Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Doktor Gigi Yang Baik

Aku ada cakap last week yang aku sakit gigi. Pastu ada gak aku tweet cakap nak gi dentist kat Senai dek sebab sakit gigi ni. Hari Rabu ke Khamis aku gi visit dentist tu. Oh! hari rabu aku gi ( tengok tarikh kat ubat yang dentist bagi baru ingat ;p ).

Doktor cakap wisdom tooth aku salah tumbuh. Tumbuhnya pulak ke arah pipi so memang aku ada masalah la nak buka besar-besar rahang aku. Tapi hari tu doktor gigi tu takleh cabut ke apa sebab bahagian tu tengah bengkak so kalo teruskan gak nanti boleh kena infection sebab kuman leh mask dalam darah. Nak tak nak memang kena tunggu bengkak tu surut dulu.

Jadi doktor tu bagi ubat surut bengkak, tahan sakit dan antibiotik. Hari selasa 17/1 doktor nak cabut. Tapi aku rasa yakin ngan doktor ni. Takut tu ada tapi sebab doktor ni sweet dan lembut je jadinya macam tenang sket la rasa.

Oh! lupa pulak nak cite klinik mana yang aku gi tu. Aku gi Klinik Pergigian Sabrina, Senai. Jauh sket dari Bandar Tenggara tapi still rasa berbaloi sebab doktor best.

Wednesday, December 14, 2011

Serum D21 Progestrone

Ramai speku aku pregnant ke after keluar entry ni? Memang la jumpa gynae tapi tak semestinya orang yang pregnant sahaja yang jumpa gynae. Nak cerita detail pun aku pun tak pasti aku sakit apa. Yang pasti macam benda ni relate la dengan sakit aku bertahun-tahun.

Mula-mula aku tak sedar aku ada masalah sakit puan jugak sebab sungguh tak mengambil tahu sangat pun. Tapi bila start jadi kes ni, terus perasan yang period aku tak normal rupanya. Tu bersabit gak ngan weight gain yang melampau dan beberapa simptom lain. Nak cerita detail tu tak sesuai untuk bacaan umum.

Jadinya untuk next checkup gynae nak tengok result semua hormon dalam badan aku. Yang jadi masalah bila aku duduk Johor, hospital kat Lipis pastu ada test yang kena buat on day 21 period cycle. Nak, tak nak kena la pergi private untuk 1 test tu.

Alhamdulillah aku jumpa tempat nak buat test hormon progestron hari ke 21. 2-3 klinik aku walk in untuk tanya. Last-last klinik terakhir tu ada buat test tu. Harapnya usaha aku ni tak sia-sia. Aku nak tau sangat apa jawapan penyakit aku selama ni.

Friday, December 9, 2011

Gynae dan E-N-T Check Up

Awal minggu hari tu aku ada checkup ngan specialist kat Hospital Lipis. Kali ni jumpa doktor sakit puan atau orang-orang bandar sebut gynae (sebutannya 'gai-nie'). Kadang-kadang datang kekampungan aku, aku tersebut 'gee-ni'. Lidah ni macam payah nak menyebut 'gai-nie' tu.

Hasil perjumpaan, aku kena ambik darah bertiub-tiub. Tapi tiub yang kecik tu la. Tapi kalau dah kecik-kecik tu pun dah 5-6 tiub, banyak la jugak kan? Dah la baru mengalami period yang aku rasa kali ni paling lama kot. Dah rupa macam kena hisap darah by the vampire je. Harapnya ada la jawapan. Oho! on this coming 16 Dec ada 1 tiub lagi kena ambil. Darah-darah ni akan diuji tahap hormon yang ada dalam badan aku. Pastu kena rujuk kat pakar pemakanan yang aku tak jumpa pun. Cerita pasal pakar pemakanan tu biar la off record je. Malas nak menambah ketidak seimbangan hormon lagi.

Pas dah jumpa gynae, aku jumpa pakar E-N-T (ear-nose-throat), pakar telinga, hidung dan tekak. Yang ni untuk repeat test. For those yang tak tahu lagi, aku sebenarnya mengalami mild hearing loss. Dengan kata lain pekak ringan-ringan. Tapi benda ni bagi aku tak berat sangat jadi aku refuse untuk pakai hearing aid. Hasil test, ada peningkatan dalam pendengaran tapi masih bawah kategori pekak lagi. Tapi pakar ENT cakap, sebab sakit yang aku alami ni bergantung kepada kesihatan saraf aku, Jadi pendengaran pun kadang-kadang boleh jadi worse atau better. Susah nak predict. Mereka just monitor incase takut jadi teruk sangat je.

Sebenarnya aku takdela bergantung sepenuhnya kepada rawatan hospital. Ada gak aku pergi berubat di Darulsyifa'. Harapnya 1 hari nanti, aku sihat dan normal :)

Friday, December 2, 2011

Foods Can Make Us Happy

Happynya sebab semalam selesaikan membuat redvelvet. Aku amik masa 2 hari nak buat cake + topping. Guess what? menjadi. Rasa tu bagi aku sedap la tapi kalau improvise lagi best kot.

So next time, time weekend je boleh kot nak buat one short. If hari kerja, tak sempat uols. Gambar dah snap dah tapi versi dah potong-potong punya. Yang tu nanti cerita kat lain entry.

Next week ada checkup dengan 2 specialists dan 1st time akan jumpa gynae. So, sekarang dah 3-4 pakar yang monitor case penyakit misteri aku. Hopefully ada lah nanti result aku ni sebenarnya sakit apa. Jadinya, aku akan bercuti weekend ni panjang la. tambah extra 2 hari MC untuk hari-hari cek up tu. Best..best..

Sekarang mood adalah gembira lala lala. Kira macam positif je ni. Hopefully akan terus positif dan positif. Kalau tak, korang dengar jela keluh kesah aku kat blog ni atau twitter. May be aku rasa pepatah 'Foods can make us happy' ada betulnya. Tambah-tambah bila makanan tu kita buat sendiri dan jadi :)

P/S : Sesiapa nak baca my micro-blogging through twitter sila la search 'haslinahairudin'

Tuesday, August 23, 2011

Cerita Gastrik Di Bulan Ramadhan

Streamyx office buat hal jadi segala kerja RnD terganggu. Jadi aku ambil kesempatan buat draft blog then bila internet ada seperti biasa aku just kopipes masuk blog.

Hari tu masa coret-coret, aku ada mention yang aku kena gastrik yang teruk kan? Tak suka tau kena gastrik time-time puasa sebab puasa aku tergadai. Setiap tahun atleast ada sehari jugak yang terbabas dek kerana gastrik ni.

Gastrik hari tu disebabkan food poisoning. Aku cibi-cibi sampai perut aku kosong pastu gastrik. Lagi satu yang aku tak suka gastrik ni sebab perut aku akan satu hari pedih. Tu belum muntah muntah keluar air asid perut tu. Memang perit la.

Kadang-kadang makan ubat pun macam tak berkesan jadi kena cuba alternatif lain untuk buat perut tu lega dari kesakitan. Cara yang aku guna sekarang ni ialah tuam dengan air panas. Tuam ni macam ala-ala bertungku gitu. Sebab aku takde batu tungku atau bekas yang proper nak letak air panas, korang rasa apa yang aku guna ey? Ce teka..

Aku guna botol air mineral untuk letak air panas. Tapi bukan la panas mengelegak tu. Habis cair botol tu. Campur sikit air sejuk jadi takde la panas sangat air tu. Then tuam kat perut. Alhamdulillah cara ni nampaknya berkesan. Tapi puasa memang tergadai la.

Dulu aku ada masalah nak telan ubat susu gastrik tu. Tak tahu kenapa perut aku reject. Memang takde kejadian yang ubat tu selamat masuk dalam perut aku. tapi sekarang, aku dah boleh telan ubat cair tanpa muntah balik.

Ubat tu 'Gaviscon'. Macam sedap pulak ubat gastrik ni. Pastu ada pek senang nak carry letak dalam handbeg.

Korang pernah kena gastrik tak? Apa pulak cara korang ey?

Thursday, August 11, 2011

Masalah Tiroid Pulak Ke?

Semalam aku m.c sebab jumpa pakar ortopedik. Tapi perjumpaan semalam tu aku rasa best sebab kali ni aku di'consult' seorang doktor perempuan so kalau nak cerita simptom-simptom yang melibatkan pompuan, aku dah tak rasa malu. Jadi harapnya pakar tu dapat diagnose masalah kesihatan aku yang sebenarnya.


Aku pun cerita la apa yang jadi kat kesihatan aku since last visit aku ke pakar ortho.Ada simptom-simptom baru yang aku takut kesan pengambilan ubat ke apa. Jadi doktor cakap nak buat test untuk cek hormon tiroid aku based on simptom-simptom tu. Untuk test tu, kena ambil darah. Ambil darah time-time puasa ni memang rasa lembik walaupun ambilnya tak banyak pun. Nasib baik semalam urat aku senang jumpa. Selalunya tahap aku nangis-nangis sebab kena cucuk banyak kali untuk dapatkan darah. Lega rasanya urusan dipermudahkan semalam.

Aku ditambah ubat baru dan ubat lama yang aku berhentikan sebab aku naik berat badan ngan rambut aku gugur tu, aku kena ambil balik. Bencinya sebab kena menghadapi masalah berat badan. Dah la ubat tu kena beli sendiri kat luar sebab hospital kecil macam hospital kuala lipis takde ubat tu. Kalau macam hospital putrajaya adalah. Ini pegawai farmasi tu yang cakap. Harga ubat tu sekotak dalam RM300. Ada 58 kapsul. Jumlah intake sehari 2 kapsul. Jadi sekotak tu boleh bertahan kurang sebulan la.Mahalnya.. ke kat sini ada yang kerja farmasi dan tahu kat mana jual ngan harga lagi murah.Oh lupa.. nama ubat tu, pregabalin.Tak yah murah byk2 tapi murah dalam rm20-30 pun ok dah.

Ok.. dah habis cerita pasal jumpa doktor ;) next visit on October pulak. Time tu dah duduk johor dah so perjalanan jumpa doktor mungkin lebih menakjubkan. Tunggu jela aku cite nanti ey ;p

Tuesday, July 12, 2011

Dah Nampak Kesan Premium Beautiful (PB)

Last week aku ada post status kat fb


So, sabtu lepas masa aku pakai PB. Guess what?rupanya aku dah pakai cangkuk ke 2 dah. Memang ada kurang inci jugak. Sejak try PB memang ada banyak kesan positif kat badan aku.

Ni aku list out kesan-kesan +ve tu:

# 1 - Berat aku senang nak turun pastu nak naik memang tak la. Paling-paling pun akan maintain je.

# 2 - Period kalau pakai PB berbeza dengan tak pakai PB. Time pakai PB, lancar dan cantik je warna period tu. Pastu tak berketul-ketul.

# 3 - Body Shaping ada improve dekat certain-certain part. Cik B tu ada beza la. Hasilnya makin cantik. Bukan aku syok sendiri cakap tapi suami cakap *ops!

# 4 - orang kerja dalam environment berekon ni susah betul nak berpeluh tapi bila pakai Pb mcm senang je peluh keluar. Aku suspek may be berlaku fat burning time tu.

# 5 - Bila time tak pakai PB pun, memang aku rasa sangat jeans aku longgar. Maknanya body shaping tu bukan kesan sementara je.

Aku dengar PB ada bagi rebate. Huhu.. din belikan aku time takde rebate pape pun. Kami bukan orang kaya tapi kami sekadar berusaha. Jadi sesiapa nak tahu macam mana orang biasa-biasa macam aku leh pakai PB, do email me atau contact me personally. Aku nak cite direct takut ada term n condition company jual PB tu yang aku tak tahu. Lagipun banyak benda +ve tu aku tak cite detail sebab takut ada yang claim blog aku ni censored pulak ;p

