Wednesday, July 31, 2013

Slot Bisnes Kecil-Kecilan Lina

** Ini sticky post, sila scroll ke bawah untuk entry terbaru

Dah masuk Julai.. Jangan risau masih ada promosi.. Meh beli meh!

Maixara C-Sential dengan HA

Harga ikut HQ Maixara : 1 kotak - RM 99, 2 kotak - RM 190, 3 kotak - RM 270

Pakej A
Free postage
Free gifts : 
1 Obuse Lip Tint
1 Obuse Candy Tint
2 Collagen Eye Mask
2 Shiseido Black Mud Peel Face Mask
Tips pemakanan MCS yang berkesan

Pakej B
Free postage
Free gifts :
1 Bedak Tanaka
2 Shiseido Black Mud Peel Face Mask
Tips pemakanan MCS yang berkesan

Maixara C-Sential tanpa HA (ada 3 kotak je ni)
Harga ikut HQ Maixara : RM 85
Free postage
Free gifts: 
1 Obuse Lip Tint
1 Collagen Eye Mask
1 Shiseido Black Mud Peel Face Mask
1 Shiseido Face Mask
Tips pemakanan MCS yang berkesan


Ferwhite 500000mg
Pakej A ( pakej free gifts hebat) - RM 85 (harga ni dah diskaun RM10)
Free postage
Free gifts : 
1 Shaker
1 Obuse Lip Tint
2 Collagen Eye Mask
3 Shiseido Black Mud Peel Face Mask
Diskaun RM10
Cara pemakanan Ferwhite

Pakej B (pakej diskaun hebat) - RM75 (harga ni dah diskaun RM20)
Free postage
Free shaker
Diskaun RM 20
Cara pemakanan Ferwhite


Aurawhite 400000mg (Ada 3 jar je tinggal ni!!!)
Pakej A (pakej free gifts hebat) - RM 135 (harga dah diskaun RM 15 dari harga asal)
Free postage
Free gifts :
1 shaker
1 3D Face Mask
1 Obuse Lip Tint
1 Obuse Candy Tint
3 Collagen Eye Mask
3 Shiseido Black Mud Peel Face Mask
Diskaun RM 15

Pakej B (pakej diskaun hebat) - Rm 125 ( harga ni dah diskaun RM 25 dari harga asal)
Free postage
Free gifts: 
1 shaker
1 3D mask
Diskaun RM 25


Bedak Tanaka bukan Tate by DEA 40g

Harga: 1 - RM 20, 2 - RM 25 3 - RM 30
Free postage Semenanjung Malaysia ( Sabah/ Sarawak + RM 3 untuk postage)
Free gifts : Collagen Eye Mask

OBUSE Lip Tint (Naturally Sheer Color/ Candy Tint)
1pcs - RM 8 + postage (RM 5)
2pcs - RM 20 free postage
3pcs - RM 25 free postage
1 box - RM 55 free postage

Naturally Sheer Color (semua color available)
1. RED APPLE
2. CHERRY PINK
3. ORANGE PEACH

Candy Tint (12 color)



sms/whatsapp 

0126637842

Monday, July 15, 2013

Sembang Ramadhan 1434 [1]

Mulanya banyak bende nak cerita tapi bila bukak je laptop, mulalah mood nak update blog tu ke laut. Puasa-puasa ni aku rasa macam blur sikit. So far, alhamdulillah. Misi meminum secara kerap dari waktu berbuka sampai sahur buat aku ok dengan rutin as BF mum. Tapi tu la, Ibrahim ni nak mengempeng je kejenye. Kalau bagi susu botol, dibuat main aje dia. Mungkin ini dugaan kecil bulan ramadhan ni. Bersabar..bersabar..

Puasa kali ni, aktiviti memasak adalah kerap. Tapi baru sekali aku masak untuk berbuka. Sahur keraplah masak sebab lauk-lauk beli kat param tu mana nak tahan sampai ke sahur. SAHM pun beli lauk kat param? Yes, setiap orang tu berbeza keadaan so tak boleh nak samakan each other. Macam aku, susah nak handle Ibrahim. Aku pergi dapur buang sampah sekejap je dia dah tertonggeng jatuh katil. Memang every minutes dengan dia aje. Since today dia genap 7 months, nanti aku buat entry khas perkembangan Ibrahim.

