Wednesday, December 31, 2014

Get A Life!

Assalamualaikum..

Sekarang payah nau nak dapat aku blog pasal aktiviti harianku..
bukan aku je kot.. korang pun kan?
Actually memang tengah busy sikit ni hah..
Ada projek beso net coming 2015.
Doakan yang terbaik ye untuk aku . Projek tu sementara waktu kita simpan dulu tak cerita kat umum..

Hari ni just nak cerita pasal stalker.
Stalker ni ada di mana-mana uols!
Dalam famili pun ada stalker.
Aku buat ni, ko pun nak buat ni..
Aku kawan ngan orang ni, ko pun nak kawan ngan orang ni..
Apa yang aku buat ko tak pernah support pun.
walaupun aku stokis atau agen sah, ko sanggup ambil barang ngan orang luar..
Jeng! jeng! jeng!

Aku tak heran pun.
Sikit pun tak heran..
Lantakkan aje orang gini..

Sejak aku bisnes online hampir nak 2 tahun ni..
Aku sentiasa betulkan niat aku..
Takde nak dengki-dengki or caras orang lain ke apa.
Sentiasa la jugak perah otak sendiri untuk usahakan supaya bisnes aku berjalan..
Tak der aku nak tiru orang buat ape semua..
Tak de masa pun sebenarnya..
Dalam bisnes atau apa-apa je kita buat, yang penting HATI KENA BERSIH.
Kalau ada tercalit jelousy pastu ko nekad nak lebih pada orang tu, segeralah istighfar.
Bersihkan KOLAM HATI tu dulu..


Monday, December 22, 2014

Pernah Tak Rasa Stress Yang Tak Terucap??

Aku tengah stress ni..
Nak meluahkan tu banyak kekangan.
Tapi ni tahap macam gunung berapi nak meletup..

Aku cerita bayang-bayang je la ye..
Macam ni..
pernah tak korang rasa stress bila orang lain bersenang-senang di atas kesusahan korang.
Hah! macam gitu..
Aku kan bila ada orang keliling yang macam ni memang hangin la aku..

Aku tak suka nak cerita yang aku susah ini susah itu..
Biar aku je yang tau..
Tapi bila aku terpaksa susah sebab orang lain, pastu orang tu nampak bersenang lenang je mula la hati aku ni macam kena rasuk setan..
Nak cerita kat orang pun, aku bukan jenis mengadu domba.
Kadang terfikir jugak nak jaga aib orang.
Tak payah la cerita pasal orang yang susahkan aku tu..

Bila aku stress ni mula la aku makan je.
Tu bila nak kurusnya aku ni..


Wednesday, November 26, 2014

Baru Baik Demam

Ntah macam mana , semalam kena hujan kot.
Malam aku start demam..
Tapi usaha untuk baikkan demam..
Sebabnya if demam teruk nanti siapalah la nak jaga ibrahim.
Ini dilema aku tiap kali sakit ke apa..
Ibrahim almost 99% aku jaga sendiri..
Kalau jadi apa-apa memang susah sangat..

alhamdulillah.. kebah dah demam nye.
badan pun rasa ok sikit..

hari ni, nak cerita pasal perubahan..




Masih orang yang sama. Gambar takde super-impose ke apa.
Dulu muka aku horror nau..
Sekarang takdelah flawless muka aku..
Ada few breakouts dan parut-parut lama lagi..
Inilah hasil beberapa produk yang aku try..
Nanti kalau ada masa aku cerita apa produk-produknya..

oh.. aku ada bawa masuk beberapa produk baru kat @tradicine.
Feel free to visit my ig ey :-)

Monday, November 24, 2014

A Slow Warm Up

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..

lama tak membebel kat blog. Busy nau.
Tapi rasa sedih bila tengok blog terbiar sepi..
Pastu macam unfair sebab cek nuffnang baru je dapat..
Perkembangan ibrahim pun dah lost track.
Lama-lama nanti boleh lupa pulak apa yang dia dah pandai..
Sweet moment tu setiap development ibrahim.

ini aku nak pasang azam konon nak update blog selalu..
kita tengok berapa lama tahan ey ;-)

ok, cerita pasal ibrahim.
sekarang nak dekat 2 tahun dah dia..
kalau tahun hijrah lagi berapa hari je nak 2 tahun.
senang nak ingat tahun hijrah tu sebab ibrahim lahir 1 Safar 1434 atau 1234(sebab bulan safar tu bulan ke 2 dalam kalendar islam)

masih berat nak bercakap..
ada la few words dah keluarnya tapi tak sepetah budak-budak lain..
word terbaru 'mom.. tu..' sambil tunjuk tv suruh aku sama-sama tengok.
selagi aku tak tengok, selagi tu dia cuit aku dan suruh aku tengok.

Suka menyorok.. kira dah pandai play hide and seek la ni..
tiap hari ada je tempat menyorok baru.

ok la tak tau nak cerita apa dah..
cukup kot warm up gini ;-)




Monday, September 29, 2014

Ibrahim Dah Baik Dari Berry-Berry

Ibrahim nampak macam ok dah. kekerapan berry-berry tu dah kurang. Macam back to normal dah. Alhamdulillah. Bagi air garam yang beli kat farmasi tu je. Tapi 1 sachet tu bancuh separuh . kat dalam tu ada bahan tambah untuk kurangkan cirit-birit.

