Wednesday, June 30, 2010

Cubaan SKII

Aku baru je buat 3 basic treatment SK11. Dah nak masuk 3 hari aku pakai. So far ok je. Aku beli trial pack. Yela.. kena la try dulu sesuai ke tak dengan kulit aku. Kulit aku boleh terima Olay je sebelum ni. Penah jugak try Fair n Lovely, Safi, Natasha dan Sendayu Tinggi. Tapi tak sesuai. Ni kira aku upgrade skin care set ke arah yang mahal-mahal pulak. Umur pun dah berapa, kulit pun kena jaga lebih kan?

Trial pack ni harganya RM99.00. Ada dalam tu: Cleanser,Lotion dan Essence (Miracle Water yang famous amos tu) Tak tau la tahan berapa lama trial set ni. Kalau ikut estimation Promoter SKII dalam 1-2 minggu je. Aku pun pakai sejimat yang mungkin. Kalau ok, nampaknya aku kena ready bajet untuk SK11.

Aku ada buat calculation. Macam lagi untung je kalau pakai trial pack. 2 trial set untuk 1 bulan (ini ikut estimation Promoter).Trial pack ni below rm100 so masa keluar duit tak de la terasa sangat. .Yela.. kalau nak beli 1 set beratus-ratus untuk saiz yang paling kecil, berkira jugak kan. Tapi realitinya, lagi besar botol, lagi lama boleh guna. Cuma aku je psiko kot.

Wednesday, June 23, 2010

25+1 (Part II)

Sambung cerita sementara masih ingat ni. Sebelum tu nak sajikan gambar 'pengapit terjun'.
Masa pegang payung ni, terpaksa pakai khidmat kakak ipar alang sebab aku saja yang tak tinggi macam mereka semua.




Pernah nampak tak pengapit pakai sling bag semasa di atas pelamin? Aku buat macam tu hari tu. Selesa je dan tak de orang bising nak tegur.

Habis cuci mata, mari dengar sambungan cerita '25+1'. Kami decide ke Teluk Cempedak. Sampai sana, terus teruja tengok pantai dan laut. Hati pulak rasa tenang setenang tenangnya. Mula-mula lalu dekat orang yang beraksi robot. Kelakar je sebab semua orang lalu mesti akan cakap, 'ni orang ni, bukan robot' tapi tak penat ke dia berlakon jadi robot ey?

Ada juga orang lukis potret. Nampak real. Caj yang dikenakan bagi aku sangat la murah. Aku dengan din pernah buat karikatur muka kami berdua kena caj rm45 (sebab dia caj ikut kepala + color + laminate). Tapi kami tak buat pun potret tu sebab ramai sangat tengah tunggu turn.

Kami duduk kejap tengok laut sambil snap gambar buat kenangan. Din cakap nak tanam kaki aku dalam pasir pantai. Macam ala-ala nak mengubat sakit aku. Aku on aje. Tapi on the way ke pantai tu, aku tersangkut dengan tempat nak mewarna batik. RM5 je. Apa lagi, try la. Din mula-mula jadi pengkritik je tapi lepas tu dia nak juga try.

Selesai mewarna batik, din tanam kaki aku. Ada la dalam 1/2 jam kaki aku dalam pasir tu. Berdenyut-denyut kaki aku bawah pasir tu. Selama ni pun pernah berdenyut kuat-kuat macam tu. Lepas tu, kami berjalan di gigi-gigi air before balik.

Din nak hantar aku balik U** tapi sebelum tu nak beli buah tangan untuk keluarga di Johor. Din beli keropok lekor seplastik besar. Untuk aku pun ada sekali. Aku pulak beli satar. Untuk makan dalam kereta dengan din + bagi din bawa balik untuk famili dia.

Habis dah cerita :)

Monday, June 21, 2010

25+1 (Part I)

Dah 2 hari dah aku berumur 25+1 tahun. Hehe saja tak nak cakap umur sebenar. Rasanya ini birthday yang paling aku akan ingat sampai bila-bila kot. Special sangat-sangat. Din luangkan masa untuk sambut birthday bersama-sama aku.

