Aku dulu-dulu dah simpan cita-cita dalam bidang IT sebab terpengaruh dengan kakak sedara aku yang belajar kat US, pastu balik Msia jadi Software Engineer kat one of the top company in Malaysia. Masa tu, gila teruja dengar title 'Software Engineer' sebab macam tak pernah dengar and sound great.
So, 1st choice time masuk uni aku adalah bidang IT major Software Engineering. Allah tu Maha Mendengar, jadi termakbul la impian aku nak masuk bidang Software Engineering.After grad, aku tak merasa sangat kerja sebab tak sempat konvo, aku dah masuk study master tapi adalah jugak aku apply kerja. Sebab bidang ni agak baru time tu, jadi tak de la betul-betul kerja yang menawarkan kerja Software Engineer. Kerja programmer berjawatankan Software Engineer banyakla.
Time tu, aku dah tersimpang sikit haluan aku, aku jadi Research Assistant. Kerja ni banyak buat surat, meeting, tolong lecturer, baca jurnal. Dek kerana environment research tu dalam suasana learning organization, aku mula pasang cita-cita nak jadi lecturer pulak. Ni cita-cita kau time tadika. Aku pun ada buat kerja sambilan mengajar dekat sebuah kolej swasta. Masa ni la aku tau yang aku memang tak sesuai nak jadi lecturer. Aku susah nak decide dalam hal-hal bagi markah student.Aku gak malas nak prepare teaching material dan aku rasa skills aku dalam bidang IT sekadar teori aje, praktikal tak kuat.Pastu, aku resign dan menganggur almost a year.(tak de la menganggur, aku konon-konon fokus kat master ;p)
After a year, bila tengok kawan-kawan ada income sendiri aku rasa aku kena jugak cari kerja.First interview yang aku gi terus dapat so aku sangat-sangat bersyukur walaupun aku tau gaji memang below market. Waktu ni aku tak fikir lain,asal ada income cukup.
Tapi bila lama-lama, aku rasa nak upgrade diri aku dan mencari kerja yang betul-betul bagi gaji yang sepatutnya. Tambah-tambah time tu, company aku kerja tak stabil. Aku kena move on.
Aku gi interview dan dapat offer yang lebih baik.Tapi aku masih bukan Software Engineer, masih lagi programmer cuma sekarang aku boleh explore lebih part-part programming. Kalau aku habis master pulak, apa jadi dengan cita-cita aku nak jadi Software Engineer? Mungkin kena ubah haluan menjadi Project Manager barang kali.haha.. Walaupun cita-cita aku tak sampai lagi, aku sangat bersyukur kerana aku masih lagi dalam bidang IT. Cuma jobscope je lain sikit.Lagipun bidang IT ni murah rezeki, senang nak cari kerja.
p/s:apa yang aku merepek ni? sekadar luahan hati sebab tak jadi software engineer dan tengah tepu melayan CSS.
No comments:
Post a Comment