Alhamdulillah, appraisal aku dipercepatkan oleh pihak management. Cuma aku ni je melengah-lengah sesi appraisal tersebut. Yela, sekarang adalah masa yang kritikal sebab aku sepatutnya dah start project baru but aku still membetulkan module di project lama. Kadang-kadang stress jugak. Tapi aku masih boleh bersabar.
Kalau appraisal, mesti ada part yang kita rate diri kita. Aku tak suka ok bende tu. Reason why aku tak suka benda tu ialah aku takut aku puji diri aku tapi sebenarnya bos aku tak nampak pun benda tu kat aku. Ni masalah-masalah self esteem yang rendah la. Pastu kalau benda-benda yang tak elok bagi kita mesti kita nak hide-hide kan? So, jadilah aku yang tak reti nak rate di mana tahap aku sebenarnya.
Aku rasa appraisal ni cepat sangat la. Aku baru join 2 project sepanjang 5 bulan perkhidmatan aku kat sini. Macam tak reti jugak nak rate hasil kerja aku dalam 2 project tu. Bagi orang lain macam banyak, tapi aku sendiri rasa yang aku masih tak banyak effort yang dicurahkan untuk company.
Pastu aku takut result appraisal nanti. Aku pernah kecewa dulu dan kalau boleh tak nak la rasa lagi. Apa-apa pun memang kena tempuh gak benda ni kan? wish me luck my dear friend. Kot-kot ada rezeki sempena nak dirikan masjid :)
2 comments:
all the besh dear !!
thanks dear :)
Post a Comment