Thursday, July 7, 2011

Cerita Tentang Susu

Aku selalu mengadu dengan din yang gigi geraham bongsu aku tak habis-habis lagi tumbuh. Rasanya last year aku dah cerita yang aku sakit nak tumbuh gigi ni. Macam makan bulan jugak la gigi tu nak keluar. So sepanjang tu la aku rasa sakit bila nak buka mulut luas-luas atau nak kunyah makanan.

gambar daripada google.com
Bila dah cerita dengan din, din cakap mungkin aku tak cukup kalsium jadi gigi tak leh terbentuk. Mungkin ada logiknya sebab kalsium memang penting untuk pembentukan gigi (macam iklan ubat gigi tu cakap). Few years back memang aku kategori yang pernah admit hospital sebab kurang kalsium. Tak tahu kenapa aku tak cukup kalsium macam orang lain. Mungkin jugak sebab aku minum milo je sejak baby. Ya, saya memang tak minum susu masa kecik-kecik.

Din suruh aku minum susu. So start beberapa hari lepas, aku mulakan minum susu tiap-tiap hari 1 gelas. Hingga hari ni, aku rasa yang gigi aku dah kurang sakit. Harap tumbuh la betul-betul ey wahai gigi.

Aku pernah dengar kawan aku cakap, if pregnant ada orang sampai patah gigi sebab tak cukup kalsium. Yelah, during that time kalsium memang sangat penting untuk pembetukan baby dalam perut. Takut kan dengar? Aku mula la berfikir, apa akan jadi kat aku ni nanti. Oh my!

Tuesday, March 8, 2011

Fibromyalgia? Aku Still Tak Yakin

Last week on Tuesday and Wednesday, aku balik Lipis. Ada 2 day appointment with 2 specialists. Ubat usah cakap la, habis semua ubat yang doktor tu ada as sample, bagi kat aku. Lagipun as for now, I'm the only one yang di'diagnose' with this sakit. Again, another new sakit yang aku dipercayai sakit. Last few years, aku di'diagnose' new sakit jugak. Cervical Rib.. Sekarang fibromaylgia pulak.

Rasanya kalau salah diagnose lagi kali ni, boleh tak aku saman hospital gomen? Almost ten years dah macam-macam guessing diorang buat. Dalam hati aku sekarang, aku kurang yakin dengan diagnosis tu. Sebab ada simptom yang tak kena dengan fibromyalgia. Like bruise yang ada dekat bahagian belakang aku yang sakit. Bukan birth marks atau kesan bekam ke apa like the doctors guess. Boleh tak yang aku nak assume aku dapat fybromyalgia sebab they don't treat me correctly sejak years ago.

Fibromyalgia ni boleh disebabkan oleh kerosakan saraf. Saraf-saraf aku rosak sebab pengambilan ubat yang tak sepadan dengan dengan sakit aku. (ini assumption aku je) Oh my... jangan la salah diagnose lagi. Aku dah tak sanggup nak 'hilang' apa-apa lagi. Susah sangat nak terima dugaan lagi.

The doctor cakap if suddenly I'm pregnant, I can stop my medication yang quite strong ni immediately. So, kena sangat alert sebab this medication kuat cuma hari demi hari, aku dah tak rasa dah effectnye. Sebabnya aku sendiri tak tahu.

Atau aku nak cuba check my blood sebab hari tu pharmacist tempat aku beli ubat tu cakap colud be aku sakit lain. She suggest me untuk buat blood check up. Siapa tahu mana nak cek darah secara menyeluruh?

Wednesday, February 16, 2011

Aku Rasa Macam Bahan Ujikaji Doktor

Last time jumpa pakar, aku disuruh cari 1 ubat ni. Hospital gomen memang takde stok ubat ni. Ubat untuk merawat fibromyalgia. So haritu, aku ngan din kebetulan jalan-jalan kat Mines, so aku ajak din gi Caring sebab situ ada farmasi. 

Ubat tu memang ada. Mahal yang amat. Aku bayar separuh, din bayar separuh. Aku hanya berikhtiar. Kalau ikutkan malas dah aku nak makan ubat-ubat ni. Dah la ada side effect. 

