Showing posts with label kad kahwin. Show all posts
Showing posts with label kad kahwin. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Tatacara Mengepos Kad Kahwin

Just sharing the info untuk yang masih tak tahu. Kad kahwin merupakan antara cara kita menjemput orang ke majlis kita. So, adalah penting kad yang dipos sampai ke tangan penerima. Aku share info untuk mengelakkan kad-kad korang tak sampai.

#1 - Harga setem boleh berbeza mengikut sampul kad ey. So, please take note.
       60 sen untuk sampul surat putih dan tak bercetak. 
      80 sen untuk yang bercetak dan tak putih. 

#2 - Sila pos kad dalam tempoh 2 minggu sebab kad paling cepat pun boleh sampai dekat-dekat seminggu.

#3 - Poskod mesti betul. Sebab poskod ni la identiti tempat penerima kita.

#4 - Ni pulak my 2 cents. Jangan pos kad awal sangat. Maksudnya dalam tempoh lebih sebulan lagi dari majlis kad dah sampai kat penerima. Sebab kadang-kadang takut orang lupa pasal majlis kita tu dan lagi parah bila kad tu hilang. Except kes penerima berada di luar negara. Tempoh yang sesuai adalah dalam tempoh 1 bulan dari majlis.

ape lagi ey? yang penting harga setem tu la kot. Sebab kalau harga setem tak cukup, ada kemungkinan kad tu tak sampai. Nak return back to sender mustahil kot. Except sender tulis alamat macam style hantar surat kat US.

Denda kalau harga setem tak cukup dikenakan dekat penerima aku tak pasti pulak masih berlaku lagi ke tak? Sesiapa leh confirmkan tak?

Lastly, selamat mengepos kad kahwin =)

Tuesday, January 11, 2011

Pos Kad Kahwin

24 days to go

2-3 hari ni kerja aku duduk mengepos kad je. Tak boleh nak buat sekali harung sebab alamat aku kumpul sikit-sikit. Kat facebook dah lama aku letak event khas untuk mintak-mintak alamat. Tapi macam kurang berjaya. Pastu aku push private message ke semua guest list aku. Banyaklah juga yang anta address.

Cuma aku a bit terkilan sebab macam ramai lagi je yang tak bagi alamat. Takpela aku fikir positif je la yang diorang memang tak dapat nak datang nanti so tak nak bazirkan kad aku. Tapi jangan la ada pulak yang cakap terasa hati sebab aku tak jemput. Memang boleh mendatangkan amarah sebab aku dah penat menjemput. Dah ko tak bagi alamat siapa suruh (tiba-tiba emo pulak). Banyak benda lagi aku nak fikir bagi menjayakan majlis perkahwinan aku nanti.

Lagi 1 yang buat aku ala-ala hangin, aku buat status minta alamat kat mana-mana kawan yang tertinggal keretapi ke ape kan. Jangan la sibuk-sibuk nak bergurau. Mood aku sekarang adalah serius sebab banyak benda nak fikir weih. Orang yang dah kahwin dan nak kahwin je paham kot.

Harapnya semua kad sampai before aku kahwin. Risau gak dengan performance Pos Malaysia ni. Setem dah mahal, harap servis pun 'mahal' gak la.

Monday, December 20, 2010

Kad Kahwin Dah Siap

Last Saturday din dapat call dari L*C cakap kad dah siap. Mesti diorang tak berani nak call aku kan? hehe.. So Ahad aku gi amik kad. Hasilnya aku suka kad kiteorang. Simple dan elegant =)

L*C masih hutang 1 bunting dengan aku sebab diorang salah faham aku 1 bunting sahaja sebenarnya 2 bunting. Anyway tak kesah pun sebab benda free. Sebut benda free, kiteorang dapat fews kad dan sampul FOC. Sukanya.....

Colornye lain sikit. Ni guna kamera handset je.
Sekarang adalah proses menjemput secara rasmi. So kepada semua bloggers, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang nak kad kahwin aku dan din, sila bagi alamat ey.

p/s: Sorry korang sebab tak sempat nak reply komen korang. Hari ni aku half day. Sorry tau.

Monday, December 13, 2010

Bridezilla Mode Turn On Di L*C

Ingat tak, aku pernah buat entry pasal kemarahan aku terhadap vendor kad kahwin? Sekali lagi vendor kad ni menguji kesabaran aku.

