Wednesday, June 29, 2011

Kalau Seat Sebelah Strangers Lain Gender

Tadi gi beli tiket nak balik Johor jumaat ni. Sadly, takde dah seat single. Terpaksalah ambil seat sebelah siapa yang kita tak tahu gendernya apa. Tak best kan? Kalau perempuan ok la. Kalau lelaki, apa perasaan korang?

Aku kalo sebelah aku lelaki confirm sangat.. sangat.. sangat tak selesa. Yela.. perjalanan kadang tu ambil masa berjam-jam. Takkan la tak tidur ke apa kan? Balik kerja sure penat. Pastu seat pulak kadang tu macam sempit sampai peha berlaga peha. Buatnye sebelah tu memang jenis yang bukan baik-baik. Bukan aku nak buruk sangka tapi memang ada pun orang yang macam tu. Macam mana ko nak harung masa hingga sampai ke destinasi tujuan? Ada perempuan tak seberani Nurul Ain (lakonan Erra Fazira) macam dalam cite Soal Siapa?


Tadi aku pun tweet DS Sharizat, kot-kot la dapat perhatian kerajaan. Coach komuter untuk pompuan dah ada. Kalau bas, tak payah 1 bas nak wanita je, cukup sekadar seat perempuan dapat diasingkan dengan seat lelaki yang tak dikenali.

Tuesday, June 28, 2011

25+2

Hari ni birthday dd dudu (happy birthday, sayangku!), adik aku angah dan si kecil adam anak ja (happy birthday adam!) tapi aku nak update pasal birthday aku last week. Ye birthday aku dah lepas cuma aku nak la coret-coret kat blog apa jadi. Nanti dah alzheimer, leh ingat balik moment-moment yang sweet itu :)

#1- Mula sedih sebab terpaksa naik bas lewat nak balik Johor jumaat tu. Yela.. masa bersama suami dah kurang berapa jam dah. Haruslah emosi sampai terbuat entry ni.

#2- Sabtu, a day before birthday din bawa beli kain buat baju raya kat Jakel, JB. Aku suka benor kain-kain kat Jakel ni. Tema raya din request maroon tapi aku dah tertukar kaler tema ke kaler lain. Nanti raya haji kita buat tema kaler maroon pulak.

#3- Malam birthday din letakkan kotak yang berbalut siap kad. Aku dah nak tido time tu. Mula-mula ingatkan ada orang bagi hadiah kawen. Sebab selalunya ada je hadiah lagi walaupun kami dah kawen lebih 4 bulan. Siyes terlupa kejap dah masuk birthday rupanya. Hadiah adalah handbag kaler putih. Betul-betul suci kaler beg tu. Nak guna pun takut tau. Anyway, thanks my dear husband =)

#4- Hari birthday, makan tengahari din bawa balik 4 cuppies yang comel. Rupa-rupanya dia gi kedai kek senyap-senyap. Lagipun this year aku request nak kek biasa-biasa je.Cuppies masih ada 2 dalam peti ais.

Itu je celebration yang simple untuk tahun ni. Thanks untuk kawan2 yang wish kat sms, fm, ym dan sebagainya. Umur aku tetap 25 tahun tau ;p

Friday, June 17, 2011

Payah Hidup PJJ

Alhamdulillah.. apa yang aku risaukan dah selesai. Surat resign dah diterima dengan baik oleh company sekarang. Diorang paham situasi yang aku hadapi sekarang.

Before kawen aku sangat berharap yang aku akan kuat untuk PJJ. Lama betul relationship jarak jauh aku dan din. Since din grad(masa ni couple lagi) sampai la sekarang selepas kawen.Ada kot kurang lebih 4 years. Tapi perasaan lain after kawen. Tanggungjawab as isteri lagi. Makan pakai din. Walaupun din tak pernah rungut tapi aku sendiri rasa tak best.

Kadang-kadang benda yang bagi orang lain nampak remeh tapi aku bagi besar impactnye. Contoh kalau ada orang kacau waktu aku dengan din. Walaupun bape jam je pun. Tapi aku boleh menangis sampai aku tahan-tahan air mata ni pun tak boleh. Rasa marah dan sedih sangat. Aku jumpa suami aku dua minggu sekali je pun.Dah la waktu cuti kami tak sama. Tsk..Tsk..tiba-tiba aku nak emosi ni.

Thursday, June 16, 2011

3 Bulan Terakhir PJJ

Aku dah dapat job kat Johor. Officially bulan September baru masuk kerja baru sebab kena bagi notis kat company sekarang 3 bulan. Pergi interview akhir bulan may aritu. Saje aku buat senyap tak cite kat blog. Benda tak confirm buat apa nak warwar kat semua orang.

Offernya ada la pro n cons nye tapi aku dah tak sanggup nak PJJ kot. Rasa kebergantungan dengan suami tu lebih. Aku memang automatik kurang pandai berdikari after kawen. Lagipun sana ada famili juga so kalau pape jadi senang.

