Tuesday, August 17, 2010

Gulai Tempoyak Ayam

Semalam aku dah beli ayam dan daun kesum. Dalam kepala duk fikir nak masak gulai tempoyak ayam (kalau family aku panggil gulai masam ayam). Ni kira macam masakan tradisional orang lipis la. Kalau tak silap Siti Nurhaliza pernah demo masak bende ni long time ago tapi mine a bit difference sket. Tiba-tiba rasa nak kongsi resepi dengan korang semua. Sedap tau kalau makan dengan nasi panas-panas. Cara masak pun sama dengan cara masak gulai tempoyak ikan patin. So, nanti boleh la try ikan patin pulak.

Senang je nak masak gulai ni. Bahan yang diperlukan pun tak banyak. Antara bahan-bahannya:
  1. Ayam

  2. Tempoyak dalam 1-2 sudu besar.

  3. Kunyit Hidup

  4. Cili padi (aku panggil lada kecil. Semua type of cili aku panggil lada sebenarnya)

  5. Daun Kesum

  6. Garam secukup rasa

  7. Air

Ni pulak cara nak masak:

  1. Mula-mula tumbuk cili padi bersama kunyit. Tumbuk sampai lumat.

  2. Masukkan ayam ke dalam periuk. Panaskan untuk mengeringkan air ayam. Nanti tak de la berminyak-minyak sangat gulai tu. Tak payah lama. Dalam 2-3 minit je.

  3. Masukkan cili padi dan kunyit yang ditumbuk tadi.

  4. Masukkan tempoyak dan air

  5. Kacau sehingga semua bahan sebati.

  6. Masukkan Daun Kesum

  7. Masukkan garam dan tunggu sampai masak.

Senang kan? Macam masak campak-campak je. Sila la try :) Makan dengan nasi panas-panas time berbuka memang best sesangat.

No comments: