Monday, November 8, 2010

Aku Suka Beli Kain Di Jakel Tapi....

Aku memang suka kain-kain di Jakel tapi pengalaman membeli kali ni buat aku ala-ala nightmare sikit. Aku hampir jadi bridezilla sabtu lepas. Time tu aku cari baju pengapit-pengapit aku dan din.

Before ke Jakel aku dah plan untuk mendapatkan kain pasang plain untuk both them. Ada juga plan untuk mendapatkan pakej pengantin yang paling murah.Kerlas ko, aku nak bagi mereka pakej pengantin punya kain. Tak la kerlas mana, aku fikir langkah tersebut adalah langkah penjimatan berganda. Beli yang pengapit pompuan kain yang best-best sket pastu dapat free kain pengapit lelaki. Dengarnya Jakel ada promo pakej pengantin serendah rm150. Tu sebab aku gi Jakel. Aku nak beli pakej tu untuk diorang.

Sampai kat Jakel, tak sempat penat jalan kaki aku reda dulu, dah ada SA(Pembantu Jualan) approach aku. Aku ok lagi orang nak layan aku. Tapi yang tak best bila nak paksa-paksa aku. A bit annoying ok.Aku dah cakap aku nak pakej pengantin untuk beli baju untuk pasangan pengapit aku. Bajet aku rm150 untuk pakej tu. Pastu aku nak yang simple dan tak berat. Tak kesah la chiffon ke lace. Lagipun aku tahu Jakel ada buat pakej pengantin yang aku rasa boleh cater bajet aku. Yang SA tu duk tunjuk-tunjuk yang atas bajet aku. Pastu nak suruh aku ambil kaler yang bukan aku nak. Ada jugak dia tarik-tarik tangan masa nak tunjuk yang mahal-mahal tu. Erghh! tension babe. Aku ambil tempoh bertenang ngan buat-buat turun 1 level, then naik semula ke level 3 ke 4 tu.

Naik semula, ada SA lain yang approach aku. Aku bersyukur sangat SA yang ni paham apa yang aku nak. Dia pun tak mendesak-desak aku. Kali ke 2 dia tunjuk suggestion dia, aku pun terbuka hati nak beli je. Masa nak bayar tu, SA yang 1st tu pun kebetulan ada kat kaunter tu gak. Siap cakap 'eh! dah beli ke?' Aku just 'a'ah' Rasa macam tak best ok. Sebab aku rasa dia bertanya dengan sinis. Sebenarnya pertanyaan tu aku rasa sangat rude ok. Tak perlu tanya soalan macam kat customer yang ko dah rosakkan mood shoppingnya.

Aku sangat suka kain-kain kat Jakel, memang 1st choice la bab kain-kain ni, Tapi bila dah jadi macam ni,aku rasa tawar hati sikit nak gi lagi ke Jakel.

6 comments:

Dita Lolita said...

sabar ye dear

lina said...

dita lolita --> tu la. seb baik bersabar time tu. tapi dah jadi nightmare dah.

dd dudu said...

lepas tu lina hangen sebab keta2 kat depan jakel duk hon2 ;)) kui2 lina comel je bile marah

lina said...

hak hak ;p rase nak pecahkan cermin kete india yang hon-hon tu.

ElyaElmo said...

dear...samaa laa....klo dpt SA yg memahami...thank god..
klo dpt SA yg ntah ape2 jee..mcm rimas pun adee...nkbuat pilihan pun susahhh...kadang2 taste die ngn kiter pun lain kannn...huhuhu

lina said...

tu la. pastu tak boleh tahan yg jenis paksa2 ikut taste dia. mood nak beli terus lari.