Friday, August 26, 2011

Cookies Monster

Ini bukan rancangan Sesame Street tapi my dream persiapan raya pertama bersama suami yang turn up tak berjaya. Semalam aku dah bagitau kat twitter yang aku plan nak buat cornflakes cookies. Plan tu berjalan seperti yang dirancang tapi hasilnya aku tak puas hati sampai cakap kat din, dia kena makan cookies yang aku buat tu sampai habis. Paksa rela ni tau.


First cookies aku ni rupanya hodoh sikit tapi rasanya sedap tapi keras. Nama pun cookies. Tapi yang aku berangan cookies wannabe tu nak rapuh macam butter cookies dalam tin bulat yang orang selalu simpan buat letak barang jahitan tu. May be terlebih tepung jagung kot.

Aku rasa aku kurang mahir bab-bab nak set exact temparature tu. Sebab kadang-kadang jumlah cookies yang dibakar tu tak sama. So, semalam ada la version yang hangit kat basednye. Turn up rasa pahit walaupun color atasnye brown yang cantik.

Aku rasa kalau semalam aku tak belajar buat cookies mesti sampai bila-bila pun aku tak tahu nak buat. Bak kata one of the bosses kat office aku, 'Don't afraid to make mistake. Just do mistake so that you can learn.'. Lets bake cookies again :)

Thursday, August 25, 2011

Astro oh Astro!

Sebelum ni kecoh pasal kenaikan bil astro tapi aku tak terasa sangat sebab waktu tu masih merasa rebate sebab install astro Beyond. Tapi bila bil baru arrived aku baru rasa. Banyaknya naik. Bagi aku yang berpendapatan sederhana ni rasa banyak la jugak.

Untuk cek harga pakej yang baru, korang boleh gi kat link ni:

http://www.astro.com.my/mypackages/articles/art_5156.html

Based on aku punya bil astro, ni aku buat comparison before and after kenaikan

Pakej-pakej (sebelum)
Family + 2 mini               49.95
High Definition service    20.00
6 % gov service charge   4.20
total                              74.15

Pakej-pakej (after)
Family + 2 mini              55.95
High Definition service    20.00
6 % gov service charge    4.56
total                               80.50 (after rounding)

kesimpulannya, kenaikan sebanyak RM 6.35

Yang jadi tak best ni, pakej tu ada yang aku tak tengok. Macam 1 pakej mini tu aku memang kurang tengok.Nak ambil 1 je takleh sebab mandatori kena ambil 2 mini. Nanti aku pindah johor, kat sana memang dah ada astro. Bila fikir balik tak tahu la berbaloi ke tak install astro ni. Rasenya kena finalize balik ngan din untuk ambil pakej apa. Nak terminate tak boleh sebab aku ada contract selama 9 bulan lagi.

Aku tiba-tiba psiko sebab jumlah nak kena bayar tu RM 80+. Tapi bila tengok kenaikan tu masih bawah RM10.00 rasa macam ok lagi. Pening..pening.. Dah decide nak install, terima jela kan?

Wednesday, August 24, 2011

Bonus Raya

Mesti ada antara korang dah selamat belanja bonus raya. Aku tahun ni tak dapat bonus raya walaupun company ada bagi bonus to staff. Sob.. sob.. nanges sebab bonus tu banyak jugak la. Tapi masa buat keputusan berhenti hari tu, aku dah siap-siap fikir benda ni. Dah term company macam tu, so kena redha.

Lagipun percaya yang rezeki masing-masing tu berbeza-beza. Redha tu redha tapi macam ada rasa sedih sikit. Sangat tipu kalau rasa redha 100%. Sebab peluang tu bukan selalu dapat kan? So, raya tahun ni sederhana saja. Nasib dah ada suami sayang. Baju raya aku dah ada 2 pasang baju kurung yang dah siap. Baju t-shirt din pun dah ada 2 helai.

Barang-barang lain, nanti last minute shopping di Johor. Aku siap tak bagi din beli pape lagi sebab berangan nak shopping together gether. Lagipun kitaorang dapat rebate voucher JJ RM 80. Macam tak caya dapat banyak tu. First time kot aku dapat voucher JJ lebih daripada RM20. Sedikit sebanyak dapat la membantu perbelanjaan raya kami.

eh! tercerita persiapan raya pulak. Macam mana ey raya first time as a wife ey? Last year raya, kami sibuk nak bertunang. This year dah husband and wife dah. Pastu first time pulak raya di rumah mertua. wuuwuuwuu

Tuesday, August 23, 2011

Cerita Gastrik Di Bulan Ramadhan

Streamyx office buat hal jadi segala kerja RnD terganggu. Jadi aku ambil kesempatan buat draft blog then bila internet ada seperti biasa aku just kopipes masuk blog.

Hari tu masa coret-coret, aku ada mention yang aku kena gastrik yang teruk kan? Tak suka tau kena gastrik time-time puasa sebab puasa aku tergadai. Setiap tahun atleast ada sehari jugak yang terbabas dek kerana gastrik ni.

Gastrik hari tu disebabkan food poisoning. Aku cibi-cibi sampai perut aku kosong pastu gastrik. Lagi satu yang aku tak suka gastrik ni sebab perut aku akan satu hari pedih. Tu belum muntah muntah keluar air asid perut tu. Memang perit la.

Kadang-kadang makan ubat pun macam tak berkesan jadi kena cuba alternatif lain untuk buat perut tu lega dari kesakitan. Cara yang aku guna sekarang ni ialah tuam dengan air panas. Tuam ni macam ala-ala bertungku gitu. Sebab aku takde batu tungku atau bekas yang proper nak letak air panas, korang rasa apa yang aku guna ey? Ce teka..

Aku guna botol air mineral untuk letak air panas. Tapi bukan la panas mengelegak tu. Habis cair botol tu. Campur sikit air sejuk jadi takde la panas sangat air tu. Then tuam kat perut. Alhamdulillah cara ni nampaknya berkesan. Tapi puasa memang tergadai la.

Dulu aku ada masalah nak telan ubat susu gastrik tu. Tak tahu kenapa perut aku reject. Memang takde kejadian yang ubat tu selamat masuk dalam perut aku. tapi sekarang, aku dah boleh telan ubat cair tanpa muntah balik.

Ubat tu 'Gaviscon'. Macam sedap pulak ubat gastrik ni. Pastu ada pek senang nak carry letak dalam handbeg.

Korang pernah kena gastrik tak? Apa pulak cara korang ey?

Monday, August 22, 2011

MasterClass : Kerapu Sweet Sour

Semalam dah start MasterChef US season 2. Jadi aku feeling-feeling hebat nak buat masterclass kat blog. Tambahan semalam weekend, so juadah berbuka buat yang luar dari kebiasaan aku. Tapi tak masterchef pun sebab guna cheat ingredients.

Bahan-bahan:
Ikan kerapu beli yang siap siang dan dibersihkan
Perencah Maggi cukup rasa
Sos Sweet & Sour brand Life
Sos Tiram
Tomato
Lada Benggala (aku panggil lada cameron highland)
Bawang kecil dan bawang putih untuk menumis.
Gula dan Minyak

Cara penyediaan:
Bahan A
Mula-mula perap ikan kerapu dengan 1 sudu makan perencah cukup rasa Maggi.
Goreng ikan tu sampai garing then put aside.

Bahan B
Tumis bawang kecil & bawang putih sampai kekuning-kuningan.
Masukkan lada benggala + tomato yang dah didadukan.
Masukkan 3 sudu sos sweet & sour dan 1 sudu sos tiram
Tambah gula secukup rasa sebab tomato tu menambah masam kan. Garam tak perlu tambah sebab sos tiram dah masin.
Tunggu sos jadi pekat then baru boleh letakkan atas ikan yang digoreng tadi.

tadaaaa!!

Resepi ni aku main buat-buat je based pemerhatian masakan mak aku. Tapi mak aku tak guna cheat ingredients macam aku ni. pastu presentation ikan yang dah masak tu sure mak aku letak salad-salad bagai.

Aku tak letak carrot sebab tengah takde mood nak makan carrot jadi membazir je letak carrot. Masa goreng ikan tu, konon-konon aku nak kakangkan ikan tu macam masakan restoran tapi kuali aku kecil jadi usaha adalah failed.