Ubat tu namanya pregabalin.Ni kira hari kedua makan ubat tu. Aku kena alert sebab ubat ni takleh diberhentikan makan secara tiba-tiba. Bahaya kata doktor. Aku macam rasa mamai. Sakit macam kurang. Cuma yang tak bestnye aku rasa aku sedang berehat. Ko bayangkan la kalau nak buat kerja office tiba-tiba ko rasa tenang je macam takde perasaan. Mata usah cakapla, aku bulatkan pun rasa macam kuyu je. 

Hopefully betul la ubat tu sesuai untuk aku. Penat dah cuba ubat macam-macam. 

Thursday, February 3, 2011

Fibromyalgia? Neuropathic Pain?

1 day lagi

Tiba-tiba tajuk macam berunsur medikal. Yelah semalam aku ada appointment dengan pakar. Sekarang bukan dengan pakar ortho dah. Pakar medical je kot. Lupa pulak aku nak tanya doktor tu dia pakar apa.

Semalam jugak jumpa doktor bincang-bincang pasal MRI otak bulan December lepas. Struktur otak semua ok dan tak de tumor seperti yang dirisaukan oleh pakar ortho. Alhamdulillah. Tapi sebenarnya diorang still membuat assumption aje. Masih tak dapat dipastikan aku betul-betul sakit fibromyalgia/ neuropathic pain. Sebab aku disuruh try ubat lagi.

Seperti yang dicakap oleh doktor semalam, aku mengalami penuaan.Umur aku boleh dikira muda tapi badan aku mengalami sakit-sakit yang dialami oleh orang tua. Ubat takde kat farmasi hospital sebab ubat baru. Aku kena cari ubat tu kat kat farmasi-farmasi di KL. Side effect ubat yang disuggest oleh doktor tu, aku akan mengantuk. Alasannya suruh saraf-saraf aku berehat.

Okla. Cukup dulu la pasal sakit aku tu. Sebenarnya aku lupa apa nak tulis lagi.

p/s: Esok hari terakhir sebagai single ;p

Tuesday, December 21, 2010

Bukan Main - Main Tapi Serius

Aku sekarang kat Lipis. Ada appointment dengan pakar ENT hari ni. Everything yang aku mengadu dekat pakar ortho diambil kira. Now, I'm facing with another disability. Hearing loss. Tapi yang mild aje. Mild pun aku still kena pakai hearing aid. Hehe..biasa tengok orang tua-tua je pakai tapi now aku sendiri yang pakai. Tak boleh imagine macam mana rupenye.

Aku tak terus buat hearing aid tadi. Doktor still nak cuba cara lain. Bagi aku makan vitamin saraf dulu then tengok if ada perubahan  tak dalam 2 bulan lagi.

Tapi bila benda dah melibatkan saraf, memang susah nak fix balik. Doktor kata saraf pendengaran aku lemah sebab tu aku susah nak proses apa orang cakap. Tapi sebenarnya saraf dengan bahagian lain pun dah problem. Penyebabnya pulak sama ada sebab genetik atau kesan pain killer yang aku makan dekat 10 tahun lepas.

Ok la, aku masih berharap yang aku masih ada peluang kedua. Doakan aku.

Friday, December 3, 2010

Loss of Cervical Lodrosis?

Aku dah masuk kerja. Malas untuk memanjang cuti sakit di kampung. Pagi-pagi jumaat ni aku tiba-tiba rasa nak share tentang sakit aku buat ramai kawan-kawan yang tertanya-tanya. Sokseh2 aku dengar korang bertanya 'lina tu sakit apa ey?'. Aku pun sendiri tak reti nak explain. Anggap jela sakit aku masih dalam siasatan sebab sakit yang doktor pakar diagnosed bertahun-tahun dulu tak pernah wujud pun. Aku tak de pun tulang lebih yang menganggu saraf aku. hehe.. Aku boleh saman hospital tak sebab salah diagnose?

