Untuk mengelakkan kejadian macam aku tak suka mekap aku time e-day tu berulang, aku dan din sangat-sangat selektif bab-bab tone bedak yang bakal ditepek kat muka aku ni. Kitaorang fobia sesangat. Even masa nak cari orang mekap time majlis-majlis kahwin aritu kitaorang mesti akan cakap pasal foundation yang diorang bakal kenakan kat muka aku. Nasib baik mereka mekap ok sesangat.
Bagi aku la kan, aku ni kulit mukanya tak gelap sangat dan yang pasti tak cerah la kan. So tadi duk discuss dalam message fb dengan orang jual foundation, aku dah pening dah. Kategori mana skin tone aku ni. Yang pasti kalau aku beli bedak kat guardian atau watson mesti test letak dulu kat muke. Ni nak beli online? Tapi aritu tukang mekap masa nikah dan sanding cakap dia pakai foundation kod NC 35 brand MAC. Pastu la ni aku pakai pressed powder silkygirl kod 02 Natural. Nasib baik la ada maklumat-maklumat macam ni.
| bukan sebab aku suka pink ke apa tapi memang ini bedak yang sesuai ngan skin tone aku ;p |
Bagi yang pernah jumpa aku live, agak-agak korang apa skin tone aku ey? sawo matang ke?
Pastu.. korang suka mekap yang mana?
kenduri dekat lipis ke,
kenduri dekat johor?
