Wednesday, January 5, 2011

Getz Rosak

30 hari lagi (OMG! cepatnya masa berlalu)

Semalam adalah EL sebab getz rosak. Dah lama dah perasan yang getz macam tak sihat. Dah bawa gi bengkel berkali-kali tapi tak ok jugak. Semalam tu kes dah teruk sangat dah. Rupa-rupanya gear box getz kena tukar baru. Mahal tu. Anggap ini dugaan nak kahwin so harus bersabar.

Pagi tadi din hantar gi kerja. Din sanggup datang dari johor nak uruskan getz. Sungguh mengambil berat tunang aku tu =) terharu.. terharu...
credit to diyana
Semalam kereta memang dah kat bengkel. Nak balik rumah dari bengkel memang tak de transport. Taxi dan bas memang susah dapat area situ. Aku mintak tolong orang bengkel hantarkan. Memang diorang leh hantarkan if rumah dekat-dekat.

Mekanik tu anta aku kat rumah. Sekali, bila dia dah blah, baru perasan yang kunci aku tertinggal kat pintu getz. Enset bateri memang nyawa-nyawa ikan time tu. SMS din, din call bengkel tu untuk hantar kunci kat aku. Sekali mekanik tu salah bawa kunci. Dia gi bawa kunci yang attached ngan kunci getz. Hehe.. aku follow dia ke bengkel semula then ambil kunci pastu dia hantar aku balik. 3 kali la dia duk patah-balik, patah-balik.

Tak tahu la getz macam mana sekarang. Agak patah kaki jugak la aku bila takde getz. Susah nak ke mana-mana. Aku harap getz cepat sihat.

update : tadi din call kata tak yah ganti gearbox. Tambah minyak pelincir khas je. Selamat duit kiteorg =)

3 comments:

fainie_riz said...

klu kete rosak, mmg rasa nak nangis..1 sebab tak leh gerak..2 sebab duit..sob2..bateri kete i pun dh tuntut nyawa tu..stand-by jek laaaa

lina said...

betul2.. mmg rasa nak nanges. but naseb baik ade din utk tolong setelkan =)

Anonymous said...

awak hantar bengkel mana?