Thursday, November 25, 2010

Misi Mengumpul Alamat

Majlis aku dalam 2 bulan lagi macam tu. Tapi kan aku macam tak tahu sama ada aku patut mintak alamat dari kawan-kawan semua tu sekarang. Kalau boleh aku nak la jemput semua secara personally macam yang dd dudu buat.

Aku sangat-sangat berbesar hati nak jemput semua orang yang pernah hadir dalam hidup aku. Tak kisah la kenal-kenal zaman tadika ke, zaman mengaji sekolah agama ke, kawan-kawan gi kem motivasi ke, kawan-kawan blogger pun termasuk jugak dalam hidup aku. Hakikatnya semua la yang aku pernah kenal.

Aku bukan tak nak create event kat facebook dan SMS jemputan. Bak kata orang lebih jimat. Tapi macam tak lengkap proses jemput menjemput. Kadang-kadang ada yang berkecil hati sebab diorang rasa kita tak jemput diorang betul-betul. Nanti aku create event nak ingatkan korang je majlis aku tu bila dan di mana. Tak pun untuk rsvp purpose.

Tapi kan, kad aku 1st draft pun vendor tak call-call aku suruh datang tengok, rasa poyo pulak mintak-mintak alamat awal-awal ni. Aku ni agak segan nak gebang-gebang persiapan kahwin. Ke memang dah lambat sebenarnya nak buat persiapan segala?

p/s: vendor kad kahwin ni senyap je. Harus ke aku telefon diorang. Risau kad aku tak siap boleh tak?

2 comments:

anaztasias aira said...

2bulan lg ek? hem boleh kot call tanya. customer always rite kan

lina said...

tu la. i rase mesti diorang terlupa kot. tarikh nak pickup kad on 20/12 macam tu. Takut diorang tak leh deliver. tak sanggup i nak jadi bridezilla ;p