Ini aku tengah dup dap.. takutnya nak bagitau bos sekarang. Tak sukanya perasaan ni. Pastu kan aku nak hantar surat secara online boleh tak? takde printer nak print surat resign. Nak guna printer office of coz la segan kan? Ke macam mana?

Wednesday, June 15, 2011

Aku Tak Jeles Tapi Sakit Jiwa Je

Tengok tajuk sudah tau entry ni ala-ala meroyan je. Bukan apa, aku bukan baik tapi ini just my two cents.
Betul cakap ros ni.

Aku selalu kagum ngan orang betul-betul ada-ada. Takdenye orang tu nak tunjuk ke apa yang dia ada. Dulu aku buat gak perangai tunjuk-tunjuk kat blog. Tudung baru la, beli beg baru kat pasar malam dan macam-macam lagi la (aku bagi contoh je lupa dah apa yang aku tunjuk). Konon nak sharing la apa yang aku baru beli tapi bila dah matang sikit ni, aku rasa macam budak-budak pulak perangai gitu.

Teringat cite Mukhsin, budak yang berjiran ngan si orked tu. Sibuk la dia nak lebih je dari Orked. Tak ingat nama budak tu apa.

Budaya tunjuk-menunjuk ni tak patut kita nak amalkan. Boleh merosakkan society hokey. Hari ni si A bagitau dia beli beg Cap Ayam harga sekian-sekian, esok pulak si B pulak bagitau dia beli beg Cap Badak harga lagi mahal lagi. Pas tu si C pulak.. then si D. Aku jugak beli cap Padang Besar je. Ni aku bagi contoh aje. Takde kaitan idup dan yang mati. (tapi memang aku tengah pakai beg beli kat padang besar beli dengan duit sendiri, bukan nafkah suami bagi).

Nasihat aku, tak yah nak tunjuk-tunjuk sebab ada orang lain tu lebih dari kau tapi tak sibuk nak habaq 1 dunia.

Macam tajuk entry aku ni hah 'Aku Tak Jeles Tapi Sakit Jiwa Je'. Tak kesah la pasni korang nak teruskan dengan konsep AAK? tak pun #TDDMKA ke apa ngan entry ni aku ni.

p/s: aku masih mood malas nak balas komen. sorry kekawan.

Monday, June 13, 2011

Angry Bird Buat Aku Angry

Hari tu orang sibuk-sibuk pasal angry bird ni, tengok kat google chrome ada angry bird.. Huhu.. aku terdownload. Boleh caye je aku 'ter'download hee hee

Duduk melayan angry bird ni buat aku risau je aku makin angry. Sekarang tengah stuck kat level 1-21. Tak mati-mati pulak pig tu. Geram tul. Bila la nak mati ni. angry

Aku dah tengok youtube strategy untuk level ni. Tak berjaya jugak. crying . Dah la tiap kali main angry bird mesti aku ketap-ketap gigi geram. Pastu rasa macam saraf kaki ni automatik nak tendang-tendang sambil bunyi 'hiyah! hiyah!'. Memang boleh melepaskan geram atau marah tapi bila takleh nak abes sesatu level aku rasa nak marah pulak ngan angry bird ni.

Friday, June 10, 2011

Tekad Dan Usaha, Berat Pun Turun

Ada baca from other blogger pasal budak turun berat dari 105kg ke 49kg. Banyak kan? Teruja aku lihat kegigihan budak tu. Aku juga percaya kalau kita tekad memang akan ada hasilnya tak kira cepat atau lambat.

Aku ada la turun berat beberapa kilo. Tapi masih lagi belum capai target yang aku letak. Takpela.. biar berdikit-dikit asalkan berat tu tak naik semula. Sekarang aku nampak yang PB berkesan untuk aku. Tapi aku takde la bergantung harap pada PB semata-mata. PB tu macam pemangkin je. Ada juga usaha lain yang aku buat.

Nak tau apa yang aku buat? Aku buat sama macam orang yang sedang kurangkan berat yang lain. Antaranya:

#1 - Aku kurangkan makan kat luar. Serius masak sendiri boleh kawal minyak atau bahan kurang sihat yang digunakan.
#2 - Kurangkan minuman manis tapi aku tengah usahakan minum air kosong secukupnya.
#3 - Puasa. Tapi tak la berderet walaupun bulan Rejab ni boleh pulun puasa sunat. Sambil ganti puasa-puasa yang belum berganti, 
aku dapat readykan perut aku ni. Pernah je aku gastrik sampai takleh puasa.
#4 - Pakai PB time gi majlis orang kawen. Jadi aku tak makan banyak sangat sekali dalam 1 masa.
#5 - Makan buah banyak-banyak. 

So far, nampak la usaha tu jadi sebab kan, aritu aku aku travel gi Perlis. Makan memang tak hengat tapi berat aku maintain. Kalau tak dulu, aku makan biasa hari-hari even kadang tu aku catu nasi la but still berat aku naik sesuka hati.

