Monday, March 28, 2011

Cubaan Membeli Ticket MAS Online

Hidup PJJ ni susah jugak. Aku rasa macam kadang-kadang tu best sebab boleh tukar-tukar angin. Tapi jauh di sudut hati aku ada perasaan tak best. Yela.. aku tak menjalankan tanggungjawab aku sepenuhnya. Makan minum, pakai din. Sedih.. tapi apakan daya, din banyak habiskan duit untuk kenduri-kendara.

Sekarang masa untuk din usaha semula. So, aku bekerja untuk ringankan sikit beban din. Ada sebab lain sebenarnya aku masih lagi bekerja. Din sebagai suami tak menghalang cita-cita dan kerjaya aku. Huk huk.. rasa bersalah lagi sebab aku masih nak bekerja kat KL. Susahnya nak explain kat orang lain. Ok stop isu ni. harap takde yang pandang senget kat aku.

Last week aku berangan nak balik naik flight. Senai tu bukan la dekat sangat dengan Bandar Tenggara. sekurang-kurangnya masa perjalanan dapat dipendekkan. Lagipun tiket flight tu takdela mahal sangat. Masih mampu untuk merasa naik flight sebulan sekali. Mula-mula usha tiket Air Asia. Teruja sangat sampai terlupa yang luggage kira asing. Aku ni kalau gi mana-mana mesti nak bawa beg besar-besar walaupun berapa hari je travel. Huhu.. rasa mahal pulak.. pastu beralih arah ke MAS pulak.

Tiket MAS bila kira-kira, mahal RM2 je. Wah! best ni. Dah la aku tak pernah naik MAS. Aku try banyak kali nak beli secara online tapi usaha aku tak berjaya. Sistem nak proceed payment tu macam sangkut-sangkut je. Tiga-tiga method of payment aku try tapi tak lepas jugak. Kecewa aku sampai rasa baik aku naik bas je. Nak positifkan diri aku cakap kat diri aku 'takpela..boleh jimat sikit'.

Kritikan membina buat MAS, aku rasa MAS kena belajar dari Air Asia tentang online ticketing =)

2 comments:

miey anna said...

huuu..PJJ..ade mansnye..ade x manisnye..kan kan..x pe..sabar eh yunk..=)

http://akemiey.blogspot.com/

lina said...

miey anna --> betul. kdg2 kena bykkan sabar =)