Monday, November 22, 2010

Aku Tertekan

Hari ni patutnya aku mc tapi sebab risau aku akan menyusahkan teamate untuk training system kat tempat client, aku pun gagahkan jugak gi keje walaupun Allah je tahu macam mana sakitnya aku sekarang. Sekali teamate aku tak datang pulak. mc juga katanya. Aku rasa nak nangis je sekarang (mata sudah bertakung air mata sebenarnya)

Aku sejak akhir-akhir aku macam susah nak dengar nasihat orang. Walaupun dari orang yang aku sayang. Aku jadi sangat-sangat sensitif. Tak leh dengar orang membebel. Tak leh dengar bunyi bising. Automatik aku jadi pemarah dan yang paling aku bimbang aku tahap nak buat perbuatan yang ekstrem. Contoh orang hon-hon, aku rasa nak pecahkan cermin kete orang tu.

Aku jugak sebenarnya tak puas hati dengan diri sendiri bila aku lupa-lupa. Pertuturan aku tak betul, Aku salah dengar time orang bercakap dengan aku, benda-benda ni buat aku down sangat-sangat.

Hal master pulak, aku dah give up. Aku memang tak larat dah nak buat sebab aku sendiri pun tak dapat uruskan diri sendiri. Aku sangat-sangat tak kuat. Harap mereka-mereka paham dan tak paksa aku.

MRI brain next week, aku harap tolonglah tunjukkan aku sakit apa. Even bahaya mana sekalipun sakit tu aku redha dari aku tak tahu nak bagi tahu orang yang aku sakit. Tahap kesakitan sangat-sangat menduga iman.

ok cukup dulu.

3 comments:

anaztasias aira said...

Be strong dear. Allah menguji hambaNya dengan ujian yang dia tahu hambaNya mampu. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. banyak2 berdoa =) Mudah-mudahan semuanya selamat.

safiyyah osman said...

sis...sabar byk dan kuat ok...semuanya ada hikmah....be strong...ssaya doakan baik baik saja..tc sis..

lina said...

thanks dear. semalam tu i tgh mc pastu kena dtg keje tu yang mcm drama sket. today dah ok dah. thanks again sebab doakan i :)