Hasil yang MRI lepas, doktor sahkan tulang leher aku straight dan tak de curve macam leher orang normal. Itu mungkin salah satu penyebab sakit aku. Tapi still kena buat test-test lain sebab ada masalah lain juga. So, ketua pakar plan untuk buat test-test every bahagian yang aku ngadu ada berlaku kekurangan. Pakar mata dah jumpa so yang tu dah tak perlu la. Pakar ENT dalam bulan ni aku akan jumpa untuk kenalpasti kenapa aku dengar tak dengar orang bercakap. Selalu je aku salah interprete percakapan orang tau. Tapi aku tak pekak tau. Aku dengar orang bercakap cuma aku tak berapa proses perkataan yang aku dengar tu.

Yang paling baru ni, MRI untuk brain. Yang ni untuk tengok sama ada brain ke yang problem sebenarnya. Nanti, one by one doktor akan exclude untuk confirmkan aku sakit apa sebenarnya. Macam eksperimen je kan? Tapi untuk kepastian aku redha jela.

Dah la cerita pasal sakit ni. Kalau ikut banyak lagi tau sebab dah lebih 10 tahun aku berulang-alik ke hospital. Tapi cukup la untuk menjawab soalan sokseh2 korang tu ey :)

Wednesday, December 1, 2010

Bukan Rezeki Aku

Before balik lipis untuk bercuti sakit, dapat news 'dukacita..bla...bla'. Sepanjang hari mood aku terganggu. Dengarnya kawan-kawan ramai yang dapat calon simpanan. Tak tahu kenapa aku sedih padahal masa mula-mula nak gi interview tu memang aku pergi sebab tak nak mak aku bebel. Tu la tak ikhlas lagi. Tapi aku tak ikhlas awal-awal je :( Tak suka kecewa macam ni.

Hari ni aku dah back into normal dah. Tapi benda lain pulak jadi hari ni. Aku anggap ni a part of dugaan before berkahwin. Bak kata kawan-kawan, 'Allah uji kita dengan benda yang mampu kita terima'. Aku gi MRI scan untuk brain hari ni. Ingat sama masa MRI tulang. It's different kali ni. Boleh tak aku kate yang this one a bit sakit. Paling sakit time diaorang guna jarum besar untuk masukkan dye dalam salur darah. Aku pulak memang jenis yang susah nak cari salur darah. Nasib aku boleh tahan kali ni walaupun adelah aku mengucap dan baca ayat masa kena inject tuh. Bengkak tau tangan aku. Result kena tunggu next consultation. Bad or good, aku terima je sebab aku nak jawapan yang pasti.

Update kahwin : haha.. ada rupanya progress persiapan kahwin.

#1 - Din tengah urusan kebenaran kahwin belah lelaki. Hopefully settled by this week.Aku tak buat lagi hiv test sebab tengah banyak drug dalam badan aku. Hari tu aku cakap aku kena makan steroid untuk MRI kan? confirm tu steroid (patutlah liat benor nak menurun berat).

#2 - Kad, jumaat aku call LH creative. Dapat cakap ngan designer kad aku. Dia kata nak panggil aku this week untuk 1st draft. Macam lambat je dah. Aku pulak nak buat few changes ni regarding peta dan info majlis. Esok nak guna kuasa veto as customer. Huhu.. tak suka push2 orang :( Tapi terpaksa sebab takut berlaku kesilapan kat kad nanti. Nehi!

#3 - Mak cakap nak sponsor baju untuk famili. Tiba2 kan dia ada bajet untuk benda tak berapa penting ni? Tapi dia baru cakap je. Takut tiba2 tak jadi so tak nak berharap sangat.

Ok, tu je. Esok aku bercuti lagi. Jumaat baru masuk kerja. Selamat malam semua :)

Friday, November 12, 2010

Perut Berasid

Semalam aku mc. Aku kena acute gastric. Memang aku ada gastrik dari kecik lagi. Cuma sekarang gastrik aku dah melampau-lampau. Makan sikit gastrik, makan banyak pun gastrik. Air gas memang aku tak leh minum sikit pun. Sure kena gastrik punya la.

