Friday, July 22, 2011

Cerita Pasal Bas

Biasa la hidup ber'PJJ' ni, turun naik bas ekspres tiap-tiap minggu dah jadi rutin. So far, aku tak pernah drive lagi bila balik Johor. Bukan apa, tak nak merisaukan suami yang jenis risau memanjang. Dulu aku balik Lipis-KL malam-malam buta pun takpe. Johor-KL nak buat gitu, a big No from him.

Jadinya, dah berapa jenis bas aku dah try. Kalau dari KL, memang aku naik bas Plusliner dari Putrajaya. Senang pun senang sebab dekat dengan opis. Pastu ada tempat nak park kereta berhari-hari. Kalau naik bas ni, sure aku nak seat single. Bukan apa, takut dapat sebelah strangers yang perangai pelik. Tambah-tambah aku tak selesa duduk sebelah lelaki. Lagi satu, aku rasa seat double Plusliner sempit sangat tak macam seat single. Padahal harga adalah sama.

Kalau dari Johor pulak, aku dah naik beberapa jenis bas. Kalau dari JB, aku rasa bas Five Star tu sangat canggih. Tapi kes time aku naik hari tu kebetulan je dapat murah sebab harga tiket sebenarnya  dalam RM70. Merasa la naik canggih dengan separuh harga sebab bas keesokannya kena amik penumpang dari KL-Singapore. So, dari pergi kosong, dia ambik la penumpang dari JB dengan harga tiket yang murah.

Tapi the best bas ever yang aku pernah naik from Johor. Bas S&S International. Yang ni aku naik dari Kluang. Seat single ke double semuanya besar dan selesa. Pastu mesti ada tayangan movie dalam perjalanan. Tapi selection of movie tu bergantung kepada driver la. Then, screen tv tu ada 2. 1 kat depan, 1 kat tengah-tengah. So, sampai seat paling belakang boleh tengok movie tu dengan clear.

Korang pernah naik bas apa yang paling best? Ceciter

3 comments:

rosealley said...

aku pun suka dok seat sengsorang lina, selesa sket nak tido

A 'n' M said...

kalau dari JB-KL suka naik konsortium sebab selesa+ikut schedule.jarang die gerak lambat.x pun naik causeway link...dari KL-jb xkisah sgt bas ape sebab sejak naik dari TBS ni rasenye bas yg ade sumenye yg selesa... =)

Cik Seni said...

seat sorang2 memang best, bleh duk bersila sesuka hati je. tu yang tensen bila ada bas yang suka2 hati je tukar dari seat single ke double seat...nyampah...