Thursday, August 26, 2010

Apa nak jadi?

Tak tahu kenapa. Asal aku stuck je buat coding, mula la aku nak baca blog, main facebook, google gambar makanan.Kalau dalam sejam sekali boleh la terima.

Ini fokus seminit dua, pastu minit ke 3 dah stuck pale otak ni. Rasa tak boleh berfikir. Boleh je paksa berfikir tapi hati aku duk hasut, jangan fikir banyak-banyak, nanti stress. Stress tak elok untuk kesihatan.

Aiyo..camno ni? Macam dah naik lemak je aku ni. Nak bagi semangat la kat diri sendiri. Janji ngan diri sendiri la 'Kalau berjaya settle task ni sebelum kol 5, boleh gi bazar ramadhan'. Haha..macam tak membantu je kalo janji macam tu. Cuba dapat janji macam ni 'Settle benda ni cepat nanti bos naikkan gaji'. Harus ko, buat coding sampai menangis pun aku sanggup ;p

p/s: tiba-tiba semangat nak ngadap coding balik. Berangan dapat naik gaji sambil senyum-senyum ngadap coding. (schedule entry ditaip beberapa jam yang lalu )

Perbelanjaan Vs Gaji

Korang dah gaji? Certain company dah bayar paycheck untuk bulan Ogos kan? Tapi ada juga company yang ade masalah kewangan jadi gaji bulan lepas pun tak dapat lagi. Aku pernah alami masa kerja yang dulu. Sabar ey korang. Anggap tu simpanan secara senyap.

Bila dah dapat gaji mula la kena bayar macam-macam. Aku tiap-tiap bulan kena bayar bil je dalam 40% dari gross pay aku. Banyak kan? tu pun aku pakai kereta biasa-biasa je, pastu sewa rumah flat 2 bilik kongsi 4 orang. Nak kata selesa tu, boleh la. tak de la selesa sangat. Alhamdulillah.

Aku juga minimize expenses untuk benda-benda tak perlu. Cubaan untuk berjimat la ni. Sebab aku asyik terfikir umur berapa aku nak financial freedom. Sekarang ni hutang belajar pun tak habis lagi. Hutang kereta dalam 6 tahun 1/2 lagi. Nak jugak aku ade rumah sebijik tapi aku plan untuk habiskan atleast half of hutang belajar baru beli rumah. Sakit kan kalau pinjam PTPTN ni. Nampak surut sikit-sikit je. Insya-Allah, kalau ade rezeki dalam 3-4K aku nak dapatkan 1% caj pentadbiran tu. Tak de la rasa bayar macam sia-sia. Tengah mengumpul ni. Pinjaman MARA alhamdulillah, rasa berbaloi bayar sebab tak de caj perkhidmatan ke ape.

Aku rasa dah lama aku tak shopping sampai terduduk. Selalu beli barang-barang yang perlu je. Esok merasa la kot shopping gila-gila untuk raya dan E day tapi kalau boleh beli yang perlu je. Aku juga tak seperti dulu, almost everyday makan kat tempat mewah-mewah. May be faktor tempat bekerja mempengaruhi. Dulu dekat je ngan Mines Shopping Fair. Sekarang kat cyberjaya ni tak de shopping complex. Sekali lagi Alhamdulillah.

Korang macam mana? every month perbelanjaan melebihi gaji tak? apa pulak korang punya cara berjimat? jom share. Kot-kot aku boleh ikut ke.

Resipi: Sambal Ikan Bilis Tempoyak

Seronok pulak post entry masak-masak ni. Lagipun tak banyak idea nak menulis blog pun. Hari-hari rutin sama je. Pastu persiapan E day pun tak banyak time-time hari bekerja ni. Rutin harian adalah pergi kerja, balik kerja masak untuk berbuka. Tu je kot yang highlight of day. Jadi, terimalah resipi seterusnya dari aku, Sambal Ikan Bilis Tempoyak. Ini pun makanan yang selalu terhidang di rumah famili aku.

Bahan-bahan:
  1. Ikan Bilis
  2. Bawang Besar (dimayang)
  3. Tempoyak
  4. Cili padi (tumbuk sampai lumat)
  5. Garam
  6. Serbuk Kunyit
  7. Air
  8. Minyak
Cara-cara nak memasaknya:
  1. Panaskan minyak dan gorengkan bawang besar dan ikan bilis.
  2. Masukkan cili padi
  3. Masukkan tempoyak
  4. Tambah sedikit air untuk tak bagi tempoyak tu mengeras. tapi jangan sampai jadi macam gulai pulak.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan serbuk kunyit dalam sesudu teh.
  6. Tunggu sampai masak, tutup api dan boleh dihidangkan dah ;p

Wednesday, August 25, 2010

Persiapan E day (4)

Semalam mak suruh survey harga carpet. Ape kena mengena karpet dengan E day nanti. Karpet rumah atuk aku macam dah lama so mak plan untuk mendapatkan karpet baru. Bukan 1 tau. Dia nak 2. Ukuran pulak 12 x 9 (dalam inci kot, kalau dalam kaki bukan besar sangat ke? erm tak tahu la). Mak ada survey dekat Lipis. Harga 1 karpet tu RM450. Adik aku kata mahal sebab kat tempat lain murah katanya. Jakel ada buat jualan karpet kan? Nanti nak gi tengok la.

Tu karpet, then pasal hantaran hari tu mak tengok dalam tv dekat Pusat Kraf Jalan Conlay ada jual samping songket terengganu. So nak gi sana la tengok-tengok, kalau harga macam ok, beli terus. Aku tau samping ni agak mahal jugak tapi mak cakap nak sponsor. So Alhamdulillah. Samping ni jugak akan pakai time reception nanti. Mak cakap kalau boleh hantaran bagi benda-benda yang lasting. So tak de la membazir sebab kita boleh pakai banyak kali. Color samping harus la matching dengan lace yang colornya : pink+lilac+gold.

