Friday, June 18, 2010

Sungguh serius kejadian itu

Rabu lepas, sehari sebelum aku ke Kuantan, aku berdiskusi tentang 'keputusan' aku dengan Dr R****. Nampaknya aku gagal meneruskan keputusan aku. Harap aku bertabah.

Alang-alang dah menjejak kaki ke UPM, ada baiknya aku buat check up mata aku yang masih sakit sejak isnin lalu. Niat aku nak mendapatkan ubat yang lebih baik, yelah.. Pusat Kesihatan UPM selalu bagi ubat yang mahal dan terbaik. Lagipun dah bayar yuran mahal-mahal, rugi tak manfaatkan.

Doktor kata mata aku disyaki 'glukoma' sebab saiz mata tak sama. 1 lebih besar dari yang 1 lagi.Terus aku dirujuk ke Hospital Serdang petang tu jugak. 'Dup Dap Dup Dap' jantung aku.

Aku balik office, kemas barang then terus ke Hospital Serdang. Di Klinik Pakar Mata, doktor bereksperimen dengan mata aku. Mata yang sakit tu tak la serius sangat. Cuma terlalu kering dan cepat kering. Tapi rabun aku ada masalah sikit. So, aku diberi appointment 22 Julai nanti untuk check mata aku. Dah la 21 Julai ada check pakar tulang dekat Hospital Lipis, esoknya pulak kena jumpa pakar mata dekat Hospital Serdang.

Doakan yang terbaik untuk aku. Allah bagi dugaan sebab Allah sayang aku kan :)

No comments: