17 hari lagi
Pagi tadi bos aku tanya berapa hari lagi countdown? 17 hari rupanya. By right, aku dah boleh cakap persiapan dah siap 80% to 90%. Hakikatnya tidak.
Cerita pakaian :
Baju nikah - Yang ni dah hampir siap dah. Tapi tak risau sebab makcik zaini memang leh siapkan punya la.
Baju/Veil sanding- Last week baru ukur sebab bagi laluan kat tuan buat baju kahwin.
Baju nikah din - dia baru anta 2 hari lepas. Din cakap sempat.
Kasut nikah dan sanding - Dah siap dalam 2 minggu lepas. Tinggal nak pakai je =)
Tudung/ Veil nikah - Yang ni aku tak tahu ape cite. Tiba-tiba tukang buat MIA. Ke sebenarnya dia lupa tempahan aku?
Cerita kad:
Semua yang bagi alamat, aku dah pos dah. Cuma ada yang nak kena bagi by hand tak selesai lagi.
Cerita doorgift / wedding favors:
Chocolate untuk budak2 tak pack lagi
Bunga telur (time sanding) - kena tambah dalam 100 batang lagi.
Bunga telur (time khatam Al-quran) - kena beli 50 batang warna putih.
Paper bag - Yang ni memang tak beli lagi.
Tempat letak telur - din dah belikan 700 pcs.
Benda-benda lain - mak yang uruskan
Cerita bunga manggar:
lepas 40% tu, tak siap-siap lagi. Sempat ke? Time is running out.
Cerita cuti:
Setakat ni lulus. Tapi tak tahu la last-last minit nanti.
yang lain semua orang lain tolong uruskan.
No comments:
Post a Comment