Aku sedang dikejar dateline. Gila betul user ni, nak terus masuk production tanpa sebarang User Acceptance Test (UAT). Best-best tu memang best tapi sanggap membuat testing ala-ala syok sendiri ni. Mula-mula aku ingat nak siap dah, rupanya banyak lagi. Adeih.. dah la nak fahamkan coding orang terdahulu makan masa. Tapi aku tak stress pun. Nama pun programmer kan? Hadap jela. Yang penting module yang aku buat error free bila user guna nanti. Think +ve.
Last weekend aku ngan mak sekali lagi berjumpa vendor catering + pelamin yang aku dah hire untuk majlis resepsi aku nanti. Hantar contoh kain baju sanding dan bincang balik theme color. Tak mahu la warna baju pengantin ditenggelamkan dengan warna pelamin. Kalau ikut baju sanding tu, warnanya fuschia pink + lilac + gold. Famili may be pakai warna lilac/lavender kot. Tapi ni tak confirm lagi. Nak buat kelainan sikit. Warna famili tak semestinya sama dengan warna pengantin. But the colors mestilah kena.
Rasa tak nak bagi orang pakai warna pink pun ada. So the bride n groom je pakai pink. Aku dan din highlight majlis tu so boleh la kot tak nak bagi orang lain pakai pink. Macam menarik je kan idea ni. Ala-ala raja la kan. Kalau raja datang kita tak boleh pakai kaler kuning raja tu. Baru jadi raja sehari ;p
Thursday, September 30, 2010
Friday, September 24, 2010
Isu Kad Kahwin
Isu ni biasa berlaku bila kita nak buat kad kawen. Tapi ada yang perlu diperbetulkan di sini.
Biasa kalau kita akan dengar orang cakap, 'ala.. buat kad kahwin yang biasa-biasa je. Yang murah, asal ada tulisan menjemput dan info majlis etc. Nanti orang buang jugak kad tu'
Salah kalau fikir gitu. Why not cuba dapatkan kad idaman dengan kos yang paling low sekali. Tak kesah la nak bersusah payah DIY atau tempah + cantikkan guna kekreatifan masing-masing. Kalau dah cantik mesti ada orang tak sanggup buang kan?
Bagi aku setiap sen yang keluar harus tak dibazirkan. Kalau awal-awal dah set mind yang org akan buang kad maksudnya awal-awal kita tahu duit kita akan dibazirkan. so, tukar mentalitili macam tu kepada 'aku harus buat kad yang cantik supaya akan ada orang simpan kad aku tu'. tak kesah la kad tu semurah 10sen ke. yang penting 10 sen tu pun duit. so, appreciate setiap sen yang kita keluarkan.

Thursday, September 23, 2010
Kad Kahwin Idaman
Semalam tengah kepala ting tong buat coding, aku pun survey kad kat internet. Terjumpa 1 blog yang buat kad handmade yang cantik sangat. Memang menepati citarasa aku sesangat. Buat calculation secara kasar, kad tu sangat murah la bagi aku. Siap handmade lagi tu.
Now, i'm in love with doily paper.
So aku terus shoot email tanye quotation kad tu. Pagi ni dapat reply:
total : rm750 utk 1000pcs
Aku ade bace blog b2b yang lain, doily paper tu boleh dapat murah kat kedai barang kek. Semalam aku dah
cari doily paper tu sekitar Taman Equine. Tapi tak dapat sebab tak de kedai jual barang kek kat sana.
Plannye nak try buat DIY. Sebab buat calculation kalau DIY kosnya akan kurang about 50%. Macam mana nak dapat -50% , erm.. macam ni:
Jadi ni gambaran awal kad idaman aku tu:

