Monday, April 28, 2014

Cerita Masak-Masak Lagi

Nak cerita pasal masak-masak lagi aci tak?? Aku sekarang tengah tak sihat. Few days back demam tapi sampai sekarang tak fully sihat lagi. Suara rock habis ni. Hari tu dah pergi berbekam. Lega kejap je.. hopefully cepat la sihatnye sebab buat apa pun sekarang memang badan rasa tak best sangat-sangat..

Moh cite pasal menu-menu yang aku dah masak minggu lepas..

ayam goreng kunyit

ayam masak lada hitam

sardin goreng. lada tu aku goreng sebijik-sebijik sebab nak bagi ibrahim makan sama.

telur dadar ni buat jodoh dengan sardin goreng. makan dengan nasi kosong. terangkat. ramai nau komen kat gambar sardin goreng dengan telur dadar kat fb aku.

kangkung goreng. cerita pasal kangkung.. hari tu orang jual sayur kat pasar tani bagi aku kangkung free. semoga orang jual sayur tu dimurahkan rezeki sebab sedekah sayur kangkung kat aku.

acar timu lada. Ini masakan tradisi kat lipis. Kat tempat lain tak pernah jumpa lagi. Masa kawin aku ngan din, ada masakan ni.

Daripada nak goreng telur mata yang tipikal, kita upgrade buat sweet sour. Boleh suap ibrahim makan sekali.
Itu je pun yang dah aku masak last week. Banyak menu ayam kan?? Din memang pengemar ayam. Lagipun ayam murah berbanding protein-protein yang lain. Tapi idok le hari-hari makan ayam. Ada time kita makan kat luar. Ada time kita goreng ikan.

Ikan goreng tak payah la nak menunjuk kat blog ni. Lagipun mak mertua aku boleh kata selalu sangat goreng ikan sebab kucing-kucing kat rumah ni suka makan nasi gaul ngan ikan goreng.

Thursday, April 24, 2014

PERLA COFFEE serendah RM 47.00 !!


PERLA COFFEE hanya RM47 sekotak???
betul lah ni…

edisi nak perabih stok packaging tak berapa baru. tapi yang ni packaging yang ada hologram dah. isi , rasa & khasiat masih sama. 

perla coffee ni serius berkesan!! dah la sedap pulok tuh! ni lina nak jual murah je sebab nak perabih stok packaging tak berapa baru ni. original semestinya sebab lina tak jual la yang fake. bahaya!

Bahan-bahan dalam PERLA COFFEE:
SERBUK MUTIARA
GLUTATHIONE
COLLAGEN
VITAMIN C 
CALCIUM
KOPI ARABIKA
KRIMER BUKAN TENUSU
HABBATUSSAUDA
TOMATO
EKSTRAK BETIK

Cara Pengambilan:
1. Masukkan 1 sachet Perla Coffee ke dalam secawan air panas setiap hari sebaik-baiknya selepas sarapan pagi. Suhu air terbaik untuk bancuh PERLA COFFEE ialah 80 darjah celcius.
2.Kacau dan sedia diminum.
3.Maksimum pengambilan 2 sachet sehari.
4.Dinasihatkan minum air masak / mineral / air bersih 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan pantas.

PERLA COFFEE
1 kotak 
RM 47(SM) / RM 52(SS)

2 kotak 
RM 90(SM) / RM 100(SS)

3 kotak 
RM 130(SM) / RM 135(SS)

**FREE POSLAJU

<< sms / whatsapp 0126637842 >>
<< sms / whatsapp 0126637842 >>
<< sms / whatsapp 0126637842 >>


Monday, April 21, 2014

Jumpa Kawan Lama Pae

Ini kejadian last..last week rasenye.. aku pun dah lupa bila..
Mula-mula baca status pae dia kat JB ikut husband dia outstation..
Wah!!! nak jumpa.. nak jumpa..
lama ok tak jumpa pae...
Last jumpa masa kahwin pae 2 tahun lepas..

Dah set masa semua, ambil pae kat hotel..
tapi tak tau nak bawa pae pergi mana..
aku bukannya penjalan sangat kat Johor ni..
balik-balik Angsana, City square, Aeon..
bawa pergi JPO la..
sana tak ramai orang..
lagipun pae tak pernah pergi JPO..

Ibrahim awal-awal pae masuk kereta je dia 'tak geng'..
lagipun baru bangun tido..

ko tengok siapa tersengih lebih.. Ibrahim ni kadang dah tak macam baby dah .  Kadang bawa dia main kat tempat mainan, dia besar lagi dari budak 2-3 tahun. 
JPO ni ok je nak bawa jumpa kawan-kawan..
tak sesak..
cuma tu la tempat nak makan-makan tak berapa nak best..
tapi boleh ajak lepak dalam starbuck atau coffee bean..

sampai ke malam kitaorang kat JPO..
pastu hantar pae ke hotel..
then kami balik ke 'sarang' semula..

Friday, April 18, 2014

Testimoniku keluar di FB page Maixara Official

Rabu lepas ni.. biasalah scroll news feed hat FB tu.. sekali..
erk?? testimoni aku keluar kat FB page Maixara official..
hinsh..hinsh..kembang-kembang hidung..


