Wednesday, November 27, 2013
Salah Beli Saiz Diapers La Pulak
Masa nak beli tu first aku nampak size paling besar XXL. Terus otak tune yang diapers Ibrahim XL. Dah tu gigih tu godek rak letak Mamy Poko tu sebab semua size bercampur-campur. Pastu ternampak size XL dekat rak atas yang aku tak sampai. Siap panggil pekerja supermarket tu untuk tolong ambilkan. Macam tinggal itu je la stoknya size XL tu. Tengok size XL range berat 12-16kg . Betul la ni, Ibrahim kan pakai size besar sikit dari berat sekarang. Terus bayar dan balik.
Sampai rumah, aku macam terfikir. Eh? XL tu bukan besar ke? Aisyah dulu last pakai diapers size XL. OMG!!!! aku tersalah beli. Double check dengan plastik Mamy Poko yang dah habis, L sepatutnya. Size range pulak patut 9-14kg. Baru aku teringat ... Ibrahim pakai size range besar sikit dari berat dia masa 6-7 bulan. Bukan berat semasa.
Nasib beli saiz besar sikit so boleh simpan. Kalau beli yang kecik dari size yang dia pakai sekarang nak buat macam mana.
Monday, November 25, 2013
Motif?
Sekarang aku tau la sikit-sikit pasal FB ads ni. Dah buat dah pun.. hehe.. ok la ada la respond positif. Tapi kejap tadi aku dapat respond negatif.
Ada komen negatif kat post yang aku iklankan (iklan macam kat bawah entry ni). Sebelum delete aku sempat snap dulu buat bukti. Motif nak komen macam tu? Aku rasa macam 'eh kau ni dah kenapa?'. Ini mesti stok yang jenis tak bertamadun. Bagi aku komen dia tu tak patut. Tak suka la orang macam ni. Buat rugi duit aku je dia klik iklan yang aku buat.
komen hampehdotcom |
Kalau la budak ni aku kenal, aku nak sound setepek je. Ko ingat ko hensem sangat ke? Kurang-kurang siti sarah ni orang kenal 1 Malaysia, ada suara sedap, jadi duta produk. Ko? Sedih je kot sebab buat komen kesian macam orang jeles.
Nasihat aku, to those yang ada perangai yang suka kutuk appearance orang, rentikan lah. Buat tambah dosa je. Pastu look at ourself first before cakap yang buruk-buruk pasal orang lain.
Iklan :
Susah untuk kurus??
Royal Slim Lishuo Magic adalah rahsia Siti Sarah
*ada kelulusan KKM
*rasa epal yang sedap
*boleh diambil pesakit kencing manis dan darah tinggi
*sesuai untuk lelaki dan perempuan
1 kotak ( 20 sachet ) RM 110 (SM) / RM 115 (SS)
2 kotak RM 200 (SM) / RM 210 (SS)
penghantaran percuma ke seluruh Malaysia!!
Percuma shaker dan HADIAH ISTIMEWA !!
sms/whatsapp 'SAYA NAK RSLM (BLOG)' ke 0126637842 untuk tawaran hebat ini !!
Friday, November 22, 2013
Cuba Restoran Hj Shahrin Low
Restoran Hj Shahrin Low ni Quite femes kan? Kat KL ade beberapa cawangan tapi aku tak pernah cuba. Kat johor ni pulak pernah jumpa kat Bandar Baru Uda , tepi jalan besar nak ke Danga Bay tu. Pernah nak ajak din tapi tak tercakap-cakap pun.
Sekali hari tu ada urusan kat Larkin Perdana. Eh! ada bukak restoran Hj Shahrin Low la. Dah la promote nasi ayam. Din kalau nasi ayam memang nak try punya.
Din order nasi ayam. Aku order cantonese yee mee. Mencabar hokey nak makan kali ni. Ibrahim jenis tak duduk diam. Kalau tak duduk diam jenis tahap 1 - berdiri atas baby chair boleh la tahan lagi. Ni dah tahap berapa aku tak tau. Siap panjat naik atas meja. huhuhu... terpaksa gilir-gilir makan dan take turn jaga dia.