Lately, aku reply sms/whatsapp customer pun boleh tersalah taip. Orang tanya pasal Maixara, aku jawab pasal bedak tanaka. Maafkan saya ye customer-customerku. Lagi satu, kadang tu sms/whatsapp yang masuk tu tak kena masa. Aku sibuk dengan urusan nak berbuka. Time tu la menderu masuk message. Reply lelambat kang rasa tak best pulak kan? Tapi hope lepas ni korang paham yang time tu agak tak sesuai nak message-message.

Semalam pulak, ada call dari pengguna Maixara. Tapi aku jawab jela walaupun orang tu beli dengan orang lain. A bit upset sebab kebanyakkan orang lain yang jual Maixara lepas tangan je lepas jual. Kalau beli dengan aku insya-Allah apa-apa masalah, aku selesaikan. Tapi kalau bab urusan poslaju, aku dah pos. Dah bagi tracking no tu harap la korang simpan elok-elok tracking no tu. Ini ada yang sampai 4x minta dengan aku. Pastu barang dengan poslaju dah ni, kalau track pun ade la kat mana-mana. Jangan la pulak nak push-push aku 'kak, bila barang nak sampai?'. kalau sekali message takpe, aku paham. Ini berkali-kali. Kalau nak push-push, sila push poslaju. Telefon hotline :1300-300-300. Nak bambu ke apa sebab barang sampai lambat tu sila buat dekat diorang. Aku dah bayar postage korang dah.

Ok la.. cukup la sembang-sembang ramadhan ni. Nanti kita sambung lagi.Ready stock untuk produk Maixara C-Sential / Maixara White Essential / Ferwhite / Aurawhite / Bedak Tanaka / Obuse Lip Tint semua ada. sms/whatsapp 0126637842 untuk order.

Friday, July 12, 2013

Maixara White Essential (MWE)

Produk baru Maixara. Punya la payah nak dapatkan stok sebab HQ pun asyik kehabisan stok je. Laris bebenor Maixara White Essential (MWE) ni. Alhamdulillah selasa lepas dapat stok MWE ni. Sesiapa nak cantik berseri menawan time raya masih sempat lagi ni sebab produk ni keluar je kat pasaran, in 2 days dah ada testimoni. Memang tak cari yang lain dah la kalau try MWE ni.

MWE ni untuk detox, whitening dan anti-aging. Kalau dah ambil MCS boleh consume MWE jugak untuk kesan extra ganda. Rasa MWE ni sedap sangat sebab boleh rasa potongan-potongan buah masa minum tu.

Harga MWE hanya RM 120 1 jar. HQ cakap boleh tahan dalam 30-40 hari 1 jar ni. Murah la tu sebab MWE ni mengandungi 12 agen anti-oksida terhebat dan 10 formula sel stem.

MWE ni ambil breakfast, MCS ambil before tidur. Eh.. eh.. puasa la.. time puasa MWE ni ambil time sahur pastu MCS ambil before tidur.

Ini cadangan pemakanan produk Maixara time puasa ni. Since, Maixara Miracle Essence (MME) belum ada di pasaran. **Eh... ada la. Masa entry ini ditaip HQ cakap stok MME dah ada untuk dipasarkan.


Ok.. balik kepada cerita MWE, cara penyediaan senang je. Ambil gelas berisi lebih kurang 100ml air suam. Letak 1 scoop MWE pastu kacau dan minum. Tak payah nak shake-shake.



Sekarang ni tengah ada promo, kalau beli pek kombo dengan MCS hanya RM200 sahaja. Murah dan jimat kan?


Sesiapa beli dengan aku, of course la free postage pastu ade free gifts menarik. Berbaloi tu. dapat diskaun pastu dapat free gifts.

Siapa nak order boleh sms/whatsapp 0126637842 ey. Nak cantik time raya sempat lagi ni :)

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan

Tak terlambat lagi kot nak wish all the readers and friends 'Selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa'. Aku menaip ni pun dengan lemah gemalai. First time berpuasa as breastfeeding mummy. Ibrahim pulak ntah kenapa hari ni asyik nak minum je tapi tak nak botol. Dia punya tantrum tu boleh mendatangkan amarah. Nasib baik aku cepat-cepat istighfar yang aku ni tengah puasa. So, kenalah sabar.

Semalam dah ambil stok Maixara White Essential (MWE). Produk hangat terbaru dari Maixara. Tak sempat nak capture lagi gambar stok sebab kotak letak stok aku tu bertindih-tindih bawah kotak stok-stok barang kedai yang lain. Tunggu din turunkan stok kedai baru boleh aku ambil stok MWE tu. Sabar na..