Duta terbaru Maixara , Emma Maembong awek si Zizan Razak..
meh beli Maixara ngan aku meh..
special price for my blog readers..

sms / whatsapp 0126637842


FB page : Tradicine
FB : Nurul Haslina Hairudin
IG : Tradicine


Thursday, April 17, 2014

Dah Start Merundum Dah Mood Memasak

Nak masuk 2 minggu mula la rasa malas dah.. sebenarnya pening juga nak mencabar diri masak benda berlainan tiap-tiap hari..

tapi dalam malas-malas tu kena jugak rajinkan diri sebab Ibrahim macam nak makan yang mummy masak je.. sedap sangat ke mummy masak sayang?? serius ini aku tak tipu.. dah buat few testings. kalau mummy yang masak memang berselera habis.. kalau beli or orang lain masak dia tak nak makan atau makan sikit je..

ini je nak tayang..
ikan cencaru masak merah
Ikan cencaru biasanya orang masak sambal tapi aku malas nak rebus & tumbuk cili kering maka terjadilah ikan cencaru masak merah.

tomyam ayam 
 Din beli pes tomyam masa kat padang besar hari tu. Aku try-try masak tomyam. Macam tak pernah buat kan? so apa salahnya try.
brokoli goreng ikan bilis
Brokoli ni aku tak guna  ikan bilis pure tau. Aku guna ikan bilis kiub je.

Oh ini cerita pasal Ibrahim Ikram pulak.Ibrahim sekarang suka sangat tiru apa yang kitaorang buat. kadang tu tak sedar pun bila dia belajar. Macam dalam few days ni dia akan cari kunci kereta pastu duk cucuk kat kereta mainan dia. Agaknya nampak din selalu buat. the same key dan cara yang betul pulak tu. pastu nampak kereta din dari jauh dia buat-buat nak tekan alarm. Aku ade letak video dalam instagram. Nak letak kat sini macam tak reti. korang pi visit instagram aku jela ey. ID: 'haslinahairudin'.

pastu hari tu bapak mertua aku bentang sejadah nak solat. Pastu dia pergi ambil wudu' tinggalkan sejadah tu. Pastu ibrahim boleh naik atas sejadah. berdiri tegak then terkumat-kamit mulut macam kita baca bacaan solat tapi tak bunyi suara. kelakar ok. sebab dia ikut apa yang kita buat. may be tengok sesiapa solat dalam rumah ni pastu tiru.

Thursday, April 10, 2014

Jamu Mata Korang Dengan Masakan Lina

Kan dah cakap bila mood memasak tu dah datang.. hehe asyik memasak je la kan? Tapi kali ni pasang tekad untuk masak menu lain-lain tiap-tiap kali masak tu..

Ini masakan untuk few days ni..
ikan tenggiri masak lemak cili api
Ikan tenggiri ni masak lemak cili api. Guna santan kotak.. Berlemak tu berlemak walaupun santan tu katenye cholestrol free. Tapi macam tak berapa umphh!! may be next time kena pakai santan segar pulak kot.

ayam masak kicap
Ayam masak kicap ni style johor. Lamanya tak makan masak kicap yang style pahang punya.. Tapi din suka style yang macam ni.. so, ikutkan jela..

bayam merah goreng
Bagus ni untuk yang ada masalah zat besi. Kalau goreng bayam ni syok tengok kaler pink yang menurun dari sayur tu..

sotong celup tepung

Sotong celup tepung ni sebenarnya sebab teringat-ringat makan sotong celup tepung yang best kat Lynda Ikan Bakar kat Kuala Perlis tu terus masak sotong celup tepung. Nak kata jadi sangat tu, boleh la.. tapi kena improve lagi ni..

Aku ni bukanlah pandai masak nau.. tapi atuk aku dulu kejenye dulu-dulu tukang masak asrama. Nenek pulak dulu ada kedai mee kari yang femes kat bandar Lipis. Adik aku pun ade yang pandai masak tahap buat katering.. 

kadang suka je try-try masak ni.. tengok resepi sikit-sikit untuk dapatkan bahan apa guna pastu try matchkan bahan yang ada kat dapur. kadang aku menderhaka resepi sikit. Ikut suka je nak kurangkan atau tambah bahan..

ok.. esok nak masak apa pulak ye??? dalam fridge ada ayam & ikan cencaru..

Monday, April 7, 2014

Mood Masak Sudah Mari

Aku baru nak menaip entry ni, Ibrahim dah panjat nak join sama. Adeih! inilah antara alasan blog ni lama tak berupdate.. Alasan sesajo.. cakap jela malas kan senang..

Few days ni aku dah datang mood memasak balik... Hari-hari cuba buat resepi lain-lain..habislah gemuk la din, aku ngan Ibrahim.. Tapi memang rasa seronok sebab both Ibrahim ngan din makan berselera betul bila aku masak..

Ini antara yang aku dah masak weekend lepas..


ayam masak merah

ikan masak asam

kailan goreng

Yang bestnye bila memasak ni aku rasa enjoy sangat.. Pastu duk berangan la kan.. Kalaulah ada pinggan mangkuk CORELLE.. Periuk kuali TEFAL..

Oklah.. nak masak-masak untuk hari ni pulak..
korang masak apa lunch hari ni???