Thursday, December 9, 2010

Kain Baju Nikah

Jumaat minggu lepas, time nak habis waktu kerja, tiba-tiba aku rasa nak sangat gi Jakel, Shah Alam after few bloggers yang cakap ada promosi hujung tahun. Tak menyempat betul aku. Kes serik dengan Jakel aku tolak tepi demi mendapatkan beaded chiffon untuk baju nikah. Gila kan aku?

Aku terus sms pae kawan aku untuk cakap aku nak gi Jakel Shah Alam pastu nak dia follow aku. Pae pun kate 'ok'. Boleh mintak pae tunjuk jalan sebab pae kerja Shah Alam =)

Sampai Jakel, tak ramai orang pun. Terus kami ke floor 3 bahagian fabrik baju pengantin. After few session pilih-pilih dan gaduh-gaduh manja ngan din, aku berjaya beli chiffon beaded untuk baju nikah nanti. Tapi corak biasa-biasa je sebab din kalau boleh nak semuanya putih tapi aku nak ade kaler-kaler sikit. Pastu aku tak ambil pakej chiffon tuh sebab din tak setuju aku belanjakan duit ikut pakej tu. So, aku buat sikit tawar-menawar. Tak ambil full chiffon beaded. Kain guna kain biasa je. Hasilnya dapat la kurang dalam rm100 dari harga pakej.

Yang tak bestnya aku macam salah beli lining satin tu. Dah balik baru perasan kenapa aku pilih kaler lining tak sama dengan kain baju melayu din. Yela, kalau kat Jakel lampu dia kuning-kuning sikit so tak perasan la sangat kaler beza-beza. Tapi tak dela obvious sangat perbezaan. Boleh la kot?


Baju nikah ni niat nak tempah dengan my best friend's mom. Nak buat baju kurung biasa atau baju kurung riau. Tengok mana yang mampu memberi ilusi kurus ;p

3 comments:

dd dudu said...

besnyeee entry teaser.. berdebar2 hehehee

xsaba nak pegang ur kain nikah bile dah sampai ke tangan ibuku nanti, hik2

lina said...

tunggu tau. Nanti aku calling2 ko nak set masa gi rumah ma ko :)

Redbloodsnow said...

lawa arr baju nikah tuh. kat kuching xde jakel :( sadis ar...sobsobsob