang aku pilih teal dan pink. Tapi macam nak tukar lagi ;p

#2 - Mak terlalu banyak plan untuk doorgift. Cupcake la, bunga telur la, bakul hiasan la. Yang pasti akan ada doorgift vip dan tak vip.Kawan-kawan mak aku berbagai lapisan pangkat, tu yang ada buat yang special tak special. Kalau semua nak buat special, aku rasa aku kena jual kereta aku la pastu tapi aku akan pastikan kawan-kawan aku akan dapat doorgift vip.

#3 - Kad, mak cakap akan start edar tengah bulan Januari. Takut orang lupa kalau bagi awal-awal.

#4 - Aku plan nak book hotel untuk din punya side, siapa nak book hotel, sila bagitau aku awal-awal.

#5 - Kasut, pihak gavy cakap after a week akan call. To date, tak de call pun. Takpe, aku rasa masih awal lagi ni.

#6 - Masih mencari tudung dan veil for nikah. Hopefully the vendor yang aku really hope dapat pakai tudung dan veilnya boleh accept tempahan aku.

#7 - Next week nak kena ukur baju for sanding but berat aku degil betul. Stress to da max bila fikir pasal berat.

#8 - Next week jugak plan nak gi Nilai 3 lagi. Nak beli paper bag , bekas telur dan tambahan bunga telur for vip.

ok la. tu je kot

Dah confirm dah =)

Alhamdulillah. Hari ni dapat surat confirmation. Tapi mula-mula agak ragu-ragu sikit sebab pernah dapat surat macam tu tapi confirm as contract staff je. Kali ni lain, aku dah permanent. Syukur, Alhamdulillah!

Tuesday, December 28, 2010

Serabut Tapi Tenang

Aku rasa la kan, penyakit lupa aku makin kronik tapi aku macam tenang semacam. Kelakar pun ada sebab kejap-kejap lupa, pastu lupa balik. Sekarang memang banyak benda nak kena fikir tapi aku memang abaikan je kalau lupa. Sebabnya aku akan rasa berdenyut kepala kalau cuba nak ingat jugak.

Paling latest aku lupa sikit-sikit no telefon aku sendiri. Kejadian ni aku perasan masa nak tulis borang kat pejabat pos tadi. Nak pos barang kat mak aku. No telefon mak aku pun asyik aku potong..tulis..pastu potong balik..tulis.. Ade la 5 - 6 kali macam tu. Alamat pun macam perkataan 'bandar' , aku tulis 'bndar' (ni 1 contoh salah eja). Memori aku macam limited sangat-sangat. Tulis blog ni selalu aku tersalah eja tapi nasib baik aku perasan dan betulkan balik. Dulu aku hafal no telefon kacang je sekarang...

Tiba-tiba aku blank nak tulis apa. Entry tak de penutup boleh?

Monday, December 27, 2010

Baju Famili

39 hari lagi until nikah day 


Hari Jumaat lepas, mak dan adik aku yang bongsu datang KL. Datang untuk shopping baju famili time wedding aku dan din nanti. Mula cakap datang hari Sabtu but then mak aku tukar plan datang hari Jumaat.

Malam tu kiteorang tido kat Legend Hotel. Tu pun mujur ada bilik sebab sebelum tu tanya Vistana dan Seri Pacific dah penuh. Niat mak nak extend 1 malam lagi pun tak dapat sebab Legend pun penuh hari Sabtu tu.

Tengahari Sabtu after checkout terus ke Jalan TAR. Sepanjang hari kat sana. Jakel la, Gulatis la, Maya, Euro Moda, Nagoya, semua aku ngan mak aku masuk. Tapi paling lama kat Jakel. Baju Famili semua beli kat Jakel. Murah rezeki SA yang layan mak aku hari tu. Memang kaw-kaw punya shopping la. Aku suka je sebab ada orang sponsor baju famili.

Warna tema baju untuk famili adalah purple lembut tapi kotor (light and dusty purple). Ini tafsiran aku la. Aku sangat suka pink tapi aku tak nak bagi orang lain pakai pink supaya aku tak tenggelam di kalangan orang lain.

color may be beza sikit sebab ni bawah lampu kuning

Famili aku yang lelaki akan pakai baju Melayu lengkap. So, kawan-kawan lelaki amat digalakkan memakai baju Melayu (tak nak pun tak pe). Famili aku yang ladies pulak akan pakai baju kurung. Jadi kawan-kawan nak mengikut tema, boleh la pakai baju warna purple lembut tapi kotor tu ey.

List Peserta Contest Bunga-Bunga Cinta

If dah submit penyertaan by email or entry tapi nama tak de dalam senarai sila bagitau ey. Good Luck to all =)
  1. http://firnaa86.blogspot.com/2010/12/contest-lagi.html
  2. http://chintaaidaiskandar.blogspot.com/2010/12/chinta-aida-iskandar.html
  3. http://wnuruladila.blogspot.com/2010/12/contest-bunga-bunga-cinta.html
  4. http://nurulazrol.blogspot.com/2010/12/contest-bunga-bunga-cinta-syarat-syarat.html
  5. http://myjourneythrougheverythingnice.blogspot.com/2010/12/contest-bunga-bunga-cinta.html
  6. http://redribbonboutique.blogspot.com/2010/12/contest-bunga-bunga-cinta.html 
  7. wnuruladila@yahoo.com
  8. walimahpedia@yahoo.com
  9. farihauitm@hotmail.com
  10. malyn.mizzunderstood@gmail.com
  11. nadyazahid.blogspot.com
  12. khalisa_lisa@yahoo.com 

ada tak yang tak de dalam senarai? update me.

Friday, December 24, 2010

Contest : Bunga-Bunga Cinta

Sticky Post sampai tarikh tutup contest. Sila scroll ke bawah untuk entry terbaru
Dalam 1-2 minggu ni aku duk terfikir nak buat contest since ramai bride2be yang singgah dekat blog aku ni. Ini kira a part of appreciation kerana sudi share info pasal wedding with me =)

Syarat-syarat contest:
1) Tak perlu nak jadi follower blog aku ni tapi kalau nak jadi jugak, aku tak paksa.
2) Mestilah bride to be yang akan berkahwin bulan 1/2011 dan seterusnya.
3) Terpulang sama ada kamu nak buat entry khas atau emailkan jawapan kepada saya haslina.hairudin@gmail.com
4) Jawab soalan-soalan ni :
  • Siapa nama kamu dan bakal suami kamu? (letak nama samaran pun boleh)
  • Apa warna tema nikah atau sanding atau tandang (pilih 1 saje majlis) dan ceritakan kenapa pilih warna itu.
  • Bila majlis tersebut akan berlaku? (bagi b2b yang masih tak tetap tarikh boleh agak-agak je bulan berapa)
  • Ni soalan mencabar sikit. Cerita dengan penuh perasaan kenapa kamu suka sangat dengan bakal suami kamu tu.
5) Contest ini dimulakan dari tarikh entry dipublish sehingga 24 December 2010 pukul 1 petang (1300 waktu 24 jam)
6) Letak gambar di atas sebagai bukti penyertaan =)
7) Sila tinggalkan komen di bawah untuk penyertaan contest.

Hadiah:
Hand bouquet untuk majlis kamu nanti. If dah ada hand bouquet, aku akan transformkan hadiah dalam bentuk  bunga hiasan yang dapat pemenang gunakan dalam bilik tidur atau di mana saja yang kamu suka.


Thursday, December 23, 2010

Side Effect

Start semalam aku consume neurobion as prescribed by ENT specialist. Tapi aku macam pening, loya dan rasa tak sedap badan pulak. Tak tahu la normal ke tak ni. Serius, aku sangat-sangat tak selesa.

Wednesday, December 22, 2010

Hiv Test Done

44 hari lagi until nikah day 


Semalam (selasa) after jumpa ENT specialist, aku pergi buat HIV test. Lone ranger je sebab din dah buat his test lama dah. Aku main terjah je Pusat Kesihatan Ibu dan Anak ( kat tempat aku, ni tempat HIV test paling dekat).

Isi borang, register pastu tunggu depan bilik rawatan dan suntikan. Cuak dan dalam hati ni risau sebab aku kan banyak menggunakan jarum suntikan. Bila nama aku dipanggil so aku masuk la bilik tu. Tunggu mak cik nurse isi-isi form pastu siapkan test kit.

Before dia buat hiv test tu mak cik tu tanya aku soalan. Korang bayangkan mak cik tu tanya ngan garangnya.
Mak cik Nurse : Sebelum test ni, cuba bagitau cara-cara HIV berjangkit. Selalu tengok dalam tv jadi hari ni mak cik nak soal.
Aku : melalui jarum suntikan...
Mak cik Nurse : Jarum suntikan apa? (garang)
Aku : bertukar-tukar jarum suntikan macam penagih dadah.
Mak cik Nurse : Lagi?
Aku : Seks rambang dan dari ibu ke anak..
Mak cik Nurse : Ibu ke anak macam mana?? (garang)
Aku : a..a..
Mak cik Nurse : Yelah cakap dari ibu ke anak, macam mana? 
Aku : mengandung..
Mak cik Nurse : Permindahan darah..
Aku : ha'ah.. melalui permindahan darah ;p
Mak cik ni tak membantu langsung aku yang cuak ni. Bila test tu aku duk tanya macam-macam kat dia. Rupa-rupanya dia kenal arwah ayah aku. Saje je mak cik ni buat garang ngan aku.