Aku ke L*C sabtu lepas. Sikit punya banyak dugaan. Jalan Pudu jammed teruk pastu nak cari parking sikit punya hazab. Dah siap parking dekat Plaza Pudu yang agak horror tu, rupa-rupanya aku kena pergi cawangan L*C dekat jalan besar tu. Cari teksi, sorang pun tak sanggup nak meredah ke jalan yang jammed tuh. So, aku jalan kaki la. Yang aku betul-betul marah, kenapa masa aku booking, call banyak-banyak kali tu, tak cakap tengok draft tak sama tempat dengan tempat booking kad. Pastu korang suka-suki je siapkan draft aku lambat-lambat. Dah aku marah-marah, korang bukan nak coolkan aku malah menyakitkan hati aku. Serius aku tak puas hati!

Check draft dan aku nak bayar 2nd deposit, korang punya mesin guna debit card rosak. Bukan aku tak nak keluarkan duit banyak-banyak, tapi kawasan tu memang macam tak selamat dari peragut. So, sekali lagi aku berjalan kaki ke Caltex untuk keluar duit.

Masa booking, aku dah tolerate korang letak tarikh pickup on 20/12 . Masa tengah check draft tu, aku tanya boleh ke korang siapkan on 20/12 hari aku nak pickup tu? The designer cakap biasanya 2 weeks after the 1st draft checking. 2 weeks maknanya 25/12 mcm tu. Eeeeeee! geram tul aku! Tapi aku firm nak jugak on 20/12 as what they promise me masa booking. Designer tu cakap mintak aku call on 19/11 check dah siap ke belum. I bet you. Another story of bridezilla dalam blog aku ni.

Monday, December 6, 2010

Kerana L*C Aku Jadi Bridezilla

Semalam, aku call L*C sebab aku rasa dah lambat sangat untuk aku tengok the 1st draft of the kad kahwin. Yelah last time aku call, the designer said akan panggil aku last week untuk tengok the 1st draft. I repeat 1st draft! Dah dekat sebulan aku booking (Aku booking 14/11), 1st draft pun aku tak dapat tengok hasilnya lagi. Pastu main janji tapi tak de feedback.

Call semalam, the designer cuti. Geram betul aku. Ni mesti kes tak siap pun draft aku. Aku patut pickup kad2 tu 20/12 which is lagi 2 minggu. Kalau 1st draft aku tak tengok lagi, korang rasa siap ke kad aku tu nanti? Geram tau. Boleh diorang bagi alasan, kalau kad pickup 20/12, 12/12 macam tu baru panggil itu tengok 1st draft. Ko ingat aku mengadap buat persiapan kahwin je 24 jam?Eeeeeeeeeeeeee! Geram..geram!!

Ni belum kes aku nak pinda peta segala lagi. Aku siap warning yang aku nak dia bagi feedback hari ni juga or not aku berkira-kira untuk cancel tempah dengan diorang. Aku tak suka ok push2 orang. But be serious la. Orang nak bagi job kat ko. Yang bos diorang pun 1, dah tau designer tu tak deliver, please la assign orang lain. Tak pasal-pasal ko hilang income sebab dia.

Aku pernah baca kat internet bad things happen tempah dengan L*C tapi aku tak mau percaya sebab aku tak lalui sendiri dan aku suka design kad-kad L*C. Aku dan Din gak dah sediakan plan B di mana kitaorang akan cari vendor lain untuk tempah kad but we still wait for L*C to respond.

Wednesday, December 1, 2010

Bukan Rezeki Aku

Before balik lipis untuk bercuti sakit, dapat news 'dukacita..bla...bla'. Sepanjang hari mood aku terganggu. Dengarnya kawan-kawan ramai yang dapat calon simpanan. Tak tahu kenapa aku sedih padahal masa mula-mula nak gi interview tu memang aku pergi sebab tak nak mak aku bebel. Tu la tak ikhlas lagi. Tapi aku tak ikhlas awal-awal je :( Tak suka kecewa macam ni.

Hari ni aku dah back into normal dah. Tapi benda lain pulak jadi hari ni. Aku anggap ni a part of dugaan before berkahwin. Bak kata kawan-kawan, 'Allah uji kita dengan benda yang mampu kita terima'. Aku gi MRI scan untuk brain hari ni. Ingat sama masa MRI tulang. It's different kali ni. Boleh tak aku kate yang this one a bit sakit. Paling sakit time diaorang guna jarum besar untuk masukkan dye dalam salur darah. Aku pulak memang jenis yang susah nak cari salur darah. Nasib aku boleh tahan kali ni walaupun adelah aku mengucap dan baca ayat masa kena inject tuh. Bengkak tau tangan aku. Result kena tunggu next consultation. Bad or good, aku terima je sebab aku nak jawapan yang pasti.

Update kahwin : haha.. ada rupanya progress persiapan kahwin.

#1 - Din tengah urusan kebenaran kahwin belah lelaki. Hopefully settled by this week.Aku tak buat lagi hiv test sebab tengah banyak drug dalam badan aku. Hari tu aku cakap aku kena makan steroid untuk MRI kan? confirm tu steroid (patutlah liat benor nak menurun berat).

#2 - Kad, jumaat aku call LH creative. Dapat cakap ngan designer kad aku. Dia kata nak panggil aku this week untuk 1st draft. Macam lambat je dah. Aku pulak nak buat few changes ni regarding peta dan info majlis. Esok nak guna kuasa veto as customer. Huhu.. tak suka push2 orang :( Tapi terpaksa sebab takut berlaku kesilapan kat kad nanti. Nehi!

#3 - Mak cakap nak sponsor baju untuk famili. Tiba2 kan dia ada bajet untuk benda tak berapa penting ni? Tapi dia baru cakap je. Takut tiba2 tak jadi so tak nak berharap sangat.

Ok, tu je. Esok aku bercuti lagi. Jumaat baru masuk kerja. Selamat malam semua :)

Thursday, November 25, 2010

Misi Mengumpul Alamat

Majlis aku dalam 2 bulan lagi macam tu. Tapi kan aku macam tak tahu sama ada aku patut mintak alamat dari kawan-kawan semua tu sekarang. Kalau boleh aku nak la jemput semua secara personally macam yang dd dudu buat.

Aku sangat-sangat berbesar hati nak jemput semua orang yang pernah hadir dalam hidup aku. Tak kisah la kenal-kenal zaman tadika ke, zaman mengaji sekolah agama ke, kawan-kawan gi kem motivasi ke, kawan-kawan blogger pun termasuk jugak dalam hidup aku. Hakikatnya semua la yang aku pernah kenal.

Aku bukan tak nak create event kat facebook dan SMS jemputan. Bak kata orang lebih jimat. Tapi macam tak lengkap proses jemput menjemput. Kadang-kadang ada yang berkecil hati sebab diorang rasa kita tak jemput diorang betul-betul. Nanti aku create event nak ingatkan korang je majlis aku tu bila dan di mana. Tak pun untuk rsvp purpose.

Tapi kan, kad aku 1st draft pun vendor tak call-call aku suruh datang tengok, rasa poyo pulak mintak-mintak alamat awal-awal ni. Aku ni agak segan nak gebang-gebang persiapan kahwin. Ke memang dah lambat sebenarnya nak buat persiapan segala?

p/s: vendor kad kahwin ni senyap je. Harus ke aku telefon diorang. Risau kad aku tak siap boleh tak?

Monday, November 15, 2010

Booked : Kad Kahwin

Sekali lagi weekend yang busy. Tapi kali ni busy bersama din ke sana ke mari menyetelkan urusan kahwin. Perasaan pun dah lega sikit sebab 1 lagi urusan dah separuh jalan.

Aku dah tempah kad kahwin. Aku dapat tempah salah satu kad yang pernah aku survey. Cuma tempah dekat vendor yang baru 1st time aku pergi je. Aku tempah kat Jalan Brunei. Most B2B tau tempat ni memang banyak vendor kad kahwin kan?

Hari Sabtu sebab din sampai pun dah petang jadi tak dapat la nak serbu kedai kad. Esoknya after lunch baru pergi sana. Tu pun main redah je sambil dalam hati cakap 'tolong la bukak kedai kad tu..huhu'. Alhamdulillah kedai kad buka.

Serius rambang mata nak pilih kad. Siap gaduh-gaduh manja ngan din sebab masing-masing nak pertahankan taste masing-masing.Last-last din ambil gak kad pilihan aku. Cuma kaler kad kiteorang ada 2. Separuh kaler dark hijau , separuh lagi dark purple. Pilih kaler yang gelap-gelap sebab kad tu cantik kalo kaler gelap.

Kad pilihan aku ada di antara kad-kad ni. Kalau pandai cuba teka yang mana?

Ok, ni tips untuk tempah kad kahwin :

1. Survey dulu vendor kad kahwin korang. Masa ni boleh nak banding-banding harga. Sebab kadang-kadang ada vendor letak harga lagi murah untuk kad yang sama. Aku ada gak dengar cite tak best pasal vendor aku tapi ada jugak cite yang baik. So, aku ambil langkah untuk ignore yang tak best.

2. Pilihan warna hot stamping yang sesuai. Kalau kad yang cerah-cerah, jangan la pakai kaler silver utk hot stamping. Kesian orang tua nak baca nak jelas.

3. Jangan pilih font yang terlalu fancy. Tak semua orang boleh baca apa yang ditulis dengan font yang fancy-fancy. Cantik tu cantik tapi jangan marah kalau orang salah sebut nama pengantin .

4. Size font jangan la kecil sangat sebab tak semua orang mempunyai anugerah mata yang cerah penglihatan.

5. Pastu pastikan tanya betul-betul harga kad. Ada vendor dia asing-asingkan harga. Means, kad harga lain, emboss, hot stamping dan inlay pun lain. Jangan terpengaruh if dia letak harga murah sangat. Sebab tu may be baru harga kad sahaja.

6. Lastly, sila lukis siap-siap peta before datang dekat vendor. Aku ambil masa berjam nak melukis peta kat sana. Dah la peta tak cantik aku lukis.Huhu leh ubah tak nanti?

Tuesday, November 9, 2010

Kad Kahwin Idaman (2)

Dah dekat sebulan aku survey pasal kad kahwin tapi gi tempahnya tak jugak. Korang marah din. Susah betul nak dapat cuti kat kedai sendiri.

Antara kad-kad yang aku berkenan:

1. I Like Card  -  http://ilikecard.blogspot.com/

Yang ni cantik sesangat tapi kos mesti tak dipersetujui oleh din. Tapi aku suka.

Kad sekeping ni pun sweet je.


2. Kanda Dinda - http://www.kadkahwin.com.my/ 

Nak kaler sweet pink atau white. Simple n nice kan?

Bajet mula-mula bawah RM1 untuk 1 kad. Sekali din cut kos. huhu menangis sekejap. Ke korang ada any suggestions untuk aku. Tapi taste aku lebih kurang mcm ni je.

Tuesday, November 2, 2010

Sudah Pindah

Aku dah pindah rumah. Pindah masuk rumah kawan yang terdekat. Akhirnya after a year berkongsi bilik, aku dapat space sendiri again. Tak de dah serabut-serabut nak fikir orang tak selesa ke hape dengan keserabutan aku.

Tapi still ada barang kat rumah lama, ingat deepavali nak datang ambil. Tengok dulu bila din datang. Nak dera dia angkat ice box, 1 rak rak yang berat dan beberapa barang kecil yang lain.

I'm back to work after cuti selama 3 hari last week (jumaat and weekend ;p). Semalam Monday blues yang melampau. Patutnya kena siapkan 1 module secara bersungguh-sungguh. Tiba-tiba module tu ok secara tak sengaja (sebenarnya aku lupe apa yang aku dah buat khamis before balik kerja tu). Tinggal 1 module agi then kena balik office. Yes, bos sudah panggil aku balik office.

Persiapan kahwin : 'nada' * in spanish means --> tiada. Sepatutnya aku dah by right tempah kad kahwin. Tapi aku tak mau gi tempah sorang-sorang. Nak gi sama-sama ngan din. It's our wedding anyway ;p

ok, sudah cukup dos. Sila sambung kerja :)

Wednesday, October 13, 2010

Booked : Official Photographer For Our Big Day

Weekend lepas antara weekend-weekend yang busy. Tapi alhamdulillah 2 persiapan perkahwinan dah berjaya dibuat dan 1 majlis besar dah di'attend' oleh aku dan din.

Pagi sabtu, aku dan din rushing gi KLCC (Pameran Pengantin). Nak survey dan book mana yang patut. Tiket masuk event tu RM1 sorang. Dalam tu ada la beberapa vendor persiapan. Kami dah booked Official Photographer (OP) majlis kami nanti.

