Tuesday, July 27, 2010

Tengah Lapar Tahap Cipan Tapi Malas Nak Turun Lunch

Haha.. Tajuk tak menahan. Yes, I'm hungry tapi tak de gang nak lunch. Maka aku malas untuk keluar mencari makan. Nasib baik ada soya kurang manis cap Yeo's buat hilang lapar. Tapi kepala otak aku duduk fikir makanan yang best-best je ni. Ok, esok puasa. Kurang-kurang otak tau diri puasa so tak kan buat hati tergoda nak search gambar-gambar makanan kat google.

Jom borak-borak kosong kejap. Tapi aku tak tau nak cerita pasal ape kat korang. Nak cerita persiapan tunang. Aku tak buat apa-apa pun lagi. Plannye majlis makan famili sahaja. So, kalau ada yang berkecil hati tak dijemput aku mintak maaf awal-awal. Very the small and simple majlis. Nak save budget untuk kenduri kawen yang aku nak simple tapi kalau dah anak kepada mak aku, harap la nak buat majlis ala-ala simple. Pening...pening.. Mesti korang salah faham yang mak aku nak buat grand-grand. Bukan tau.. cuma mak aku ni ramai sangat kawan dan kenalan. Tu belum campur famili dan pekerja serta bekas pekerja dia lagi. Huhu... ni majlis siapa sebenarnya.

Aku pun ada fikir mana nak dapatkan kek untuk hantaran tapi siapa nak buat kek di kala orang seronok-seronok menyambut raya. Siapa nak mekapkan aku nanti? Ke tak payah mekap-mekap, biar bakal mertua tengok rupa sebenar aku. Ataupun aku sendiri mekap lite-lite gitu. Ok, ni semua nanti cari penyelesaiannya.

2 comments:

rosealley said...

puasa lagila aku suke gugel gambar makanan, heee

lina, mekap la jgn xmekap, mesti cantik, leh wat kenangan tu, try la suh mak ko tanye ade x sesape leh upah wat kek nanti, wish u all d best tau!heee

lina said...

arini aku pose.. tak tau la kalo ade sindrom meng'gugel' gambo mknn ade tak arini.

ok ros, aku akak usahakan untuk buat kenangan :)