Resultnya : tidak reaktif (hehe.. aku jeling-jeling before dia seal sampul surat nak bagi pejabat agama). Alhamdulillah.. dipermudahkan urusan oleh Allah.

p/s: Korang kena bayar RM1 kan? aku tak pun. Ke diorang lupe nak mintak?

Tempah Kasut Kahwin

Sabtu lepas, aku dah pergi tempah kasut untuk majlis-majlis kat Lipis. Tempah 2 kasut macam dd dudu. Kebetulan dapat durian runtuh jadi ada bajet lebih untuk buat 2 kasut. Kalau tak, sepasang jela.

Time datang tu, dilayan oleh asyraf, very young talented shoes designer. Lama jugak la berbincang dengan asyraf pasal kasut-kasut kahwin aku. Mula-mula dia akan tanya colour baju. After that dia akan ukur saiz kaki kita.

Ukur tu bukan pakai tali pengukur ke apa but he will suruh you pakai kasut then measure by size of the shoes. Kalau size tapak ok, dia akan tanya bahagian depan ok tak. Sebabnya, ada orang tapak saiz lain, bahagian depan kasut saiz lain. Like mine. Tapak size 4, bahagian depan 4 1/2. That why kalau pakai kasut size 5 longgar-longar sikit and size 4 pulak ketat kat bahagian depan.

Aku pilih colour tak betul-betul sedondon dengan outfit aku nanti. For nikah, outfit colour putih, kasut colour silver. For sanding pulak, outfit aku mixed colour of pink, lilac and gold jadi kasut sanding aku pilih gold. Walaupun baju sanding banyak colour pink, aku tak suka all pink from head to toe. Try to match the colour.

Estimated to be siap after a week tempah. Tapi sesiapa nak tempah kasut dengan asyraf (Gavy), please call him first. Takut fully booked. Erm... aku tak sabar nak tengok kasut-kasut aku =)

Tuesday, December 21, 2010

Bukan Main - Main Tapi Serius

Aku sekarang kat Lipis. Ada appointment dengan pakar ENT hari ni. Everything yang aku mengadu dekat pakar ortho diambil kira. Now, I'm facing with another disability. Hearing loss. Tapi yang mild aje. Mild pun aku still kena pakai hearing aid. Hehe..biasa tengok orang tua-tua je pakai tapi now aku sendiri yang pakai. Tak boleh imagine macam mana rupenye.

Aku tak terus buat hearing aid tadi. Doktor still nak cuba cara lain. Bagi aku makan vitamin saraf dulu then tengok if ada perubahan  tak dalam 2 bulan lagi.

Tapi bila benda dah melibatkan saraf, memang susah nak fix balik. Doktor kata saraf pendengaran aku lemah sebab tu aku susah nak proses apa orang cakap. Tapi sebenarnya saraf dengan bahagian lain pun dah problem. Penyebabnya pulak sama ada sebab genetik atau kesan pain killer yang aku makan dekat 10 tahun lepas.

Ok la, aku masih berharap yang aku masih ada peluang kedua. Doakan aku.

Monday, December 20, 2010

Kad Kahwin Dah Siap

Last Saturday din dapat call dari L*C cakap kad dah siap. Mesti diorang tak berani nak call aku kan? hehe.. So Ahad aku gi amik kad. Hasilnya aku suka kad kiteorang. Simple dan elegant =)

L*C masih hutang 1 bunting dengan aku sebab diorang salah faham aku 1 bunting sahaja sebenarnya 2 bunting. Anyway tak kesah pun sebab benda free. Sebut benda free, kiteorang dapat fews kad dan sampul FOC. Sukanya.....

Colornye lain sikit. Ni guna kamera handset je.
Sekarang adalah proses menjemput secara rasmi. So kepada semua bloggers, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang nak kad kahwin aku dan din, sila bagi alamat ey.

p/s: Sorry korang sebab tak sempat nak reply komen korang. Hari ni aku half day. Sorry tau.

