Thursday, August 19, 2010

BlackBerry oh BlackBerry

Dah lama aku berangan nak ada BlackBerry atau orang ramai panggil BB. Tapi tak mampu lagi. Lagipun handphone sekarang masih elok.

Last year aku ade la survey harga market BlackBerry ni. Paling murah harga dalam 1.1K. Tapi yang tu tak ingat model yang mana satu. Mungkin yang paling basic kot specification BlackBerry tu.

Baru-baru ni gempar pasal penyekatan perkhidmatan BlackBerry di beberapa negara sebab dikatakan mengancam keselamatan. Kat Malaysia tengah dalam kajian lagi rasanya. Tak tahu la dah keluar result pasal kontrovesi BlackBerry ni ke belum.

Mesti korang tak tahu yang sebenarnya BlackBerry ni dah wujud lama dah. Cuma bila ramai pakai baru benda ni hot. Produk pertama BlackBerry ialah alat kelui yang dihasilkan pada 1999. Oho.. BlackBerry tu nama jenama ye kawan-kawan.Dah berevolusi dengan jayanya maka terhasil la smart phone BlackBerry macam yang ada sekarang.

Aku masih ada simpan impian nak memiliki BlackBerry tapi kena tunggu dulu result kajian SKMM tu. Pastu tunggu gaji naik dulu. boleh? ;p Tak pun simpan RM2 1hari. Cukup duit baru beli.

2 comments:

bini edy said...

motip 2 hengget sehari? bila nak cukup lina..

lina said...

hehe..tu je mampu nak menabung buat masa ni ;p