Akhirnya berjaya jugak aku masak sweet & sour yang aku kategorikan masakan yang remeh dengan cara sap sap soi je. Sebenarnya cara mak aku masak tu yang remeh. Tu belum dia hias dengan ukiran tomato, cili merah dan timun lagi. Tapi dah memang dari dulu mak aku masak sweet & sour, presentation macam masak pengantin jadi aku kategorikan masakan tu masakan susah dan remeh.

So, apa lagi kawan-kawan..let's try my cara.

Thursday, August 18, 2011

Coret Coret Lina

# 1 - Tengah busy tapi curi-curi masa nak update blog. Ini macam preview entry-entry akan datang kot. Kalau aku ingat nak update la.

# 2 - Kita mulakan dengan kejadian Selasa lepas. Aku kena serangan gastrik yang memaksa aku berbuka puasa. Seksa rasanya tapi sebab dah pernah jadi kejadian macam tu, so tau la macam mana nak handle tanpa perlu admit ward. Syukur. Tapi puasa la tergadai. Sangat tak suka!

# 3 - Semalam berbuka anjuran office di Tropicana Golf Resort kat Damansara. Sedap! dan  puas hati makan tapi sebab aku masih dalam fasa nak baik gastrik so makan secara berhemah.

# 4 - Aku sekarang tengah belajar PHP (Ini bahasa pengaturcaraan ye kawan-kawan. I know some of you bukan orang IT). Ala-ala buat research untuk project baru office. Seksa jugak nak paham guna framework dalam PHP ni tapi aku seronok sebab dapat belajar benda baru.

# 5 - This weekend tak balik Johor. Ada few kerja yang nak di'settle'kan di KL ni. (T_____________T). tapi takpela... Next week dah balik beraya! Hoyeah!


Saturday, August 13, 2011

Saya Budak Baru Belajar

Khamis malam jumaat hari tu aku mem'baking' lagi. Ini kiranya kali ke 3 buat kek sepanjang aku ada oven ni. Kek kali ringkas sesangat dan kebetulan aku nak sangat makan kek vanilla. Tapi haruslah bawa balik Johor untuk din rasa.

Masa mula-mula aku buat kek tu, jadi tu jadi tapi bahagian atas macam terbakar lebih. Tapi rasanya sedaplah bagi aku. Pastu, kali ke 2 tu pulak, bahagian atas tu mcm kering sangat. May be sebab tak cukup butter dan gula kot. Sebab aku mcm risau bila tengok sukatan gula caster tu banyak sangat. Rupanya, gula caster tak la semanis gula biasa jadi sukatan yang sebenar tu dah ngam-ngam. Orang lain yang merasa kate sedap cuma aku si pembuat kek tak puas hati dengan hasil kerja aku ;p

Jadi kek yang aku bakar kali ni pulak, korang rasa macam mana hasilnya ey? Macam terlebih moist sebab aku suka-suka je malas nak sukat butter maka butter macam terlebih sikit tapi kek masih lagi gebu. Sedap tu sedap tapi macam potong pulak letak chocolate chips dalam kek tu. Macam lagi best kalau kek vanilla tu sesaje.

gambar aku tak letak sebab nanti tuan punya blog sendiri drooling tengok kek tersebut.


Friday, August 12, 2011

Cek Nuffnang Dah Sampai

Hari tu aku ada cakap yang aku cashout nuffnang for the first time kan? Dah dapat pun cek nye. Proses cashout mengikut tempoh masa yang dijanjikan. Untung status gliterati.

Takdela banyak pun tapi saja nak merasa pendapatan pasif sejak 2 tahun lalu. Kiranya ada la bukti yang blogging pun boleh mendapatkan duit. Actually, aku blogging bukan bertujuan nak dapatkan duit tau. Blog ni aku buat supaya mana tau something happen kat aku nanti-nanti. Alzheimer ke, hilang ingatan ke, so adalah kisah-kisah yang boleh aku ingat through this blog. Itu antara alasan aku la. Pastu blog ni sebagai jurnal online kehidupan aku. Terlalu banyak memori yang aku catat kat sini. Jadi ini la sampingan yang aku dapat melalui blog ni.


Thursday, August 11, 2011

Masalah Tiroid Pulak Ke?

Semalam aku m.c sebab jumpa pakar ortopedik. Tapi perjumpaan semalam tu aku rasa best sebab kali ni aku di'consult' seorang doktor perempuan so kalau nak cerita simptom-simptom yang melibatkan pompuan, aku dah tak rasa malu. Jadi harapnya pakar tu dapat diagnose masalah kesihatan aku yang sebenarnya.


Aku pun cerita la apa yang jadi kat kesihatan aku since last visit aku ke pakar ortho.Ada simptom-simptom baru yang aku takut kesan pengambilan ubat ke apa. Jadi doktor cakap nak buat test untuk cek hormon tiroid aku based on simptom-simptom tu. Untuk test tu, kena ambil darah. Ambil darah time-time puasa ni memang rasa lembik walaupun ambilnya tak banyak pun. Nasib baik semalam urat aku senang jumpa. Selalunya tahap aku nangis-nangis sebab kena cucuk banyak kali untuk dapatkan darah. Lega rasanya urusan dipermudahkan semalam.

Aku ditambah ubat baru dan ubat lama yang aku berhentikan sebab aku naik berat badan ngan rambut aku gugur tu, aku kena ambil balik. Bencinya sebab kena menghadapi masalah berat badan. Dah la ubat tu kena beli sendiri kat luar sebab hospital kecil macam hospital kuala lipis takde ubat tu. Kalau macam hospital putrajaya adalah. Ini pegawai farmasi tu yang cakap. Harga ubat tu sekotak dalam RM300. Ada 58 kapsul. Jumlah intake sehari 2 kapsul. Jadi sekotak tu boleh bertahan kurang sebulan la.Mahalnya.. ke kat sini ada yang kerja farmasi dan tahu kat mana jual ngan harga lagi murah.Oh lupa.. nama ubat tu, pregabalin.Tak yah murah byk2 tapi murah dalam rm20-30 pun ok dah.

Ok.. dah habis cerita pasal jumpa doktor ;) next visit on October pulak. Time tu dah duduk johor dah so perjalanan jumpa doktor mungkin lebih menakjubkan. Tunggu jela aku cite nanti ey ;p

Monday, August 8, 2011

Keretapi Pun Ada Coach Kelas Pertama

Aku baru je sampai pagi tadi di KL Sentral dari Johor. Sekarang ni kalau balik dari Johor mesti naik keretapi malam sebab nak merasa berbuka bersama suami dan keluarga pada hari Ahad.

Keretapi antara alternatif public transport yang aku gunakan selama PJJ ni. Tapi perjalanan naik keretapi ni masanya panjang sikit dari naik bas. Harga pulak berbeza ikut destinasi dan kelas.

Selama aku travel by train ni, aku dah merasa semua kelas kecuali tempat tidur kelas pertama je belum. Yang tu, baik aku naik flight aje. Sebab harganya cecah tiga angka. hehe.. 3 angka pun nak berkira kan? Ok, meh aku explain sikit beza tiap-tiap satu kelas (ni based on experience kelas yang aku dah naik aje).

#1 - Kelas Superior Night (RM 39.00(A)/RM43.00 (B)) - Yang ni berkatil. Harga katil atas, katil bawah berbeza dan katil bawah lebih selesa dan luas aku rasa. Pastu setiap katil bertutup dengan curtain aje. Cuma yang tak bestnya kalau katil atas tu, nak memanjat macam scary sket sebab keretapi kan tengah bergerak. Dulu senang nak dapat tiket kelas ni, sekarang kalau beli 2 minggu sebelum pun belum tentu dapat. Dengarnya, KTMB kurangkan dari 6 koc kepada 3 koc, tu pasal la tiket susah nak dapat.

#2 - Kelas Premier (AFC) (RM 59.00) - Yang ni seat kelas pertama. Kerusi adalah besar dan 'agak selesa'. Why aku cakap 'agak selesa', sebab kerusi tu ada divider yang buat aku rasa sempit kalau nak bersila atas kerusi. So kaki adalah ke bawah sepanjang masa. Lenguh gak nak tidur kaki macam tu kan? Kat kelas ni, dia ada serve makanan secara free. tapi bukan yang jenis berat-berat tu. Roti yang ada inti macam tu aje. Baru 2x naik, tapi baru 1x dioffer makanan. Ke selama ni aku tidur time dia bagi-bagi makanan tu ey? Kalau nak makanan jenis berat-berat tu, leh request time beli tiket so dia kira sekali ngan harga tiket. Koc tak ramai orang sangat.

#3 - Kelas 3rd Class Economy - Yang ni pernah naik sekali ngan abang ipar aku. Seat biasa je pastu ramai sangat orang. Aircond adalah sejuk melampau. Dah berstokin dan bersweater pun sejuk lagi. Kalau aku sorang-sorang, tak berani la nak naik koc yang ni.

Pastu, yang syok naik train ni, dalam masa 20 minit selepas train sampai destinasi, kalau kita beli tiket keretapi antarabandar dapat diskaun. Tak ingat berapa diskaunnya sebab tak pernah try tapi ada tau.

Friday, August 5, 2011

Bila Terlewat Cik P

Entry lepas aku ada cakap ada masalah kesihatan yang belum boleh explain kan? So, since macam dah ada jawapan jadi aku nak share la kat blog. Sebab first time jadi kat aku, mungkin jugak pernah jadi kat korang-korang jugak.

Ceritanya gini, hari yang patutnya cik P datang, dia tak datang pun. Bila dah kawen ni, if lambat je mulalah nak assume 'kot-kot pregnant aku ni?'. Jadinya adalah sesi membuat Urine Pregnancy Test (UPT). Aku takde masalah  malu nak beli benda alah tu sebab din memang ada jual kat kedai dia.

Sekali test... Negative. tapi kan aku macam nampak line samar-samar yang terlalu samar. Terus buat aku kerisauan pastu drag din sekali ajak risau sesama. Kebetulan jugak, aku ni selalu je ada sakit-sakit yang kena makan ubat. Nak makan ubat memang aku tak berani, jadinya kami plan nak confirmkan dengan doktor.

2 doktor aku gi sebab doktor yang first tu macam kerek pastu rasa macam tak menjawab kerisauan aku ngan din. Doktor yang ke-2 tu memang dah pernah pergi before dan kitaorang selesa dengan cara dia. Doktor cakap result adalah -ve. Pastu nak buat scan tak boleh sebab aku dah pee untuk UPT.

Jadinya, doktor cakap ada 3 kemungkinan:
#1 - May be aku early pregnancy pastu ngan badan aku yang macam-macam so turn up UPT -ve. Doktor suruh try test after 2 weeks.
#2 - Masalah menses.
#3 - Kalau aku tak period atau pregnant lagi after raya, kena buat further checkup. Takut fibroid.

Dan semalam dah terjawab dah. Jawapannya #2. Tapi aku sangat la pelik sebab first time jadi. Lewat pulak bukan lewat sikit-sikit. Seminggu lebih, dekat 10 hari tu.

Sekarang ni aku dah tak boleh nak kira kitaran cik P aku dah sebab kes ni. Before ni kitaran aku dalam 31 hari. Kena tunggu stabil baru boleh kira balik.  Korang pernah jadi tak false pregnancy gini? Pastu ada tak rasa sakit bila pegang kat pinggang?

Wednesday, August 3, 2011

Jiwa dan Perasaan

Dah kembali bekerja after 2 hari MC. Lama kan aku MC? Ada masalah kesihatan yang belum boleh aku ceritakan kat sini.

Sekarang aku dalam keadaan stress. Macam-macam jadi kat aku. Kadang-kadang orang nak buat baik ngan aku tak semestinya baik buat aku. Tambah-tambah perasaan tengah kacau ngan masalah kesihatan. Ada jugak masalah peribadi yang aku rasa stress sebab tak leh berkongsi cerita dengan orang lain so end up, aku pendam je dalam hati sampai parah.

Cukup la dulu kot pagi ni. Kasi tenang dulu jiwa ni.

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Semua!!!

Tajuk adalah cliche. Dah tahu nak buat tajuk apa. Sekarang pukul 1 pagi lebih dan aku berada di Johor. Aku declare esok MC walaupun tak jumpa doktor lagi. Selangor tak cuti macam Johor. Huhu..Cuti tahunan ilek maka terpaksa la memohon MC. Siyes aku tak pura-pura sakit cuma sakit aku takde la berat mana.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat bersahur, berpuasa, berbuka dan berterawih kepada reader blog picisan ini. Semoga ramadhan ini lebih dari ramadhan-ramadhan yang lepas.

p/s: mesti esok ramai akan update menu-menu sahur @ buka. Harapnya kurang la dugaan menengok gambar makanan tengah-tengah puasa ni nanti. Huhu..