Sunday, December 19, 2010

Link : Persiapan Kahwin Lina


Untuk memudahkan korang dan aku ke link-link persiapan kahwin aku, aku tambah 1 gadget (list of link). Harap maklum =)

Saturday, December 18, 2010

Penganti Tiara

Masa time wedding nanti especially sanding, aku plan untuk mengikut typical malay wedding bride akan bertiara. Aku nak pakai head accessories sahaja yang mana head accessories itu akan gantikan tiara. Cool kan?
Aku suka yang belah kiri. Credit to : Jailan Atef
Yang ini pun belah kiri jugak. Credit to : Jailan Atef

Ini daripada irna la parle from Indonesia. Credit to :  Irna La Parle
Mostly aku google jumpa style tudung gipsi je kalau nak pakai head accessories sebagai penganti tiara. Tak pernah pakai tudung gaya gitu so tengah fikir sanggupkah aku nanti.

Friday, December 17, 2010

Esok Nak Tempah Kasut Kahwin

Since ade rezeki lebih sikit jadi aku nak tempah kasut untuk nikah dan sanding esok. Semalam dah call si designer kasut dan masih boleh menempah kasut. Hoyeeh!

Most of b2b dah tau pasal Gavy kan? My kawan, muni yang also b2b next year yang bagitau entry huda pasal tempat nak tempah kasut for wedding. That time mase hunting wedding shoes for dd dudu. Aku , ezzan dan ros pun follow masa dd dudu tempah wedding shoes dia. Along muni dan muni pun ada jugak.

Time kat Gavy sambil main-main dengan ipod si ezzan ;p
Masa teman-teman dd tu aku ada try kasut-kasut di Gavy. Sangat selesa walaupun high heels. Kaki aku ni jenis yang tak boleh terima kasut sebarang. Nanti melecek bukan setakat kat bahagian belakang kasut, tapak kaki pun melecek. Manja betul kaki aku ni.

Ni gambar kasut-kasut kahwin dd yang ditangkap oleh ezzan (asyik ambil gambar hasil tangkapan ezzan je kan? reason : sebab i really adore gambar-gambar ezzan tangkap. Cantik kan?)


Rasa-rasanya colour apa yang aku tempah? Cubalah teka =)

Why Bakal Pengantin Always Sensitif

Tiba-tiba aku rasa nak cerita pasal isu dari perspektif aku. Kenapalah bakal pengantin selalu sensitif especially the bride.

  1. Banyak sangat benda nak fikir untuk merealisasikan dream wedding masing-masing.
  2. Taste setiap orang tak sama so akan ada la cakap-cakap yang buat pilihan/taste si bride dipersoalkan. Tapi yang orang cakap-cakap tu pun agak-agak la. Think before you speak dan please la ingat itu majlis si bakal pengantin, bukan majlis kamu.
  3. Kena buat prosedur-prosedur kebenaran nikah yang agak menguji kesabaran bila si bakal pengantin sangat busy dengan kerja masing-masing. Setiap negeri lain pulak caranya. Adoiyai!
  4. Sebab kena keluarkan duit yang banyak untuk kahwin. 1st time tu keluar duit banyak jadi sangat terasa duit tu keluar. Tambah-tambah si bakal pengantin bukan orang kaya.
  5. Vendor pulak tak memenuhi impian kita. Janji lain, buat lain. 
Bila dah perasaan dan fikiran terganggu, mula la bawa kereta pun tak tenang, masak pun sambil fikir benda lain, termenung sana, termenung sini. Pastu jadilah kejadian tak diingini. Sebab tu orang tua kata orang nak kahwin 'darah manis' . Sebenarnya kita sendiri yang buat darah kita manis. So, to bride and groom to be, cubalah la bertenang. Insya-Allah kita semua akan tidak 'berdarah manis'.

Thursday, December 16, 2010

Alhamdulillah Rezeki

Past few days dapat email from big boss tentang pemberian bonus to staff. Bonus for 1 and half month. Aku kan baru join company tak sampai setahun jadi aku memang tak tahu la aku dapat berapa.

Hari ni check maybank2u. Alhamdulillah. Banyak jugak bagi aku yang bergaji sikit ni. Syukur sangat-sangat. May be rezeki nak berkahwin kot? Tapi aku tengah mc ni. Food poisoning telah menjadi gastrik dan cirit-birit. Makan je rasa nak vomit dan membuang. Hopefully I'll be ok tomorrow. Semangat nak pergi kerja sebab dapat bonus. 1st bonus in my life. Ke second time. Sebab raya hari tu dapat gak bonus tapi time tu baru 3 bulan kerja so dapat macam 'duit raya' je.