Aku sejak kecik jugak kalau ubat gastrik yang jenis air tu confirm tak leh masuk. Kalau masuk je, sure aku muntah ngan dashyatnya. Tambah teruk gastrik aku pastu. Tapi semalam kan, doktor bagi aku gaviscon. Yang ni macam pekat-pekat ubat batuk. Boleh pulak aku telan kali ni. May be ubat tu tak cair kot. Ubat yang pil pun doktor bagi gak semalam sebab gastrik aku dah terlampau semalam.

Bukan tu je, perut aku pun penuh angin. Sakit sangat-sangat. Nak kentut tak mau keluar pulak anginnye. Yang aku paling tak larat time gastrik ni, kena pantau dan pantang makan. Pastu selera pun terbantut sebab perut sangat tak best. Hopefully esok ok la.  huhu

Friday, November 5, 2010

Mungkin Aku Perlukan Vitamin B

Aku start rasa penyakit aku semakin teruk bila aku lupa dengan kroniknya. Memang banyak beza la aku yang dulu yang macam 'ensiklopedia bergerak' dan sekarang pulak macam orang alzheimer. Aku boleh lupa benda yang aku tengah buat berkali-kali.

Aku tak la sedih pun. Mungkin suatu hari nanti akan ada jalan penyelesaian untuk sakit aku ni. Lagipun doktor pakar tengah berusaha cuma korang faham jela prosedur-prosedur rawatan kat hospital gomen. Lagipun kes aku ni tak betul-betul kritikal. Nak refer ke private, aku malas nak buka-buka file semula. 

Semalam aku ada tertengok tv series 'Royal Pains' kat Starworld. Ada part dia selamatkan pompuan tu dari mati tercekik vitamin. Masa part doktor tu tanya simptom-simptom secara personal, ada keluar masalah pompuan tu asyik lupa-lupa. Pastu tu doktor tu cakap dia kekurangan vitamin B1. Tu sebab dia jadi pelupa.

So, sekarang aku kena ambil Vitamin B la ey? kot-kot boleh ok sakit aku :) Tapi aku tak pandai nak beli vitamin-vitamin ni. Dah la kat drugstore banyak sangat brand vitamin-vitamin. Ada sesiapa tak, yang boleh tolong aku?

Wednesday, November 3, 2010

Aku Hanya Berusaha

When we talk about wedding, mesti akan wujud perasaan nak kelihatan cantik di hari bahagia tersebut. Tapi sebenarnya bukan hari tu je nak cantik, kalau boleh sentiasa nak cantik. Cantik tu bukan kat muka je, kalau boleh a whole body cantik.

Sejak bekerja ni, aku perasan yang badan aku semakin hari makin berjaya menternak lemak. Sekarang pulak berat tu statik je. Kalau turun sebab mengamalkan diet, nanti pasti akan naik ke angka tu balik. Pastu aku sekarang ni jenis tak kuat nak diet-diet ni.

Hari tu aku ada try diet berprotein tinggi. Sempat 1-2 hari je kot. Aku mana tahan tengok orang lain makan nasi, roti dan minum milo. Pastu dapat pulak kawan yang tak mendorong aku berdiet. Hancus diet plan aku.

Tapi sejak bulan lepas, aku sedang menjalani treatment pengurusan berat badan ala-ala London Weight Management tapi yang biasa-biasa je. Kos pun tak la mahal sangat. Din yang keluar duit. Aku harap kali ni berjaya la aku mendapatkan berat aku yang dulu-dulu tu.

Dari segi makan pulak, aku still makan macam biasa but day by day aku kurangkan dari segi portion dan benda-benda yang tak elok untuk kesihatan. Contoh:  semalam aku makan bihun goreng dalam 1 senduk nasi (1 senduk bukan 1 sudu) + milo bersusu. Hari ni aku ambil kuey teow goreng 1 senduk nasi + milo kosong. Nampak tak beza?

Treatment ni secara pakej dan ada 30 sessi. Aku ada banyak lagi sessi nak kena habiskan. Aku berharap usaha aku kali ni ada la hasilnya. Insya-Allah

Monday, November 1, 2010

May be.................

Jumaat lepas aku sekali lagi berjumpa pakar. Kali ni to get 2nd opinion from ketua pakar. Bukan sebarang pakar ey. Ketua Pakar Ortopedik Negeri Pahang.