Aku nak upload gambar sahur macam kejam dan tak bermoral kan? Itu kita tunggu lepas berbuka nanti baru boleh cerita masak-masak sahur. Gigih ok masak-masak sebab fikirkan diri perlukan sahur yang berkualiti. Lagipun, din sejak dua menjak ni macam pentingkan kesihatan lebih. Dah tak makan dah kulit-kulit ayam. Walaupun part tu la dia kata nampak sedap. Kiranya, kita puasa-puasa juga, sambil tu kita dapat praktis untuk makan lebih sihat.

Aku nak menaip ni macam blur. Kita stop dulu entrynya. Sindrom hari pertama puasa. Biasa le tu. Nanti lama-lama dah dapat tune, cargas la kita. Ok, kepada sesiapa yang dah nak masak-masak berbuka, selamat masak-masak. Aku beli je berbuka. Sahur baru masak-masak. Ye la.. budak tecik tu bukan boleh nak duduk diam. Kang rentung tak jadi apa. Sahur atleast ada abah dia tengok-tengokkan.
Ok.. selamat berbuka. Bye..

Friday, July 5, 2013

Ibrahim Ikram dan Gigi

Ibrahim baru 6 months ++ tapi dah ada banyak gigi. Aku tak tau la anak orang lain macam mana. Lagipun tak best nak compare-compare perkembangan anak sebab setiap anak berbeza perkembangannya.

Kalau ikut kiraan aku, campur gigi yang dalam gusi, yang tak nampak keluar. Ada 6 gigi kesemuanya. Sekali tumbuh banyak terus. Alhamdulillah, Ibrahim tak demam pun cuma air liur berjejeh tu memang takleh elak la kan?

Ibrahim start tumbuh gigi atas dulu. Aku pernah dengar ada benda yang tak best pasal gigi tumbuh atas dulu. Ikut orang tua-tua katanya. Bagi aku, benda-benda macam ni Allah je yang tahu. Lagipun, aku dan din memang kalau benda-benda prediction gini tak caya pun. Kita guna logik akal untuk tafsir kepercayaan orang dulu-dulu.

nampak tak gigi comel saya

Ibrahim ni memang senang sangat. Dari dalam perut tak de masalah pun. Aku takde alahan teruk. Everything went smoothly. Cuma masa nak lahir tu jela, susah nak keluar sampai keluar ikut 'tingkap'.

Ibrahim dah merangkak dan sekarang memanjat pulak kerjanya. Terjun dari katil tu dah lost count dah. Semalam, dia first time berjaya duduk dari baring tanpa bantuan aku pun. Pastu dah duduk buat muka bangga. Sweet sangat moment tu!

Ada jugak orang cakap, if dah tumbuh gigi nanti lambatlah berjalan. Tapi aku tak percaya pun dan dah terbukti pun tak benar. Ibrahim ni special. Semuanya cepat. Tapi tula bila cepat sangat perkembangan dia, aku rasa sedih dan takut. Cepatnya besar anak mummy! Tapi kena percaya yang Allah knows the best for him :) Mummy akan selalu doa yang terbaik untuk anak mummy.




Thursday, July 4, 2013

Bedak Tanaka MURAH!!!

Alhamdulillah.. after bersusah payah cari supplier yang dapat bagi harga best untuk bedak tanaka ni. Akhirnya... jumpa dah! So, boleh la jual murah sikit kat korang. Tapi kalau ade yang nak pertikaikan kata yang aku jual tak murah pun. Kedai myanmar murah je. Silakanlah beli kat kedai myanmar. Aku duduk johor ni takde jumpa mana kedai myanmar. Orang myanmar yang keje kilang ada la.

sebahagian stok bedak tanaka yang aku ada. 
Aku jual benda yang aku pakai so that kita boleh kongsi rahsia kecantikan sesama. Hahaha.. gaya cantik je orangnya kan? Tak cantiklah sebab tu nak cantik. Eh! apa yang mengarut ni. Ini mungkin sebab rasa ketenangan sebab Ibrahim tido. Kalau tak, terjerit-jerit aku sebab dia punya melasak tahap bahaya punya. Jatuh sana, hantuk sini. Mau tak terjerit-jerit aku.


