Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

Monday, August 22, 2011

MasterClass : Kerapu Sweet Sour

Semalam dah start MasterChef US season 2. Jadi aku feeling-feeling hebat nak buat masterclass kat blog. Tambahan semalam weekend, so juadah berbuka buat yang luar dari kebiasaan aku. Tapi tak masterchef pun sebab guna cheat ingredients.

Bahan-bahan:
Ikan kerapu beli yang siap siang dan dibersihkan
Perencah Maggi cukup rasa
Sos Sweet & Sour brand Life
Sos Tiram
Tomato
Lada Benggala (aku panggil lada cameron highland)
Bawang kecil dan bawang putih untuk menumis.
Gula dan Minyak

Cara penyediaan:
Bahan A
Mula-mula perap ikan kerapu dengan 1 sudu makan perencah cukup rasa Maggi.
Goreng ikan tu sampai garing then put aside.

Bahan B
Tumis bawang kecil & bawang putih sampai kekuning-kuningan.
Masukkan lada benggala + tomato yang dah didadukan.
Masukkan 3 sudu sos sweet & sour dan 1 sudu sos tiram
Tambah gula secukup rasa sebab tomato tu menambah masam kan. Garam tak perlu tambah sebab sos tiram dah masin.
Tunggu sos jadi pekat then baru boleh letakkan atas ikan yang digoreng tadi.

tadaaaa!!

Resepi ni aku main buat-buat je based pemerhatian masakan mak aku. Tapi mak aku tak guna cheat ingredients macam aku ni. pastu presentation ikan yang dah masak tu sure mak aku letak salad-salad bagai.

Aku tak letak carrot sebab tengah takde mood nak makan carrot jadi membazir je letak carrot. Masa goreng ikan tu, konon-konon aku nak kakangkan ikan tu macam masakan restoran tapi kuali aku kecil jadi usaha adalah failed.

Akhirnya berjaya jugak aku masak sweet & sour yang aku kategorikan masakan yang remeh dengan cara sap sap soi je. Sebenarnya cara mak aku masak tu yang remeh. Tu belum dia hias dengan ukiran tomato, cili merah dan timun lagi. Tapi dah memang dari dulu mak aku masak sweet & sour, presentation macam masak pengantin jadi aku kategorikan masakan tu masakan susah dan remeh.

So, apa lagi kawan-kawan..let's try my cara.

Wednesday, March 16, 2011

Mak dan Majlis Bertandang

Dalam last week mak yang baru balik dari pilihanraya kecil Kerdau, call mintak belikan kain. Masa call tu jugak ada discuss tentang majlis bertandang nanti. Perbualan kami lebih kurang macam ni...

Mak : Bila nak balik Lipis? Cuti bila ?
aku  : cuti Khamis.. erm..tak balik Lipis la.. terus balik Johor.
Mak : Mak boleh macam tu. Safa pun kena balik Lipis jugak. Ish.. kena la sekali dengan famili.
aku : ala..penat la nak patah-patah balik. Selasa dah start kerja (sebenarnya nak balik jumpa din sebab lebih 2 minggu tak jumpa). Tunggu kat KL boleh? ok apa separuh jalan.
Mak : erm.. boleh la kalau macam tu. Rombongan bertolak pukul 9 pagi dari Lipis.
aku :  Nanti cakap ngan Safa...
Mak : Nanti mak safa kata apa pulak pengantin dah ada sebelum majlis.
aku : Mak sana ok je. Ala.. sekarang ni orang dah tak kisah benda-benda tu semua.
Mak : ish.. Mana boleh macam tu..

Hari yang lain pulak..

Mak : Bila start cuti?
aku : erm..Khamis..
Mak : Kalau macam tu, balik la Lipis dulu. Tak dela atuk bebel pengantin tunggu tempat lain.
aku : erm.. nanti cakap ngan Safa..

Aku ingatkan mak aku dah habis sporting dah. Rupanya masih banyak nilai-nilai tradisional yang masih dia pegang. Mak..mak..

Sebenarnya nanti aku ngan din tunggu kat KL je. Kuasa nak patah-patah balik.

Monday, March 14, 2011

Melayan Kerenah Mak ;p

Mak aku call last week masa aku tengah kerja. Mintak tolong belikan kain nak buat baju dia pergi menghantar aku nanti. Ni mesti  kes risau tak de baju baru nak pakai. Dah jadi macam kebiasaan bagi mak untuk buat baju baru jika ada majlis-majlis penting. Pilihan kain kat Lipis tak banyak, jadi kena la cari kat KL. Mak.. mak.. 

So, sabtu lepas aku ke Jalan TAR. Mula-mula masuk Gulatis, banyak yang cantik-cantik tapi kena lining. Tak boleh.. tak boleh.. baju nak siap cepat, jadi kena cari yang tak perlu lining. So, aku meredah ke Jakel pulak. Oho... Jakel buat sale.. Tapi kan tak banyak pilihan warna biru atau merah. Banyak color hijau pastu bunga besar-besar. May be sekarang adalah musim warna hijau kot? Cantik jugak hijau tapi mak tak mau hijau.. so tak boleh.. tak boleh.. Last-last aku pilih corak abstrak warna biru.

From Jalan TAR aku ke Hentian Pekeliling, tempat bas ke Pahang. Nak kirim guna bas so mak aku boleh dapat kain tu cepat. Bagi la duit upah kat pak cik tu sikit untuk tolong sampaikan kain tu kat mak aku. Tunggu bas sikit punya lama ok. Rupanya kat bandar Bentong jammed sebab ada lumba basikal jadi jalan pun tutup. So bas kena patah balik ikut jalan alternatif. Alhamdulillah, mak dah dapat kain tu malam tu jugak. Ntah-ntah dah siap jadi baju pun hari ni ;p