Wednesday, August 25, 2010

Persiapan E day (4)

Semalam mak suruh survey harga carpet. Ape kena mengena karpet dengan E day nanti. Karpet rumah atuk aku macam dah lama so mak plan untuk mendapatkan karpet baru. Bukan 1 tau. Dia nak 2. Ukuran pulak 12 x 9 (dalam inci kot, kalau dalam kaki bukan besar sangat ke? erm tak tahu la). Mak ada survey dekat Lipis. Harga 1 karpet tu RM450. Adik aku kata mahal sebab kat tempat lain murah katanya. Jakel ada buat jualan karpet kan? Nanti nak gi tengok la.

Tu karpet, then pasal hantaran hari tu mak tengok dalam tv dekat Pusat Kraf Jalan Conlay ada jual samping songket terengganu. So nak gi sana la tengok-tengok, kalau harga macam ok, beli terus. Aku tau samping ni agak mahal jugak tapi mak cakap nak sponsor. So Alhamdulillah. Samping ni jugak akan pakai time reception nanti. Mak cakap kalau boleh hantaran bagi benda-benda yang lasting. So tak de la membazir sebab kita boleh pakai banyak kali. Color samping harus la matching dengan lace yang colornya : pink+lilac+gold.

Tadi mak call kate mak din cakap hantaran belah dia dalam 9 dulang macam tu. Banyaknya. Aku kena balas 11 dulang. Tengah pening nak tambah apa lagi ni. Macam tau je gaji dah masuk ey. Nampaknya jumaat ni shopping secara bersungguh-sungguh la. Nak cari baju tunang lagi. Pastu kalau boleh nak lengkapkan barang hantaran. Masa semakin suntuk ni.

2 comments:

ciare (^_^)v said...

12x9 tu ukuran kaki la lina. xkan la 12 inci aje. nak letak pggung i pon mcm x muat. hehe.

org kata carpet murah ang byk choice kat nilai.ajak la din g sana :)

ish aku teringin sgt tikar serawak tu.hihi.tlg seveykan skali nti kat nilai.cewah :p

lina said...

tula terfikir semalam kecil sgt kalau dlm inci. kaki la kot.

nilai ke? may be pergi area kl saje sebab senang nak beli brg2 lain. sekali harung je pergi. tak leh ajak din sebab dia pun bz sekarang.

word verification: baring. motif? suruh baring sambil membuat coding kah? ;p