Suka Mengubah Bunga

Aku suka buat benda-benda keperempuan macam menjahit, gubah bunga, apa-apa hobi orang perempuan. May be turun bakat sikit-sikit dari mak aku kot. Memasak aku suka tapi ikut mood tapi dekat kampung, aku buat-buat tak pandai masak ;p

Antara hasil gubahan aku (yang aku guna gambarnya as gambar contest anjuran aku)


 Pastu, gubahan dekat ruang lepak-lepak depan rumah mak sedara aku:

gambar kurang menarik sebab guna kamera enset 2 megapixel je
Aku suka mix n match beberapa jenis bunga pastu jadikan a bouquet yang sangat ceria. Then, walaupun tu artificial flower, aku akan cuba cari bunga yang tak nampak plastik. Kalau ada sesiapa nak mintak tolong aku ke gubah-gubah bunga,  boleh la bagitau aku ey.

Wednesday, December 15, 2010

Penipuan SMS :Macam-Macam La

Hari tu ada bloghopping terjumpa entry blogger tu pasal penipuan sms. Guess what? Hari ni aku dapat sms penipuan ala-ala macam tu.

from : +6285227681267
Ayat sms tu :
Ini Ayah tlong bgi credit mxis RM30 ke Nombo bru ayah 0128412857 Ayah lgi ada msalah kat blai plice. Lepas credit masuk bru ayah call.

Penjelasan aku pulak:
Memang aku panggil ayah aku ayah but arwah ayah dah meninggal sejak 1999 (zaman aku tak kenal sms pun)
Ayat macam ayat orang ind** dan sms diterima dari no bukan dari Malaysia. Pastu mintak kredit ke no belah-belah Sabah Sarawak sana.

Macam mana la sms macam ni boleh berleluasa. Pastu siap ada yang tertipu lagi tu. Ish..ish..ish.. sambil geleng-geleng kepala.

Wedding Favors For Children : Jelly Beans

Aku tertarik hati nak bagi budak-budak Jelly Beans ni daripada bagi gula-gula yang biasa orang bagi time majlis kahwin. So colourful dan budak-budak pun mesti suka punya. Tapi punya la payah nak mencari yang jual secara borong benda alah Jelly Beans ni. Aku jumpa jual kat jj tapi harga, harga retail bukan wholesale. Agak mahal di situ berbanding gula-gula biasa. Ke korang tau mana boleh dapatkan benda alah ni secara wholesale? Bagitau la kat aku ;p

Mula-mula aku plan nak letak dalam jar mcm ni:
 credit to : michton.com . Tak pun macam ni :
credit to : humbugsweetshop.co.uk .

Mahal la pulak jar ni. Lagi mahal dari jelly beans tu sendiri. Pastu nak bagi benda ni nak bagi budak-budak, macam tak sesuai sebab jar ni kaca. So, aku plan nak letak dalam bekas dadih yang saiz kecik tu. Pastu letak riben hias-hias. Boleh imagine tak?

Tapi bila tengok idea dari website ni : http://myweddingplanningtips.com/2009/05/01/wedding-favor-ideas-sweet-bites/ , aku rasa macam nak guna plastik je untuk buat packaging jelly beans tu. Nanti nak survey mana  lagi menjimatkan.

Tuesday, December 14, 2010

Bunga Pahar : Dah Beli

Bunga Pahar adalah a part of penyeri pelamin. Jadi bunga pahar adalah versi bunga telur yang lebih grand gitu. Nowadays, harga bunga pahar mahal. Tapi korang boleh untuk memilih guna bunga telur yang biasa-biasa sahaja as bunga pahar. Ikut bajet dan kemampuan sendiri.

Kebetulan hari ahad lepas wawa my housemate nak hantar kawan dia ke Nilai. so, alang-alang dah ke sana, kitaorang ke Nilai 3. Thanks wawa sebab bawa aku ke Nilai. Thanks to aida too sebab rela follow walaupun dalam keadaan demam dan  cuaca Nilai yang panas terik dan kering.

Aku tak ingat ke berapa aku masuk. Tapi kat kedai tu, aku macam tak nak balik ok. Bunga paharnya aku tak pernah tengok kat mana-mana wedding, pastu harga memang murah la. Cuma, aku tak de choices untuk bunga yang pahar yang itu. Sedih di situ.
Ini bukan bunga pahar aku beli tapi ni la latest design yang tak pernah tengok kat mana-mana wedding yang aku pernah attend.
Tapi aku beli jugak bunga pahar kat kedai tu cuma bukan yang latest design yang meletop tuh. Design macam biasa je tapi nampak mewah dan ada kelas.Harga pun sangat la murah. Suka-suka =)

Baju Nikah : Hantar Tempah Dah

Kain baju nikah dah beli a week before. So, sabtu lepas after tengok 1st draft kad kahwin di LH Creative , aku ke Gombak pulak. Nak hantar kain untuk buat baju pakai time nikah. Aku tempah dengan mak dd dudu.

