Thursday, October 28, 2010

Catu Duit Belanja

Tiba-tiba hari ni aku nak share, tipsi-tipsi berbelanja secara berhemah. Yang ni dah terbukti berkesan untuk aku. May be dah ramai yang try, tapi aku nak share jugak untuk kawan-kawan yang tak pernah try lagi.

Ok, dalam 1 minggu ni kita dapat gaji kan? So, bila dapat gaji, 1st thing korang buat apa? Erm ,aku akan bayar all bills dan loans sebaik sahaja gaji aku clear. Paling tidak dalam 1st week dapat gaji. Tipsi 1 : Jangan lenggah or tangguh bayar all bills dan loans takut nanti berlaku 'terbelanja' duit bayar hutang. Make sure expenses untuk benda ni 1/3 dari gaji. Kalau lebih means korang dah tak ukur kemampuan korang. Try cut mana yang tak perlu.

Tipsi 2 : Setkan perbelanjaan lain untuk sebulan jugak 1/3. Ni perbelanjaan makan, duit minyak, hiburan etc. Contoh: kalau gaji RM2400 (bukan gaji sebenar) so 1/3 adalah RM 800. Pastu bahagi jumlah weeks dalam bulan tu. Biasa 1 bulan ada 4-5 weeks. Anggap 4 weeks jela. RM800/4weeks = RM200. So korang kuar tiap-tiap minggu jumlah ni je. Jangan lebih. If lebih maknanya korang dah overspend. Lagipun maybank bagi kuar duit  dari ATM 4 kali je secara free. Yang lain kena caj 50 sen kan?

Tipsi 3: So ada 1/3 lagi kan? Rasa-rasa mana gi 1/3 ni ? 1/3 ni untuk simpan la kawan-kawan. Dari 1/3 ni jugak boleh bagi half untuk bagi parents, half simpan.

Ok, tu je tipsi-tipsi kali ni. Selamat berbelanja dengan berhemah :)

Wednesday, October 27, 2010

Career Talk

Ini bukan entry pasal macam mana nak membina kerjaya ke hape but aku nak cerita pasal kerja aku je. Ok kita mulakan dengan aku akan melalui appraisal untuk confirm jawatan kat company sekarang. Macam cepat je kan? Aku baru 5 months keje sini. Bos aku la nak cepatkan supaya gaji baru dapat diselaraskan on January 2011. Gaji baru? if layak untuk mendapatkan gaji baru ;p Insya-Allah.

Sepatutnya hari ni sessi appraisal dengan bos aku. Tapi aku rasa aku perlukan settlekan kerja-kerja kat tempat client ni dulu so sessi appraisal tu ditangguhkan next week.

Semalam (26/10/2010) pulak, aku gi interview SPA untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat(PTM). Pergi sebab mak aku yang paksa-paksa pergi. Alhamdulillah aku dah buat yang terbaik. If ada rezeki, adalah. Cuma yang tak bestnya, aku ingat datang awal, boleh dapat turn awal. Rupanya tak korang. Dah ada susunan bilik-bilik mana nak masuk . Ikut nasib jugak la. Macam aku, aku macam orang terakhir untuk bilik aku. Berjam-jam pulak tu aku tunggu. Kawan-kawan yang sama-sama register pagi tu dah selamat gi office dan gi Nilai dah pun. Dugaan betul.

Nak tipsi-tipsi ke? (tiru perkataan tipsi Ros). Hehe tak yah la. If aku berjaya jadi PTM baru aku bagi tipsi-tipsi. Baru best bagi tipsi-tipsi yang berjaya :)

Baju Sanding Dah Hantar Tempah

Sabtu hari tu aku dah hantar tempah baju sanding untuk majlis di Lipis nanti. Dah lama aku aim nak tempah dengan bridal boutique ni. Ok, aku tempah kat Orange Bridal tempat pakej pengantin kawan baik saya ambil untuk majlis dia nanti.

Bagi aku, kos tempah kat sini murah dan berbaloi sebab mostly baju-baju yang diorang ada semua cantik-cantik. Yang bestnya diorang jahit sendiri baju-baju tu. Aku pun ada berkira-kira nak sewa baju untuk nikah dan bertandang kat butik ni. Tapi tu semua tak confirm lagi. Buatnya rasa nak beli kain baru ;p

Aku dah discuss design yang macam mana aku nak. Tengah discuss-discuss aku ada tercakap yang aku dalam proses menyelimkan badan. So ukuran may be akan tak sama dengan yang sekarang. Yes! aku sedang mendapatkan kembali berat 1 tahun 1/2 yang lepas. huhu payahnya. So, wany (owner butik) cadangkan aku ambil ukuran on December nanti. That time boleh bawa din untuk sessi ukur-mengukur jugak.

Aku ade request untuk wany buatkan veil untuk aku. Sebab kain lace aku berlebih banyak. Aku beli 6 meter macam tu. Tapi masih lagi duk fikir nak guna kain net or chiffon untuk veil tu. Sebab kain-kain ni berbeza cara jatuhnya veil. Nanti discuss lagi ngan wany.

Sebenarnya banyak yang di'discuss' tapi aku cerita ni je.

Thursday, October 21, 2010

Baraka Allahu Lakuma


I've started to love this song mase wedding shai. Masa slide show presentation ada pasang lagu ni (correct me shai if i'm wrong). Waktu tu aku tak de la faham maksud lagu tu. Just enjoy the beautiful melody je.

Then, esoknya tempat aku gi kursus kahwin tu ada wedding. Ada gak pasang lagu ni. Ada words arab yang aku faham sikit-sikit. Ada ucap selamat kepada pengantin dalam lagu tu.

Hari isnin macam tu, gi office mintak copy lagu maher zain ni. Opismate aku memang ada copies lagu maher zain. Aku pun google pasal lagu ni. Dalam lagu ni ada doa yang Rasulullah S.A.W guna untuk mendoakan pasangan pengantin.

Aku pun dah letak dekat header blog doa ni. Moga diberkati-Nya perkahwinan aku dan din nanti :)

Maksud doa tu :
Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.
p/s: nanti majlis aku, nak pasang lagu ni la.

Berubah Hati

Pagi tadi drive gi keje from KL (aku stay hotel kat KL ngan mak aku), dengar la Hot FM pasal 'berubah hati'. Diorang ni ala-ala respond kes budak yang disuspek kena culik tapi rupa-rupanya lari tak nak kahwin.

Aku sempat dengar dua kes je. Tapi semua kisah pasal kahwin dan sedih-sedih je. Farah ngan AG pulak pasang lagu sedih-sedih. Aku yang drive kereta kat highway pun rasa sedih-sedih dan macam perasaan dibuai-buai. Ko bayangkan aku bawa 100km/j pun aku rasa slow macam kura-kura je.

Yang 1 kes yang dia nak nikah on 09/10/10, pastu majlis on 10/10/10, sekali baru tau tunang @ kekasih dia tu ada anak luar nikah dengan pompuan lain. Siap jumpa famili pompuan tu lagi nak sahkan.Dia tau pulak time raya 10/09 . dia amik keputusan drastik untuk tak kahwin dan tunang @ kekasih dia tu kahwin dengan pompuan lain tu masa date yang diorang patut kahwin. huhu.. sedih kan. mesti dia akan ingat sampai bila-bila tarikh tu. Nasib baik dia ada peluang nak 'berubah hati' kan?

Yang lagi 1 pasal mak cik yang berubah hati sebab laki ala-ala playboy. Siap ber'boyfriend' sebab marah sangat dengan laki dia. Tapi tak ada hati pun kat boyfriend dia. Pastu laki dia tau, kena pukul dan cerai. Tapi dia macam suka je kena cerai. Motif dia buat macam tu pun sebab nak bercerai. Adoi.. boleh pulak.

Hal-hal macam ni susah nak cakap. Kadang-kadang orang berubah hati ni banyak penyebabnya. Tapi aku berdoa supaya aku ngan din dijauhkan dengan masalah berubah hati ni. Berubah hati hal lain boleh. Relationship tak mau.

Wednesday, October 20, 2010

Wedding Dress Inspirations

Tengah google-google bunga pahar, aku terjumpe 1 website ni.

http://www.weddingdresscreator.com/wedding-dress-creator.php

Boleh bagi kita inspirations nak design our own wedding dress. Kebetulan aku pun tengah cari design untuk baju sanding. Ok tak ni? hehe ;p


sila klik utk paparan lebih besar ;p

Monday, October 18, 2010

Aku Punya Wedding Bukan Ko Punya Wedding

ungkin entry aku macam beremosi tapi i've to let it out. Please la don't do this at orang lain punya wedding. Ko punya wedding tak pe. Ko punya pasal la kan. But, my wedding is my wedding.

Aku rasa ramai yang ada masalah macam ni. Bila ramai sangat nak bagi 'pendapat' untuk wedding kita. Bagi aku macam tak perlu la kalau bakal pengantin tu tak mintak pendapat ko. May be dia dah ada her dream wedding. Tak kira la ko adik beradik ke apa but still you don't have the right nak tentukan majlis orang.

Suka hati la aku nak 1 famili pakai boria ke ape. it's trend dan aku suka because nampak famili ko bersatu walaupun tak la serapat mana. bagi peluang la aku nak tentukan kaler ape pun sebab aku yang nak kawen.

Bagi aku, cukup-cukup la sindrom mother vs daughter. Orang lain harus dengar dan memberi pendapat ketika hanya diminta sahaja. Pastu dah bakal pengantin nak macam tu, ko tak yah la nak persoalkan kenapa dan bagi pendapat 'membina' tu. Just ikut jela. Aku bercakap ni sebab aku ada hak nak cakap. My wedding is my wedding.