- aku beli doily paper sendiri + tempah stamp dan cop kat atas doily paper (tapi lekat ke ink tu? takut kena air dia jadi tak cantik)
- cetak guna mesin fotostat maklumat majlis dan map (yang ni kena betul-betul design ikut size. Yang tu malas tu)
- beli dan ikat riben sendiri
- guna kad manila size A4 dan potong sendiri kad tu.
Jadi ni gambaran awal kad idaman aku tu:
Aku DIY contoh je ni the color aku nak macam ni. Sweet kan? |
Wednesday, September 22, 2010
Kos Majlis Kahwin
After tunang hari tu, duk bincang kos yang bakal dikeluarkan time majlis kahwin nanti. Niat di hati memang kami nak buat sehabis simple la. Bukan simple dari segi majlis tapi dari segi kos.
Yang buat pening ni, mak aku tu banyak betul kawan-kawan. Kawan politik, kawan persatuan, kawan NGO, kawan bisnes dan macam-macam jenis kawan lagi la. Tu baru mak, famili yang lain pun ada kawan-kawan nak ajak sekali. Tapi mak faham kami mempunyai budget constraint. So, may be she will topup kat mana-mana yang tak cukup bajet tu.
Antara anggaran bajet majlis nanti:

- Dewan : rm1.5k tapi rm300 dapat balik after majlis
- Catering + Pelamin + Walkway + Gerbang : rm13k (rm13 sekepala)
- Baju sanding 2 : rm 350 + rm150
- Kad : rm2k (untuk 2 belah pihak)
- Doorgift/ Bunga Telur : rm2k (untuk 2 belah pihak)
- Mak andam + Baju Sanding 1: aku tak tau lagi yang ni masuk sekali ke tak pakej 13k tu.
- Hotel (penginapan): rm1.5 k
- Official Photographer: rm1.5k
- Travel cost: rm1.5k
Cincin Tunang
fuhh...berpeluh nak upload gambar cincin tunang ni. Ni sebab dd nak tengok sangat la. Details pasal cincin leh bagitau ni je:
1) Brand : Habib Jewel
2) Emas 750 sebab diamond tak seswai nak ikat dengan emas 916 atau emas 10
3) Batu diamond bukan zircon. Tapi karat kecil-kecilan je sebab ade 7 biji semuanya.
Yang lain-lain tu biarlah aku dan yang terapat je tau. Tapi kalo nak kepochi gak, pm me. Nak share tapi tak mau dicop menunjuk-nunjuk ;p
Monday, September 20, 2010
Sempat Tak Ni?
Ce korang tengok ticker kat atas tu. Ada 4 bulan lebih je lagi. Risau aku. Cukup ke masa nak buat persiapan ni? Senyap-senyap aku dah ada buat persiapan sikit-sikit. Antara persiapan yang dah buat:
- Tempah dewan dekat Majlis Daerah. Dewan sekali dengan kerusi meja + aircond. Dewan paling besar kat Lipis. Parking pun banyak. Deposit : RM300. Harga Sewa: RM 1200.
- Tempah Catering sekali dengan pelamin, walk way dan pintu gerbang (Pelamin tu ikut taste aku. cuma bunga mak aku request tukar ke orkid. Plan guna fresh flower campur artificial flower)
- Tempah baju sanding 1 (may be ada 2 baju sanding belah aku. Songket 1, Lace 1)
- Pergi kursus kahwin
- Tempah bajung sanding 2 (Yang ni dd tau kat mana)
- Survey kad kahwin
- Suruh mak book make-up artist untuk 3 majlis kat Lipis.
Friday, September 17, 2010
Hantaran Pertunangan (2)
Hantaran Pertunangan (1)
After few changes on barang hantaran, akhirnya hantaran yang ada time E day adalah:
Dari pihak lelaki:
Dari pihak perempuan:
Sirih junjung tu mak aku ada buatkan bunga pinang. Serius sangat susah + ambil masa nak hasilkan bunga pinang ni. Hasilnya after jemur berhari-hari, warnanya makin terang dan seakan-akan bunga orkid harimau.
Bekas hantaran, aku yang deco sendiri. Gabungan bunga daisy (cream) + ros (purple plum). Guna artificial flower.
Ferrero Roche bentuk segugus anggur mak aku yang buatkan.
Kek dan bakul pastry berisi strawberi tu mak aku tempah kat kawan dia. Kat mana aku tak tau. Tapi bakul pastry tu sekadar hiasan. Strawberi je boleh makan (sebenarnya tart nenas dibentukkan strawberi). Bakul tu boleh simpan up to 1 year.
Lipatan sejadah, samping, kain baju melayu, towel upah orang lama sebab nak sentuhan tradisional. Tapi aku kurang puas hati dengan lipatan towel. Macam tak kena je.
Bunga rampai dari daun getah. Yang ni tempah dari kawan mak. Kahwin nanti, bunga telur may be pakai bunga jenis macam ni. Tak tau la cukup ke tak jumlahnya sebab nak buat bunga getah ni bukannya senang.
Ada juga guna fresh flower (ros) kaler putih, peach dan merah. Contoh atas tafsir aku selitkan 3 kuntum bunga ros ni, setiap 1 kaler, 1 bunga.
Overall, aku puas hati la hantaran aku ni. Ikut citarasa aku tapi tak ketepikan idea mak aku. Moden + tradisional.
Dari pihak lelaki:
- Tepak sirih + cincin + duit RM100 (simbolik duit hantaran kahwin)
- Sirih junjung
- Telekung
- Sejadah
- Chocodate
- Buah + Chocolates (vochelle + Ferrero Roche)
- Chocolates duit
- Lace + Satin + Cluch
- Towel
Dari pihak perempuan:
- Sirih junjung
- Bunga Rampai
- Buah
- Kek
- Sejadah
- Kain Satin (baju melayu)
- Pastry bentuk bakul + strawberi
- Towel
- Samping Songket
- Tafsir Al-Quran Bahasa Melayu
- Chocolate (Ferrero Roche)
Sirih junjung tu mak aku ada buatkan bunga pinang. Serius sangat susah + ambil masa nak hasilkan bunga pinang ni. Hasilnya after jemur berhari-hari, warnanya makin terang dan seakan-akan bunga orkid harimau.
Bekas hantaran, aku yang deco sendiri. Gabungan bunga daisy (cream) + ros (purple plum). Guna artificial flower.
Ferrero Roche bentuk segugus anggur mak aku yang buatkan.
Kek dan bakul pastry berisi strawberi tu mak aku tempah kat kawan dia. Kat mana aku tak tau. Tapi bakul pastry tu sekadar hiasan. Strawberi je boleh makan (sebenarnya tart nenas dibentukkan strawberi). Bakul tu boleh simpan up to 1 year.
Lipatan sejadah, samping, kain baju melayu, towel upah orang lama sebab nak sentuhan tradisional. Tapi aku kurang puas hati dengan lipatan towel. Macam tak kena je.
Bunga rampai dari daun getah. Yang ni tempah dari kawan mak. Kahwin nanti, bunga telur may be pakai bunga jenis macam ni. Tak tau la cukup ke tak jumlahnya sebab nak buat bunga getah ni bukannya senang.
Ada juga guna fresh flower (ros) kaler putih, peach dan merah. Contoh atas tafsir aku selitkan 3 kuntum bunga ros ni, setiap 1 kaler, 1 bunga.
Wednesday, September 8, 2010
In Just Few Days....
Dalam beberapa hari lagi, relationship aku ngan din yang almost 6 years akan melangkah ke satu lagi phase. Hope the event will going well. Doakan kami ey.
Juga dikesempatan ini, aku nak mengucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Halalkan makan dan minum. Berhati-hati di jalanraya dan ingatlah orang tersayang :)

Aku Perlu Ada Insurans Hayat ke?
Time tengah otak kat kampung tapi badan kat office, rasa nak blog pasal apa dah jadi dekat aku semalam.
Semalam, time semangat nak siapkan kerja sebab nak raya, aku dapat call dari maybank. Cakap aku selected for their new product sempena 50th years celebration of Maybank. Aku ada sikit2 macam teruja. Tentula, rasa lucky macam tu. Tapi dalam rasa teruja tu rasa takut kena scam. So, aku layan je caller tu. Pas dah pasti yang itu call dari maybank, so dia sambung la cakap pasal product yang diorang cakap 'life style security accident'. Pung pang pung pang, sekali dia kata nak buat activation pastu aku akan dapat black n white. Waktu tu aku tak cakap pun 'yes, i berminat dengan plan ni'. aku just 'urm..a'ah.. i nak tunggu black n white dulu boleh tak? i nak reject boleh tak?'.
Habis talking to that caller, aku cek maybank2u aku. Suka hati je deduct dari akaun aku RM37.20. Pastu aku gugel pasal plan yang dia duk pung pang kat aku tadi. Sekali ko, mana ada selected tak selected. Plan ni pakai ATM pun leh beli. Pastu, this is personal accident plan. Rasa tertipu ok. Sangat tertipu. Mentang-mentang ko tau dah 5 years aku actively guna maybank untuk transaction duit masuk. Lagipun aku tak nak la insurans yang aku tak kaji dulu ni. Kalau nak pun, aku akan ambil masa 2-3 hari kaji dulu baru decide nak join. Kadang-kadang kita ni kena fikir halal haram jugak. Tak semua scheme tu halal dan mengikut syariah.
Pastu semalam aku call maybank customer service tapi tak leh nak cakap ngan orang yang berkenaan sebab kena call masa office hours. Tadi call so aku dah batalkan plan tu. Tunggu 14 working days baru dapat balik duit aku tu.
Yang buat aku rasa tertipu tu, nape la ko nak cakap aku selected sebab aku loyal ngan ko. Cakap je ko nak jual scheme. Ni rasa tak mau simpan duit kat maybank ni. merajuk aku.