Tadi mak call kate mak din cakap hantaran belah dia dalam 9 dulang macam tu. Banyaknya. Aku kena balas 11 dulang. Tengah pening nak tambah apa lagi ni. Macam tau je gaji dah masuk ey. Nampaknya jumaat ni shopping secara bersungguh-sungguh la. Nak cari baju tunang lagi. Pastu kalau boleh nak lengkapkan barang hantaran. Masa semakin suntuk ni.

Resipi: Sambal Udang Petai


Semalam berbuka aku masak ni. Resipi tak de google mana-mana. Ikut rasa hati je.

Bahan-bahan:
  1. Udang
  2. Petai
  3. Cili kering (blend)
  4. Bawang merah (blend tapi aku tumbuk je semalam)
  5. Bawang putih (yang ni pun aku tumbuk sampai lumat)
  6. Air asam jawa
  7. Minyak
  8. Garam
  9. Gula
Cara memasak:
  1. Mula-mula tumiskan bawang merah dan bawang putih. Tunggu hingga naik bau dan kekuning-kuningan warnanya.
  2. Masukkan cili kering yang telah dikisar tu (Yang ni agak-agak la ikut nak kepedasan tahap mana). Tunggu sampai cili tu betul-betul masak dan pecah minyak. Takut nanti sakit perut pulak.
  3. Masukkan petai.
  4. Masukkan udang.
  5. Masukkan dalam 2-3 sudu air asam jawa.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan tunggu sehingga bahan-bahan tu betul-betul masak.
Senang je kan? Tak perlu bersilat-silat ke ape pun =)

Tuesday, August 24, 2010

Orang Lain Dah, Aku Belum

Dah dekat 2 minggu kalau tak silap bos suruh plan cuti raya dan bagitau before 26/8 dekat bos dan team. Tapi aku still tak tahu nak ambil cuti sampai bila. Ingat nak jimat cuti sebab next year kan nak kawen. Sejak semalam ramai dah forward email apply cuti. Aku just tunggu je, yela kot-kot ada yang tak cuti a day before Hari Malaysia tu, nak jugak aku ikut. Save cuti aku. Tapi sampai sekarang tak de pun. Huhu... tak kan aku sorang-sorang je nak datang kerja kan?

Kalau nak apply a whole week straight pun aku rasa tak de masalah bos nak approve since aku tak de la attach dengan mana-mana project. Just tolong here and there je. Tapi tak mau la. Nak jimat cuti seboleh mungkin. Kalau ikut plan asal aku nak cuti macam ni:

13/9 (raya ke 4) - cuti
14/9 (raya ke 5) - kerja
15/9 (raya ke 6) - kerja
16/9 - Hari Malaysia
17/9 (raya ke 8) - cuti

total cuti yang akan diambil : 2 days

Tapi sebab E day dah tukar ke raya ke 4 so raya ke 5 tu nak cuti la sebab travel day kan. Tak kan petang hari majlis dah balik KL? penat aku nanti. So how ey?

Boleh ke Aku?

Aku takut korang. Sekarang ni sibuk sikit ngan keje. Banyak benda baru nak kena absorb ni. Sedikit sebanyak aku rasa la perbezaan kerja lama dan kerja baru. Walaupun dulu aku kerja buat programming JAVA tapi JAVA yang sekarang aku guna agak advanced. Tu belum ORACLE lagi. Lain sikit la. Tapi basic still sama. Ada la boleh guna sikit-sikit experience kerja lepas.

Pagi tadi bukak email office bos suruh buat module baru. Suruh selesaikan dalam masa 2 hari. Nak menangis ko. Baru kena brief hari semalam, hari ni dah kena start development. Takut pun ade. Sebab takut tak boleh buat. Korang ada experience tak bila tengah belajar benda baru pastu kena implement benda tu dalam masa yang singkat? Aku ada pengalaman macam tu tapi kali ni aku macam tak yakin pulak. Boleh ke aku?

Yang buat aku takut tu sebab sejak aku masuk kat sini, diorang memang jaga timeline. Project pun tak delay-delay.Aku sebagai orang baru mesti la takut kan? Huhu.........

p/s: Weekend lepas ada majlis buka puasa office kat KLCC. Kalau sempat nanti aku update.

Thursday, August 19, 2010

Kuih Raya Tahun Ni

Semua orang dah mula cakap kuih raya, baju raya semua tu. Even since 1st day puasa lagi dah mula plan itu-ini. Paling tak tahan ada jugak yang dah beli baju raya.

Aku tahun ni, kalau boleh nak berjimat selagi boleh. Yelah.. next year Insya-Allah ada majlis besar nak berlangsung. Banyak tu nak pakai duit. Tapi tak tahu lagi.. sebab this year raya ada orang jauh nak datang rumah. So persiapan raya lebih kepada persiapan E day la.

Last year aku ada tempah kuih raya dari officemate. This year kat office baru ni, tak de orang niaga kuih raya so tak de la tempah-tempah. Tapi 1 office akan dapat kek lapis setiap sorang sumbangan wife bos aku. Dengarnya kek lapis tu penyanyi Nora tu yang buat. Tak tahu la aku info lebih-lebihnya. Aku dah pilih perisa choc chip. Oho..kitaorang boleh pilih antara 3 perisa. Tak ingat dah yang lain apa perisanya.

Raya kali ni aku akan tanya dulu mak aku pasal beli kuih-kuih ni sebab takut jadi macam tahun lepas sampai tak termakan-makan. Or may be bagi je duit kat mak aku suruh dia beli kuih raya.

Baju raya pulak may be this week or next week baru cari. Plannye nak berasak-asak kat Jalan TAR. Tak pun korang ade tempat jual baju kurung cantik-cantik tak? Bagitau aku ey.

p/s: Berat aku dah turun 2kg. Alhamdulillah :)

BlackBerry oh BlackBerry

Dah lama aku berangan nak ada BlackBerry atau orang ramai panggil BB. Tapi tak mampu lagi. Lagipun handphone sekarang masih elok.

Last year aku ade la survey harga market BlackBerry ni. Paling murah harga dalam 1.1K. Tapi yang tu tak ingat model yang mana satu. Mungkin yang paling basic kot specification BlackBerry tu.

Baru-baru ni gempar pasal penyekatan perkhidmatan BlackBerry di beberapa negara sebab dikatakan mengancam keselamatan. Kat Malaysia tengah dalam kajian lagi rasanya. Tak tahu la dah keluar result pasal kontrovesi BlackBerry ni ke belum.

Mesti korang tak tahu yang sebenarnya BlackBerry ni dah wujud lama dah. Cuma bila ramai pakai baru benda ni hot. Produk pertama BlackBerry ialah alat kelui yang dihasilkan pada 1999. Oho.. BlackBerry tu nama jenama ye kawan-kawan.Dah berevolusi dengan jayanya maka terhasil la smart phone BlackBerry macam yang ada sekarang.

Aku masih ada simpan impian nak memiliki BlackBerry tapi kena tunggu dulu result kajian SKMM tu. Pastu tunggu gaji naik dulu. boleh? ;p Tak pun simpan RM2 1hari. Cukup duit baru beli.

Chit-Chat Ramadhan

Aku tak tahu la sebab apa. Tapi macam sejak dua menjak ni, aku macam tak suka la bila:
Situasi A
X      : Tau tak si polan dah bercerai dengan si polan.
Aku  : **diam je walaupun aku baca paper semalam tapi dalam hati 'tak mau dengar! tak mau dengar!'**

Situasi B
X     : Orang tu memang macam tu ke? sok sek..sok sek..
Aku : Ntah, saya tak ambil tahu hal orang. (sebenarnya aku tau orang tu macam mana tapi malas nak layan orang yang cite hal-hal keburukan orang)

Situasi C
X     : Kenapa tebal sangat mekap pelakon ni? Buruknya baju dia.
Aku : **dalam hati dah macam menanah dah. Kenapa selalu nak cakap bende buruk je ni**

Aku pun kadang-kadang bergosip jugak. Tapi tak de la all the time gosip je. Tambah-tambah bulan ramadhan ni. Kalau boleh tak nak dengar bende-bende memburukkan orang lain ni. Dah jatuh dosa ngumpat. Pastu aku yang dengar pun dapat sipi-sipi gak. Nehi.. nehi..

p/s: ni sekadar muhasabah diri je.

Wednesday, August 18, 2010

Tak Diet Berat Turun

Perasaan tak aku dah tak cerita pasal diet-diet dah? Haha.. Aku dah tak diet. Sekarang dah makan nasi, minum air bergula dan makan kuih manis-manis.

Hangat-hangat tahi ayam betul kan? Mana tahan babe. Puasa ni food temptation tu sangat dahsyat. Even tak pergi bazar ramadhan pun still jugak ada godaan-godaan di rumah. Housemates pulak rajin masak untuk berbuka so aku pun terbawa-bawa la kerajinannya. Dah tu lauk-lauk tu semua sangat la sedap kalau dimakan bersama nasi panas so failed sudah nak diet karbo.

Bila pergi bazar pulak macam-macam jenis kuih yang susah nak dapat bulan-bulan lain, bulan ramadhan ni pulak senang nak cari. Pastu, kan musim buah ada lagi so banyak la pulak orang sedekah buah. Durian, langsat-duku, rambutan, manggis etc.Hakikatnya bulan ramadhan memang bulan barakah. Rezeki melimpah ruah.

Yang peliknya bila aku tak diet berat aku turun pulak. So tak yah diet-diet. Manfaatkan puasa sudah =) Just kawal nafsu makan je. Insya-Allah ok.

p/s: Dah 1kg turun.

Tuesday, August 17, 2010

Lace VS Songket

Time bincang-bincang dengan mak urusan E day ada la terselit-selit bincang hal kahwin nanti. Guess what? Mak aku dah plan on our reception day aku akan pakai songket. Ala.. aku tak suka songket. Bagi aku songket macam panas sikit dan macam susah nak bergerak. Aku suka fabrik yang lembut macam lace, chiffon sebab senang nak bergerak dan tak de la rasa macam kontrol-kontrol.

Bila aku cakap songket panas, mak aku jawab 'majlis dalam dewan, ada aircond nak panas apa'.
Then bila aku kata songket tak banyak pilihan dan tak sesuai untuk orang rendah macam aku, mak aku jawab 'banyak la, ada jugak baju cutting yang pendek-pendek'.
Aku ada cakap aku dah beli lace kat Bandung..lawa.., mak aku cakap 'nanti salin-salin la baju. Yang penting ada pakai songket'.