Thursday, October 14, 2010

Bila Aku Start Suka Din

Dd, ni kira menjawab tag ko aritu ey. Tak suke menjawab tag-tag ni. Tapi kerana kawan baikku dd, aku rela la jawab tag ni.

Setelah puas fikir bila aku start suka din, akhirnya aku berjaya ingat. Tapi tak de la ingat secara spesifik sebab din ni banyak sangat buat benda sweet-sweet time mula-mula ber'kawan' jadi aku ambil benda yang betul-betul deep impact.

Aku start suka din bila din mms lagu dia main gitar. Lagu yang dia mainkan tu memang lagu yang tengah aku suke gila time tu. Dah la time tu berangan nak ada boifren yang pandai main gitar. Teka lagu ape? Kalau baca blog lama, rasanya aku ada cakap lagu apa yang aku tengah suka tu. Ok, malas nak suruh korang guess. Lagu 'unintended' by Muse. Lagu tu aku ada simpan dalam handset lama yang bateri dah kong and ada gak backup ke dalam pc kat rumah Lipis.

din pulak bila start suka aku ey? Dah lama nak tanya dia ni. Ke dia dah pernah cerita tapi aku tak ingat?

Wednesday, October 13, 2010

Booked : Official Photographer For Our Big Day

Weekend lepas antara weekend-weekend yang busy. Tapi alhamdulillah 2 persiapan perkahwinan dah berjaya dibuat dan 1 majlis besar dah di'attend' oleh aku dan din.

Pagi sabtu, aku dan din rushing gi KLCC (Pameran Pengantin). Nak survey dan book mana yang patut. Tiket masuk event tu RM1 sorang. Dalam tu ada la beberapa vendor persiapan. Kami dah booked Official Photographer (OP) majlis kami nanti.

OP yang kami pilih ni kami dah pernah tengok hasil kerja diaorang. Wife kepada sepupu din keje sana. Masa tunang hari tu pun dia ada ambil gambar. Nak share dekat sini tapi aku tak reti nak ambil gambar-gambar tu from fb (ko ingat semua yang belajar IT tahu everything ke pasal IT. IT tu besar skopnye). But, korang boleh gi website Pixelworks ataupun blog hasil kerja wife sepupu din tu.

Gambar din @ Pameran Pengantin KLCC .Teka aku mana?

Time pameran tu ada jugak tengok kad. Tapi aku tak berminat dengan promosi yang ditawarkan. Walaupun vendor kad ada bagi free 1000pcs kotak dan bunting. Masa tu aku fikir nak dapatkan kad yang ikut taste aku walaupun harga murah. Lagipun kotak-kotak banyak ngan bunting tu tak penting bagi aku. And more aku segan la nak letak bunting-bunting. Cukup la tanda arah jalan orang kahwin yang biasa-biasa tu.

Friday, October 8, 2010

Goodies: Kotak Gula-Gula (DIY)

Walaupun mak aku nak bagi bunga telur sahaja time majlis aku nanti, aku try jugak nak buat goodies chocolate/gula-gula untuk budak-budak. Aku akan minimizekan kos dengan membuat kotak DIY untuk letak chocolates/gula-gula tu.Tak kan mak nak bising kan kalau aku dah buat sendiri ;p

Dulu pernah je aku buat kotak ni. Tapi dah besar-besar ni aku lupa la pulak macam nak buat kotak ni. Kebetulan jumpa blog SoKSeH2 (thanks dear sebab buat tutorial kotak ni)

So aku try la buat hari ni. Buat guna 2 jenis kertas. 1 kertas keras (200g), 1 kertas biasa.

Hasilnya:

Kena guna kertas jenis manila kalau nak buat sebab kertas 200g keras sangat. susah dan sakit tangan nak lipat. Kertas biasa lembik sangat.

Kursus Kahwin (1)

Esok kami pergi kursus kahwin. Ini pun dah berbakul-bakul kena bebel oleh mak aku. Sila salahkan din sebab nak jugak gi kursus sesama.

Kursus yang kitaorang bakal attend ni kat Presint 9, Putrajaya. Mula-mula aku plan nak gi yang al-shahir kat Presint 16 tu tapi masa call boleh pulak dia tak angkat. So aku malas nak buat 2nd attempt ke ape. Cari yang lain jela. Yang mana cepat respond. Lagipun officemate aku pernah pergi kursus yang kat Presint 9 ni. Dia kata ok.Urusan pun senang. Pakai sms/email pun boleh book.

Kursusnya Sabtu(2.30-6.30ptg) & Ahad(9pg-6ptg).Jadi dapat la aku ngan din gi Pameran Pengantin kat KLCC jap before kursus.

Keterangan lanjut korang terjah je http://kursuskahwin-putrajaya.blogspot.com/