OP yang kami pilih ni kami dah pernah tengok hasil kerja diaorang. Wife kepada sepupu din keje sana. Masa tunang hari tu pun dia ada ambil gambar. Nak share dekat sini tapi aku tak reti nak ambil gambar-gambar tu from fb (ko ingat semua yang belajar IT tahu everything ke pasal IT. IT tu besar skopnye). But, korang boleh gi website Pixelworks ataupun blog hasil kerja wife sepupu din tu.

Gambar din @ Pameran Pengantin KLCC .Teka aku mana?

Time pameran tu ada jugak tengok kad. Tapi aku tak berminat dengan promosi yang ditawarkan. Walaupun vendor kad ada bagi free 1000pcs kotak dan bunting. Masa tu aku fikir nak dapatkan kad yang ikut taste aku walaupun harga murah. Lagipun kotak-kotak banyak ngan bunting tu tak penting bagi aku. And more aku segan la nak letak bunting-bunting. Cukup la tanda arah jalan orang kahwin yang biasa-biasa tu.

Friday, September 24, 2010

Isu Kad Kahwin

Isu ni biasa berlaku bila kita nak buat kad kawen. Tapi ada yang perlu diperbetulkan di sini.

Biasa kalau kita akan dengar orang cakap, 'ala.. buat kad kahwin yang biasa-biasa je. Yang murah, asal ada tulisan menjemput dan info majlis etc. Nanti orang buang jugak kad tu'

Salah kalau fikir gitu. Why not cuba dapatkan kad idaman dengan kos yang paling low sekali. Tak kesah la nak bersusah payah DIY atau tempah + cantikkan guna kekreatifan masing-masing. Kalau dah cantik mesti ada orang tak sanggup buang kan?

Bagi aku setiap sen yang keluar harus tak dibazirkan. Kalau awal-awal dah set mind yang org akan buang kad maksudnya awal-awal kita tahu duit kita akan dibazirkan. so, tukar mentalitili macam tu kepada 'aku harus buat kad yang cantik supaya akan ada orang simpan kad aku tu'. tak kesah la kad tu semurah 10sen ke. yang penting 10 sen tu pun duit. so, appreciate setiap sen yang kita keluarkan.

Thursday, September 23, 2010

Kad Kahwin Idaman

Semalam tengah kepala ting tong buat coding, aku pun survey kad kat internet. Terjumpa 1 blog yang buat kad handmade yang cantik sangat. Memang menepati citarasa aku sesangat. Buat calculation secara kasar, kad tu sangat murah la bagi aku. Siap handmade lagi tu.

Now, i'm in love with doily paper.

So aku terus shoot email tanye quotation kad tu. Pagi ni dapat reply:

total : rm750 utk 1000pcs

Aku ade bace blog b2b yang lain, doily paper tu boleh dapat murah kat kedai barang kek. Semalam aku dah
cari doily paper tu sekitar Taman Equine. Tapi tak dapat sebab tak de kedai jual barang kek kat sana.

Plannye nak try buat DIY. Sebab buat calculation kalau DIY kosnya akan kurang about 50%. Macam mana nak dapat -50% , erm.. macam ni:

  1. aku beli doily paper sendiri + tempah stamp dan cop kat atas doily paper (tapi lekat ke ink tu? takut kena air dia jadi tak cantik)
  2. cetak guna mesin fotostat maklumat majlis dan map (yang ni kena betul-betul design ikut size. Yang tu malas tu)
  3. beli dan ikat riben sendiri
  4. guna kad manila size A4 dan potong sendiri kad tu. 
Bila fikir-fikir balik, aku memang tak de masa nak DIY sebab aku kerja dan kena buat thesis. Pastu, biasanya konsentrasi awal-awal je boleh. Bayangkan 1K-2K  kad nak DIY, mesti the first 500pcs je cantik. Yang lain akan kurang kecantikan dan kehalusan seni tangan tu. Betul tak? Baik bagi orang yang memang buat kerja ni. Tapi tunggu din approve idea untuk tempah saje instead of DIY the cards.

Jadi ni gambaran awal kad idaman aku tu:
Aku DIY contoh je ni the color aku nak macam ni. Sweet kan?