Design yang aku pilih, baju kurung riau sebab type baju ni je boleh memberi ilusi kurus kepada aku. Tak caye tengok gambar masa aku jadi pengapit dd dudu masa kawen dia. (gambar credit to : ezzan)


Kalau berat aku degil tak turun time nikah, atleast aku mendapat ilusi kurus dalam gambar time tu. Huhu.. sangat rindukan berat di kala 46-47kg.

Monday, December 13, 2010

Tarikh Majlis Belah Din

Aku tak pernah bagitau korang bila majlis belah din kan? Sebab aku ingat-ingat lupa. Takut salah bagitau tarikh pun ada. Din pun ingat-ingat lupa jugak sebab majlis belah din lewat sebulan dari tarikh majlis di Lipis. Persiapannya pun tak la urgent and important.

Majlis belah din pada 19 Mac 2011 (Bandar Tenggara). Sesiapa nak datang belah din, sila-sila. Anda semua dijemput untuk memeriahkan majlis =)

Bridezilla Mode Turn On Di L*C

Ingat tak, aku pernah buat entry pasal kemarahan aku terhadap vendor kad kahwin? Sekali lagi vendor kad ni menguji kesabaran aku.

Aku ke L*C sabtu lepas. Sikit punya banyak dugaan. Jalan Pudu jammed teruk pastu nak cari parking sikit punya hazab. Dah siap parking dekat Plaza Pudu yang agak horror tu, rupa-rupanya aku kena pergi cawangan L*C dekat jalan besar tu. Cari teksi, sorang pun tak sanggup nak meredah ke jalan yang jammed tuh. So, aku jalan kaki la. Yang aku betul-betul marah, kenapa masa aku booking, call banyak-banyak kali tu, tak cakap tengok draft tak sama tempat dengan tempat booking kad. Pastu korang suka-suki je siapkan draft aku lambat-lambat. Dah aku marah-marah, korang bukan nak coolkan aku malah menyakitkan hati aku. Serius aku tak puas hati!

Check draft dan aku nak bayar 2nd deposit, korang punya mesin guna debit card rosak. Bukan aku tak nak keluarkan duit banyak-banyak, tapi kawasan tu memang macam tak selamat dari peragut. So, sekali lagi aku berjalan kaki ke Caltex untuk keluar duit.

Masa booking, aku dah tolerate korang letak tarikh pickup on 20/12 . Masa tengah check draft tu, aku tanya boleh ke korang siapkan on 20/12 hari aku nak pickup tu? The designer cakap biasanya 2 weeks after the 1st draft checking. 2 weeks maknanya 25/12 mcm tu. Eeeeeee! geram tul aku! Tapi aku firm nak jugak on 20/12 as what they promise me masa booking. Designer tu cakap mintak aku call on 19/11 check dah siap ke belum. I bet you. Another story of bridezilla dalam blog aku ni.

Friday, December 10, 2010

Award / Tag dari CikSyafa =)


Tengah2 blogwalking ke blog CikSyafa sekali dapat ini tag =) . Thanks CikSyafa. Tiba-tiba rajin nak layan benda-benda macam ni (ekceli tengah bosan berkerja. Sila jangan tiru aksi ni ye kawan-kawan)

1. Copy and paste this award in your blog.
Ok sudah copy url dan paste award ni di sini (^-^)


2. Write an entry, 5 things to do in 1432H
-Nak kahwin dan jadi isteri solehah (insya-Allah)
-Nak setup biznes secara serious bersama hubby to be
-Beli rumah sebijik (buat loan la. Kalau pakai cash mana mampu)
-Nak dapat berat yang ideal (sungguh susah nak turunkan berat sekarang..huhu.. nanges)
-Nak beli Blackberry sebijik ;p

3. Share your mission and/ or vision for this new year.
- Buat persiapan kahwin dengan jayanya (insya-Allah)

4. Tag 5 person and let them share their things to do.
tak cakap pun b2b ke ape kan? so here are the lucky one:

  • http://dudusecret.blogspot.com/ (Puan dudu, sila ey jawab tag ni. Nak tau jugak things to do ko as a newly wed)
  • http://ciare.blogspot.com/ (Puan ciare, sebab ko dah jadi mama so mesti ada benda ko plan nak buat kan?)
  • http://seni4me.blogspot.com/(Cik hasni, aku saje nak bagi ko ilang stress sambil jawab tag ni. Boleh?)
  • http://thepowerpuffme.blogspot.com/ ( Puan Ja, since ko dah mula2 berjinak ngan blogging, apa kata ko jawab tag ni )
  • http://pandangdenganmatahati.blogspot.com/(Cik Muni, ko b2b 2011 yang bertuah nak jawab tag ni)

Thursday, December 9, 2010

Kain Baju Nikah

Jumaat minggu lepas, time nak habis waktu kerja, tiba-tiba aku rasa nak sangat gi Jakel, Shah Alam after few bloggers yang cakap ada promosi hujung tahun. Tak menyempat betul aku. Kes serik dengan Jakel aku tolak tepi demi mendapatkan beaded chiffon untuk baju nikah. Gila kan aku?