Masa bagi 1st time tu macam failed sebab ibrahim tak suka manis. Penat aku paksa dia minum. Pandai pulak tu bila suruh minum dia cakap 'tak dap..' .

Kali ke dua tu aku tekad gak bagi.. mula-mula dia tak nak minum.. Ntah macam mana dapat idea nak tambah sunquick dalam air tu bagi masam-masam sikit. Oh.. ibrahim ni tak suka minum manis-manis tapi kalau manis sikit-sikit masam tu dia suka. Ini pun tawakal je la bagi. Suka-suka je kan tambah bahan lain dalam air ubat. Buatnya jadi makin teruk. Kan naya? Alhamdulillah ibrahim minum air tu.. kira berjaya jugak cuba-cuba aku tu.

After bagi tu, sampai la sekarang dah takde berak-berak dah. Kalau tak, setiap jam berak. Stress aku. Penat nak bersilat membasuh berak tu sebab ibrahim ni agak lasak budaknya. Kesian pun ada sebab lambat sikit je tukar, melecet-lecet anak aku.




Friday, September 26, 2014

Ibrahim Berry Berry

Tajuk tu nak nampak sopan. heeeee.. kalau yang tak paham bahasa tersirat, Ibrahim berak-berak maknanye ye.. Dah seminggu dah.. Aku dah start paranoid ni. Stress pun iye sebab asyik nak berperang membasuh. Kesian usah cakap la. Sampai melecet-lecet budak kecik tu..

Sebab ibrahim tak nampak pun macam budak sakit, kalau bawa klinik sure klinik ambil endah tak endah je kan? Makan tetap kuat macam biasa. Terlocat-locat aktif tu takde hal punya. Takde sign of dehidration. Takde muntah-muntah.

Susu dah bancuh cair. Ada time aku kurangkan bagi susu tapi being Ibrahim, selagi aku tak bagi selagi tu dia merengek sambil cakap 'nak sus..sus..' . Try bagi susu jenis lain, dia rasa sikit lepas tu pura-pura muntah. Mengempeng usah cakap la. Naik kering mummy dah..

so how meh? din cakap hari ni bawa gi klinik. Aku pun dah start paranoid .. stress stress ni. Ke ada petua nak kurangkan cirit-birit yang natural punya. No drug involve. siapa tau bagitau aku ey.

Wednesday, September 17, 2014

Nothing Much

Hi korang..

aku ni kan tengelam timbul je. Lately memang sibuk. Baru bawa masuk produk baru so menghadap la sibuknya. Tengah-tengah bulan ni la dapat berehat sikit. Order masuk tak banyak macam minggu gaji. Tapi ada la sikit-sikit. Ini pun ada 1 lagi produk baru nak bawa masuk. Ambil nafas kejap.. kita lek lek lu..

Cerita pasal bisnes ni memang tak habis. Plan asal aku just nak ada duit tambah-tambah sikit sambil jaga anak kan? tak sangka pulak dah jadi profesion. Dari jadi pengedar kecil-kecilan.. now aku dah jadi stokis beberapa produk. Ada jual borong sikit-sikit.. Alhamdulillah.

heee.. tadi tengah-tengah taip post ni terberhenti jap sebab ibrahim nak perhatian. now ayuh sambung semula..

aku macam tak duga yang berbisnes kecil-kecilan ni dah tak kecil dah. boleh la saving. pendapatan bulan-bulan tu ok sangat. cuma kadang ada jugak up & down. besar jugak cabaran meniaga online ni.

hal rumah pulak, aku cuba mana termampu. aku ni bukan rajin sangat. kemas-kemas memang malas ok. masak tu rajin la sikit. memang kitaorang sekarang kurangkan makan di luar. macam hari ni, aku masak ayam masak lada kering. masakan yang ada influence masakan cina. tapi suka-suka aku je nak alter resepi. kat blog ni jarang la sikit aku up masakan aku. Nak tengok lelebih apa yang aku masak lagi silalah tengok kat my personal instagram. takpun search hashtag #dapurlina . Berlambak situ.


ok la .. nak cerita panjang pun macam tak reti. korang pun muak nak membaca ye dok? katanya nothing much.. tu je la pun nak updatenye ;-)

Thursday, September 11, 2014

Ibrahim.. Ibrahim..

Lama tak update pasal ibrahim kat blog kan? Ibrahim makin sihat dan bertambah-tambah kecerdikan. Ada je benda baru yang dia belajar buat. Aku bersyukur sangat sebab dapat tengok dan jadi orang pertama yang tahu dia pandai buat apa dan buat apa. Kira berbaloi jugak la mummy bekerja dari rumah ye Ibrahim Ikram. Tapi for some nampak yang aku jobless. Tu takpe biarkan luncai terjun dengan labu-labunya ;-)

Anak yang 24/7 dengan mak ni lain macam sikit kan? Nak buat apa pun clingy je. Kadang aku cuba la cari idea untuk dia tak berpaut dengan aku time aku masak or buat kerja kat dapur. Tapi setakat ni separuh jalan je jadi. Time nak update iklan bisnes or balas whatsapp / sms customer dia pun sibuk ngedeng handphone aku jugek. Dah bagi dah dia tengok youtube kat laptop. Ipad pun buka juga bagi dia main. Tapi tetaplah apa yang mummy buat, ibrahim nak buat sama.