Kalau songket bunga tabur tu aku rasa ok la kot. Kalau songket yang keras-keras tu, mau rimas aku nanti. Kalau dah sampai 2 baju time reception, pelamin pulak nak buat color apa? Yelah, aku takkan nak pakai kaler yang sama untuk 2 baju tu. Lagipun macam leceh je salin-salin baju ni. Lambat lagi tapi dah pening dah aku. huhu

Gulai Tempoyak Ayam

Semalam aku dah beli ayam dan daun kesum. Dalam kepala duk fikir nak masak gulai tempoyak ayam (kalau family aku panggil gulai masam ayam). Ni kira macam masakan tradisional orang lipis la. Kalau tak silap Siti Nurhaliza pernah demo masak bende ni long time ago tapi mine a bit difference sket. Tiba-tiba rasa nak kongsi resepi dengan korang semua. Sedap tau kalau makan dengan nasi panas-panas. Cara masak pun sama dengan cara masak gulai tempoyak ikan patin. So, nanti boleh la try ikan patin pulak.

Senang je nak masak gulai ni. Bahan yang diperlukan pun tak banyak. Antara bahan-bahannya:
  1. Ayam

  2. Tempoyak dalam 1-2 sudu besar.

  3. Kunyit Hidup

  4. Cili padi (aku panggil lada kecil. Semua type of cili aku panggil lada sebenarnya)

  5. Daun Kesum

  6. Garam secukup rasa

  7. Air

Ni pulak cara nak masak:

  1. Mula-mula tumbuk cili padi bersama kunyit. Tumbuk sampai lumat.

  2. Masukkan ayam ke dalam periuk. Panaskan untuk mengeringkan air ayam. Nanti tak de la berminyak-minyak sangat gulai tu. Tak payah lama. Dalam 2-3 minit je.

  3. Masukkan cili padi dan kunyit yang ditumbuk tadi.

  4. Masukkan tempoyak dan air

  5. Kacau sehingga semua bahan sebati.

  6. Masukkan Daun Kesum

  7. Masukkan garam dan tunggu sampai masak.

Senang kan? Macam masak campak-campak je. Sila la try :) Makan dengan nasi panas-panas time berbuka memang best sesangat.

Monday, August 16, 2010

Kahwin Tak De Hantaran?

Masa balik lipis sabtu ahad lepas, mak ada cakap yang kahwin kalau boleh tak nak hantaran-hantaran. Nak memudahkan famili din jugak sebab diorang kan orang jauh so tak de la susah-susah nak bawa hantaran bagai. Imaginelah kalau kita nak travel jauh-jauh untuk 2-3 hari pun dah bawa berapa beg. Ni nak sediakan space untuk hantaran dan pahar pulak kan?

Idea ni macam dapat save bajet. Hantaran kahwin mesti nak bagi barang-barang macam kasut, perfume, barang mekap, handbag etc. Pastu mesti nak merasa branded stuff kan? Mau dalam berapa K semua. Tu belum kira nak deco hantaran tu.

Duit beli barang hantaran tu may be boleh upgrade kat cincin kahwin or may be bajet gi honeymoon tempat yang best-best. Ala..lagipun barang-barang tu nanti dah kahwin boleh beli apa.

Ni baru mak aku punya plan. Belum both families punya decision lagi. Tak tau jugak tetiba aku ngan din nak jugak ada hantaran bagai kan?

Persiapan E day (3)

Aku dah buat hantaran sikit-sikit. Bekas buat hantaran aku buat. Then, cara lipat, susun barang hantaran aku dah serahkan pada orang tua-tua. So nanti hantaran aku akan ada unsur moden dan tradisional. Aku nak DIY hantaran 100% mulanya tapi macam banyak benda nak kena setel so macam tak terkejar-kejar. So serah je separuh kat mak aku dan kawannya.

Barang-barang hantaran pun ada yang berubah. Mana-mana yang tak beli lagi tu yang mak aku ubah listnya. Ni changes to my hantaran.

  1. Hantaran for him

    • Kain Baju Melayu

    • Sejadah

    • Chocolates-Ferrero Roche

    • Cookies

    • Buah tukar ke samping songket terengganu

    • Sirih

    • Kek tukar ke bunga rampai
  2. Hantaran For her

    • Lace. dah beli last year dekat Bandung

    • Sejadah

    • Chocodates. Din bagi chocodate. If i'm not mistaken, chocodate ni from saudi arabia.

    • Sirih

    • Cincin. Sesi pemilihan cincin Din yang uruskan. Aku just bagi size cincin je.

Tempat aku bertunang, rumah atuk dan nenek aku. Semalam ade kekecohan about the date tapi atuk aku salah faham ingat sepupu aku nikah on the same date. Sebenarnya 13/11 not 13/9. So, tak de tukar-tukar tarikh setakat ni. Yes, tarikh aku tertunang 13/9 bersamaan raya ke 3.

Bila mak dah masuk campur so banyak changes la untuk E day nanti. Nampaknya tak dapat la theme color purple plum tu. May be off white atau creme. Huhu ikutkan aje. Sebab aku rasa sebab tunang je kan. So not a big deal.

Alas pahar dan pahar dah mak aku booked for E day. Even dewan for our reception next year mak aku dah nak book dalam masa terdekat ni. Yelah cuti tu macam panjang so aku ramai orang nak buat date yang sama. Mak siap cakap kalau tak dapat jumaat ambil sabtu, tak dapat sabtu ambil ahad. Janji minggu chinese new year tu jugak.

Friday, August 13, 2010

Tersalah la pulak

Masa balik lipis hari tu ade discuss secara tak rasmi ngan mak about tunang dan kahwin. Mak saya yang request nak buat majlis simple-simple like makan-makan sambil kenal-kenal with both families. Ni discuss dalam kete je.

Mak cakap suruh langsung on raya cina sebab adik lelaki saya yang belajar kat UPNM tu susah nak dapat cuti. Mak saya kata cuti raya cina dia balik. Dia kena ada masa nikah sebab he will be my wali. 1st wali la kalau ikut turutan wali. Ada 2 orang either him or our little brother yang bawah umur. Tapi bawah umur kan? ada kerumitan di situ.

Saya tersalah google hari tu. Hari tu saya tengok raya cina next year on 3rd and 4th March tapi sebenarnya yang betul on February. Camno ni? Cukup ke masa nak buat persediaan ni? Kitaorang dah la tak gi kursus kahwin lagi. Prosedur-prosedur nak kahwin pun tak habis kaji lagi ni. Tak nak la majlis yang kucar-kacir.

P/S: Sape2 nak jadual cuti next year bagitau aku. Lengkap untuk setiap negeri.

Bosan

Pagi tadi dengar hot fm bincang tajuk bosan terus hari ni jadi bosan pulak. Terpengaruh dengan radio ni ;p Tapi sebenarnya masalah bosan ni bukan hari ni je. Dah berhari-hari.Produktiviti merundum habis.

Dah la tengah tak di assign kat apa-apa project. Nak buat thesis di office pulak macam takut-takut bos tau aku buat keje lain. Tapi kan.. aku duk asyik bloghopping tak habis-habis. sampai refresh sesetengah blog berkali-kali. Kadang-kadang blog yang orang lain kate tak best pun aku baca gak.hik hik.. sambil-sambil tu bace-bace blog Bride2Be. Banyak info yang berguna di kemudian hari kat sana. Tak lupa gak blog-blog makanan (yang ni bagi idea nak berbuka apa nanti ;p)

Sambil-sambil tu aku ade gak study-study gak coding. Cuma kadar study tu kurang la. Semangat! di mana ko semangat?! Cepat la datang semangat oi! aku bosan ni.

P/S: Aku tak makan nasi lagi time sahur atau berbuka. Tapi berat aku still tak turun-turun. Salah penimbang ke, salah pemakanan ke atau salah tak membuang?

Thursday, August 12, 2010

Diet Day 3

Aku dah tak ikut sangat diet sebenar dengan makanan berprotein tu. Skip la sekejap. Sebab aku rasa kalau nak makan bende alah tu, kena betul-betul disiplin. Lagipun sekarang puasa so kadar penurunan berat badan tu ada walaupun sikit-sikit.

Semalam yang jadi failed tu sebab aku gi bazar ramadhan kat Seri Serdang (SS). Pastu banyak pulak kuih-muih idaman hati jual kat sana. Paling aku tak tahan adalah karipap. Then, aku decide tolak nasi dan kurangkan minuman bergula untuk diet aku sepanjang ramadhan ni.

Jadi semalam aku beli karipap RM2, popiah basah RM2 dan ayam percik dayah RM6. Target belanja pun ngam-ngam je (tiap kali gi bazar ramadhan aku buat target nak belanja bape ringgit supaya tak de la ikut nafsu sangat membeli) Popiah basah ngan ayam percik tu memang mencabar masa nak beli sebab orang bekerumun habis kat gerai-gerai tu. Semua makanan yang aku beli tak dibazirkan sikit pun. Share ngan housemate la. Gile ape aku nak habiskan semua.

Review aku tentang juadah aku semalam ( review tanpa gambar ;p) :


  1. Karipap - 3 keping RM1. Size kecik je tapi inti pakai inti keledek. Cukup rasa masin,pedas dan manis. Memang boleh ulang beli la. Lokasi gerai dekat dengan jalan besar pastu paling kiri dekat sekolah memandu.
  2. Popiah basah- Penjual memang akan gulung depan-depan pembeli. Intinya scramble egg,sekuang yang dah diperisakan, kacang hancur dan sos buatan sendiri. Cuma semalam sos dia over pedas. Sedap tu sedap la but may be 1st day puasa kot. Popiah goreng bercili pun ada jugak jual di sini. Gerai ni memang famous, kalau nampak orang ramai-ramai kat depan gerai jual popiah, tu la tempatnya.
  3. Ayam Percik Dayah- Rasa ayam tu lengkap. Siap ada disediakan sos jugak. Dia memang bakar ayam tu dekat bazar tu. Boleh pilih nak bahagian mana. Kalau kepak RM 1.50 satu. Bahagian lain RM2-RM6. Lokasi ujung jalan dekat traffic light pastu ada banner ayam percik Dayah (aku tak ingat hidayah ke dayah)


Macam Kelakar je kan review makanan tapi tak de gambar ;p

Wednesday, August 11, 2010

Diet Day 2

Mencabar sesangat sebab 1st day puasa. Aku dah la selalu kena gastrik yang agak teruk. Sekarang aku rasa perut aku pedih-pedih sikit. Mencabar sungguh. Kejap-kejap dia ok balik. Maknanya tak teruk la gastrik aku ni. Paling teruk tahap yang muntah-muntah pastu perut pedih tak henti-henti. Mintak di jauhkan sepanjang ramadhan ni dan juga raya nanti. Raya pun kena gak tau sebab perut terkejut. Yelah.. raya kan macam-macam makanan ade.

Sebenarnya aku tak rasa lapar pun tapi sebab ade gastrik sikit-sikit pastu ngan godaan juadah yang aku bayangkan kat bazar ramadhan tu buat aku down tak nak teruskan usaha aku. Tapi tiba-tiba aku kuat pulak nak harung diet aku. Bukan aku tak leh beli pape langsung kat bazar nanti. Aku boleh beli ayam golek ape? KFC pun boleh.

Cuma otak aku macam limited nak fikir menu ape nak buat bersahur dan berbuka. Aku tak leh makan bende-bende macam nasi,roti,mee,susu,buah dan gula tapi bende-bende macam ayam,daging,seafood,telur pulak boleh.Seksa betul nak fikir menu apa yang boleh makan kan?
Pastu aku kalau ade food temptation, nasi putih macam agak gagal di situ sebab godaan dia punya la kuat. Tambah-tambah nasi panas-panas. Makan ngan telur mata kerbau ngan kicap pun sedap yang amat. Perghhh!!!!!!!!! betul-betul Ho-Liao

Apakan daya, kali ni aku kena kuat jugak. Aku dah nak obese dah ni.ke dah obese sebenarnya? Tu mujur boleh makan ayam, daging segala.Patut bersyukur ni. Alhamdulillah.. syukur =)

Tabiat Maki Hamun

Hari ni dah 1st Ramadhan kan? cepat je masa berlalu. Setan-setan semua dah kena ikat dah. Cuma 'budak setan' pulak muncul semalam (Astro dah tayang Lagenda Budak Setan the series). LBS tak de kaitan dengan post aku kali ni. Aku nak cite bende lain.

Korang pernah tak memaki hamun ketika drive? Dulu masa aku jadi penumpang je, aku asyik suruh driver bersabar kalau dia maki hamun ketika drive. After aku dah drive sendiri, aku pun sama bertabiat memaki hamun. Cuma aku lite-lite je maki. Tak de la carut ke hape.

Kenapa sesetengah driver behave macam tu? Jawapannya tension dengan cara pemanduan orang lain. Cuba bayangkan ko nak cepat gi kerja, boleh orang depan ko bawa kat highway 20km/j. Pastu berlagak tak nak guna lane paling kiri. Hangin je kan? Paling tidak mesti ko cakap 'cepat la oi !' kan?

Tapi benda ni dah jadi tabiat dah. Buruk kan rupanya memaki hamun. Teringat aku masa gi Bandung last year, jalan diorang congested gila tapi sikit punya payah nak dengar orang hon-hon. Pastu driver muka rileks je.

Jadi, sempena ramadhan ni, jom kita sama bersabar di jalanraya. Kalau ade kejadian yang boleh memanaskan hati dan nak memaki hamun, sila cakap 'sabar...sabar' tepuk-tepuk dada. Sekurang-kurangnya pahala puasa kita tak habis di jalanraya ;p

Tuesday, August 10, 2010

The mini cakes ideas


Ini cake yang aku wish dapat jadi salah satu hantaran aku kat din. Ideanya macam ni la. Mini cakes. Ada kelainan sikit kan? Sweet kan?

Mission Sepanjang Ramadhan

To look good on my E day aku terpaksa membuat beberapa langkah drastik. Yela.. berat aku ni naik turun pastu stop je dekat angka 55kg tu. So, nampaknya kena buat sesuatu dengan cara permakanan aku. Alhamdulillah esok masuk bulan Ramadan so senang sikit kot aku nak dapatkan berat badan idaman disamping pembentukan muscle yang seimbang. No more flabby-flabby ;p

Harini aku dah start makan makanan gantian yang berprotein. So, sepanjang diet ni aku tak boleh makan sumber-sumber berkarbohidrat dan bergula. Bagi yang tak tau, gula ni ada karbo jugak tau. Nampak macam ekstrem kan? Tapi tak sebab aku boleh makan ayam goreng, telur etc. So banyak protein la dalam diet aku. Makanan gantian tu pulak bagi zat-zat yang kurang sebab tak ambil karbo.

Pagi tadi aku timbang berat aku 56kg. Huhu.. jauh lagi target aku ni. Tapi korang jangan risaulah. Bende ni terbukti selamat. ex-boss aku dah turun 10kg++ dan tak de kesan sampingan pun.

Monday, August 9, 2010

Finally I've Got My Last Paycheck

Akhirnya selepas 3 bulan aku bertukar kerja aku dapat paycheck terakhir aku. Alhamdulillah. Dah jadi duit simpanan dah cuma cheque tak clear lagi. Aku bank in Jumaat malam. Tengok maybank2u tak float-float lagi. May be akan float 2 hari bekerja sebab cheque issued adalah dari bank lain. Sabar... sabar.. 3 bulan boleh sabar, takkan sehari dua tak leh.

Aku ambil paycheck tu sendiri. Dapatlah aku melawat kawan-kawan lama. My ex-boss masih lagi tanya aku 'nak kerja sini tak?' Aku just jawab 'if u give me better offer' and he said 'yes, kita bagi better offer for u'. tapi aku cakap la gaji company sekarang on time. haha saje je nak bagi tapi-tapi kan. but it's reality. Aku tak nak gaji mahal daripada sekarang tapi dapat gaji time orang lain nak dapat gaji baru. Tambah-tambah nak prepare untuk kawin ni.

Gaji tu motivation, tak nak dah sesakkan kepala duit nak bayar bil,loan sebab gaji lambat. Bukan rezeki aku kat situ. Aku tak nak jadi sesetengah orang yang sanggup nak stay kat situ sebab ditawarkan permanent dan gaji yang lebih tinggi. Kalau ikutkan, banyak advantages kerja situ cuma beberapa kekurangan buat aku fikir 1000x nak terima offer diaorang. Tak yah tamak-tamak la. Insya-Allah rezeki tu ada kalau kita sabar kan?

Persiapan E day (2)

Semalam, dengan tak sengajanya saya telah membeli barang nak buat hantaran tanpa list, tanpa plan pun. Mula niat nak survey je, sekali tempat tu last day buat membership. Harga dah jadi membership pulak berdiskaun-diskaun pulak tu.

Tapi aku sikit pun tak rasa menyesal bila dah beli. Puas hati ada la sebab aku rasa benda yang aku beli tu berbaloi dan kena dengan taste aku. Aku ada beli kotak putih ala-ala trend yang tengah in sekarang ni. Kat tempat aku beli tu ada yang harga sedang-sedang dan ada yang mahal. Mata aku duk berkenan dengan yang mahal tu sebab penghasilan kotak tu nampak kemas dan berseni. Aku tak de fikir membazir ke ape beli bende ni sebab ni investment. Mana tau pasni buat bisnes buat hantaran ke? Pastu boleh guna berkali-kali kan?

Aku memang dari kecik suka buat-buat bende-bende memerlukan kekreatifan ni. Kecik-kecik aku ikut mak aku buat hantaran orang kawin. Mak aku pulak bukan buat bisnes, tolong suka-suka je. Kalau orang nak upah-upah ni memang dia tak nak. So dari situ kot, aku boleh buat benda-benda macam ni. Aku pernah memang tempat ke 2 atau ke 3 buat gubahan dari sabun. Tak de praktis pun, tiba-tiba ada je idea nak buat macam mana.

So hantaran aku untuk tunang dan kahwin nanti memang aku akan buat sendiri. Tak puas la suruh orang lain buatkan. Hasilnya korang tunggu masa E day ey.

Thursday, August 5, 2010

Cookies ke Kek Lapis?

Kalau tengok checkist hantaran aku masa E day nanti, ada cookies untuk din kan? tu safe plan sebab din orang jauh then mase tu pulak time raya. Kalau aku nak tempah cupcakes yang pastinya aku kena bawa balik a day before raya, tak jadi la kan? bukan saja rosak cupcakes tu, silap-silap kena ngap-ngap masa 1st day raya. Kira cupcakes dah out of list awal-awal. Tapi dalam hati ni teringin nak bagi cupcakes yang jenis fondant pastu ada paste bunga kecik-kecik. Ke fondant leh tahan berhari-hari? haha.. masa berharap ;p

Cookies pulak, ada sesiapa leh suggest tak kat mana yang best? Aku nak cookies yang fancy-fancy tu. kang ada yang salah anggap pulak cookies raya. Yela yang tu berlambak kat market kan time posa nanti. tak mau.. tak mau..

or may be ada antara korang dealer kek lapis? sila bagi quotation kat aku ey. Sebab din suka sangat kek lapis. Kalau cookies tu, aku tak pasti sebab aku sendiri pun tak suka sangat biskut. Tapi tahan ke kek lapis ni ey? Aku akan amik before raya then 2-3 hari pas raya baru boleh bagi kat din. pastu dia bawa balik pulak ke Johor. makan 1 minggu jugak sebelum leh ngap. tu belum dari tukang buat ke dealer.

Wednesday, August 4, 2010

Cerita Weekend

Tak de la cerita weekend sangat pun. Just a few moment yang sweet dan perlu aku simpan sampai bila-bila.

Bagi yang tak tahu, aku dengan din sebenarnya dah bertahun bercinta jarak jauh. Lebih tepat after din grad, yang mana din grad setahun lepas aku grad (almost 3 years la).Jadi, bila dia nak datang jumpa aku, haruslah gembira lebih sikit walaupun aku tahu dia datang untuk hal-hal bisnes dia.Kira sambil menyelam minum air la. So, i planned a simple celebration for his belated birthday. Tak celebrate mana pun, just beli cupcakes dan buat popiah goreng je. tu pun makan dalam kete je.Simple kan?


Cupcakes aku tempah dari Bake-Me-Cupcake. Sedap sangat. Din pun suka cupcakes tu. Kira berbaloi la aku drive ke Seri Kembangan-Sepang then Sepang-KL untuk bagi cupcakes tu kepada my sweetheart.Soal popiah goreng pulak, sampai kat din je dah lembik-lembik sikit kulit popiah tu, tapi sebab inti sedap jadi no hal makan popiah yang tak krup-krap.

After din selesai restock barang untuk bisnes dia, kitaorang gi makan subway kat amcorp mall,PJ. Gila nostalgia tempat ni. Ni la tempat kitaorang selalu dating zaman-zaman study dulu. Yelah, mid valley ala-ala packed dengan manusia. Malas nak menyesak kepala otak dengan tempat yang sesak macam tu.


Yang kelakarnya masa makan kat subway, din suh aku ambil gambar dia. Aik? ala-ala blogger pulak,snap-snap before makan. Aku pun bawa keluar kamera aku. Tau tak din cakap apa? 'tak yah la guna kamera tu, nanti tak bagi pun gambar tu nanti'. ala cian dia. Aku bukan apa korang, malas gila nak transfer-transfer gambar keluar. korang tengok jela blog ni, nak tepek gambar pun aku malas gak ;p


Tu cerita sabtu, ahad pulak kitaorang cari barang-barang hantaran tunang nanti. Masa gi Jakel, din agak teruja tengok lace-lace dan kain baju melayu. Kan ada pakej, beli lace then free kain baju melayu, free samping la. Tapi sebab dah ada lace beli kat bandung so tak leh la nak beli yang pakej punya. Nanti fabric hunting untuk nikah akan beli yang pakej-pakej tu. Tapi tu after tunang punya decision la, masa buat bajet kahwin. Mana tau nak sewa je kan?

Tuesday, August 3, 2010

Software Engineer?

Aku dulu-dulu dah simpan cita-cita dalam bidang IT sebab terpengaruh dengan kakak sedara aku yang belajar kat US, pastu balik Msia jadi Software Engineer kat one of the top company in Malaysia. Masa tu, gila teruja dengar title 'Software Engineer' sebab macam tak pernah dengar and sound great.

So, 1st choice time masuk uni aku adalah bidang IT major Software Engineering. Allah tu Maha Mendengar, jadi termakbul la impian aku nak masuk bidang Software Engineering.After grad, aku tak merasa sangat kerja sebab tak sempat konvo, aku dah masuk study master tapi adalah jugak aku apply kerja. Sebab bidang ni agak baru time tu, jadi tak de la betul-betul kerja yang menawarkan kerja Software Engineer. Kerja programmer berjawatankan Software Engineer banyakla.

Time tu, aku dah tersimpang sikit haluan aku, aku jadi Research Assistant. Kerja ni banyak buat surat, meeting, tolong lecturer, baca jurnal. Dek kerana environment research tu dalam suasana learning organization, aku mula pasang cita-cita nak jadi lecturer pulak. Ni cita-cita kau time tadika. Aku pun ada buat kerja sambilan mengajar dekat sebuah kolej swasta. Masa ni la aku tau yang aku memang tak sesuai nak jadi lecturer. Aku susah nak decide dalam hal-hal bagi markah student.Aku gak malas nak prepare teaching material dan aku rasa skills aku dalam bidang IT sekadar teori aje, praktikal tak kuat.Pastu, aku resign dan menganggur almost a year.(tak de la menganggur, aku konon-konon fokus kat master ;p)

After a year, bila tengok kawan-kawan ada income sendiri aku rasa aku kena jugak cari kerja.First interview yang aku gi terus dapat so aku sangat-sangat bersyukur walaupun aku tau gaji memang below market. Waktu ni aku tak fikir lain,asal ada income cukup.

Tapi bila lama-lama, aku rasa nak upgrade diri aku dan mencari kerja yang betul-betul bagi gaji yang sepatutnya. Tambah-tambah time tu, company aku kerja tak stabil. Aku kena move on.
Aku gi interview dan dapat offer yang lebih baik.Tapi aku masih bukan Software Engineer, masih lagi programmer cuma sekarang aku boleh explore lebih part-part programming. Kalau aku habis master pulak, apa jadi dengan cita-cita aku nak jadi Software Engineer? Mungkin kena ubah haluan menjadi Project Manager barang kali.haha.. Walaupun cita-cita aku tak sampai lagi, aku sangat bersyukur kerana aku masih lagi dalam bidang IT. Cuma jobscope je lain sikit.Lagipun bidang IT ni murah rezeki, senang nak cari kerja.

p/s:apa yang aku merepek ni? sekadar luahan hati sebab tak jadi software engineer dan tengah tepu melayan CSS.

Monday, August 2, 2010

Persiapan E day (1)

Sambil rehat-rehatkan otak jap, aku nak cerita persiapan E day aku. Sampai hari semalam ada la update siket persiapan E day tu. Dalam sebulan lagi majlisnya so patutnya dah buat persediaan nak menempuh satu lagi langkah dalam hidup kami. Yes, dari special bf-gf kepada fiance'.

Last year masa gi bandung with geng bandung, Aku dah beli telekung dan lace. Lace kat sana boleh buat kita rambang mata tau. Lace tu dah ibarat bende yang senang nak dapat kat sana. Even pelayan restoran pun pakai lace as their uniform. Lace yang aku beli tu memang 1st choice di mataku sebab aku nampak je terus aku kate 'aku nak yang tu'. By the way, aku tengok jugak harga. Kebetulan harganya memang berbaloi sebab masih lagi bawah bajet aku. Harga lace tu dalam 560K rupiah. Kalau kat Malaysia nak nak dapat harga macam tu untuk 6 meter of lace. Time tu 1 juta rupiah dalam RM362.

Telekung pulak aku beli yang jenis paris cotton. Dekat sini paling murah dalam RM190+. Tapi kat sana of coz la lebih murah. Tapi telekung ni akan guna time hantaran kahwin. Huhu.. lambat lagi baru boleh pakai.

Then, semalam aku ngan din ke Jalan TAR cari lining lace aku merangkap kain baju melayu din dan sejadah. Sejadah ni tak plan pun, tapi Jakel ada buat promosi sejadah dan kitaorang berkenan terus je beli.

Kalau ikut list, benda-benda yang boleh beli awal, dah setel dah except cincin. Cincin ni din yang akan beli. Jadi agak surprise la jugak. But, semalam aku ade request nak cincin yang 2 pieces in 1. Camno tu? Ada jenis cincin yang boleh pakai 2 cincin jadi 1. Sebab senang, nanti kahwin tak la rasa banyak cincin nak kena pakai. Cincin risik la, tunang la, kahwin la..tapi kita tengok la din beli yang macam mana nanti.

Semalam jugak ada survey-survey baju nak pakai masa E day. Tapi tak beli lagi, tunggu masuk bulan puasa la. Time tu berlambak baju-baju yang cantik-cantik kan? Aku kan nak beli baju yang biasa-biasa je.

Checklist E day


  1. Hantaran for him

    • Kain Baju Melayu

    • Sejadah

    • Chocolates-Ferrero Roche

    • Cookies

    • Buah

    • Sirih

    • Kek
  2. Hantaran For her

    • Lace. dah beli last year dekat Bandung

    • Sejadah

    • Chocolates-Tak decide lagi nak chocolate ape. I'm not chocolates lover. May be replace benda lain kot.

    • Sirih

    • Cincin. Sesi pemilihan cincin Din yang uruskan. Aku just bagi size cincin je.

  3. Hotel untuk rombongan lelaki.

  4. Foods : Adik aku punya catering.

  5. Tarikh : Lepas raya. May be raya ke 3 or ke 4.

  6. Mekap

  7. Official Photographer (optional) if ada bajet lebih. If not, guna photographer tak berbayar la jawabnya ;p

  8. Sewa dulang dan Alas dulang