Din datang untuk balik kampung sama-sama aku. Ada majlis sambut menantu untuk Alang (bapak sedara yang sebaya aku) dan din juga datang untuk berkenal-kenalan dengan famili aku. Usaha kami untuk 'langkah seterusnya'.

Di hari birthday aku, aku dan din jadi 'pengapit terjun'. Din tak banyak bunyi. Mengikut je dia. Tak pe la. Untuk bapak sedara aku kan :) Majlis tak habis lagi, kami bergegas pulak ke Kuala Berang untuk hantar fahmie adik aku yang bersekolah kat MRSM Kuala Berang. Ni memang mak dah request awal-awal dengan din. Kami ikut jalan pintas dari Gua Musang lalu Tasik Kenyir. Jalan pulak kira dahsyat sangat-sangat. Berlubang-lubang sana sini. Nasib baik ada Hutan simpan dan Tasik Kenyir untuk mengubat hati.

Malam tu terus balik ke Kuantan. Sampai Kuantan dah pagi. Rehat jap then sambung dating. Ganti celebration birthday aku yang tak berapa sambut hari sebelum tu.

Mula-mula pergi East Coast Mall. Din bagi aku hadiah jam yang aku boleh pakai. Bukan senang nak cari jam yang sedikit pun besi tak boleh kena kulit aku. Then, dah bagi hadiah kat aku, adalah juga kami jalan kat situ, tapi bosan. So, kami ke Teluk Cempedak.

To be continue.... (penat la nak taip-taip semua sekali dalam 1 post)

Friday, June 18, 2010

Sungguh serius kejadian itu

Rabu lepas, sehari sebelum aku ke Kuantan, aku berdiskusi tentang 'keputusan' aku dengan Dr R****. Nampaknya aku gagal meneruskan keputusan aku. Harap aku bertabah.

Alang-alang dah menjejak kaki ke UPM, ada baiknya aku buat check up mata aku yang masih sakit sejak isnin lalu. Niat aku nak mendapatkan ubat yang lebih baik, yelah.. Pusat Kesihatan UPM selalu bagi ubat yang mahal dan terbaik. Lagipun dah bayar yuran mahal-mahal, rugi tak manfaatkan.

Doktor kata mata aku disyaki 'glukoma' sebab saiz mata tak sama. 1 lebih besar dari yang 1 lagi.Terus aku dirujuk ke Hospital Serdang petang tu jugak. 'Dup Dap Dup Dap' jantung aku.

Aku balik office, kemas barang then terus ke Hospital Serdang. Di Klinik Pakar Mata, doktor bereksperimen dengan mata aku. Mata yang sakit tu tak la serius sangat. Cuma terlalu kering dan cepat kering. Tapi rabun aku ada masalah sikit. So, aku diberi appointment 22 Julai nanti untuk check mata aku. Dah la 21 Julai ada check pakar tulang dekat Hospital Lipis, esoknya pulak kena jumpa pakar mata dekat Hospital Serdang.

Doakan yang terbaik untuk aku. Allah bagi dugaan sebab Allah sayang aku kan :)

Wednesday, June 16, 2010

Aku sudah buat keputusan

Kalau diikutkan bulan ni genap 4 tahun aku mengambil master. Tahun-tahun terakhir ni amat sukar bagi aku. Terlalu banyak benda yang aku ingin 'kejar' dan 'pegang'. Tapi aku tak boleh nak pikul semua dalam 1 masa. Penat dan letih.

Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Walaupun sebaik mana sekalipun CGPA aku, aku dah tak mampu nak menulis. Susah untuk aku buat keputusan ini, tapi aku terpaksa bagi mengurangkan beban aku. Mungkin kalau aku nak sambung pun nanti, aku akan amik coursework bukan research macam sekarang. Harap semua faham dengan keputusan aku. Tapi kalau ada yang nak marah, aku dah bulat dah dengan keputusan ini.