Aku terus sms pae kawan aku untuk cakap aku nak gi Jakel Shah Alam pastu nak dia follow aku. Pae pun kate 'ok'. Boleh mintak pae tunjuk jalan sebab pae kerja Shah Alam =)

Sampai Jakel, tak ramai orang pun. Terus kami ke floor 3 bahagian fabrik baju pengantin. After few session pilih-pilih dan gaduh-gaduh manja ngan din, aku berjaya beli chiffon beaded untuk baju nikah nanti. Tapi corak biasa-biasa je sebab din kalau boleh nak semuanya putih tapi aku nak ade kaler-kaler sikit. Pastu aku tak ambil pakej chiffon tuh sebab din tak setuju aku belanjakan duit ikut pakej tu. So, aku buat sikit tawar-menawar. Tak ambil full chiffon beaded. Kain guna kain biasa je. Hasilnya dapat la kurang dalam rm100 dari harga pakej.

Yang tak bestnya aku macam salah beli lining satin tu. Dah balik baru perasan kenapa aku pilih kaler lining tak sama dengan kain baju melayu din. Yela, kalau kat Jakel lampu dia kuning-kuning sikit so tak perasan la sangat kaler beza-beza. Tapi tak dela obvious sangat perbezaan. Boleh la kot?


Baju nikah ni niat nak tempah dengan my best friend's mom. Nak buat baju kurung biasa atau baju kurung riau. Tengok mana yang mampu memberi ilusi kurus ;p

Wednesday, December 8, 2010

Dilema Kerjaya Selepas Kahwin

Hari ni technical training so agak ting-tong sikit sebab terkejut belajar benda baru. Hopefully aku akan cepat adapt dengan new technologies yang tengah dilatih ni.

Aku sekarang dalam dilema. What should I do after married? Nak jadi surirumah or terus kerja macam sekarang. I really love this job tapi perkahwinan jarak jauh (PJJ)? Tak nak la sebab aku sudah percintaan jarak jauh (PJJ) dah bertahun-tahun dah. Lagipun mak aku kurang setuju dengan benda alah jarak jauh ni. Susah nak manage tambah-tambah bila ada anak nanti.

Din jugak dah offer 1 job untuk aku. Sounds better dari aku bekerja dengan syarikat-syarikat IT kepunyaan cha.ya.nun.alif kat Johor. Tapi aku masih berfikir-fikir sebab I really love this job. Din pulak memang ikut je asalkan aku happy. Ke ada peluang kerja kat Johor yang lebih kurang kerja sekarang?

Monday, December 6, 2010

Kerana L*C Aku Jadi Bridezilla

Semalam, aku call L*C sebab aku rasa dah lambat sangat untuk aku tengok the 1st draft of the kad kahwin. Yelah last time aku call, the designer said akan panggil aku last week untuk tengok the 1st draft. I repeat 1st draft! Dah dekat sebulan aku booking (Aku booking 14/11), 1st draft pun aku tak dapat tengok hasilnya lagi. Pastu main janji tapi tak de feedback.

Call semalam, the designer cuti. Geram betul aku. Ni mesti kes tak siap pun draft aku. Aku patut pickup kad2 tu 20/12 which is lagi 2 minggu. Kalau 1st draft aku tak tengok lagi, korang rasa siap ke kad aku tu nanti? Geram tau. Boleh diorang bagi alasan, kalau kad pickup 20/12, 12/12 macam tu baru panggil itu tengok 1st draft. Ko ingat aku mengadap buat persiapan kahwin je 24 jam?Eeeeeeeeeeeeee! Geram..geram!!

Ni belum kes aku nak pinda peta segala lagi. Aku siap warning yang aku nak dia bagi feedback hari ni juga or not aku berkira-kira untuk cancel tempah dengan diorang. Aku tak suka ok push2 orang. But be serious la. Orang nak bagi job kat ko. Yang bos diorang pun 1, dah tau designer tu tak deliver, please la assign orang lain. Tak pasal-pasal ko hilang income sebab dia.

Aku pernah baca kat internet bad things happen tempah dengan L*C tapi aku tak mau percaya sebab aku tak lalui sendiri dan aku suka design kad-kad L*C. Aku dan Din gak dah sediakan plan B di mana kitaorang akan cari vendor lain untuk tempah kad but we still wait for L*C to respond.