Monday, September 6, 2010
Chit Chat Raya
Baru je dapat email dari bos kata hari khamis cuti ehsan. Bos ni suke betul bagitau last-last minit. Tapi terima kasih bos. Jimat 1 hari cuti. Next year kan nak pakai banyak cuti.
Budak-budak team aku pulak re-apply cuti. Tak pela. Tak mau ikut-ikut orang. Tapi sekarang memang mood malas buat kerja. Tambah environment yang tak best macam kat office. Client site ni agak bising sket. Client slumber badak borak macam nak bagi 1 hall dengar. Tak leh fokus betul.
Baju raya tahun ni tak de kot. Sebab banyak persiapan more on E day. Ade jugak la baju baru cuma pakai on 4th raya ;p Mak pulak bagi 'bonus' besar untuk kami adik beradik. Tapi yang perempuan la. Angah tak dapat mcm aku dan linda dapat sebab dia dapat cash untuk down payment kete. Nilainya sama. Adil betul mak aku ni.
Weekend lepas balik umah, mak sibuk buat bunga pinang untuk hantaran aku nanti. Bersungguh betul dia nak terima menantu kali ni. Barang hantaran tunggu aku balik untuk diy bekas hantaran. Nanti pas raya aku tayang hasil kerja aku kat korang.Tayang awal2 kang hilang seri pulak ;p
Ok, nak balik dah. Malam ni nak gi Jalan TAR. Nak cari tudung tunang.

Friday, September 3, 2010
Mother VS Daughter
Dalam persediaan majlis besar macam pertunangan dan perkahwinan, mesti sesetengah orang mengalami masalah yang sama macam aku hadapi. Bukan Mertua VS Menantu. But Emak VS Anak Perempuan.
Kadang-kadang benda kecil pun boleh bergaduh. Ada yang boleh tolerate each other tapi ada yang degil piang nak ikut kepala masing-masing je. Aku pulak sedaya upaya untuk mempertahankan majlis impian aku but at the same time akan cuba ikut kemahuan mak aku.
Contoh yang dah jadi kat aku :
1) I have to wear songket during our reception next year . Lace yang beli kat Bandung nanti pakai time potong kek je. Or may be boleh pakai time outdoor photoshoot.
2) Ingat color theme for E day nak buat purple plum tapi mak nak putih. Tapi alhamdulillah my hantaran deco ada bunga purple plum. Bukan tak de langsung that color during my E day but ada la sipi-sipi.
3) I plan to wear a simple ready made chiffon baju kurung during E day tapi mak mau aku pakai baju kurung lace and not simple kurung. Siap belikan lace with satin lining. Already tempah with mak andam. Mak belanja dress making cost. Jimat di situ ;p
4) Hantaran aku banyak changes sebab mengikut cakap mak. Ada do's n don'ts. So ada benda nak bagi dia tak bagi aku bagi. Tapi she's willing to find orang untuk bentukkan barang-barang hantaran tersebut. So ikutkan aje.
Kadang-kadang kita macam tak boleh terima pendapat orang lain untuk merealisasikan majlis impian yang kita nak. Even pendapat from our own mother. But, jangan la sampai jadi gaduh. Boleh melukakan hati mak kita tau. Bagi aku, cuba terima pendapat mereka. But, kalau tak boleh terima 100%, take atleast 30%. Then, kalau nak jugak macam yang kita nak je, cuba cari jalan supaya idea kedua belah pihak dapat digabungkan. Kalau idea tak boleh terima sangat, give them concrete reason why we can't accept their ideas. Tak mau la gaduh-gaduh :)

Labels:
E day,
engagement,
mother vs daughter,
tips,
wedding
What Should I Do?
Aritu aku kata takut sebab bos bagi task baru kat aku kan? Tapi take it as challenge. Masalahnya, aku dah cuba tapi aku rasa nak give up boleh tak? Tak reti la aku guna bende-bende advanced gini. Nak explore mau sebulan dua. Ni seminggu dua mesti la tak leh settle.
Aku bukan tak nak bertanya. Tapi macam banyak sangat soalan nak tanya buat aku rasa yang opismate aku akan menyampah kat aku. Yela sikit-sikit tanya. Sikit-sikit tanya. Pastu ada sedikit penyah-mangkin (perkataan ni ade ke?)untuk aku bertanya banyak-banyak. Terus aku diam je tak tanya pape. Tapi kerja aku tak produktif la. Delay dan melangkaui dateline. Kadang-kadang sampai aku tak tahu nak tanya apa sebab tak reti bab-bab teknikal ni. Takut salah sebut term etc.
Aku bukan tak reti langsung ok. Cuma benda ni advanced sesangat bagi aku. Pastu macam merumitkan je. Guna yang version lama lagi senang walaupun remeh.Terus aku ada rasa give up nak buat coding.
Korang pernah tak mengalami masalah macam ni. Takut nak tanya. Bukan takut sebab orang tu garang ke apa tapi takut orang tu rasa menyampah dengan kita.

Thursday, September 2, 2010
Duit Raya
Alhamdulillah. Ada rezeki untuk raya kali ni. Bos email cakap nak bagi duit raya dalam setengah bulan gaji atau 2k. Tapi ada term n condition la. Macam kes aku, aku baru je keje dalam 3 bulan so tak dapat la half month tu. Tapi alhamdulillah. banyak jugak duit rayanya jika dibandingkan perkhidmatan aku kat sini.
Pastu, dengarnya siapa-siapa dalam notis nak berhenti kerja tak dapat duit raya. Yang half month melebihi 2k akan dapat 2k sahaja.
Aku tak sedar pun duit raya tu dah masuk since jumaat lepas. Aku ingat duit raya ni nak simpan untuk majlis besar next year. Dapat la topup-topup sikit.
Ni rasa seronok kerja sini ni :)

Songket Terengganu, Songket Kelantan, Songket Sri Langka
Ini sedikit info untuk bride-2-be atau sesiapa saja yang nak beli songket tapi tak pernah ada experience. Tambah-tambah nak raya ni kan? Boleh la beli songket nak buat samping pakai time raya.
Songket ni asalnya ditenun pakai tenaga orang, tapi zaman dah moden so dah ade yang guna mesin untuk tenun. Haruslah songket yang ditenun tangan lebih mahal harganya kan? Selalu orang sebut songket terengganu kalau promo songket sebab songket ni paling famous kat M'sia then hasilnya pulak memang lebih cantik dari songket-songket dari tempat lain.
Songket Kelantan ada jugak, harganya murah dalam RM100-200 daripada Songket Terengganu. Tapi yang ni yang jenis songket tenun tangan yang guna kain tenun atau kain cotton. Kalau korang tengok yang warna dan corak dia cantik sangat pastu penjual cakap harga ribu-ribu tu, yang tu guna kain sutera. Lelaki kan tak boleh pakai sutera. May be diorang mix la sutera tu dengan fabrik lain. Tapi tak tahu la pulak boleh pakai time solat ke tak.
Pastu sekarang nak raya banyak yang jual murah-murah samping songket kan? Cuba pegang kain samping tu, macam keras sikit kan? Yang tu songket Sri Langka atau ade yang panggil songket india. Tapi kadang-kadang ade gak penjual yang tak jujur, kata songket terengganu tapi sebenarnya songket sri langka je. Hati-hati ey kawan-kawan.
Beza songket terengganu,kelantan dengan sri langka ni salah satu nya kita boleh uji benang yang diorang gunakan. Kalau songket tenun, benang dia kalau kita putuskan tak berbulu sangat. Tapi yang paling obvious bila pegang tu lembut tak kainnya. Kalau lembut tu, ok la tu.
Ni serba sedikit yang aku tau. Kalau salah tolong betulkan ey :)

samping,
songket,
songket kelantan,
songket terengganu
Wednesday, September 1, 2010
Persiapan E day (5)
Hari jumaat(27/8) cuti Nuzul al-Quran. Selangor cuti, jadi aku memang dah plan nak dapatkan barang hantaran mana yang cukup lagi. So, plannye nak ke kilang beli bekas hantaran pastu jalan TAR then ke Pusat Kraf Jalan Conlay.
Dekat kilang, bunga yang aku guna untuk hias hantaran dah abes. Yang abes tu pulak main flower. Huhu sedih tau. Mana boleh nak campur-campur bunga lain dah. (tapi din dah confirmkan yang diorang bawa 7 dulang je so bunga adalah cukup)
Pastu ke jalan TAR. Traffic jam start jalan parlimen lagi. Masak duk lama kete lelama. Pastu dah sampai area jalan Raja Laut, parking semua penuh. Aku terus plan nak parking kat the Mall. Aiseh..dah rugi masa merempuh Jalan Raja Laut tu.Parking then naik lrt ke Bandaraya.
Mula-mula aku jalan kat Bangunan City One. Ingat nak beli sesuatu kat situ tapi kedainya tak buka pulak.Pastu masuk semua house. Konon nak survey harga Songket Terengganu.Nak beli macam tak berani sebab tak kenal songket terengganu macam mana. So better beli direct dengan penenun.
Sebab tak nak buang masa aku terus ke JAKEL. Plan nak beli alas meja (fungsinya masa majlis : untuk mengalas tempat kumpul dulang-dulang hantaran.). Aku beli yang paling simple dan sweet coraknya.Color cream bercorak bunga color peach.Pastu singgah SOGO jap beli towel hantaran. Beli yang biasa-biasa aje color buah asam gelugur yang tak buat asam keping lagi(rasa-rasa warna apa ni?)
Then, ambil kereta pastu drive ke Jalan Conlay pulak. Janji ngan dd dudu ngan mak cik Zaini nak tengok barang-barang kat sana. Sekali dua orang tu terperangkap dalam jam terus tak sampai-sampai kat pusat Kraf tu.
Pusat Kraf ada buat jualan tradisional aidilfitri sampai 31/8.Jadi banyak la pengeluar fabrik, aksesori, kuih yang bukak booth kat sana. So lebih yakin sikit nak beli bende-bende macam songket etc sebab penenun sendiri yang jual.Aku survey songket terengganu. Mahalnya. tapi ada alternatif lain iaitu songket kelantan yang aku rasa mampu sikit. Aku beli songket kelantan warna base putih,ada tekad gold.Nanti aku cerita pasal songket-songket ni.
Before balik lipis, aku berbuka puasa dengan dd dudu n family kat carefour Wangsa Maju. Sempat jugak aku grab ferrero roche untuk hantaran.
Jadi list hantaran sudah lengkap (ada changes dari list asal).

- Sirih
- Bunga rampai
- Sejadah
- Kain Baju Melayu
- Songket
- Towel
- Fererro Roche
- pastry bentul bakul pastu ada strawberi dalam bakul tu
- Cookies bentuk gitar
- Buah (ni depends availability ada ke tak buah salak tu)
Labels:
City One,
E day,
engagement,
hantaran,
Jakel,
Jalan TAR,
SOGO,
songket,
songket kelantan,
songket terengganu
Subscribe to:
Posts (Atom)