Walaupun aku dah bazirkan masa dan duit tapi keputusan ini je yang dapat melegakan stress aku. Demi kesihatan, demi hidup yang lebih panjang. Aku dahulukan kepentingan aku. Doakan kesihatan aku bertambah baik, semoga aku dapat membina kerjaya dengan jayanya, dan tidak lupa kebahagian aku dan din (yang ni perlukan step dan step ;p)

Friday, June 11, 2010

M.R.I pertama dalam hidup aku

Pernah dengar apa itu M.R.I? Kalau sesiapa yang rajin tengok cerita-cerita drama berunsurkan dunia perubatan mesti pernah melihat mesin ini

Credit to:

http://www.dundee.ac.uk/medther/tayendoweb/images/mriscanner.htm

13 Mei 2010, aku dah merasa duduk dalam mesin ni. Alhamdulillah, proses tak memakan masa yang lama sebab aku ikut je arahan. Keputusan scan akan diketahui pada consultation 21 Julai nanti. Doakan yang baik-baik buat aku.

Masa dalam mesin ni, aku dengar bunyi bising walaupun aku didengarkan lagu melalui headphone. Kalau pejam mata, rasa macam ada wave yang buat aku rasa macam kertas di'fotokopi'kan. Kepala pula masa awal-awal dah 'dipenjarakan' macam topi pemain american football. Tangan pula dibekalkan belon macam pam tekanan darah yang tak digital tu. If ada hal emergency, belon tu la gunanya untuk panggil orang penjaga mesin. Dekat atas kepala menghadap muka semasa baring ada cermin untuk melihat kaki dan orang penjaga mesin.

Ok la, aku pun tak tahu nak cerita apa lagi pasal bende alah ni. Cukup la untuk memori pertama aku bersama mesin MRI ni.

Alhamdulillah..hidup lebih teratur

Wah! lama sudah tak menulis di blog ini. Aku sekarang berada di tempat kerja baru sudah. Dah sebulan berhenti di tempat kerja lama. Pengalaman shift from one job to another job betul-betul pengalaman. Bagi aku, pengalaman tu akan jadi panduan aku di masa akan datang.

Apa yang patut kita lakukan bila nak ber'pindah kerja'. Aku buat senarai la. Senang kamu semua baca..
  1. Baca dan kaji betul-betul kontrak kerja sekarang. Takut ada company yang beri syarat kena notis 3 bulan untuk berhenti. So, pengalaman aku ialah notis 1 bulan. So, dalam resume kena state availability : 1 month notice. Penting ni tau. sebab bila dah dapat job tu, tak la susah company baru nak tunggu kita habis notis. Tapi kalau sanggup keluar duit nak bayar kerana melanggar kontrak, silakan ;p
  2. Gaji pulak, masa negotiation dalam interview, adalah 'diharuskan' untuk meminta 30% + dari gaji sekarang. Tapi ada company yang sanggup bagi lebih (biasanya company yang ada nama dan stabil). But mostly company sanggup bagi 30%+ dari gaji lama kita. Nak senang, letak siap2 dalam resume expected salary: (gaji sekarang + 30% x gaji sekarang)
  3. Hantar notis bila betul-betul confirm dapat offer. Tapi make sure offer tu berbaloi-baloi la. Kalau susah nak justify nak terima ke tak, buat 'pro & cons' list. Kalau rasa macam nak suruh company sekarang counter the offer, sila jumpa bos and do the negotiation. Ni siapa-siapa 'aset' company boleh la buat.
  4. Kalau accept the offer, make sure bincang betul-betul tarikh mula kerja. Takut company baru lupa kita ada kena notis 1 bulan etc. Boleh juga tolak cuti terkumpul untuk percepatkan notis. Masa ni, make sure kita dapat all the information yang penting seperti : stability of the company, business apa yang mereka buat, siapa client mereka and so on.
  5. Then, habiskan hutang kerja anda dengan company lama. Selesaikan hal-hal admin macam claim, bayaran cuti yang tak digunakan, clearkan barang-barang etc.
  6. Mulakan kerja baru dengan semangat baru. Belajar untuk adapt the new environment.

Ini semua berdasarkan pengalaman aku. Mungkin orang lain, lain caranya.