Sekarang bau yang available : LIME / ROSE / TANAKA WOOD (original) / IRONWOOD FLOWER

fungsi-fungsi khas setiap satu tu :

ORIGINAL - yang ni universal. merawat jerawat, jeragat dan sebagainya.
LIME - mencerahkan kulit , merawat jerawat kronik dan kulit pucat.
ROSE - merawat jeragat dan mengekalkan kolagen di dalam kulit.
IRONWOOD FLOWER - pelindung matahari (SPF) dan mengawal minyak wajah.


Harga : 1 pcs RM 20. 
2pcs - RM 25
3pcs - RM 30
Free collagen eye mask
Free postage untuk semenanjung tapi Sabah/Sarawak tambah RM 3 untuk postage. 

Makin banyak beli, makin banyak diskaun. Bagi yang nak borong, sms/whatsapp aku. Min 10 pcs untuk borong. Setakat ni LIME dan ROSE sahaja je boleh borong.

p/s: sms/whatsapp 0126637842





Wednesday, July 3, 2013

Bertenang Wahai Lina

Bertenang.. bertenang.. ambik nafas.. ambik nafas..

Fuh!!! Berpeluh ketiak, membungkus parcel lelaju. Tu la, orang lain guna courier bag, ko nak eksen pakai kotak bagai. Hahahaha.. mari gelakkan diri sendiri.

Ekceli, aku baru je sampai rumah. Sampai-sampai terus balut parcel. Mana tak rasa nak pitam..Kali ni kitaorang restock barang kedai sampai terlajak keesokannya. Tak plan pun nak tido kat johor sana. Sebab semalam dah lewat sangat pastu kita check in je la hotel. Tapi hotel bajet je la sebab untuk tido je kan? Lagipun kalau hotel gempak-gempak pun dah rugi banyak sebab check in pun dah pukul berapa.

Oh ye.. bedak tanaka dapat harga bagus, so nanti aku akan bagitau harga yang baru dan yang pasti, lebih murah. Meh beli meh!

Aku nak ambil Maixara White Essential yang baru tu tapi malangnya dekat HQ pun habis stok sekarang ni. Memang laris kebaboom. Aku nak cuba pun tak sempat nak dapat stok lagi ni. Hope sangat before puasa dapat la stoknya, so boleh cuba dan buat review. Formula Maixara yang ni memang the best dari minuman kecantikan yang lain. Tu yang tak sabar tu kan? By next week, kita tengok lagi ade tak stok kat stokis ni. Kalau ada, nanti aku bagitau korang.

Maixara C-Sential tetap ada stok. Boleh sms/whatsapp untuk order. Aku cuba sebaik mungkin jawab soalan korang :)

oklah.. ibrahim tu senyap je. Kang memacam dia buat pulak dalam senyap-senyap tu. Bye korang!


Monday, July 1, 2013

Ulang Tayang FERWHITE


FERWHITE by Fereena Beautycare

FERWHITE mengandungi :
  • Pure L-Glutathione
  • Kolagen
  • Hyaluronic Acid (HA)
  • Acaiberry
  • L-Carnitine
  • Ekstrak Manggis
  • Stem Cell Epal
  • Vitamin A,B,C,D,E & K


Cara pengambilan :
  1. Campurkan 1 sudu Ferwhite bersama air kosong (panas/sejuk) di dalam shaker sebanyak 120ml.
  2. Goncangkan shaker sehingga campuran air + ferwhite sebati. Sebatian akan menghasilkan buih yang banyak menandakan kandungan kolagen ferwhite yang banyak.
  3. pengambilan dicadangkan di sebelah pagi dan sebelah malam. Sebaiknya ambil 30 minit sebelum makan @ selepas makan.


500000mg 
Harga pasaran : RM 95

Harga kami :

Pakej A ( pakej free gifts hebat) - RM 85
Free postage
Free gifts : 
1 Shaker
1 Obuse Lip Tint
2 Collagen Eye Mask
3 Shiseido Black Mud Peel Face Mask
Diskaun RM 10
Cara pemakanan Ferwhite
Pakej B (pakej diskaun hebat) - RM75 (harga ni dah diskaun RM20)
Free postage
1 shaker
Diskaun RM 20
Cara pemakanan Ferwhite

Sesiapa nak borong pun boleh. sms/whatsapp untuk tau harga borong. Borong min 2 jar ye korang :)

Testimoni pengguna-pengguna Ferwhite: 


Ferwhite ada keluar dalam slot Wanita Hari Ini (WHI),TV3. Iklan pun banyak di tv dan media cetak.