kalau la kat sini ada play school, dah hantar dia gi main-main kat school. tapi apakan daya duduk kat area kampung macam ni.. takde sekolah-sekolah macam tu. taska ada le. dari hantar taska baik la mummy jaga je kan?


hari ni masa aku tengah masak mee goreng, dia dah berapa kali jenguk-jenguk aku. Ajak main le tu. Dah berapa kali jugak aku jenguk-jenguk dia main. Yang buat aku rasa macam terharu sebab dia tinggalkan beberapa pieces lego dekat dengan sinki. Huhu.. punyalah la nak ajak mummy sekali sampai letakkan lego dekat tempat mummy sibuk memasak. benda-benda macam ni la yang buat aku berat sangat nak bagi orang lain jaga ibrahim . lepas tu, aku rasa yang aku macam dah curi masa dia untuk main-main dengan aku so i need to pay the time yang aku tinggalkan tu.

tiba-tiba blur nak cerita apa dah sebab rasa touching sangat bila my nearly 21 months baby pandai sangat. dia tak merengek ke apa. cara dia nak minta perhatian tu 'alaa... comel sangat'

Monday, September 8, 2014

BELVYA PERFECT SHAPING SCRUB


Actually lina dah jual lama BELVYA PSS ni. Sejak awal tahun hari tu. Tak ingat pernah up ke tak kat blog ni. Jual through instagram dan facebook je. Sejak dua menjak ni banyak pulak feedback customer dari customer lina sendiri. Happy sangat diorang sebab tips yang lina bagi tu berkesan sangat. Dari sorang ke sorang lagi.. now dah berapa orang ntah yang berpuas hati sangat sebab dalam sehari pun dah nampak kesannya.

BELVYA PSS ni  diformulasikan untuk membuang lemak-lemak di badan serta pada muka dengan hanya menggunakan body scrub ketika mandi. Terbukti keberkesanan dengan pengurangan 1-2 inci seminggu.
  • Keberkesanan yang terbukti secara klinikal
  • mengandungi 5 essence aroma therapy
  • 100% keluaran bumiputera & muslim
  • dikilangkan di kilang status GMP
  • kesan seawal 1 minggu pertama
  • segar & tidak merasa panas
  • halal & selamat digunakan 
  • tiada kesan sampingan
  • diformulasi dari USA
  • diiktiraf KKM
  • pertama di Asia


KELEBIHAN PERFECT SHAPING SCRUB BY BELVYA
1) Mengurangkan saiz lipid (molekul lemak)
2) Mengurangkan kuantiti lipid di dalam adipocytes (cell lemak)
3) Mengurangkan 1 hingga 2 inci dalam masa seminggu (terbukti secara klinikal)
4) Menegangkan kulit kendur akibat kehilangan berat badan yang cepat
5) Menghilangkan kehadiran selulit akibat dari kehamilan, baligh & berat badan turun naik.
6) Membentuk badan menjadi cantik
7) Menghilangkan lemak- lemak di muka serta meruncingkan dagu
8 ) Menghilangkan dagu berlapis (double chin)
9) Membantu membentuk hidung supaya kelihatan mancung dari biasa.
10) Menghilangkan stress & memberi kesegaran melalui 5 haruman aromatherapy
11) Menghilangkan bau badan sehingga tidak perlu memakai deodorant
12) Membuang sel-sel kulit mati & melembutkan kulit
13) Melawan jerawat dan merawat jerawat di badan
14) Mengurangkan tanda- tanda penuaan
15) Menggunakan teknologi nano yang terkini
16) Sangat berkesan untuk masalah perut buncit seperti orang mengandung

TESTIMONI BELVYA PSS memang banyak.. Ini sebahagian je tau testimoni pengguna yang sangat berpuas-hati dengan BELVYA lina upload kat blog..


armel aisya (ayda jebat) pun try uols. ini gambar sebelum try
ini gambar selepas beberapa kali guna BELVYA PSS. Nampak kan berbeza sangat .



 

ini customer lina . dia pakai 1 hari je dah nampak kesan yang superb sangat
nampak tak double chin dah surut sikit?? percayalah ini sebab guna belvya pss la ni.


Sekarang tgh promo MERDEKA SALE..

1 JAR - RM75(SM) / RM80(SS)
2 JAR - RM 140(SM) / RM150(SS)

HARGA ASAL = RM 85(SM) / RM90(SS)

VALID SAMPAI 16/9/2014

SMS / WHATSAPP +60126637842

oh ye.. pastikan beli dengan pengedar yang sah sebab BELVYA memang ada yang fake kat pasaran. Bahaya pakai benda fake ni paham-paham jela ye. Korang jangan risau, lina pengedar sah belvya. Tak caya sila cek kat www.belvya.com.


Friday, September 5, 2014

I love cooking

Asyik cerita bisnes je kan?? Hari ini kita cerita hal personal pulak..entry santai gitu.

Sejak beberapa bulan lepas, aku dan din dah kurangkan makan kat luar. Bukan apa.. selalunya beli lauk tak kena dengan selera la. Mahal pulak tu.. Kalau masak, jimat berganda dan boleh ulang makan berkali-kali.. Ibrahim pun lagi suka masakan mummy. Kalau mummy masak, Ibrahim makan bertambah-tambah.

Lepas tu aku perasan yang memasak ni boleh melepaskan stress. serius wei! Rasa enjoy sangat memasak. Lepas tu bila kesayangan makan bertambah-tambah lagi la gembiranya hati ini.. Tak puji pun takpe asalkan makan bertambah-tambah.. Tapi selalunya aku akan tanya din 'sedap ke?' .. hehe.. nak jugak suruh cakap sedap tu ;-)

Ok, siapa follow instagram aku @haslinahairudin sure tau hashtag #dapurlina . Kat hashtag ni la aku kongsikan lauk apa yang masak hari-hari. Banyak jugak resepi lauk pauk yang baru aku try. Alhamdulillah semuanya kena dengan selera.

Ini masa ramadhan hari tu.Almost everyday kita berbuka lauk masak sendiri. Resepi if ada terluang masa nanti aku up kan.. simple2 je lauknya. dessert ngan baking lama tak buat. Tunggu ibrahim besar sikit lagi baru mummy keluarkan mixer dari dalam kotak tu..

udang tempoyak

kailan masak sos tiram

acar timun lada

ayam masak lada hitam

kubis masak lemak putih

ikan kembung masak asam

pak choy masak sos tiram

ayam masak merah

sambal udang

kubis goreng

ayam masak kicap johor style
ada banyak lagi tapi bukan almost everyday dapat nak snap gambar lauk kan? ada jugak lauk yang dlm seminggu 2 kali masak bende yang sama.

Tuesday, September 2, 2014

Testimoni SELFIE SKINCARE

Walaupun baru di pasaran, dah ada tau testimoni SELFIE SKINCARE ni.. yang bagusnya owner sendiri pun pakai jugak SELFIE SKINCARE ni.
TESTIMONI DARI PENGASAS PERLA & SELFIE SKINCARE
"My own testimoni. Dah berkurun muka tak naik jerawat tapi sejak mengandungkan anak kedua ni datang pula jerawat alahan kat bawah pipi. 
Alhamdulillah seminggu penggunaan jerawat beransur hilang. Dan yang penting selamat digunakan untuk ibu mengandung kerana selfie skincare tidak mengandungi hydroquinone. Sesuai untuk semua jenis kulit.#selfieskincare "
Yang ini, pakai SELFIE dalam 2 minggu. Jerawat nampak makin beransur pulih kan? 


Seminggu penggunaan dah dapat result yang best. 
Tak perlu pakai bedak atau foundation 

Now, SELFIE SKINCARE sedang adakan contest. Hadiah utama RM1000 . Jom dapatkan SELFIE SKINCARE dan join the contest.

Now @tradicine tengah adakan MERDEKA SALE!! Dapatkan SELFIE SKINCARE dengan harga terlajak murah dari kami.

SMS / WHATSAPP +60126637842

Monday, September 1, 2014

Bahan-Bahan Aktif Dalam Selfie Skincare

Hari ni lina nak cerita pasal bahan aktif dalam SELFIE SKINCARE. Info ni dari Instagram rasmi HQ. So, korang boleh tau la apa bahan-bahan dalam semua produk SELFIE SKINCARE.

SELFIE BRIGHTENING BEAUTY SOAP

  1. Glycerin sebagai agen pelembap, mengekalkan kelembapan kulit, jadi kulit tidak terasa kering selepas penggunaan sabun. Juga menggunakan bahan asas berasaskan sayuran(vegetable base) dan bukannya berasaskan lemak haiwan .
  2. Niacinamide iaitu vitamin B3
  3. Alpha arbutin-whitening agen
  4. Saccharide isomerite – mengekalkan kelembapan kulit


 SELFIE SMOOTHING TONER

  1. Witch hazel extract 
  2. Tea tree oil– natural antiseptic /antibakteria


SELFIE ALPHA WHITE DAY CREAM

  1.  Alpha arbutin 
  2. Sacharide issomerite – mengekalkan kelembapan kulit secara berterusan, kerana kulit kering mudah terdedah kpd masalah jeragat, pigmentasi dan mudah ada kedut. 
  3. Niacinamide (B3) 
  4. UV Filter (UVA & UVB protecter)



SELFIE ALPHA BRIGHT NIGHT CREAM

  1. Alpha arbutin
  2. Kompleks amino peptide patented peptide complex that helps to improve skin tonicity, firmness and suppleness after only two months. It is ideal for use in anti-wrinkle and anti-aging products, skin restructuring and smoothing products, and skin nourishing and skin repair treatments.
  3. Vitamin E – tocopheryl acetate
SELFIE SKINCARE tidak mengandungi hydroquinone dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Lelaki , perempuan boleh pakai.



Ok, bahan-bahan aktif dah tau. Selamat ke idok? Tentunya selamat uols!! SELFIE SKINCARE diperbuat di kilang berstatus GMP. Ada kelulusan KKM lagi tu. Dah jangan was-was dah..
Jom order SELFIE SKINCARE dgn lina. Lina salah seorang stokis under my branding business online shop 'TRADICINE'.

SMS / WHATSAPP : +60126637842

Ada harga promosi yang menarik memang da boom dan HQ pun tgh buat contest. Hadiah lumayan beb!! RM 1000 utk pemenangnya. Lekaih dapatkan SELFIE SKINCARE dari lina sekarang jugak :-)

**to all stalkers, saya dah disable copy paste ye. Korang nak maklumat ni. Rajin-rajin compile sendiri 

Friday, August 29, 2014

Adab Berniaga

Haha.. macam poyo je nak blog pasal adab berniaga. Tapi hope this akan memberi manfaat dekat new seller atau seller yang dah sedia ada. Entry ni lebih kepada online seller la. Sebab saya pun online seller. Mana yang baik saya share, mana yang buruk kita sama tegur menegur. Boleh??

Cerita macam ni..semalam ke bila saya ada up entry pasal produk baru saya jual . SELFIE SKINCARE (sila rujuk entry sebelum ni ye). Produk ni baru dalam minggu ni keluar kat pasaran. So ramai la baru nak jual ke apa. Sekali bila browse IG hashtag produk ni. Ramai guna gambar from blog saya ni hah..
ayat pun cilok sebijik sejibon tak hagak punya. Tu saya tak la marah pun.

Yang marah sebab diorang TUANG HARGA. Ini penyakit ok.. guna gambar orang kalau tak mintak izin pun dah kira salah. Ini etika penggunaan gambar. Tak kisah la dapat dari google pun. Tapi sila credit kan source gambar. Dah tegur pastu buat tak bersalah pulak. 'saya ambil gambar ni dari google'. Mengaku jela.

Pastu TUANG HARGA tu. Ni pun satu penyakit jugak. Sekarang trend online seller meniaga dah tak kira kos overhead semua tu. Saya ni bukan lulusan business tapi tau la selok belok pasal berapa nak letak harga. Diaorang ni tak kisah rugi asalkan jual barang. Saya paham la tu strategi. Tapi strategi biar bertempat ok. Orang yang buat macam ni adalah peniaga bermusim . Selalunya diorang ni tak sustain pun. Tapi diorang ni la jugak perosak produk & ekonomi.  Bagi murah tak salah tapi jangan sampai merosakkan jangka panjang penjualan produk.

Bukan nak cakap apa.. to buyer pun, kalau harga murah terlampau sangat sila fikir-fikir ye. Barangan fake banyak. Hati-hati ye.

Ok.. tu je kot cerita adab berniaga nye. Oh ye.. sebab kejadian ni la jugak. Saya dah disable right click. Haha.. dah tak boleh copy paste dah ye. Ko ingat aku tak tau computer ke sebab surirumah. Saya ada degree yg saya simpan dalam folder file :-) no right click tu easy peasy je. ( ni mood geram)

Wednesday, August 27, 2014

SELFIE SKINCARE by PERLA

Siapa yang suka selfie???
Tapi rasa tak flawless gitu..
Nak kena touch up pakai camera 360 gitu..

Sekarang korang boleh selfie tanpa guna camera 360

Meh try SELFIE SKINCARE

Selfie Skincare ni keluaran owner PERLA COFFEE, PERLA CHOCOLATE MILK dan beberapa produk PERLA yang lain.


Dalam 1 Set Selfie Skincare :
  1. Selfie Brightening Beauty Soap 
  2. Selfie Smoothing Toner
  3. Selfie Alpha White Day Cream
  4. Selfie Alpha Bright Night Cream


Bahan Utama Selfie Skincare :
-ALPHA ARBUTIN
-ekstrak tumbuhan : ekstrak mentimun, ekstrak licorice 
-vitamin E
-kompleks peptide untuk anti penuaan

Diperbuat di kilang bertaraf GMP
Selamat digunakan dan ada kelulusan KKM.

TESTIMONI DARI PENGASAS PERLA & SELFIE SKINCARE
"My own testimoni. Dah berkurun muka tak naik jerawat tapi sejak mengandungkan anak kedua ni datang pula jerawat alahan kat bawah pipi. 
Alhamdulillah seminggu penggunaan jerawat beransur hilang. Dan yang penting selamat digunakan untuk ibu mengandung kerana selfie skincare tidak mengandungi hydroquinone. Sesuai untuk semua jenis kulit.‪#‎selfieskincare‬ "

HARGA : RM 69.90 (SM) / RM 74.90 (SS)

NAK DAPATKAN SECARA RETAIL / BORONG??
NAK DROPSHIP???
NAK JADI AGEN???

SMS / WHATSAPP +60126637842
STOKIS SELFIE SKINCARE

** sempena minggu gaji & merdeka day, kita ada buat promosi.. nak harga promosi sila la sms/whatsapp +60126637842

korang boleh visit :

Thursday, July 3, 2014

Hati Resah

sambungan Entry ' Ibrahim ada lumps '

Dalam minggu lepas kot.. sebelum puasa. Tak ingat minggu bila sebenarnya sebab selalu je peram cerita pastu bila nak update kat blog dah lupe. Tapi tarikh ingat la sebab ada catat kat surat refer doktor. 25 Jun 2014 ada jumpa baik paed sebab lumps masih ada. Ibrahim takde demam.. aktif je.. cuma tak berapa nak menyusu botol.

