Monday, November 15, 2010

Booked : Kad Kahwin

Sekali lagi weekend yang busy. Tapi kali ni busy bersama din ke sana ke mari menyetelkan urusan kahwin. Perasaan pun dah lega sikit sebab 1 lagi urusan dah separuh jalan.

Aku dah tempah kad kahwin. Aku dapat tempah salah satu kad yang pernah aku survey. Cuma tempah dekat vendor yang baru 1st time aku pergi je. Aku tempah kat Jalan Brunei. Most B2B tau tempat ni memang banyak vendor kad kahwin kan?

Hari Sabtu sebab din sampai pun dah petang jadi tak dapat la nak serbu kedai kad. Esoknya after lunch baru pergi sana. Tu pun main redah je sambil dalam hati cakap 'tolong la bukak kedai kad tu..huhu'. Alhamdulillah kedai kad buka.

Serius rambang mata nak pilih kad. Siap gaduh-gaduh manja ngan din sebab masing-masing nak pertahankan taste masing-masing.Last-last din ambil gak kad pilihan aku. Cuma kaler kad kiteorang ada 2. Separuh kaler dark hijau , separuh lagi dark purple. Pilih kaler yang gelap-gelap sebab kad tu cantik kalo kaler gelap.

Kad pilihan aku ada di antara kad-kad ni. Kalau pandai cuba teka yang mana?

Ok, ni tips untuk tempah kad kahwin :

1. Survey dulu vendor kad kahwin korang. Masa ni boleh nak banding-banding harga. Sebab kadang-kadang ada vendor letak harga lagi murah untuk kad yang sama. Aku ada gak dengar cite tak best pasal vendor aku tapi ada jugak cite yang baik. So, aku ambil langkah untuk ignore yang tak best.

2. Pilihan warna hot stamping yang sesuai. Kalau kad yang cerah-cerah, jangan la pakai kaler silver utk hot stamping. Kesian orang tua nak baca nak jelas.

3. Jangan pilih font yang terlalu fancy. Tak semua orang boleh baca apa yang ditulis dengan font yang fancy-fancy. Cantik tu cantik tapi jangan marah kalau orang salah sebut nama pengantin .

4. Size font jangan la kecil sangat sebab tak semua orang mempunyai anugerah mata yang cerah penglihatan.

5. Pastu pastikan tanya betul-betul harga kad. Ada vendor dia asing-asingkan harga. Means, kad harga lain, emboss, hot stamping dan inlay pun lain. Jangan terpengaruh if dia letak harga murah sangat. Sebab tu may be baru harga kad sahaja.

6. Lastly, sila lukis siap-siap peta before datang dekat vendor. Aku ambil masa berjam nak melukis peta kat sana. Dah la peta tak cantik aku lukis.Huhu leh ubah tak nanti?

4 comments:

CikSyafa said...

blogwalking jumpa blog u yeay!

salam b2b ^__^

i linked u ya

lina said...

hai CikSyafa,

linked u too :)

anaztasias aira said...

tips yang bagus dear =)

lina said...

anaztasias aira --> hehe hopefully can benefit others :)