Wednesday, June 23, 2010

25+1 (Part II)

Sambung cerita sementara masih ingat ni. Sebelum tu nak sajikan gambar 'pengapit terjun'.
Masa pegang payung ni, terpaksa pakai khidmat kakak ipar alang sebab aku saja yang tak tinggi macam mereka semua.




Pernah nampak tak pengapit pakai sling bag semasa di atas pelamin? Aku buat macam tu hari tu. Selesa je dan tak de orang bising nak tegur.

Habis cuci mata, mari dengar sambungan cerita '25+1'. Kami decide ke Teluk Cempedak. Sampai sana, terus teruja tengok pantai dan laut. Hati pulak rasa tenang setenang tenangnya. Mula-mula lalu dekat orang yang beraksi robot. Kelakar je sebab semua orang lalu mesti akan cakap, 'ni orang ni, bukan robot' tapi tak penat ke dia berlakon jadi robot ey?

Ada juga orang lukis potret. Nampak real. Caj yang dikenakan bagi aku sangat la murah. Aku dengan din pernah buat karikatur muka kami berdua kena caj rm45 (sebab dia caj ikut kepala + color + laminate). Tapi kami tak buat pun potret tu sebab ramai sangat tengah tunggu turn.

Kami duduk kejap tengok laut sambil snap gambar buat kenangan. Din cakap nak tanam kaki aku dalam pasir pantai. Macam ala-ala nak mengubat sakit aku. Aku on aje. Tapi on the way ke pantai tu, aku tersangkut dengan tempat nak mewarna batik. RM5 je. Apa lagi, try la. Din mula-mula jadi pengkritik je tapi lepas tu dia nak juga try.

Selesai mewarna batik, din tanam kaki aku. Ada la dalam 1/2 jam kaki aku dalam pasir tu. Berdenyut-denyut kaki aku bawah pasir tu. Selama ni pun pernah berdenyut kuat-kuat macam tu. Lepas tu, kami berjalan di gigi-gigi air before balik.

Din nak hantar aku balik U** tapi sebelum tu nak beli buah tangan untuk keluarga di Johor. Din beli keropok lekor seplastik besar. Untuk aku pun ada sekali. Aku pulak beli satar. Untuk makan dalam kereta dengan din + bagi din bawa balik untuk famili dia.

Habis dah cerita :)

No comments: