Friday, June 11, 2010

Alhamdulillah..hidup lebih teratur

Wah! lama sudah tak menulis di blog ini. Aku sekarang berada di tempat kerja baru sudah. Dah sebulan berhenti di tempat kerja lama. Pengalaman shift from one job to another job betul-betul pengalaman. Bagi aku, pengalaman tu akan jadi panduan aku di masa akan datang.

Apa yang patut kita lakukan bila nak ber'pindah kerja'. Aku buat senarai la. Senang kamu semua baca..
  1. Baca dan kaji betul-betul kontrak kerja sekarang. Takut ada company yang beri syarat kena notis 3 bulan untuk berhenti. So, pengalaman aku ialah notis 1 bulan. So, dalam resume kena state availability : 1 month notice. Penting ni tau. sebab bila dah dapat job tu, tak la susah company baru nak tunggu kita habis notis. Tapi kalau sanggup keluar duit nak bayar kerana melanggar kontrak, silakan ;p
  2. Gaji pulak, masa negotiation dalam interview, adalah 'diharuskan' untuk meminta 30% + dari gaji sekarang. Tapi ada company yang sanggup bagi lebih (biasanya company yang ada nama dan stabil). But mostly company sanggup bagi 30%+ dari gaji lama kita. Nak senang, letak siap2 dalam resume expected salary: (gaji sekarang + 30% x gaji sekarang)
  3. Hantar notis bila betul-betul confirm dapat offer. Tapi make sure offer tu berbaloi-baloi la. Kalau susah nak justify nak terima ke tak, buat 'pro & cons' list. Kalau rasa macam nak suruh company sekarang counter the offer, sila jumpa bos and do the negotiation. Ni siapa-siapa 'aset' company boleh la buat.
  4. Kalau accept the offer, make sure bincang betul-betul tarikh mula kerja. Takut company baru lupa kita ada kena notis 1 bulan etc. Boleh juga tolak cuti terkumpul untuk percepatkan notis. Masa ni, make sure kita dapat all the information yang penting seperti : stability of the company, business apa yang mereka buat, siapa client mereka and so on.
  5. Then, habiskan hutang kerja anda dengan company lama. Selesaikan hal-hal admin macam claim, bayaran cuti yang tak digunakan, clearkan barang-barang etc.
  6. Mulakan kerja baru dengan semangat baru. Belajar untuk adapt the new environment.

Ini semua berdasarkan pengalaman aku. Mungkin orang lain, lain caranya.

No comments: