Entry lepas aku ada cakap ada masalah kesihatan yang belum boleh explain kan? So, since macam dah ada jawapan jadi aku nak share la kat blog. Sebab first time jadi kat aku, mungkin jugak pernah jadi kat korang-korang jugak.
Ceritanya gini, hari yang patutnya cik P datang, dia tak datang pun. Bila dah kawen ni, if lambat je mulalah nak assume 'kot-kot pregnant aku ni?'. Jadinya adalah sesi membuat Urine Pregnancy Test (UPT). Aku takde masalah malu nak beli benda alah tu sebab din memang ada jual kat kedai dia.
Sekali test... Negative. tapi kan aku macam nampak line samar-samar yang terlalu samar. Terus buat aku kerisauan pastu drag din sekali ajak risau sesama. Kebetulan jugak, aku ni selalu je ada sakit-sakit yang kena makan ubat. Nak makan ubat memang aku tak berani, jadinya kami plan nak confirmkan dengan doktor.
2 doktor aku gi sebab doktor yang first tu macam kerek pastu rasa macam tak menjawab kerisauan aku ngan din. Doktor yang ke-2 tu memang dah pernah pergi before dan kitaorang selesa dengan cara dia. Doktor cakap result adalah -ve. Pastu nak buat scan tak boleh sebab aku dah pee untuk UPT.
Jadinya, doktor cakap ada 3 kemungkinan:
#1 - May be aku early pregnancy pastu ngan badan aku yang macam-macam so turn up UPT -ve. Doktor suruh try test after 2 weeks.
#2 - Masalah menses.
#3 - Kalau aku tak period atau pregnant lagi after raya, kena buat further checkup. Takut fibroid.
Dan semalam dah terjawab dah. Jawapannya #2. Tapi aku sangat la pelik sebab first time jadi. Lewat pulak bukan lewat sikit-sikit. Seminggu lebih, dekat 10 hari tu.
Sekarang ni aku dah tak boleh nak kira kitaran cik P aku dah sebab kes ni. Before ni kitaran aku dalam 31 hari. Kena tunggu stabil baru boleh kira balik. Korang pernah jadi tak false pregnancy gini? Pastu ada tak rasa sakit bila pegang kat pinggang?
2 comments:
lina sy punye peod mmg merapu gile smpai tak tau ape cycle so aku belasah dan pasrah jek..
x silap saya masa sy preggy dulu memula test -ve gak kot pastu tggu lama sket baru test balik terang benderang..x ingat la pulak peristiwa tu.
since alat upt dh ada kat kedai..ko rajin2 la check lagi ye tapi jgn berharap k...takut kecewa..sy doakan ko dan Din dimurahkan rezeki sempena Ramadhan utk ramaikan lagi umat Muhammad. Amin...
rasa punya cik "p" mmg x tetap.. tu yg susah nak kira kitaran.. lepas kahwin makin x tentu cik "p" tu..
hr tu sampai 2 bulan x period.. gie 3 hospital pakar.. check mmg negatif.. sakit pinggang tu mmg dah x tahan sgt masa tu.. maybe sebab lama sgt cik "p" x dtg kan..
hope ada rezeki yg baik menanti kita nnti..
Post a Comment