Since MRI leher tak de yang abnormal, so i need to undergo another mri. Kali ni untuk brain pulak. Tapi before tu, aku kena jumpa pakar ENT to exclude chances penyakit lain.

Yela sakit aku ni dah melarat-larat. Dulu just left leher,kaki dan tangan je problem. Now, my left eyes, my left pipi. Aku punya ingatan and hearing tak macam dulu. Kalau ada skala untuk tahap kekurangan ingatan dan pendengaran tu, dulu aku boleh bagi 10/10, sekarang 6/10 je or may be 5/10.

Aku ade terdengar ketua pakar tu explain kat pakar yang examine aku tu. Perkataan yang buat aku takut kalau aku ade sakit tu. Hopefully aku salah dengar la.

Jumpa ENT bulan 12 nanti, MRI still tak dapat tarikh bila.Tiba-tiba aku teringat kisah 50 first date ;p dah.. dah... sambung kerja walaupun monday blues

Wednesday, August 11, 2010

Diet Day 2

Mencabar sesangat sebab 1st day puasa. Aku dah la selalu kena gastrik yang agak teruk. Sekarang aku rasa perut aku pedih-pedih sikit. Mencabar sungguh. Kejap-kejap dia ok balik. Maknanya tak teruk la gastrik aku ni. Paling teruk tahap yang muntah-muntah pastu perut pedih tak henti-henti. Mintak di jauhkan sepanjang ramadhan ni dan juga raya nanti. Raya pun kena gak tau sebab perut terkejut. Yelah.. raya kan macam-macam makanan ade.

Sebenarnya aku tak rasa lapar pun tapi sebab ade gastrik sikit-sikit pastu ngan godaan juadah yang aku bayangkan kat bazar ramadhan tu buat aku down tak nak teruskan usaha aku. Tapi tiba-tiba aku kuat pulak nak harung diet aku. Bukan aku tak leh beli pape langsung kat bazar nanti. Aku boleh beli ayam golek ape? KFC pun boleh.

Cuma otak aku macam limited nak fikir menu ape nak buat bersahur dan berbuka. Aku tak leh makan bende-bende macam nasi,roti,mee,susu,buah dan gula tapi bende-bende macam ayam,daging,seafood,telur pulak boleh.Seksa betul nak fikir menu apa yang boleh makan kan?
Pastu aku kalau ade food temptation, nasi putih macam agak gagal di situ sebab godaan dia punya la kuat. Tambah-tambah nasi panas-panas. Makan ngan telur mata kerbau ngan kicap pun sedap yang amat. Perghhh!!!!!!!!! betul-betul Ho-Liao

Apakan daya, kali ni aku kena kuat jugak. Aku dah nak obese dah ni.ke dah obese sebenarnya? Tu mujur boleh makan ayam, daging segala.Patut bersyukur ni. Alhamdulillah.. syukur =)

Tuesday, August 10, 2010

Mission Sepanjang Ramadhan

To look good on my E day aku terpaksa membuat beberapa langkah drastik. Yela.. berat aku ni naik turun pastu stop je dekat angka 55kg tu. So, nampaknya kena buat sesuatu dengan cara permakanan aku. Alhamdulillah esok masuk bulan Ramadan so senang sikit kot aku nak dapatkan berat badan idaman disamping pembentukan muscle yang seimbang. No more flabby-flabby ;p

Harini aku dah start makan makanan gantian yang berprotein. So, sepanjang diet ni aku tak boleh makan sumber-sumber berkarbohidrat dan bergula. Bagi yang tak tau, gula ni ada karbo jugak tau. Nampak macam ekstrem kan? Tapi tak sebab aku boleh makan ayam goreng, telur etc. So banyak protein la dalam diet aku. Makanan gantian tu pulak bagi zat-zat yang kurang sebab tak ambil karbo.

Pagi tadi aku timbang berat aku 56kg. Huhu.. jauh lagi target aku ni. Tapi korang jangan risaulah. Bende ni terbukti selamat. ex-boss aku dah turun 10kg++ dan tak de kesan sampingan pun.