Makanan dia bagi aku biasa-biasa je. Sebab pernah makan kat chinese muslim yang lagi best. May be sebab kitaorang order pun yang jenis biasa-biasa je kot.
cantonese yee mee dalam claypot
nasi ayam
selit muka puan punya blog dan anak kesayangan. ceritanya puan punya blog mekap la pakai foundation segala. pastu dia rasa horror muka berbedak tebal, terus padamkan mekap. Sebenarnya aku sekarang selesa je muka takde mekap. Paling-paling pun just pakai bedak compact pastu lip tint je.
Thursday, November 21, 2013
Kek Keju Leleh atau Melting Cheese Cake
Harga? Yang aku beli ni harganya Rm 22. quite pricey may be sebab cheese tu melambak kot.
Hari tu, kat kedai tu ada macam-macam perisa kek dia. Ada orange, pandan, mocha. Tapi aku pilih mocha sebab nak lawan muak cheese yang banyak tu. Pastu bukan kek ni je yang dibeli. Ada blueberry cheese tart jugak sebab my husband suka cheese tart.
Tak berhabis pun lagi kek keju leleh dan cheese tart ni. Dah ko.. benda-benda cepat muak gini, berkali hadap baru habis ;-)
Wednesday, November 20, 2013
Sedap Sangat Ke Ayam Masak Kicap?
Nak cuba masak makanan sihat-sihat ala-ala western, dah nama tekak melayu.. huhu.. berfikir banyak kali. Tapi aku sebenarnya dalam hati ni konon berkobar-kobar nak berdiet tapi tu la kan? Nafsu makan ni susah betul nak control. Tambah bila masak pulak lauk yang kita suka. Failed betul!
Tadi aku suap Ibrahim sambil aku makan sekali. Ibrahim ni aku tak fussy sangat bab-bab makan dia. Cuma aku tak bagi dia makan jajan, air manis-manis, benda-benda macam tu. Makan macam budak dah besar sebab dia tak makan sangat makanan khas untuk baby. Cerelac tu dah berbulan kot tak habis-habis. Pernah aku buat bubur nasi, last-last ke tong sampah sebab dia langsung tak nak. Eh! dah cerita lain dah ni..
Nak cerita ni je sebenarnya. Bagi aku comel sangat Ibrahim sebab lepas je aku suap dia, aku berpaling je dia dah 'pengsan' ketiduran. Memang mengantuk betul, aku angkat kat tilam pun tak terbangun. Ekceli.. ini bukan 1st time tidur after makan. Ada video masa kitaorang breakfast kat Bandung, makan sambil tertidur. Comel dan kelakar. Kalau ada masa nanti aku cuba share ;-)
Monday, November 18, 2013
Ibrahim Dah Botak
Ceritanya gini.. rambut dia memang dah panjang sikit. Nak trim susah sebab kena tunggu dia tidur nyenyak dulu. Kalau tak, tak duduk diam. Din ada beli mesin gunting rambut tu tapi entah mana letak. Kita ke saloon aje la.
Nasib ibrahim behave . Diam je cuma dia macam sibuk nak tengok mesin potong rambut tu. Tapi Ibrahim kalau dengan orang lain memang dia behave. Dengan mummy abah je dia ngade-ngade sikit. Manja nau anak aku ni korang.
Friday, November 15, 2013
Ibrahim is 11 Months
bermanja, baring nak dekat mummy atau abah. Tak boleh mummy tak pandang dia.
gigi.. truly ada 8 batang je show off dengan besarnya. Bukan 10 macam aku cakap last entry about Ibrahim's milestones. Air liur never stop drooling. Mungkin ada lagi la tu nak keluar. Kesian anak mummy. Tapi alhamdulillah sebab Ibrahim jenis tak demam kalau gigi nak keluar. Infact sepanjang this 11 months tak pernah demam walau sekali. Kuat betul antibodi anak mummy ni. (Hasil makan set bersalin Salindah ni uols! dan dengan izin Allah jugak)
Masih 'mengutip' . Macam mana nak get rid of this habit ey? Tak kan nak letak cili macam suggestion my aunty kat kampung tu. Yelah.. halia dia selamba je makan. Takpelah kita 'haip' je dulu. Dia takut ok bila mummy 'haip'. Tapi ada masa menjawab tu..
Obses dengan selipar. Kat rumah kan, my MIL pakai selipar jepun untuk dalam rumah. Dia kejar ok! Paling scary dia gigit selipar tu.
Thursday, November 14, 2013
Royal Slim Lishuo Magic
gambar ni la buat aku terlopong tu |
Royal Slim ni diformulasikan dengan : Marine Collagen, Apple Fibre, White Kidney Bean Extract, Citric Acid dan Malic Acid
Ada Kelulusan KKM ke? Jangan risau. Ada kelulusan uols! Selamat untuk consume Royal Slim ni ye..
surat kelulusan KKM |
Free postage + Free shaker + Free gifts menarik . Free gifts kita bagitau through sms / whatsapp.
Wednesday, November 13, 2013
Bila Anak Jatuh
Kalau baby jatuh nak buat apa ey? 1st jangan panik dulu. Tapi as a mummy, 1st timer pulak tu, harus tak panik kan? Mula-mula rasa badan dia. Kot-kot ada benjol or patah-patah. Macam Ibrahim ada benjol. Aku cepat-cepat tuam tapi macam salah je sebab ada yang cakap jangan tuam dengan air panas tapi ais. Benjol surut. Pastu monitor dalam 24 hours.
Monitor 24 hours tengok if ada muntah-muntah ke, baby tak aktif ke, kurang makan or susu ke. Dalam kes ibrahim , dia aktif je macam biasa. Kalau ade muntah-muntah, tak aktif macam asyik nak tidur je, kurang makan/minum korang kena terus bawa gi hospital. Jangan delay-delay.
Pastu tengok belakang telinga, ada lebam tak. Kalau ada lebam kena bawa hospital. Kalau tak de ok la tu. Tapi tu la kan, walaupun simptom-simptom bahaya tu takde, tetaplah risau kan. Huhu..tak bestnye sebab aku duk teringat-ringat how dia jatuh.
Sebenarnya ni bukan 1st time dia jatuh tapi jatuh kali ni paling terkesan kat aku. Sedih.. trauma.. risau.. hurm...
si botak mummy. Semalam gi potong botak rambut dia. |
ko tengok! mau tak gugur jantung tengok baby nearly 11 months perangai cam gini |
cubaan membuka grill sebenarnya |
Monday, November 4, 2013
Hogoh Pahang Hogoh!!
Si Matias ni la tanduk bola masuk ke gawang TRW |
Friday, November 1, 2013
Maixara Q-Berry (MQB)
- mengandungi Anti Oksida Paling Berkesan di dunia
- Kesan optimum seawal 3 hari dgn MCS
- Baik utk semua lelaki dan perempuan
- Utk kurus, sihat dan tenaga berpanjangan
- Tablet rasa berry yang sedap dan mudah dikunyah
Kebaikan MQB :
*Membantu menambah tenaga
*Membantu menurun kadar kolestrol
*Membantu membuang angin dlm badan
*Membantu mencegah keradangan
Cara makan yg dicadangkan:
* 2 biji setiap hari selepas makan pagi [atau]
* 1 biji pagi 1 biji malam selepas makan
- Sesuai utk anda seisi keluarga
- Mengandungi Superfruit dan Vitamin C yang baik utk tubuh
- Sesuai utk pesakit alergik seafood, ekzema, kudis dan demam campak
- Berkesan seawal 5 hari
- 100% ramuan asli. Tiada bahan merbahaya dan bahan pengawet.
Cara Penggunaan kombo MCS & MQB:
2 Biji MQB waktu Pagi
2 Biji MCS waktu Malam