Wednesday, December 22, 2010

Hiv Test Done

44 hari lagi until nikah day 


Semalam (selasa) after jumpa ENT specialist, aku pergi buat HIV test. Lone ranger je sebab din dah buat his test lama dah. Aku main terjah je Pusat Kesihatan Ibu dan Anak ( kat tempat aku, ni tempat HIV test paling dekat).

Isi borang, register pastu tunggu depan bilik rawatan dan suntikan. Cuak dan dalam hati ni risau sebab aku kan banyak menggunakan jarum suntikan. Bila nama aku dipanggil so aku masuk la bilik tu. Tunggu mak cik nurse isi-isi form pastu siapkan test kit.

Before dia buat hiv test tu mak cik tu tanya aku soalan. Korang bayangkan mak cik tu tanya ngan garangnya.
Mak cik Nurse : Sebelum test ni, cuba bagitau cara-cara HIV berjangkit. Selalu tengok dalam tv jadi hari ni mak cik nak soal.
Aku : melalui jarum suntikan...
Mak cik Nurse : Jarum suntikan apa? (garang)
Aku : bertukar-tukar jarum suntikan macam penagih dadah.
Mak cik Nurse : Lagi?
Aku : Seks rambang dan dari ibu ke anak..
Mak cik Nurse : Ibu ke anak macam mana?? (garang)
Aku : a..a..
Mak cik Nurse : Yelah cakap dari ibu ke anak, macam mana? 
Aku : mengandung..
Mak cik Nurse : Permindahan darah..
Aku : ha'ah.. melalui permindahan darah ;p
Mak cik ni tak membantu langsung aku yang cuak ni. Bila test tu aku duk tanya macam-macam kat dia. Rupa-rupanya dia kenal arwah ayah aku. Saje je mak cik ni buat garang ngan aku.

Resultnya : tidak reaktif (hehe.. aku jeling-jeling before dia seal sampul surat nak bagi pejabat agama). Alhamdulillah.. dipermudahkan urusan oleh Allah.

p/s: Korang kena bayar RM1 kan? aku tak pun. Ke diorang lupe nak mintak?

3 comments:

CikSyafa said...

alamak, kena interbiu plak..
haha lawak laa makcik tu ^__^

ElyaElmo said...

kelakar laaa makcik nurse tu..haha

lina said...

cik syafa & elya --> tu la. dah la kita tgk cuak boleh pulak nak intebiu2 ngan garangnya ;p