Paed buat refer letter ke Hospital Sultanah Aminah, JB. Hari tu juga kitaorang pergi ke sana. Sampai sana, rupanya kena buat appointment dulu. Lepas tu, nurse yang handle admin tu cakap kalau bawa surat refer swasta nanti segala kos rawatan akan caj ikut rate swasta. Dinasihatkan kitaorang ambil surat refer dari mana-mana klinik government. Memandangkan tarikhnya ada dalam 1 minggu ++ lagi nak jumpa doktor kat klinik pakar kanak-kanak HSA so aku cakap kat husband kita minta doktor KKIA bandar tenggara je buatkan. lagipun dekat dengan rumah. rekod ibrahim pun ada kat sana.

balik la kitaorang.. semalam 2/7 baru ada masa nak ambil surat refer dari doktor KKIA bandar tenggara. Doktor nak buat surat dia ada la cek itu ini juga. Then, doktor suruh buat blood test nak cek kuman. Katanya senang.. nanti doktor HSA dapat gambaran nak treat macam mana.

Nak ambil darah ibrahim sikit punya susah.. sampaikan MA tak boleh buat. Doktor pun try beberapa kali baru dapat. Sebab ibrahim jenis tak suka dipegang. Dah kena balut, of course dia melawan. Lepas tu , gagah pulak tu. Tapi dapat jugak la darahnya. Result ada jangkitan viral dalam darah. Sedih je dengar result sebab ibrahim aktif dan nampak sihat je. Tapi dalam badan ada virus.Tak tau ini ada kaitan dengan lumps tu ke tak so 6/7 ni baru jumpa doktor dekat HSA utk futher treatment ke apa.

doakan yang terbaik untuk Ibrahim Ikram. Hope nothing serious.


Thursday, June 12, 2014

Mummy Punya Cerita Pulak

Semalam ada check up utk family planning. Aku dah stop depo injection, lagipun Ibrahim dah 1 tahun 6 bulan so enough la ambil depo. Pernah terbaca side effect ambil depo injection adalah tulang reput. Scary kan? Kita cuba natural planning atau pun tak plan langsung. Ikut la, kalau ada rezeki terima aje.

Sambil check up utk yang tu. Aku kan last time mengadu jantung berdebar-debar. Pastu cepat penat. Tau-tau selalu dah pengsan tak boleh buka mata. Yang best Klinik Kesihatan Ibu Anak sini memang concern habis. Apa kita ngadu, diorang take serious. Last check up ada ambil Tiroid Function Test (TFT) in case ada problem dengan tiroid. Pastu doktor cakap may be athma attack. TFT result aku dalam normal range dan memang terbukti yang aku athma attack.

Utk check up semalam, aku cakap yang aku dah batuk lebih sebulan. Pastu takut la kalau kena tibi ke apa. So, start hari ni aku kena hantar 1 hari 1 sample kahak untuk test kuman apa yang degil sangat. Yela.. aku dah on medication, pastu dah ambil antibiotik dah tapi still tak baik. Dah la ada athma kan? tak pasal2 kena monitor athma aku. Boleh kata teruk jugak la sebab ada time senak betul dada aku. Pastu semalam dalam menunggu setel jumpa doktor semua, ada nurse tegur bibir aku biru. maknanya oksigen supply tak cukup.

Sekarang pun, buat keje sikit dah semput. Lepas tu cepat nau penat. Hope everything will be ok dan aku cepat sembuh. Susah ok nak menjaga Ibrahim, buat house chores, nak berbisnes lagi kalau terus-terusan macam ni.

Monday, June 9, 2014

Ibrahim ada lumps

Lama tak update sebab anak beranak down with cough & flu. Aku ni dah dekat sebulan lebih kot batuk-batuk.. kejap-kejap macam baik, kejap-kejap datang balik batuknye.. siap pakej lelah sekali. tu yang segala aktiviti macam tergendala. bisnes jalan cumanya aku takdelah promote sangat. korang yang nak membeli boleh je whatsapp / sms aku. barang sentiasa ada ready stock.

Cerita pasal Ibrahim. masa dia kena batuk dan selesema tu bagi aku kire macam serius jugak kali ni. Sebabnya tiba-tiba ada lump. ada 2 , tapi now aku rasa ada yang bertambah kat lain walaupun batuk dia dah baik. Ini yang aku dalam kerisauan ni.. Hari tu bawa jumpa doktor pakar kanak-kanak, dia cakap dalam 2 minggu macam tu akan ilang. kalau tak ilang, bertambah atau bertambah saiz, kena bawa jumpa doktor balik. Sepatutnya next appointment 23 jun 2014.

hurm... masa cek up setahun setengah kat Klinik Kesihatan Bandar Tenggara ni, doktor ada cakap if lump tak hilang biasanya diorang akan cek if ada sakit tibi ke tak. pastu kalau tibi takde, diorang akan buat minor surgery untuk ambil sample kat lump tu. Aku yang mendengar ni seriau yang amat korang. Tapi that day Ibrahim ambil injection 3 serangkai tu. Tak demam pun walaupun aku tak bagi dia ubat demam.

Masa lump tu muncul Ibrahim siap demam. Anak aku ni tak pernah demam pun since lahir, bila dia start demam, rasa macam jantung ni dirobek-robek gitu. Ibrahim start merengek, tak selesa, kurang makan. Sedih kan? Rasa dalam this week bawa jumpa pakar kanak-kanak tu balik kot. Harapnya takde la berita meruntunkan hati mummy.




Wednesday, May 21, 2014

Bisnesku

Alhamdulillah dah setahun lebih aku serius berbisnes. Takdelah serius sangat sebab ada masa bila aku down, aku rehat dari berbisnes. Bila rehat, income pun 'rehat' la jugak. Begitulah nasib orang bekerja sendiri..

Aku bermula dengan produk Maixara. Now, dah macam-macam produk dah aku jual. Lagipun benda yang aku jual ikut trend. Banyak sangat produk kecantikan & kesihatan kat pasaran. Yang mana berkesan tu insya-Allah la sustain je sales dia. Lagi satu orang sekarang bukan boleh tengok produk yang memberikan hasil yang cepat.

Antara produk yang aku masih jual:
#RoyalSlimLishuoMagic
#RoyalDetoxPlatinum
#BelvyaPSS
#BRampingCoffee
#Wonderglow
#MarineEssence
#MineralCoffee
#PerlaCoffee
#PerlaChocolate
#Aurawhite
#Ferwhite
#EggMask
#BedakTanaka
#Liptint
#SlimmingBeltMurah
#garamBuluhHaiO
#MaixaraWhiteEssential
#MaixaraQBerry

Ada yang berminat nak beli barang-barang ni dengan harga mampu milik??
sms / whatsapp 0126637842 untuk order ye..

TIPS & GUIDE diberikan
Semuanya 100% original
Yang mana ada masalah tapi tak tau nak pilih produk yang sesuai, bolehlah tanya aku..
insya-Allah aku akan cuba bantu mana yang boleh..

aku tengah berkira-kira nak ambil dropship untuk bisnes aku ni..
tapi tulah.. tengah fahamkan konsep dropship ni..
pastu tak tau nak bagi komisen berapa..
pastu risau gak.. boleh ke percaye orang yang baru kenal??
siapa ada pengalaman dropship?
meh kongsi kat komen..
antara ready stock barang-barang yang aku dual. Ada yang takde dalam gambar sebab letak dalam kotak-kotak

Tuesday, May 20, 2014

Ibrahim & Shopping Mall

Lama tak cerita pasal Ibrahim kan?
Dah besar dah..
dah pandai nak merajuk..
merajuk tahap baring kat lantai..
tekup-tekup muka..
alahai anak..

ok la lets the pictures talk
sebenarnya aku pun tak tau nak buat ayat apa..
pemalas betul nak fikir sekarang ni..
tapi nak tepek gak kat blog







Begitulah gelagat Ibrahim kalau pergi shopping mall.
Suka nau bertepek kat window-window display kedai tu..
Kalau shopping mall yang tak ramai orang boleh la nak lepas dia berjalan macam ni..
Bukan nak dia berpegang. Tapi takdela tahap dia berlari lagi.
Cuma dia jalan laju-laju je. Pastu suka berhenti tegur-tegur orang.
Friendly sangat si Ibrahim Ikram ni.


Perla Coffee & Perla Chocolate

PERLA COFFEE

Bahan-bahan dalam PERLA COFFEE:
SERBUK MUTIARA
GLUTATHIONE
COLLAGEN
VITAMIN C
CALCIUM
KOPI ARABIKA
KRIMER BUKAN TENUSU
HABBATUSSAUDA
TOMATO
EKSTRAK BETIK 


PERLA CHOCOLATE MILK 

gabungan serbuk mutiara & L-Cysteine Hydrocloride Monohydrate~

Kebaikan Serbuk Mutiara:
-bahan pelembap semulajadi yang sangat baik untuk kulit.
-membantu mencegah penuaan kulit.
-membersihkan kulit.
-memudakan kulit wajah.

Kebaikan L-Cysteine:
-membantu meningkatkan kecerahan kulit (memutihkan) seluruh badan.
-menghalus serta melembutkan struktur kulit.
-kulit menjadi lebih anjal.


Rasa PERLA COFFEE & PERLA CHOCOLATE ni sedap uols!
Ramai dah cuba & dapat hasil yang superb!
kulit jadi moist, parut makin pudar.. serius cakap, kulit makin cantik, putih, gebu & berseri..
macam owner produk PERLA sendiri..


Lina nak jual murah-murah je sebab PERLA COFFEE dah tukar packaging lagi.. Stok kat lina banyak lagi.. 

Harga PERLA COFFEE : RM 43(SM) / RM 49(SS)
Harga PERLA CHOCOLATE : RM 50(SM) / RM 55(SS)

nak borong pun boleh,
harga serendah RM 3*
min 5 pcs untuk borong ye..

sms /whatsapp 0126637842 untuk sebarang order



Monday, May 12, 2014

Saya Menang Maixara!!

Sebelum ni ada cerita yang testimoni aku ada duk tayang kat FB pages official Maixara kan? kalau tak ingat klik link ni :

http://linapersonaljournal.blogspot.com/2014/04/testimoniku-keluar-di-fb-page-maixara.html

lepas dalam minggu lepas, keluar list pemenang testimoni terbaik bulan April 2014. Ada nama aku dalam senarai tu.. syukur Alhamdulillah.. Hadiahnya hamper barangan Maixara bernilai RM500.

Last week dah sampai dah hadiahnye.. tak ingat hari apa..


Terima kasih Maixara!! Ada Maixara Miracle Essence (MME) & Maixara Q Berry. Kalau kira-kira nilai barangan tu lebih RM500++.

sesiapa nak beli Maixara meh sms/whatsapp 0126637842
Tips & guide akan diberikan.



BELVYA PSS



Memperkenalkan satu formula untuk membuang lemak-lemak di badan serta pada muka dengan hanya menggunakan body scrub ketika mandi. Terbukti keberkesanan dengan pengurangan 1-2 inci seminggu.
  • Keberkesanan yang terbukti secara klinikal
  • mengandungi 5 essence aroma therapy
  • 100% keluaran bumiputera & muslim
  • dikilangkan di kilang status GMP
  • kesan seawal 1 minggu pertama
  • segar & tidak merasa panas
  • halal & selamat digunakan 
  • tiada kesan sampingan
  • diformulasi dari USA
  • diiktiraf KKM
  • pertama di Asia



KELEBIHAN PERFECT SHAPING SCRUB BY BELVYA
1) Mengurangkan saiz lipid (molekul lemak)
2) Mengurangkan kuantiti lipid di dalam adipocytes (cell lemak)
3) Mengurangkan 1 hingga 2 inci dalam masa seminggu (terbukti secara klinikal)
4) Menegangkan kulit kendur akibat kehilangan berat badan yang cepat
5) Menghilangkan kehadiran selulit akibat dari kehamilan, baligh & berat badan turun naik.
6) Membentuk badan menjadi cantik
7) Menghilangkan lemak- lemak di muka serta meruncingkan dagu
8 ) Menghilangkan dagu berlapis (double chin)
9) Membantu membentuk hidung supaya kelihatan mancung dari biasa.
10) Menghilangkan stress & memberi kesegaran melalui 5 haruman aromatherapy
11) Menghilangkan bau badan sehingga tidak perlu memakai deodorant
12) Membuang sel-sel kulit mati & melembutkan kulit
13) Melawan jerawat dan merawat jerawat di badan
14) Mengurangkan tanda- tanda penuaan
15) Menggunakan teknologi nano yang terkini
16) Sangat berkesan untuk masalah perut buncit seperti orang mengandung

TESTIMONI BELVYA PSS memang banyak.. Ini sebahagian testimoni pengguna yang sangat berpuas-hati dengan BELVYA..




Bukan double chin je boleh hilang..
perut pun boleh kempis..
selulit pun boleh hilang tau..
kulit akan makin halus dan licin..

jom dapatkan BELVYA..
lina pengedar sah BELVYA yang berdaftar (boleh cek kat official FB pages BELVYA )

harga sebenar : 1 jar RM 85(SM) / RM90(SS)

sekarang ada promosi tau..


murah dan jimat berganda kan??
apa lagi.. jom dapatkan BELVYA.
raya dah dekat kan?
nanti raya boleh la selim-melim..
kulit cantik lagi..

sms /whatsapp 0126637842 

lina akan guide sampai anda mendapat hasil yang sepatutnya..


Monday, May 5, 2014

Batuk Tak Baik Lagi

Dah nak masuk 2 minggu.. batuknye masih tak baik-baik lagi..
Sekarang tengah makan antibiotik, esok habis dah antibiotik..
kalau takde rupe nak baik jugak.. terpaksalah serah diri kat klinik untuk futher check up..
yang tak bestnye Ibrahim pun dah start batuk. Ambil masa jugak nak berjangkit ngan mummy..
Hope cepatlah sembuh batuknye.. doakan ye..

Since batuk-batuk ni so takde la aku memasak sangat..
Ini aje yang berjaya dimasak..

siakap ni jual kat aeon murah hari tu. tapi hari ni takde bahan sangat nak masak, buat siakap masak asam jela.

ayam ni marinated chicken jual kat aeon. panggang dalam pemanggang ajaib. 

pengemar brokoli ramai kat rumah ni. sebab tu selalu sangat masak brokoli. yang ni tumis ikan bilis je.

kentang ikan bilis kicap. Dah tak tau nak masak apa. Apa bahan ada, kita taram je.

Ini masa aku batuk teruk hari tu. Tapi teringin nau terung masak kicap. Tu yang buat tu.
Aku bukan rajin nau masak tapi betul-betul bosan dah lauk kat kedai..
Tak menetapi selera pastu mahal pulak tu..
Lagipun bila memasak ni stress pun hilang..
Anggap jela sebagai terapi..

Ok la.. next kalau ade masa aku cerita aku menang contest pulak..
nak cerita sekarang macam kepala ni rasa ting-tong je penangan ubat batuk..
tunggu tau next entry..

oh ye..
bagi sesiapa yang nak kurus tapi tak mau yang jenis makan-makan atau minum-minum ubat..
boleh cuba BELVYA PSS...
Skrub untuk kurus ni uols!!
serious berkesan!!
ada KKM..
Now tengah ada promo pulak tu..
Aku agen sah BELVYA PSS
sms / whatsapp 0126637842 untuk order ey..


antara testimoni BELVYA PSS