Ini memang pengalaman betul dan rasanya ada juga b2b yang pernah kena. Tapi kalo area bandar besar macam KL rasanya tak pelik kot. Kalau pekan kecil macam Bandar Tenggara pun macam tu, tak tahu la nak cakap apa dah.
Ceritanya begini ye kawan-kawan. Dalam last week, din gi survey butik pengantin area Bandar Tenggara. Yes, kami takde lagi ambil mana-mana pakej untuk bertandang. So, ada la buat booking kat 1 butik pengantin ni. Din ada cakap yang aku akan balik from KL , pilih-pilih baju dan try. Masa tu din cakap tema 'hijau epal' macam yang direquest oleh famili belah din.
Kebetulan weekend lepas aku balik Bandar Tenggara, so nak pergi la fitting mana-mana baju. Korang tahu apa jadi?
1# Baju yang disuggest oleh pemilik butik tu sangat la buruk. Takdenye ceria-ceria bab kata akak tu. Kusam ada la. Dah la bertahi lalat. Ergghhhhhhhhhhhh!! Aku tak mintak buat baju baru but please la. Bagi la baju yang senonoh sikit.
2# Din ada request nak fitting. Bercinta nak mintak try baju. Aku yang susah nak balik ni dah depan mata pun dia tak bagi nak try. Alasannya, dia nak try kecikkan baju tu ikut baju sanding aku dulu then baru aku leh fitting. Itu aku yang depan mata ni nak buat apa? Atleast ko ambil ukuran semasa aku ke. Ni tak, nak jugak mengukur ikut baju sanding aku yang aku tempah dengan wany.
3# Bila bincang pasal pelamin pulak, boleh dia cakap pelamin style baru. Takde contoh dalam album yang aku beria tengok-tengok tu. Aku tau la sekarang trend pelamin kotak-kotak tapi mana la tahu kali ni aku dan din rasa nak sentuhan tradisional. Lagipun haritu masa majlis kat lipis dah rasa pelamin kotak-kotak tu. Ayat tak boleh blah kakak tu 'nanti pandai-pandai la dia buat pelamin tu'. Sungguh merisaukan aku dan din.
4# Nak mekapkan aku kat kedai pukul 12.30 tghari walaupun aku cakap 'tadi mak cakap ada rumah singgah'. Lagipun dia ada customer masa yang sama. Tapi masa mak mertua aku cakap nak batalkan sebab mekap kat kedai boleh pulak dia cakap 'boleh mekap kat rumah singgah'.
5# Sytle mekap dia sama je aku tengok. Mana boleh macam tu. Aku ni kalau salah blend foundation, buruk padahnya. Tak caya tengok gambar tunang aku aritu.
Ok after discuss dan before balik dia mintak din tambah deposit rm80 lagi. Before ni din place deposit rm200. Alasannya untuk tambahan pintu gerbang yang kitaorang request.
Balik rumah, akak dan mak din tanya pasal discussion kitaorang dan the vendor. Nengok cara vendor tu, kitaorang pakat nak batalkan booking. Angkut sekali mak mertua aku gi butik pengantin tu. The vendor dah gi mana ntah. So conversation adalah menggunakan phone.
Cakap elok-elok cakap nak batalkan. Banyak reason la nak batalkan. Lagipun baru few hours macam tu discuss. Akak tu pun bukan beli barang apa-apa untuk tempahan kitaorang. Dia macam berkeras jugak nak kitaorang stay amik pakej dia yang tak best tu. Bila minta deposit, cakap tak boleh. Banyak la cakap pusing-pusing dia. Paling aku tak puas hati, dia tak beli pape pun untuk tempahan kitaorang pastu nak claim deposit tu hak dia sepenuhnya. Kalau bagi half of it pun kami macam ok je. Ni dia nak sapu semua. Ko tengok ikhlas tak ikhlas dia berniaga.
Din hampir-hampir jadi hulk kat sana. Nasib baik la he cepat-cepat keluar from the butik, masuk kereta. Aku ngan mak pun cepat-cepat masuk kereta. Pastu kami ke butik yang best pulak. Nanti aku cite ey pasal butik best tu.