Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Tag : 5 perkara tag by dd dudu

5 important dates
  1. 19/6/1984 - my birthday
  2. 27/4/1984 - din's birthday
  3. 04/02/2011 - tarikh aku dan din tied the knot =)
  4. 19/4/1959 - mak's birthday
  5. 17/5/1999 - ayah left us forever =(
5 things I did yesterday
  1. Tolong din jaga kedai. Macam-macam jenis produk aku dah tau ;p
  2. 1st time pergi Bukit Ramun rumah adik beradik mak johor.
  3. 1st time tengok din jamming secara live dengan band dia Sugarpack. Diorang prektis untuk perform malam ni.
  4. Timbang berat sambil terkejut dah turun 2kg lepas last timbang.
  5. Balik KL naik keretapi (ekceli ni dah start masuk hari baru dah. Tapi aku pening pikir nak letak ape untuk point no 5 ni)
5 things that make me happy
  1. Talking to din, my dear hubby.
  2. Makan sushi berpinggan-pinggan.
  3. Dengar lagu 'Marry Me' by Bruno Mars. Terus teringat babak dalam Glee. Pastu perasaan happy tu macam muncul tiba-tiba.
  4. Karaoke tapi lately aku nyanyi dalam kete je. Tak pun bila din main gitar, aku nyanyi la ;p
  5. Ulang-ulang tengok youtube maharaja lawak. Kelakar je diorang tu. Before ni aku tak layan sangat raja lawak what so ever, tapi sekarang dah layan dah ;p
5 reasons why I'm doing this
  1. Tadi ngantuk tahap gaban. Aku makan gula-gula tak ilang-ilang gak ngantuk. Minum air 2 gelas pun still ngantuk so layan blog jap. 
  2. Nak cite semalam aku 1st time tengok din jamming ngan band dia =)
  3. Blog ni dah bersawang so ada la idea secara paksaan nak buat entry ;p
  4. Kesian diorang ni asyik tag, tapi macam malas nak buat so kali ni rajin sikit tu yang aku buat ;p
  5. Moga-moga dapat idea nak fix bugs ;p

Friday, December 10, 2010

Award / Tag dari CikSyafa =)


Tengah2 blogwalking ke blog CikSyafa sekali dapat ini tag =) . Thanks CikSyafa. Tiba-tiba rajin nak layan benda-benda macam ni (ekceli tengah bosan berkerja. Sila jangan tiru aksi ni ye kawan-kawan)

1. Copy and paste this award in your blog.
Ok sudah copy url dan paste award ni di sini (^-^)


2. Write an entry, 5 things to do in 1432H
-Nak kahwin dan jadi isteri solehah (insya-Allah)
-Nak setup biznes secara serious bersama hubby to be
-Beli rumah sebijik (buat loan la. Kalau pakai cash mana mampu)
-Nak dapat berat yang ideal (sungguh susah nak turunkan berat sekarang..huhu.. nanges)
-Nak beli Blackberry sebijik ;p

3. Share your mission and/ or vision for this new year.
- Buat persiapan kahwin dengan jayanya (insya-Allah)

4. Tag 5 person and let them share their things to do.
tak cakap pun b2b ke ape kan? so here are the lucky one:

  • http://dudusecret.blogspot.com/ (Puan dudu, sila ey jawab tag ni. Nak tau jugak things to do ko as a newly wed)
  • http://ciare.blogspot.com/ (Puan ciare, sebab ko dah jadi mama so mesti ada benda ko plan nak buat kan?)
  • http://seni4me.blogspot.com/(Cik hasni, aku saje nak bagi ko ilang stress sambil jawab tag ni. Boleh?)
  • http://thepowerpuffme.blogspot.com/ ( Puan Ja, since ko dah mula2 berjinak ngan blogging, apa kata ko jawab tag ni )
  • http://pandangdenganmatahati.blogspot.com/(Cik Muni, ko b2b 2011 yang bertuah nak jawab tag ni)

Thursday, October 14, 2010

Bila Aku Start Suka Din

Dd, ni kira menjawab tag ko aritu ey. Tak suke menjawab tag-tag ni. Tapi kerana kawan baikku dd, aku rela la jawab tag ni.

Setelah puas fikir bila aku start suka din, akhirnya aku berjaya ingat. Tapi tak de la ingat secara spesifik sebab din ni banyak sangat buat benda sweet-sweet time mula-mula ber'kawan' jadi aku ambil benda yang betul-betul deep impact.

Aku start suka din bila din mms lagu dia main gitar. Lagu yang dia mainkan tu memang lagu yang tengah aku suke gila time tu. Dah la time tu berangan nak ada boifren yang pandai main gitar. Teka lagu ape? Kalau baca blog lama, rasanya aku ada cakap lagu apa yang aku tengah suka tu. Ok, malas nak suruh korang guess. Lagu 'unintended' by Muse. Lagu tu aku ada simpan dalam handset lama yang bateri dah kong and ada gak backup ke dalam pc kat rumah Lipis.

din pulak bila start suka aku ey? Dah lama nak tanya dia ni. Ke dia dah pernah cerita tapi aku tak ingat?