Friday, June 28, 2013

Product Review : Bedak Tanaka original dari Myanmar

Ini pun antara produk yang aku jual. Dah ada tu, meh kita try.

Untuk yang masih tak tahu, bedak tanaka ni boleh dibuat bedak sejuk, foundation dan skrub. Aku baru try guna as bedak sejuk dan skrub. Foundation belum lagi. Sebabnya, bedak sejuk dan skrub ni boleh sekali harung. Maksudnya, mula-mula ko pakai as bedak sejuk. Bila dah kering, before bilas muka dengan air, ko skrub muka dulu.

Aku ada jugak buat lebih-lebihan yang sapu dekat muka tu skrubkan dekat tangan. Dah 2 kali buat. Ada nampak perbezaan sikit. Aku test buat sebelah tangan dulu. Nanti dah nampak hasil ketara, aku update kat blog.

Cara nak guna bedak ni senang je



  1. Mula-mula bancuh sikit dengan air. Ada orang guna penutup bekas bedak tanaka ni, tapi aku letak dekat bekas lain untuk bancuh.
  2. Bila dah cair-cair gitu, sapu dekat muka.
  3. Bila kering, macam aku cakap tadi.. sebelum bilas tu, skrub muka dengan sapu-sapu muka tu. kalau rasa kering dan melekat sangat, letak air sikit je untuk senang men'skrub'.


Aku tak pakai lama-lama, maknanya bila dah kering bedak tu pastu rasa muka tegang semacam, aku basuhlah muka. So far, aku baru pakai yang lime. Pernah tengok testimoni orang lain. Orang tu jerawat teruk, katanya lepas 3 bekas muka licin uols. Yang lime ni bau dia sedap je. Ade sesetengah orang kata bau macam axion. Takdelah, bau limau nipis je cuma ada la macam bau axion tapi tak la pering macam axion tu. Paham tak? dah bau ekstrak limau nipis macam tu ;p


Bila pakai bedak tanaka ni sejuk je muka. Dah kata bedak sejuk kan? Jadi menyejukkan muka la kan? So, kalau stress-stress tu boleh take 5 pakai bedak tanaka ni kejap untuk refreshing :)

sesiapa nak order, sms/whatsapp 0126637842.


Harga: 1 - RM 25, 2 - RM 40
Harga : 1 - RM 20, 2 - RM 25, 3 - RM 30 ** update by 4 July 2013
Free postage Semenanjung Malaysia ( Sabah/ Sarawak + RM 3 untuk postage)
Free gifts : Collagen Eye Mask.

 Ada dua jenis yang available : LIME / IRONWOOD FLOWER atau Bunga Tanjung



6 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

menarik juga. momoy tunggu sampai di tangan jer.

dear selalu pergi spa tak ?
momoy ada jual lulur yang diguna di spa-spa. buat kat rumah je. jimat

boleh refer entri ni:

http://www.momoy-blogirl.blogspot.com/2013/06/jom-melulur-badan-di-rumah.html

cikgu azma said...
This comment has been removed by a blog administrator.
apeq chan said...

Assalamualaikum!
Awak, saya custmomer awak baru2 ni yang tempah bedak ni 3 unit!
saya ada promo awak kat blog saya!

Lin Azlina said...

sy sdg menantikan tanaka smpai ke tgn...xsbr nk hilagkan jrawat ni ha

Syud said...

Yang ni berapa gram?

lina said...

40g