Tuesday, March 29, 2011

Pening Dengan Skin Tone Sendiri

Pernah tak dengar kalau salah pakai bedak boleh meng'horror'kan rupa kita? Setiap orang beza-beza skin colornya. (aku cakap ni tang muka tau). So tak kita tak boleh tepek sebarang color bedak untuk muka kita. Kang ada la pulak cakap-cakap belakang 'macam tepung gomak la' ' kelabunya muka'.

Untuk mengelakkan kejadian macam aku tak suka mekap aku time e-day tu berulang, aku dan din sangat-sangat selektif bab-bab tone bedak yang bakal ditepek kat muka aku ni. Kitaorang fobia sesangat. Even masa nak cari orang mekap time majlis-majlis kahwin aritu kitaorang mesti akan cakap pasal foundation yang diorang bakal kenakan kat muka aku. Nasib baik mereka mekap ok sesangat.

Bagi aku la kan, aku ni kulit mukanya tak gelap sangat dan yang pasti tak cerah la kan. So tadi duk discuss dalam message fb dengan orang jual foundation, aku dah pening dah. Kategori mana skin tone aku ni. Yang pasti kalau aku beli bedak kat guardian atau watson mesti test letak dulu kat muke. Ni nak beli online? Tapi aritu tukang mekap masa nikah dan sanding cakap dia pakai foundation kod NC 35 brand MAC. Pastu la ni aku pakai pressed powder silkygirl kod 02 Natural. Nasib baik la ada maklumat-maklumat macam ni.

bukan sebab aku suka pink ke apa tapi memang ini bedak yang sesuai ngan skin tone aku ;p

Bagi yang pernah jumpa aku live, agak-agak korang apa skin tone aku ey? sawo matang ke?
Pastu.. korang suka mekap yang mana? 


 kenduri dekat lipis ke,

 kenduri dekat johor?

5 comments:

dd dudu said...

dua dua

hoho mmbantu x

lina said...

tak membantu. valid if pilih 1 ;p

aYenZ JamiL (^0^)/ said...

klu xsilap la ek..lina mmg sawo matang

ske dua2 tp yg johor punya foundation dia mcm menyerlah tp risau gak kalau itu disebabkan hati yg gumbira lebih sket @ warna baju @ foundation yg dia guna dah blend2 ke @ cara dia pasangkn foundation tu ke..mcmana..semuanya ada effect..

klu kyen, tips utk selamat pilih online is..gi kedai mac yg btol2 utk windowshop je..pastu bandingkan kaler foundation tu dgn kulit..jgn letak di muka..letak dkt dgn ibu jari tu..sama tmpt kita cuba kaler lipstick di tgn..
(sbb kkdg ada chemical yg xsesuai dgn kulit muka, bila test walaupun sket, efek besar pada tmpt yg dicalit td tau..wuu..wuu )

masa compare2 kaler tu..amek yg cerah skeeet je dr kaler kulit kita..itulah yg paling sesuai & yg paling natural bila blend n nampak cunn insyaAllah..hehe..

pastu baru amek code num dia..pastu baru bli online @ bli terus dr situ je..

cara nak sapukan foundation pun kene btol gak..baru efek dia ok dgn kulit..mcm blh wat tutorial tips pada blog je da ni haa..hehehe..

Shakina Farhan said...

kl xpasti pilih warna natural..kina pun pakai natural..hehe

lina said...

kak yen --> ingatkan sawo matang tu jenis kulit macam ning baizura ;p ntah la susah betul nak define skin tone ni.

kina --> rasanya natural tu safe mode untuk semua tone kot?