Friday, January 14, 2011

Tatacara Mengepos Kad Kahwin

Just sharing the info untuk yang masih tak tahu. Kad kahwin merupakan antara cara kita menjemput orang ke majlis kita. So, adalah penting kad yang dipos sampai ke tangan penerima. Aku share info untuk mengelakkan kad-kad korang tak sampai.

#1 - Harga setem boleh berbeza mengikut sampul kad ey. So, please take note.
       60 sen untuk sampul surat putih dan tak bercetak. 
      80 sen untuk yang bercetak dan tak putih. 

#2 - Sila pos kad dalam tempoh 2 minggu sebab kad paling cepat pun boleh sampai dekat-dekat seminggu.

#3 - Poskod mesti betul. Sebab poskod ni la identiti tempat penerima kita.

#4 - Ni pulak my 2 cents. Jangan pos kad awal sangat. Maksudnya dalam tempoh lebih sebulan lagi dari majlis kad dah sampai kat penerima. Sebab kadang-kadang takut orang lupa pasal majlis kita tu dan lagi parah bila kad tu hilang. Except kes penerima berada di luar negara. Tempoh yang sesuai adalah dalam tempoh 1 bulan dari majlis.

ape lagi ey? yang penting harga setem tu la kot. Sebab kalau harga setem tak cukup, ada kemungkinan kad tu tak sampai. Nak return back to sender mustahil kot. Except sender tulis alamat macam style hantar surat kat US.

Denda kalau harga setem tak cukup dikenakan dekat penerima aku tak pasti pulak masih berlaku lagi ke tak? Sesiapa leh confirmkan tak?

Lastly, selamat mengepos kad kahwin =)

6 comments:

iedayah said...

xsemestinye gitu lina..sbb sampul kad i xbercetak pun n putih.tp ttp kena pki setem 80 sen.sebenarnye cara yg btul ialah kena bawak kad kahwin dlm sampul then timbg kat post office.kerani kt post office yg akn gtau setem brp posen yg kn pki

.: an :. said...

bln 11 thn lepas an (penerima) dpt surat trdenda tu. tp xpasti klu thn ni msih ad lg denda tu @ x. info ttg 'surat terdenda' =
http://walimahpedia.blogspot.com/2010/11/surat-terdenda.html

Khalisa Ridzuan said...

GREAT TIPS LINA :)

Unknown said...

oh mcm2 info ek :)

mun-e said...

lina.. sudah terima kad jemputan mu ^^

lina said...

iedayah --> Thanks iedayah for the info.may be i punye card berat dan sizenya standard kot. Cuma sampul je tak standard.

an --> thanks an sbb share pasal surat terdenda.

lisa --> :)

nora aira --> ni from my experience :)

mune --> :)