Monday, November 29, 2010

Eksiden Lagi?

Pagi ni dimulakan dengan aku eksiden buat kali ke 3 dalam masa 6 bulan. Ni semua kes orang break mengejut la. Kereta 1 break sebab ada pemandu lori yang rosak terjun tiba-tiba dari lori. Kereta 2 break mengejut (tapi tak macam tak nampak lampu break menyala pun) sebab kereta 1 break. Aku si pemandu kereta 3, baru turun bukit dan nak memulakan perjalanan dengan kereta belakang dan kereta belah kanan dekat nak mampus, tak sempat nak break habis-habisan. Huhu... gedegang!

Tiap-tiap kali mesti kereta aku nampak ok sikit (Hyundai Getz sangat kukuh dan kuat). Kereta 2 si kereta kancil yang korang tahu memang macam tin tu dah pecah bumper kat tepi. Salah kereta aku ke yang kuat bodynya? Masa kejadian eksiden aku yang 1st dulu pun langgar Honda. Tapi honda kemek, getz tak kemek langsung. Aku sangat la pelik. Adakah getz sangat kuat berbanding honda yang menjadi kegilaan ramai itu?

Polis pun tak membantu tadi. Dah ko tau jammed sebab lori tu cuba la mengawal trafik sikit. Aku dah la stucked dalam jam dekat 1 jam. Lambat gi kerja 1 hal, dup dap jantung pun 1 hal. Pastu aku rasa undang-undang ' orang di belakang yang melanggar di persalahkan walaupun orang yang kat depan yang salah' patut dikaji semula. Tambah-tambah kalau kejadian dalam traffic jam yang korang sedia maklum kereta belakang himpit macam tak hengat.

Tengok.. emosi aku dah terganggu. Lusa dah la MRI.

Friday, November 26, 2010

Sakit Gigi Again

Last month ke last two month yang aku gi jumpa doktor gigi sebab sakit gigi. Hari ni gigi aku sakit balik. Gigi bongsu tu la. Kalau nak tumbuh, tumbuh je la. Ni tumbuh sikit sakit, tumbuh sikit sakit. Siap rahang-rahang sakit sekali. Baru 1 gigi yang keluar. Rasanya masa aku kat tempat lama gigi ni dah start keluar tapi sampai sekarang still sikit je yang keluar. Ke gigi aku ada masalah? Siapa ada pengalaman? Nak jumpa dentist time betul-betul kronik baru gi jumpa sebab aku asyik mc je lately. huhu....

Thursday, November 25, 2010

He's Negative

Din dah buat hiv test tadi. HIV -ve. Aku next week kot. Time cuti nak pergi MRI. Dah cakap dengan mak aku semalam. Hopefully boleh buat time tu.

Berat Badan Yang Merisaukan

Lagi 2 bulan tapi berat badan aku bukan nak turun pun. Makan dah kena catu dah tapi still berat statik. May be kesan pengambilan ubat bertahun-tahun buat hormon aku ikut suka hati je nak stabil ke tak. Tambah-tambah aku ada prescribe ubat yang boleh menaikkan berat badan. Salahkan doktor pakar yang merawat aku ;p

Aku tak tahu betul ke tak ubat tu mengandungi steroid tapi betul la kot sebab time nak isi borang MRI hari tu doktor soal satu-satu soalan. Tang part 'ada ambil steroid tak?' , sekali doktor tu jawab sendiri 'hari tu dah MRI' . So aku buat conclusion ubat yang aku kena telan before MRI tu mengandungi steroid. Kalau tak apa kaitan soalan dan jawapan tu kan? Any doctors yang boleh confirmkan tak? Ni untuk MRI 1 December ni aku kena telan lagi ubat tu. Huhu.. tak mau jadi pengantin yang gemuk.

Aku hari ni start lagi 1 cara diet yang orang lain buat dah berkesan. Aku pernah buat sehari ada la penurunan berat badan tu. Pastu aku stop sebab tak tahan dugaan housemate rumah lama masak nasi dengan lauk homemade punya. Failed dengan dugaan tersebut. Kali ni aku kena kuatkan diri jugak. Ni warning untuk semua --> 'Jangan ajak aku makan nasi! sebab aku nak tumpukan kat diet aku betul-betul!' . haha aku sudah jadi bridezilla.

Aku malas cerita lagi macam mana diet tu tapi diet tu selamat la. Sebab ada makanan tambahan untuk ganti benda-benda yang aku tak leh ambil time diet. Hopefully ada la hasilnya.

Misi Mengumpul Alamat

Majlis aku dalam 2 bulan lagi macam tu. Tapi kan aku macam tak tahu sama ada aku patut mintak alamat dari kawan-kawan semua tu sekarang. Kalau boleh aku nak la jemput semua secara personally macam yang dd dudu buat.

Aku sangat-sangat berbesar hati nak jemput semua orang yang pernah hadir dalam hidup aku. Tak kisah la kenal-kenal zaman tadika ke, zaman mengaji sekolah agama ke, kawan-kawan gi kem motivasi ke, kawan-kawan blogger pun termasuk jugak dalam hidup aku. Hakikatnya semua la yang aku pernah kenal.

Aku bukan tak nak create event kat facebook dan SMS jemputan. Bak kata orang lebih jimat. Tapi macam tak lengkap proses jemput menjemput. Kadang-kadang ada yang berkecil hati sebab diorang rasa kita tak jemput diorang betul-betul. Nanti aku create event nak ingatkan korang je majlis aku tu bila dan di mana. Tak pun untuk rsvp purpose.

Tapi kan, kad aku 1st draft pun vendor tak call-call aku suruh datang tengok, rasa poyo pulak mintak-mintak alamat awal-awal ni. Aku ni agak segan nak gebang-gebang persiapan kahwin. Ke memang dah lambat sebenarnya nak buat persiapan segala?

p/s: vendor kad kahwin ni senyap je. Harus ke aku telefon diorang. Risau kad aku tak siap boleh tak?

Wednesday, November 24, 2010

Kisah Kami (4)

Rupa-rupanya aku tak sambung kisah kami 4 kat blog lama atas sebab-sebab tertentu. So, sekarang tengah tulis ni aku recall pe jadi lepas 1st date tu.

ok, after 1st date aku tak ingat sape yang exam time tu pulak. Aku ke din tapi kitaorang kena tunggu next dating time after exam habis. Calling and 'sms'ing sepanjang masa jalan. 2nd date we plan to have like double date tapi tak de la double date sangat pun sebab each couples gi tempat lain-lain. Jumpa je kat tempat yang sama. 

Masa time nak jumpa tu memang dup dap la.Janji jumpa dulu kat KL Sentral then kami gerak ke mana-mana after that. Aku naik komuter dari serdang ke KL Sentral dengan one of my friend. Sampai KL Sentral gi dulu toilet then baru call din tanya dia kat mana. So, we plan to met up at Mc'D for breakfast together. Tapi aku tak gi terus aku intai-intai dulu tengok din dah sampai ke belum. Tapi korang nak tau apa jadi? rupa-rupanya....... din ada belakang aku je. Tengah tengok aku duk intai apa. Sweet kan kejadian tu? Ke aku je yang rasa sweet?

After that, we had our breakfast then kitaorang gi Times Square. Kat Times Square din ada bagi hadiah pertama sepanjang relationship kitaorang. Masa tu, kalau aku pegang apa je mesti din nak belikan. Nasib baik aku jenis shy-shy cat time tu. Kalau tak memang habis duit din membeli hadiah untuk aku je. 1st hadiah tu bracelet batu amethyst (color purple) bentuk heart. Nanti kalau ada masa aku ambik gambar bracelet tu.

Kisah Kami 4 sampai sini je. Next kisah cerita time aku praktikal pulak dan surprise yang din buat yang aku akan ingat sampai bila-bila.

Nasib Ada Orang Kampung Tolong (2)

**Sambung cite tayar pecah tu

Aku pun gi la umah orang yang banyak kete tu. Diorang tengah kumpul dekat serambi sambil buat persiapan raya. Aku dengan muka sedih dan kesian tu cerita la kat diorang yang tayar aku pecah... nak balik lipis.. bla... bla.. Risau jugak aku kalau diorang tak nak tolong aku. Huhu..

Diorang baik hati tolong tukarkan tayar aku. Dalam 1/2 jam macam tu siap tukar tayar. Aku ada jugak hulur duit untuk mereka yang tolong aku tu tapi diorang menolak untuk terima. Aku teruskan perjalanan sambil tu aku cari la handphone aku. Sekali handphone aku ter'off' rupanya. Banyak missed call dari famili aku dan din. At the same time rupanya diorang dah on the way cari aku sebab risau aku tak dapat dihubungi. Aku pun call cepat-cepat cakap handphone aku ter'off' dan aku telah selamat meneruskan perjalanan so diorang pun patah balik.

Pak Mbong aku nasihatkan aku keluar ke jalan besar sebab takut tayar tu buat hal ke apa lagi pastu susah nak mintak tolong orang. Aku pun ikut jela nasihat orang tua, tapi memang aku bawa 60-80 km/j. Semua kereta aku bagi diorang lintas aku. Memang rasa seorang loser sangat la malam tu sebab drive slow-slow ikut lorong kecemasan. Lagipun tayar spare tu kelajuan maximum 80km/j. Alhamdulillah aku sampai jugak kuala lipis pukul 2 pagi macam tu. Gila lama perjalanan balik kampung aku. Pengalaman betul.

Aku ada request dekat din nak jet yang power sikit bukan manually kita pulas-pulas nak naikkan jet. Senang, aku boleh tukar sendiri tayar tanpa minta bantuan orang lain. Secara teori aku tau macam mana nak tukar tayar cuma aku kan pompuan mana kuat nak pulas-pulas jet tu.

Lagi 1, next time kalau bos dah bagi half day tu sila-sila la guna sepenuhnya ;p

Kain Untuk Pengapit

Aku dah cerita lama tentang kain untuk pengapit tapi aku tak tunjuk gambar kan? Pengapit tu biarlah rahsia. Sampai masa korang tahu la siapa pengapit aku nanti. Mana tau bertukar pengapit ke?


Lace ni biasa-biasa aje coraknya cuma ada sikit-sikit benang kilat-kilat.Kain pengapit lelaki sama ngan satin lining untuk pengapit perempuan. Bagi aku sesuai la kot untuk majlis kat dewan nanti. Ke korang rasa macam mana?

Tuesday, November 23, 2010

Baju Nikah


Kalau tengok ticker memang buat aku tak senang duduk la. Baju Nikah masih lagi tak finalize nak color apa. Din nak putih tapi baju tunang aku hari tu dah putih. Aku kalau boleh nak la color lain supaya ada variasi sikit dalam event-event bahagia kami.

Aku sangat berkenan fabrik beaded chiffon untuk nikah outfit tu nanti tapi kan mahal sangat la kain jenis tu. Lace, aku dah plan time majlis sanding kat dewan. Hari tu masa gi Jakel (cari baju pengapit yang buat aku emo tu) macam banyak yang cantik-cantik je tapi aku macam serik boleh tak?

Plan nak tempah dengan tailor biasa sahaja sebab baju nikah nak pakai baju kurung biasa atau kurung riau je. Nanti boleh ulang-ulang pakai tanpa rasa segan. At the same time memang nak jimat la kan.

Tandang punya outfit leh fikir later sebab majlis tu a month after nikah dan sanding. So banyak masa untuk yang tandang tu. Nikah outfit ni ha buat aku pening kepala nak fikir.

My Best Best Friend's Wedding


My dear dd sayang dah kahwin. Ramai kawan-kawan yang dah update pasal wedding dd dan keri ni. So, aku pun nak buat jugak special entry untuk mereka tapi gambar aku cilok dari kawan-kawan. Aku tak bawa kamera sendiri so tumpang je la gambar kawan-kawan yang ada kamera yang hebat-hebat ;p


To keri, jaga kawan aku elok-elok tau. Aku doakan both of u bahagia sampai bila-bila. Ko tak benci aku kan? (haha motif teringat khutbah nikah korang)



To dd, selamat melalui hari-hari bahagia bersama keri. Again, aku doakan korang bahagia sampai bila-bila. Pasni boleh kurang dah kerut-kerut dahi kot.

Since my wedding pun dah dekat, aku declare untuk tidak menjadi pengapit. Gambar ambil dari hasni dan ezzan :)

Monday, November 22, 2010

Aku Tertekan

Hari ni patutnya aku mc tapi sebab risau aku akan menyusahkan teamate untuk training system kat tempat client, aku pun gagahkan jugak gi keje walaupun Allah je tahu macam mana sakitnya aku sekarang. Sekali teamate aku tak datang pulak. mc juga katanya. Aku rasa nak nangis je sekarang (mata sudah bertakung air mata sebenarnya)

Aku sejak akhir-akhir aku macam susah nak dengar nasihat orang. Walaupun dari orang yang aku sayang. Aku jadi sangat-sangat sensitif. Tak leh dengar orang membebel. Tak leh dengar bunyi bising. Automatik aku jadi pemarah dan yang paling aku bimbang aku tahap nak buat perbuatan yang ekstrem. Contoh orang hon-hon, aku rasa nak pecahkan cermin kete orang tu.

Aku jugak sebenarnya tak puas hati dengan diri sendiri bila aku lupa-lupa. Pertuturan aku tak betul, Aku salah dengar time orang bercakap dengan aku, benda-benda ni buat aku down sangat-sangat.

Hal master pulak, aku dah give up. Aku memang tak larat dah nak buat sebab aku sendiri pun tak dapat uruskan diri sendiri. Aku sangat-sangat tak kuat. Harap mereka-mereka paham dan tak paksa aku.

MRI brain next week, aku harap tolonglah tunjukkan aku sakit apa. Even bahaya mana sekalipun sakit tu aku redha dari aku tak tahu nak bagi tahu orang yang aku sakit. Tahap kesakitan sangat-sangat menduga iman.

ok cukup dulu.

Friday, November 19, 2010

Random Talk

Sebab aku busy tapi tetap nak update blog so aku buat random quick post ;p

#1 - Tak sempat nak sambung cerita 'tayar pecah' tu. So, sabar ey kawan-kawan
#2 - MRI for brain schedule on 1st Dec . Sungguh cepat dan aku sangat-sangat nebes.
#3 - Gastrik aku sudah melampau. 1 teguk air gas pun boleh jadi gastrik teruk.
#4 - Esok my best best friend getting married. Perasaan aku bercampur baur. Happy for her, sad sebab dd dah nak kawen (kurang geng bujang dah), nebes sebab akan jadi pengapit buat kali terakhir (yes, aku bersara jadi pengapit lepas majlis dd nanti)
#5 - Sedih sebab pagi tadi ada lagi problem dengan module yang aku buat. Aku salah ke? Aku rasa aku dah buat yang terbaik. Masalah communication ngan partner yang buat module tu ke? Aku rasa aku dah habis berkomunikasi dah. Masih ada 1 module yang buat aku tak tentu arah.
#6 - Aku rasa dah tak sanggup nak teruskan master. Banyak sangat dugaan and I need time to cool down with all masalah yang happens to me.
#7 - Aku rasa masalah lupa dan susah untuk fokus semakin kronik. I feel really bad about this.

Wednesday, November 17, 2010

Nasib Ada Orang Kampung Tolong

Semalam (sehari sebelum raya haji la), bos dah bagi half day tapi aku sengal tidur dan basuh kain dulu baru bertolak balik. Time aku keluar rumah pukul 7 mlm. Aku silap ambil jalan MRR2 yang buat aku stucked sampai pukul 9 lebih baru sampai Gombak. Pastu keluar tol Gombak jammed teruk gila sampai aku bawa kete pun 20km/j je naik bukit Genting Sempah tuh. Masa tu aku masih cool la walaupun asyik-asyik call din.

Sampai Bentong dalam pukul 11 lebih. Dalam radio kate Bentong pun jammed so aku plan nak ikut alternatif keluar exit Mempaga-Kampung Chinta Manis. Banyak kete gak ikut situ tapi tak la jammed sebab jalan kampung.

Baru je masuk jalan kampung tu aku pun pecut la nak ikut kete kat depan sebab takut la jalan kampung kan? Sekali korang.... aku terlanggar lubang. Pastu kete rasa tak best nak bawa. Huk..huk.. tayar pecah. Kebetulan depan surau kampung. Aku masih berlagak cool sambil fikir-fikir nak buat apa. Barang-barang nak tukar tayar ada tapi aku tak kuat nak naikkan jet. Nak tahan orang, takut orang jahat. Jauh lagi tu nak sampai Lipis... huhu...

Aku call pak mbong aku, dia try cari orang tapi jauh tu nak kira orang. By that time dah nak pukul 12 mlm. Aku call din untuk cool kan aku. Tiba-tiba 'ting' aku terfikir nak tanya wawa housemate aku. Wawa bagi suggestion aku mintak tolong orang kampung. Nasib aku baik sangat sebab tayar pecah depan surau. Ada rumah-rumah orang sikit..

Dalam takut-takut tu aku gi ketuk rumah orang yang dekat surau. Wawa pesan tengok dulu luar rumah tu banyak motor ke tak. Yela kang rumah bujang, tak selamat aku. 3 kali bagi salam orang tu tak bukak pintu. huhu... nape orang tu tak bukak pintu di saat aku memerlukan pertolongan. Tapi aku tak kalut lagi. Aku cuba try tengok sekeliling kot-kot ada rumah lagi.

Sekali seberang jalan ada banyak kete macam rumah famili yang anak cucu baru balik kampung.. Aku pun gi la mintak tolong...  **sambung next entry la, penat pulak aku nak taip. macam panjang lagi ceritanya.

Tuesday, November 16, 2010

Maaf Kalau Aku Cakap Ni...

Aku bukan nak cakap apa tapi first thing first, aku nak mintak maaf dekat siapa-siapa terasa.

Sejak dua menjak ni aku rasa ramai yang blogging sebab nak naikkan traffic blog masing-masing pastu dapat la income dari nuffnang. Salah wo macam tu. Siapa la tok guru hebat sangat ngajar gitu. Blogging la secara ikhlas.

Aku memang tak letak ruang chat sebab aku rasa semak ngan spam je. Yang tak bestnya kalau 2-3 kali duk komen benda yang sama dalam comment popups aku, sangat rasa tak best. Jangan risau, kalau korang cakap straight forward je nak mintak aku link kan korang, aku tak mintak balasan pun in advance utk korang link aku. (Matikla cakap ala-ala blogger femes ;p)

Kadang-kadang tu aku rasa macam orang yang komen macam tu tak baca pun apa yang aku tulis. Huhu sedih tau korang buat macam ni. Aku pun rajin gak berblog-hop cuma kadang-kadang aku jadi silent reader sebab aku tak tau nak komen apa. Aku akan komen benda-benda yang related je ngan entry. Try to avoid membuat spam sebab gila loser buat macam tu. Nampak sangat desperado nak kaut duit nuffnang je.

Aku cakap ni bukan aku blogger yang hebat, tapi aku menulis sebab nak buat catatan hidup aku yang dapat aku kenang sampai anak cucu. Tambah-tambah persiapan hari bahagia aku dan din :)

Monday, November 15, 2010

Sejak Bila Nama Aku Macam Tu?

Tadi masa meeting kat Nilai dengan client, Bos ada tunjuk slide yang ada nama aku. Nama aku sudah berubah kepada 'Haslina Hairudin'. Mana nama sebenar aku ' Nurul Haslina Hairudin' .

Masa bagi kad dan kek sempena raya tu pun pihak management bubuh nama aku 'Cik Haslina Hairudin'. May be nama aku lagi sedap kalau 'Haslina Hairudin' kot . Huhu tapi sedih la if Nurul tu di 'anak tiri' kan.

Haha.. matikla bubuh nama sebenar kat blog.Sekali bos google jumpa nama aku ;p

Booked : Kad Kahwin

Sekali lagi weekend yang busy. Tapi kali ni busy bersama din ke sana ke mari menyetelkan urusan kahwin. Perasaan pun dah lega sikit sebab 1 lagi urusan dah separuh jalan.

Aku dah tempah kad kahwin. Aku dapat tempah salah satu kad yang pernah aku survey. Cuma tempah dekat vendor yang baru 1st time aku pergi je. Aku tempah kat Jalan Brunei. Most B2B tau tempat ni memang banyak vendor kad kahwin kan?

Hari Sabtu sebab din sampai pun dah petang jadi tak dapat la nak serbu kedai kad. Esoknya after lunch baru pergi sana. Tu pun main redah je sambil dalam hati cakap 'tolong la bukak kedai kad tu..huhu'. Alhamdulillah kedai kad buka.

Serius rambang mata nak pilih kad. Siap gaduh-gaduh manja ngan din sebab masing-masing nak pertahankan taste masing-masing.Last-last din ambil gak kad pilihan aku. Cuma kaler kad kiteorang ada 2. Separuh kaler dark hijau , separuh lagi dark purple. Pilih kaler yang gelap-gelap sebab kad tu cantik kalo kaler gelap.

Kad pilihan aku ada di antara kad-kad ni. Kalau pandai cuba teka yang mana?

Ok, ni tips untuk tempah kad kahwin :

1. Survey dulu vendor kad kahwin korang. Masa ni boleh nak banding-banding harga. Sebab kadang-kadang ada vendor letak harga lagi murah untuk kad yang sama. Aku ada gak dengar cite tak best pasal vendor aku tapi ada jugak cite yang baik. So, aku ambil langkah untuk ignore yang tak best.

2. Pilihan warna hot stamping yang sesuai. Kalau kad yang cerah-cerah, jangan la pakai kaler silver utk hot stamping. Kesian orang tua nak baca nak jelas.

3. Jangan pilih font yang terlalu fancy. Tak semua orang boleh baca apa yang ditulis dengan font yang fancy-fancy. Cantik tu cantik tapi jangan marah kalau orang salah sebut nama pengantin .

4. Size font jangan la kecil sangat sebab tak semua orang mempunyai anugerah mata yang cerah penglihatan.

5. Pastu pastikan tanya betul-betul harga kad. Ada vendor dia asing-asingkan harga. Means, kad harga lain, emboss, hot stamping dan inlay pun lain. Jangan terpengaruh if dia letak harga murah sangat. Sebab tu may be baru harga kad sahaja.

6. Lastly, sila lukis siap-siap peta before datang dekat vendor. Aku ambil masa berjam nak melukis peta kat sana. Dah la peta tak cantik aku lukis.Huhu leh ubah tak nanti?

Friday, November 12, 2010

Kisah Kami (3)

after kejadian 'teman lelaki' tuh, we still contact each other. din tak patah ati pun dengan jawapan saya.

pastuh dah abes exam, din ajak saya kuar tengok wayang. tapi saya macam malu tapi mahu. siap suh dia ajak kawan dia je. sekali dia cakap kawan dia tuh nak kuar ngan aweknye. at last, berjaya gak dia ajak saya kuar. mase tuh saya duk pikir, 'macam mane nih?, tak penah kuar berdua2 ngan laki ni. nak pakai pe ey? ok ke?'

hari ditunggu pun tiba...

jap jap.. tarik napas jap. nak cite 1st date bersama seorang lelaki ni ;p

ok, kiteorang janji nak jumpe kat midveli. janji nak jumpe pagi sebab saya konon bagi alasan tak mau balik malam2. berjaya ke nak balik awal? hehee.. tuh nanti cite kemudian2 sket.

saya sampai awal dari din. hish.. 1st date dah fail bab2 mase ni. janji yang saya akan tunggu kat depan MPH. so saya tunggu la. sekali din call kate yang dia dah sampai. dia tunggu kat depan MPH gak. yang peliknye saya tak nampak pun dia. tak kan dia main hide n seek pulak. oh korang, lupe nak bagitau korang yang saya penah jumpe din before tuh. 2 kali tapi jenis jumpe ramai2. mase tuh, din ngan biznesnye. tapi mase kiteorang jumpe2 yang ramai2 tuh, xde la nak bercakap-cakap ke. tuh pun before kiteorang sebok bersms & calling2.

ok sambung balik. korang nak tau pe jadi sebenarnye? rupenye kiteorang tunggu dekat 2 pintu berlainan. memang la tak jumpe. saya tunggu dekat pintu yang dekat watson tuh. din pulak tunggu kat pintu yang dekat center court tuh. hehe apeda..

kiteorang start dating ngan mencari contact lenses saya. lupe sebab pe nak pakai lenses arituh. rasenye spek saya patah ke ape sebelum tuh. nak tengok wayang so kne la bagi mate clear kan? pastu dah beli lenses tuh, kiteorang gi makan dulu. cube teka din bawak makan kat mane? ok lambat nak korang teka. kiteorang makan McD je. on my request saya rase, sebab saya suke sangat McD. McD kat midveli kan ade 2. kiteorang gi yang kat depan wayang tuh.

pas makan, kiteorang beratur beli tiket. saya yang pilih cite nak tengok. saya pilih nak tengok 'tokyo raiders'. ni pengaruh iklan nih padahal cite tuh so-so je. tak kelakar mane pun. huhu

pas wayang kiteorang duk borak2. borak2 pasal keluarga. asal mane semua baru nak bercite la. pastu tuh,lepak minum kat dunkin' donuts. pastu jalan2 sambil borak2 then lepak depan toilet carefour untuk borak2 lagi. time kiteorang tak borak kirenye mase solat ngan mase masuk toilet je. yang lain tuh, berborak je. hehee.. berjam-jam korang.

mule2 before kuar, saya kate nak balik sebelum malam kan? tak de maknenye. last2 saya balik malam jugak. dah borak tak hengat. pastu ade orang tuh tak nak bagi saya balik. kol 9 saya terpaksa balik gak.

mase dalam komuter tuh, dia ade sms saya: 'i miz u'. saya pulak speechless korang. baru 1st date tak kan dah miss2.

sampai serdang saya amik cab. 1 cab ngan fashya pulak tuh. fashya, ingat tak?
malam tuh, kawan kepada kawan saya cakap yang din sampaikan salam dan 'he miss me'. again? biar betul.

ni gambar mase 1st date kiteorang. satu2nye gambar yang ade.




p/s: sila abaikan saya yang kurus waktu tu.

Perut Berasid

Semalam aku mc. Aku kena acute gastric. Memang aku ada gastrik dari kecik lagi. Cuma sekarang gastrik aku dah melampau-lampau. Makan sikit gastrik, makan banyak pun gastrik. Air gas memang aku tak leh minum sikit pun. Sure kena gastrik punya la.

Aku sejak kecik jugak kalau ubat gastrik yang jenis air tu confirm tak leh masuk. Kalau masuk je, sure aku muntah ngan dashyatnya. Tambah teruk gastrik aku pastu. Tapi semalam kan, doktor bagi aku gaviscon. Yang ni macam pekat-pekat ubat batuk. Boleh pulak aku telan kali ni. May be ubat tu tak cair kot. Ubat yang pil pun doktor bagi gak semalam sebab gastrik aku dah terlampau semalam.

Bukan tu je, perut aku pun penuh angin. Sakit sangat-sangat. Nak kentut tak mau keluar pulak anginnye. Yang aku paling tak larat time gastrik ni, kena pantau dan pantang makan. Pastu selera pun terbantut sebab perut sangat tak best. Hopefully esok ok la.  huhu

Thursday, November 11, 2010

Kisah Kami (2)

hi korang (^___^) sape tunggu episod seterusnya kisah kami sila angkat tangan. hehe macam nampak je ;p

kami start sms n calling kan dlm episod lepas. mase tuh pulak time exam. x ingat 1st test ke, 2nd test ke atau final. yang penting exam la. rase macam sepanjang mase je bersms. ntah ape je yang kami borakkan mase tuh.

then 1 malam tuh, jeng..jeng..jeng..(hahaha siap kuar sound effect tuh), saya ade exam tapi din pulak xde. ala2 sweet gitu, dia sudi nak temankan saya. saya ok je. kami terus bersms. ni lebih kurang ape yang kami sms.

din :jadi saya dah jadi teman lelaki awak la.
saya: ha'ah la. awak teman saya malam ni, pastu awak lelaki. so teman lelaki(dengan nada bergurau tapi dalam hati. OMG! dup dap dup dap)
din: jawapan awak tak dapat A la :(
saya: awak seyes ke?
din: yes.i'm serious.
saya: give me time ok. seminggu dua ke.

ade orang tuh merajuk bile saya cakap macam tuh. tak nak ngaku ok ;p siap saya kene pujuk guna public phone. korang rase time tuh ape perasaan saya? tentulah berbunga-bunga kan? hik hik. cume ade kerisauan. yela ai xpernah bercinta uols.pastu kami pulak baru je kenal. rase macam cepat sangat.

ape jadi ey pastuh? korang kena tunggu lagi. hehe sabar ye. kalo saya boleh tunggu macam counter daisypath.com kat bawah blog ni untuk relationship kami, korang pun tentu boleh sabar sket ;p

Wednesday, November 10, 2010

Kisah Kami (1)

Aku ambil story-mory aku ngan din dari blog lama. Dulu terberhenti sekejap. Ni bila hati aku dah 'sejuk' baru ada mood nak cerita balik. Tapi kalau cite sambungan takut ada kawan-kawan baru yang tak faham, so start balik la dari kisah 1.

hiks malu nak cite. tapi nak letak kat belog gak takut nanti makin lame makin lupe pulak. saya ni bukan makin mude ;p

bukan nak tiru sesiapa. setiap orang ade kisah masing2 kan. jadi tak mungkin kisah kita same. ok enuf.

kisah mulenye begini... dalam tahun 2005 macam tuh, saya nih jatuh chenta gile ngan lagu2 Muse.tambah2 lagu 'unintended'. frankly, tuh la 1st time saya mengenal Muse.tambah2 kan.. bile tgk vclip konsert diorang yang live, yang main instrument tak hengat tuh.perghhh! meruntun jiwa raga betul la. dalam hati, i wish that someone can play the song for me with guitar.

time tuh hot ngan friendsternye so dlm profile tuh kate saya mencari orang yang pandai main gitar.hiks hiks.. gile tak tahan. dlm bape minggu ade orang nih add kt friendster. sbb kwn pade kwn, jadi saya accept la. then a week or two mcm tuh, i got missed call from no yang tak dikenali. saya tanye geng 'puteri 7', masing2 tak tau. tapi ciare, ko ingat tak ko cakap 'tuh safa kot. kawan si ****'.

pastuh tak ingat dah mcm mane we started sms each other. from sms, calling2 pulak. borak punye borak, dia ni pandai main gitar rupenye. the 1st song dia mainkan untuk saya was 'unintended'. betul2 perfect timing la.

erm.. cukup la dulu. nantikan kisah seterusnya. x best la kasi cite semua skali terus ;p

Tuesday, November 9, 2010

Time To Book Your Honeymoon Flight

MAS tengah buat promo. Ni bagi yang tak tahu la. Aku tengah teruja ok. Sebab tiket MAS murah.

Booking period : 8 - 15 Nov 2010
Depart : 8 Dec 2010 - 30 Sept 2011 or 8 Jan - 30 Sept 2011 (Australasia /Europe)

klik je gambar ni nak ke link promo tu

 Sangat menarik promotion kali ni but return tiket mahal sikit. Aku ngan din dalam proses discussion lagi. Mana-mana yang nak book tiket, ni la masanya.

Kad Kahwin Idaman (2)

Dah dekat sebulan aku survey pasal kad kahwin tapi gi tempahnya tak jugak. Korang marah din. Susah betul nak dapat cuti kat kedai sendiri.

Antara kad-kad yang aku berkenan:

1. I Like Card  -  http://ilikecard.blogspot.com/

Yang ni cantik sesangat tapi kos mesti tak dipersetujui oleh din. Tapi aku suka.

Kad sekeping ni pun sweet je.


2. Kanda Dinda - http://www.kadkahwin.com.my/ 

Nak kaler sweet pink atau white. Simple n nice kan?

Bajet mula-mula bawah RM1 untuk 1 kad. Sekali din cut kos. huhu menangis sekejap. Ke korang ada any suggestions untuk aku. Tapi taste aku lebih kurang mcm ni je.

Monday, November 8, 2010

Aku Tak Reti Rate Diri Sendiri

Alhamdulillah, appraisal aku dipercepatkan oleh pihak management. Cuma aku ni je melengah-lengah sesi appraisal tersebut. Yela, sekarang adalah masa yang kritikal sebab aku sepatutnya dah start project baru but aku still membetulkan module di project lama. Kadang-kadang stress jugak. Tapi aku masih boleh bersabar.

Kalau appraisal, mesti ada part yang kita rate diri kita. Aku tak suka ok bende tu. Reason why aku tak suka benda tu ialah aku takut aku puji diri aku tapi sebenarnya bos aku tak nampak pun benda tu kat aku. Ni masalah-masalah self esteem yang rendah la. Pastu kalau benda-benda yang tak elok bagi kita mesti kita nak hide-hide kan? So, jadilah aku yang tak reti nak rate di mana tahap aku sebenarnya.

Aku rasa appraisal ni cepat sangat la. Aku baru join 2 project sepanjang 5 bulan perkhidmatan aku kat sini. Macam tak reti jugak nak rate hasil kerja aku dalam 2 project tu. Bagi orang lain macam banyak, tapi aku sendiri rasa yang aku masih tak banyak effort yang dicurahkan untuk company.

Pastu aku takut result appraisal nanti. Aku pernah kecewa dulu dan kalau boleh tak nak la rasa lagi. Apa-apa pun memang kena tempuh gak benda ni kan? wish me luck my dear friend. Kot-kot ada rezeki sempena nak dirikan masjid :)

Aku Suka Beli Kain Di Jakel Tapi....

Aku memang suka kain-kain di Jakel tapi pengalaman membeli kali ni buat aku ala-ala nightmare sikit. Aku hampir jadi bridezilla sabtu lepas. Time tu aku cari baju pengapit-pengapit aku dan din.

Before ke Jakel aku dah plan untuk mendapatkan kain pasang plain untuk both them. Ada juga plan untuk mendapatkan pakej pengantin yang paling murah.Kerlas ko, aku nak bagi mereka pakej pengantin punya kain. Tak la kerlas mana, aku fikir langkah tersebut adalah langkah penjimatan berganda. Beli yang pengapit pompuan kain yang best-best sket pastu dapat free kain pengapit lelaki. Dengarnya Jakel ada promo pakej pengantin serendah rm150. Tu sebab aku gi Jakel. Aku nak beli pakej tu untuk diorang.

Sampai kat Jakel, tak sempat penat jalan kaki aku reda dulu, dah ada SA(Pembantu Jualan) approach aku. Aku ok lagi orang nak layan aku. Tapi yang tak best bila nak paksa-paksa aku. A bit annoying ok.Aku dah cakap aku nak pakej pengantin untuk beli baju untuk pasangan pengapit aku. Bajet aku rm150 untuk pakej tu. Pastu aku nak yang simple dan tak berat. Tak kesah la chiffon ke lace. Lagipun aku tahu Jakel ada buat pakej pengantin yang aku rasa boleh cater bajet aku. Yang SA tu duk tunjuk-tunjuk yang atas bajet aku. Pastu nak suruh aku ambil kaler yang bukan aku nak. Ada jugak dia tarik-tarik tangan masa nak tunjuk yang mahal-mahal tu. Erghh! tension babe. Aku ambil tempoh bertenang ngan buat-buat turun 1 level, then naik semula ke level 3 ke 4 tu.

Naik semula, ada SA lain yang approach aku. Aku bersyukur sangat SA yang ni paham apa yang aku nak. Dia pun tak mendesak-desak aku. Kali ke 2 dia tunjuk suggestion dia, aku pun terbuka hati nak beli je. Masa nak bayar tu, SA yang 1st tu pun kebetulan ada kat kaunter tu gak. Siap cakap 'eh! dah beli ke?' Aku just 'a'ah' Rasa macam tak best ok. Sebab aku rasa dia bertanya dengan sinis. Sebenarnya pertanyaan tu aku rasa sangat rude ok. Tak perlu tanya soalan macam kat customer yang ko dah rosakkan mood shoppingnya.

Aku sangat suka kain-kain kat Jakel, memang 1st choice la bab kain-kain ni, Tapi bila dah jadi macam ni,aku rasa tawar hati sikit nak gi lagi ke Jakel.

Friday, November 5, 2010

Mungkin Aku Perlukan Vitamin B

Aku start rasa penyakit aku semakin teruk bila aku lupa dengan kroniknya. Memang banyak beza la aku yang dulu yang macam 'ensiklopedia bergerak' dan sekarang pulak macam orang alzheimer. Aku boleh lupa benda yang aku tengah buat berkali-kali.

Aku tak la sedih pun. Mungkin suatu hari nanti akan ada jalan penyelesaian untuk sakit aku ni. Lagipun doktor pakar tengah berusaha cuma korang faham jela prosedur-prosedur rawatan kat hospital gomen. Lagipun kes aku ni tak betul-betul kritikal. Nak refer ke private, aku malas nak buka-buka file semula. 

Semalam aku ada tertengok tv series 'Royal Pains' kat Starworld. Ada part dia selamatkan pompuan tu dari mati tercekik vitamin. Masa part doktor tu tanya simptom-simptom secara personal, ada keluar masalah pompuan tu asyik lupa-lupa. Pastu tu doktor tu cakap dia kekurangan vitamin B1. Tu sebab dia jadi pelupa.

So, sekarang aku kena ambil Vitamin B la ey? kot-kot boleh ok sakit aku :) Tapi aku tak pandai nak beli vitamin-vitamin ni. Dah la kat drugstore banyak sangat brand vitamin-vitamin. Ada sesiapa tak, yang boleh tolong aku?

Thursday, November 4, 2010

Baju Untuk Pengapit Dan Close Famili

Aku tengah sindrom tak bersemangat nak buat kerja. Ambil kesempatan di waktu tengah hari ni nak update sesuatu pasal hal-hal kahwin.

OMG! lagi 3 bulan je lagi. Berdebar-debar dan cemas sebab banyak benda tak buat lagi. Tapi nak freak out lebih-lebih tanpa berusaha pape pun tak guna. Ok, hari ni aku nak open discussion pasal baju untuk famili dan pengapit. Aku dan din dah plan nak bagi kain khas untuk pengapit-pengapit kami nanti. Siapa pengapit aku tu, rahsia sampai hari kahwin nanti. Siapa yang dah tahu tu ---> please keep it as secret!

Untuk famili pulak, adoyai.. bajet macam tak cukup je. Yela, ade jugak mak cik-mak cik yang harap ada sponsor. If bagi 1 mak cik, of cause la kena bagi yang lain sebab aku tak mengamalkan favouritism (ade ke word ni? kalo tak de korang paham kan maknanya) Untuk famili kecik saya pun tak tentu mampu ke tak ni. Harap mereka faham.

Tapi aku sangat-sangat suka if my whole big family pakai baju sama on that day. Tapi aku ada kekangan bajet. Again, harap mereka faham.

Kita cerita baju pengapit je la. Nanti pengapit ni ke hulu ke hilir melayan aku.So, aku rasa patut sangat aku bagi diorang kain buat baju as a token kan? Dan tak mau mereka overshadow kami berdua ;p Kain apa yang rasenya sesuai ey? Seharusnya kain itu plain. Apa lagi ey?

Wednesday, November 3, 2010

Download Borang - Borang Nikah (for Pahang Bride)

Rupa-rupanya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dah ada letak borang secara online. Tinggal nak download je. So, ni dah menjimatkan masa nak balik kampung ambil borang-borang berkaitan (kes macam aku la. Kerja kat Selangor, kampung Pahang). Ni linknye :

http://jaip.pahang.gov.my/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=40&Itemid=19

hope sikit sebanyak info ni dapat tolong korang :)

Aku Hanya Berusaha

When we talk about wedding, mesti akan wujud perasaan nak kelihatan cantik di hari bahagia tersebut. Tapi sebenarnya bukan hari tu je nak cantik, kalau boleh sentiasa nak cantik. Cantik tu bukan kat muka je, kalau boleh a whole body cantik.

Sejak bekerja ni, aku perasan yang badan aku semakin hari makin berjaya menternak lemak. Sekarang pulak berat tu statik je. Kalau turun sebab mengamalkan diet, nanti pasti akan naik ke angka tu balik. Pastu aku sekarang ni jenis tak kuat nak diet-diet ni.

Hari tu aku ada try diet berprotein tinggi. Sempat 1-2 hari je kot. Aku mana tahan tengok orang lain makan nasi, roti dan minum milo. Pastu dapat pulak kawan yang tak mendorong aku berdiet. Hancus diet plan aku.

Tapi sejak bulan lepas, aku sedang menjalani treatment pengurusan berat badan ala-ala London Weight Management tapi yang biasa-biasa je. Kos pun tak la mahal sangat. Din yang keluar duit. Aku harap kali ni berjaya la aku mendapatkan berat aku yang dulu-dulu tu.

Dari segi makan pulak, aku still makan macam biasa but day by day aku kurangkan dari segi portion dan benda-benda yang tak elok untuk kesihatan. Contoh:  semalam aku makan bihun goreng dalam 1 senduk nasi (1 senduk bukan 1 sudu) + milo bersusu. Hari ni aku ambil kuey teow goreng 1 senduk nasi + milo kosong. Nampak tak beza?

Treatment ni secara pakej dan ada 30 sessi. Aku ada banyak lagi sessi nak kena habiskan. Aku berharap usaha aku kali ni ada la hasilnya. Insya-Allah

Tuesday, November 2, 2010

Sudah Pindah

Aku dah pindah rumah. Pindah masuk rumah kawan yang terdekat. Akhirnya after a year berkongsi bilik, aku dapat space sendiri again. Tak de dah serabut-serabut nak fikir orang tak selesa ke hape dengan keserabutan aku.

Tapi still ada barang kat rumah lama, ingat deepavali nak datang ambil. Tengok dulu bila din datang. Nak dera dia angkat ice box, 1 rak rak yang berat dan beberapa barang kecil yang lain.

I'm back to work after cuti selama 3 hari last week (jumaat and weekend ;p). Semalam Monday blues yang melampau. Patutnya kena siapkan 1 module secara bersungguh-sungguh. Tiba-tiba module tu ok secara tak sengaja (sebenarnya aku lupe apa yang aku dah buat khamis before balik kerja tu). Tinggal 1 module agi then kena balik office. Yes, bos sudah panggil aku balik office.

Persiapan kahwin : 'nada' * in spanish means --> tiada. Sepatutnya aku dah by right tempah kad kahwin. Tapi aku tak mau gi tempah sorang-sorang. Nak gi sama-sama ngan din. It's our wedding anyway ;p

ok, sudah cukup dos. Sila sambung kerja :)

Monday, November 1, 2010

May be.................

Jumaat lepas aku sekali lagi berjumpa pakar. Kali ni to get 2nd opinion from ketua pakar. Bukan sebarang pakar ey. Ketua Pakar Ortopedik Negeri Pahang.

Since MRI leher tak de yang abnormal, so i need to undergo another mri. Kali ni untuk brain pulak. Tapi before tu, aku kena jumpa pakar ENT to exclude chances penyakit lain.

Yela sakit aku ni dah melarat-larat. Dulu just left leher,kaki dan tangan je problem. Now, my left eyes, my left pipi. Aku punya ingatan and hearing tak macam dulu. Kalau ada skala untuk tahap kekurangan ingatan dan pendengaran tu, dulu aku boleh bagi 10/10, sekarang 6/10 je or may be 5/10.

Aku ade terdengar ketua pakar tu explain kat pakar yang examine aku tu. Perkataan yang buat aku takut kalau aku ade sakit tu. Hopefully aku salah dengar la.

Jumpa ENT bulan 12 nanti, MRI still tak dapat tarikh bila.Tiba-tiba aku teringat kisah 50 first date ;p dah.. dah... sambung kerja walaupun monday blues