1 lagi penyebab aku gemuk adalah ubat Pregabalin tu so aku dah stop makan ubat tu. Doktor marah pun aku redha je sebab aku tak nak jadi OBESE. OBESE lagi bahaya kot sebab banyak penyakit lain leh datang.

Hurt Feeling

haha tajuk.. tak menahan. Aku memang tengah sad sad mood. Buat apa pun semua tak semangat. Except tengok cite Nora Elena. Susah betul la sebab bukan semua benda kita boleh cerita kat orang. Aku rasa yang jadi teruk ni sebab aku duk simpan je. Tak reti nak luah-luah. Pastu kan balik rumah rasa sunyi aje sebab suami jauh, famili pun jauh. Tsk..tsk..

Sebenarnya ada perkara sedih jadi kat orang keliling aku. Tapi ada la tempias sikit kat aku sebab membuka kisah lama yang aku cuba nak lupakan so aku sangat-sangat down. Kat office sampai bos panggil aku sebab nampak kot aku macam lain macam selama beberapa minggu. Diorang risau aku sakit ke apa tapi takde kena mengena ngan sakit aku cuma hati aku ni je yang sakit.

Dah cuba bercuti lama pun tak jalan gak. So sorry la if korang komen aku buat derk je. Rasa tak best sebenarnya buat derk gitu tapi mood swing melampau sekarang sebab perkara itu. Jangan sampai ada benci sudah.

Tuesday, June 7, 2011

Sendayu Tinggi Event

Ini event last month baru sekarang macam ade mood nak cite. Aku dan mak mertua aku gi meeting pengedar Sendayu Tinggi Johor. Akak ipar aku pengedar Sendayu Tinggi (ST) so dapat jemputan dari ST. Ada sesi try-try produk make up ST dan dinner with founder ST, Puan Rozita Ibrahim.

Kami attend event tu bawa aisya sekali. Kalau ikutkan kat kad jemputan tak dibenarkan bawa budak bawah 17 tahun tapi kami minta kebenaran aisya join sekali sebab time tu takde orang nak jaga aisya. Aisya sangat behave tak tak meragam sangat. Such a clever girl =) tapi bila pak uda (din) sampai untuk ambil kitaorang balik, baru aisya berlari 1 dewan.

Aku dah try produk make up ST. Baru tau nak guna each produk tu. Best pulak pakai make up ST ni. Tekstur foundation tu memang smooth dan tak kasar. Pastu color eye shadow pun cantik-cantik. Selama ni memang aku ada 1 set eye shadow, blusher and bedak ST cuma aku tak pandai nak apply sebetulnya. Bila pakai tu macam tak kena je. Then after dah diajar bebetul macam mana nak apply, aku rasa suka dan selesa guna make up ST. Takde la aku pakai hari-hari. Aku pakai time ada event je.


That night gak, majlis dihiburkan dengan penyanyi Bagio. Dah la lagu damasutra tu memang orang suka. Siap ada dia interview mak lagi. Puan rozita pulak berpurdah dengan cantik. 1st time tengok niqab selain color itam.


 Tu je kot nak cite ;p Aku ni fail betul nak buat penutup entry.

Monday, June 6, 2011

Cuti-Cuti Makan @ Perlis

hi all.. long silent kan? sebenarnya ada je bloghop tapi setakat jadi silent reader aje.Mood nak update blog sendiri memang ke laut. Ni aku baru je balik bercuti panjang.5 days direct. Seronok betul bercuti dengan suami dan keluarga ke Perlis.Jauh kan? tapi siyes seronok.

Sebenarnya ada majlis bertandang sepupu belah din. Kebetulan pulak tu dekat dengan kampung bapa mertua aku, jadi adalah sesi kenal-kenal ngan famili belah sana. Merasa laksa kuala perlis yang femes tu (tak ambil gambar pun sebab betul-betul menikmati tambah-tambah segan sama famili yang lain). Sedap betul. Kat sana aku rasa aktiviti makan dan jalan-jalan.

1st time jugak aku makan pulut ngan mangga tapi aku macam tak pandai nak makan sangat.Last-last aku makan asing-asing mangga ngan pulutnya. Mangga tu pulak bukan mangga biasa. Mangga harum manis yang sekarang dah nak abes musimnya. Memang bau mangga tu harum sesangat dan rasanya manis sesangat. Katanya harga mangga/pelam jenis ni mahal dekat pasaran. Even kat perlis pun susah nak dapat harum manis ni.
Pulut with Mangga Harum Manis
Bukan tu je aku merasa makan, time singgah RnR Sg Juru tu, aku sempat la merasa cucur udang berkuah kacang ngan pasembur. Jadi la buat lepas rasa kan? Setakat singgah-singgah gitu. Nak ke pulau nanti
tak balik pulak aku. Mak sedara ada yang makan mee udang. Besar-besar udang kat sana.
Pasembur

Cucur Udang Kuah Kacang

Rasa-rasanya tu dulu kot cite cuti-cuti. Entry kali ni kira intro je dulu.