Friday, December 3, 2010

Loss of Cervical Lodrosis?

Aku dah masuk kerja. Malas untuk memanjang cuti sakit di kampung. Pagi-pagi jumaat ni aku tiba-tiba rasa nak share tentang sakit aku buat ramai kawan-kawan yang tertanya-tanya. Sokseh2 aku dengar korang bertanya 'lina tu sakit apa ey?'. Aku pun sendiri tak reti nak explain. Anggap jela sakit aku masih dalam siasatan sebab sakit yang doktor pakar diagnosed bertahun-tahun dulu tak pernah wujud pun. Aku tak de pun tulang lebih yang menganggu saraf aku. hehe.. Aku boleh saman hospital tak sebab salah diagnose?

Hasil yang MRI lepas, doktor sahkan tulang leher aku straight dan tak de curve macam leher orang normal. Itu mungkin salah satu penyebab sakit aku. Tapi still kena buat test-test lain sebab ada masalah lain juga. So, ketua pakar plan untuk buat test-test every bahagian yang aku ngadu ada berlaku kekurangan. Pakar mata dah jumpa so yang tu dah tak perlu la. Pakar ENT dalam bulan ni aku akan jumpa untuk kenalpasti kenapa aku dengar tak dengar orang bercakap. Selalu je aku salah interprete percakapan orang tau. Tapi aku tak pekak tau. Aku dengar orang bercakap cuma aku tak berapa proses perkataan yang aku dengar tu.

Yang paling baru ni, MRI untuk brain. Yang ni untuk tengok sama ada brain ke yang problem sebenarnya. Nanti, one by one doktor akan exclude untuk confirmkan aku sakit apa sebenarnya. Macam eksperimen je kan? Tapi untuk kepastian aku redha jela.

Dah la cerita pasal sakit ni. Kalau ikut banyak lagi tau sebab dah lebih 10 tahun aku berulang-alik ke hospital. Tapi cukup la untuk menjawab soalan sokseh2 korang tu ey :)

Wednesday, December 1, 2010

Bukan Rezeki Aku

Before balik lipis untuk bercuti sakit, dapat news 'dukacita..bla...bla'. Sepanjang hari mood aku terganggu. Dengarnya kawan-kawan ramai yang dapat calon simpanan. Tak tahu kenapa aku sedih padahal masa mula-mula nak gi interview tu memang aku pergi sebab tak nak mak aku bebel. Tu la tak ikhlas lagi. Tapi aku tak ikhlas awal-awal je :( Tak suka kecewa macam ni.

Hari ni aku dah back into normal dah. Tapi benda lain pulak jadi hari ni. Aku anggap ni a part of dugaan before berkahwin. Bak kata kawan-kawan, 'Allah uji kita dengan benda yang mampu kita terima'. Aku gi MRI scan untuk brain hari ni. Ingat sama masa MRI tulang. It's different kali ni. Boleh tak aku kate yang this one a bit sakit. Paling sakit time diaorang guna jarum besar untuk masukkan dye dalam salur darah. Aku pulak memang jenis yang susah nak cari salur darah. Nasib aku boleh tahan kali ni walaupun adelah aku mengucap dan baca ayat masa kena inject tuh. Bengkak tau tangan aku. Result kena tunggu next consultation. Bad or good, aku terima je sebab aku nak jawapan yang pasti.

Update kahwin : haha.. ada rupanya progress persiapan kahwin.

#1 - Din tengah urusan kebenaran kahwin belah lelaki. Hopefully settled by this week.Aku tak buat lagi hiv test sebab tengah banyak drug dalam badan aku. Hari tu aku cakap aku kena makan steroid untuk MRI kan? confirm tu steroid (patutlah liat benor nak menurun berat).

#2 - Kad, jumaat aku call LH creative. Dapat cakap ngan designer kad aku. Dia kata nak panggil aku this week untuk 1st draft. Macam lambat je dah. Aku pulak nak buat few changes ni regarding peta dan info majlis. Esok nak guna kuasa veto as customer. Huhu.. tak suka push2 orang :( Tapi terpaksa sebab takut berlaku kesilapan kat kad nanti. Nehi!

#3 - Mak cakap nak sponsor baju untuk famili. Tiba2 kan dia ada bajet untuk benda tak berapa penting ni? Tapi dia baru cakap je. Takut tiba2 tak jadi so tak nak berharap sangat.

Ok, tu je. Esok aku bercuti lagi. Jumaat baru masuk kerja. Selamat malam semua :)