Monday, October 3, 2011

Tali Pinggang B*B*

Banyak pending update tapi isu ni aku dulukan sebab aku rasa penting sesangat. Aku baru je lepas bersamak, din pun tengah bersamak. Ni semua gara-gara tali pinggang yang kitaorang beli dekat Tesco tadi.

Aku selama ni memang sangat berhati-hati if nak membeli barang kulit. Akan aku belek-belek dulu kulit tu before beli. Yelah sekarang ni kat mana-mana boleh ada barangan diperbuat dari kulit b*b*. Pastu orang kita pulak tak di'educate' untuk kenal ciri-ciri kulit b*b*.

Yang aku kesalkan, takde tanda menunjukkan bende tu haram. Atleast letak la kat section non-halal yang memang sedia ada. Nasib aku pernah baca kat internet ciri-ciri kulit b*b*.Din cakap patut pun ada yang berplastik dan ada yang tak. Takkan plastik tu je nak bezakan non-halal dengan yang halal.

Pernah jadi kat kawan-kawan aku dulu kat KLCC. Letak tanda merah pun orang boleh tak perasan, ini kan pulak letak plastik je. Kalau tanda merah orang ingat tanda SALE pulak. 

Aku tak tau la nak panjangkan isu ni atau buat senyap je. Kalau ikutkan hati nak je aku serang Tesco tu buat penjelasan. Korang rasa macam mana? Yelah.. ni hal serius kan? 

Aku samak pakai sabun brand Qawi. Alhamdulillah ada dalam bentuk sabun dah bahan untuk samak. Tak perlu susah cari tanah tengah malam buat ni. Ada 1 lagi brand sabun samak. Brand Taharah. Aku rasa better korang ada salah satu sabun ni incase terjadi kejadian macam ni. Kalau tak tau nak beli kat mana, kedai din ada jual. Aku boleh tolong belikan.


p/s: Tali pinggang aku tak ambil gambar. Jijik nak pegang balik. 

3 comments:

dd dudu said...

cane dah beli leh tau tali pinggang tu b*b* ek, cecite cecite

veesakura said...

bagusnyer! lina, nak la bli sabun tu 1. camner nak order nih?

Cik Seni said...

lina...aku baru beli sabun taharah semalam lepas balik dari survey2 rumah sewa. owner rumah tu cina & ada anjing...haruslah kena samak kaki sebab dah pijak2 lantai rumah tu. :)