Thursday, February 28, 2013

Ayam Masak Kicap ( Johor Style )

Setiap negeri lain-lain cara masaknya walaupun nama masakan sama. Every family pun ade resepi berbeza-beza untuk hasilkan 1 masakan yang sama. Sama tapi tak serupa :) That why rase pun boleh berbeza. Bak kata orang lain orang, lain air tangannya.

Kalau dari kecik, mak aku biasa masak ayam, daging atau apa-apa masak kicap mesti guna serai. Takde pulak guna rempah 3 serangkai ( kayu manis, buah pelaga, bunga lawang). Sejak kawin, aku tengok dan makan masakan mak mertua aku pulak ade bende-bende ni. Kebanyakan orang johor masak style gini rupanya. Baru tau.

Bila nak masak ayam masak kicap ade konflik sikit between me and din. Din suka cara masak mak dia. Aku pulak suka cara masak mak aku. Tapi sebab ikut cakap suami dan motif utama masak sebab nak happykan perut dia so kita ikut selera dia jela.

So, inilah ayam masak kicap johor style

Bahan: Ayam, bawang merah, bawang putih, bawang besar,cili merah, 3 serangkai (aku guna 2 je sebab tak jumpa buah pelaga), kicap, cuka, sos cili, minyak, air, halia ( yang ni aku tambah. tak pasti mak mertua aku guna ke tak)

Cara masak:


  1. Tumis bawang merah dan bawang putih.

  2. Masukkan ayam.

  3. Masukkan halia.

  4. masukkan 3 serangkai.

  5. Tambah air.

  6. Masukkan kicap. Kicap ni aku ikut sedap rasa je letak. Tapi tak boleh overdose sebab ade rase pelik sikit kalau terlebih letak.

  7. Masukkan cili merah dan bawang besar

  8. Masukkan sos cili dan cuka ( masing-masing sesudu dua gitu. ikut rasa masakan la. Kalau terkurang tambah la lagi. sampai rase dia perfecto)

  9. Masak sampai rasa sebati dan kuah macam pekat sikit.

Monday, February 25, 2013

Ibrahim dan Tangan

Dalam beberapa minggu lepas Ibrahim start pandai main air liur. Berbuih-buih mulut dengan air liur. Tak kesah la dalam jaga atau tido.

Lepas tu rupa-rupanya dia start nak hisap tangan dia. Sebab dia bersarung tangan, memang lenjun la sarung tangan tu dikerjakan Ibrahim. Kalau pakaikan sarung kaler putih habis jadi kecoklat-coklatan jadinya. Penat nak sental time basuh pakaian dia.

So, ade sekali tu aku dah try bukakan sarung tangan dia bagi dia hisap tangan dia puas-puas. Siap berbunyi ok dia hisap.

Kalau nak pujuk dia ke apa. Sebab aku tau dia obses dengan tangan dia, so aku bukakan sarung tangan bagi dia gigit-gigit hisap-hisap. Berkesan la jugak. Kalau tengok masa tu memang rase kelakar sangat sebab macam beria betul dia mengomol tangan dia tu. Ibrahim..ibrahim..

Thursday, February 21, 2013

Me Time

Sejak ada Ibrahim susahnya lahai nak ada ' me time' (masa untuk diri sendiri). 24/7 aku ngan Ibrahim. Time dia tido la baru aku dapat buat keje.

Sekarang waktu tido dia macam teratur. Siang dia tido pukul 12 sampai pukul 4 atau 5 petang. Malam pukul 8 hingga pukul 12 malam. Yang ni biasanya straight tak bangun mintak susu. Pukul 12 mlm sampai pagi pulak dia bangun sekejap-sekejap mintak susu. So far, senang je kalau dia ikut waktu tido dia ni.

Pastu sekarang takde la aku terperap je dalam rumah. Nak ke mana-mana kena tunggu din bawa. Rimas gitu sebab aku dah biasa berdikari. Masalah tu dah setel sejak Ibrahim dah ada baby carrier. Aku nak pergi pasar lambak atau pasar tani, aku bawa je Ibrahim ke kedai din pastu tinggalkan dia dengan abah dia. Nak ke mana-mana dekat-dekat dah boleh dah. Lega sangat rasenye. Kalau tak stress aku.

Alhamdulillah dah boleh ikut rentak jadi mummy Ibrahim dah sikit-sikit. Cuma tu la. Aku kena ada 'me time' supaya aku tak stress. Nasib jugak la husband aku keje sendiri so senang la sikit. Kalau keje ngan orang, dengan siapa la aku nak letak Ibrahim kalau aku nak pergi ber 'me time'?

ok.. ibrahim dah batuk-batuk dalam buai tu. Nak suruh angkat la tu. Tak pun puting takde kat mulut. Got to go :)

Wednesday, February 20, 2013

Ibrahim Dah Ada Baby Carrier

Hari ahad tu dah plan nak pergi Manjaku sebab nak beli baby carrier yang boleh buat carseat tu. Ini sebab terpengaruh ngan ceera sebab tengok baby yunnan senang je nak dihangkut ke mana-mana. Tapi aku ngan din beli yang brand biasa-biasa je sebab lagi sebulan dua tak tau Ibrahim muat ke tak nak letak dalam tu. Lagipun jumpa yang sampai berat 13kg je paling max. Ibrahim sekarang pun dah 6kg.

Tujuan beli baby carrier ni pun supaya kalau kami nak turun makan kat restoran ke apa, tak payah nak hangkut stroller. Leceh bebenor nak bawa turun naik benda tu. Tapi nak berjalan dalam mall tak guna kot baby carrier ni sebab rase berat. Paham-paham la Ibrahim macam mana. Pastu aku nak bergerak ke sana-sini pun senang bila ada bende ni.Jadi takde la aku terperap je duduk kat rumah.

Ibrahim pun suka je duduk dalam baby carrier ni. Cuma tak try lagi ikat-ikat seat belt kat dia. Dia bukan boleh kena ikat-ikat ni. Mau meraung macam kena dera. Tapi for safety wise kena pakaikan dia belt tu.

Korang yang ada baby tu boleh la try beli benda alah ni. Senang nak angkut baby. Kalau ada suami yang super gagah, jalan-jalan dalam mall pun boleh guna. Aku ngan din tak berapa nak gagah sebab Ibrahim dah 'super gagah' :)

Tuesday, February 19, 2013

Berhujung Minggu Di KL dan Selangor

Sabtu lepas, our little family ke LCCT menghantar mak usu Ibrahim yang nak balik Bandung. Dah alang-alang ke area sana, mari kita menghabiskan weekend di Selangor, KL. As usual mesti tido kat Hotel Uptown, Kajang. Dah suka dan rasa selesa tido kat hotel tu. Walaupun hotel bajet, tapi tak rase bajet sangat pun. Lagipun dekat dengan tempat makan yang best-best.

Ahad tu kami ke Manjaku. Cari-cari barang Ibrahim. Rase macam tak lama je sebab tuan kecik dah tantrum nak susu. Sebenarnya bukan nak susu sangat tapi Ibrahim tak selesa dan nak tido. So, dapat grab sikit je barang. Ingat jugak nak topup baju Ibrahim sebab sekarang baju dah nak masuk cycle baru tapi dapat sehelai seluar je. Nampaknya beli baju kat Johor jela awak ey.

Dari manjaku kita ke The Waterfront,Desapark City kat kepong sana. Abah nak beli gitar. Dah siap beli gitar, ingat nak jalan-jalan dalam tu lama sikit sekali tuan kecik tantrum lagi. Cepat-cepat blah dari situ. Nak jalan mana-mana pun susah kalau begini perangai tuan kecik. Yang aku perasan, cuaca kat sana kalau panas, panas sangat. Pastu hujan. Ibrahim habis naik ruam sebab berpeluh-peluh. Tu pasal la dia duk tantrum tak boleh nak pujuk. Aku ni pun dah selesema balik dari KL.

Abah dengan gitar barunya dan Azrin subculture.

Ibrahim muka mengantuk tunggu abah setel beli gitar.

Before balik, sempat la singgah rumah tok ngah Ibrahim kat kajang. Mandikan dan susukan dia so elok je dia tido. Kalau tak, o..ek..o..ek dia.

Friday, February 15, 2013

Ibrahim is 2 Months

Checkup dibuat sehari awal sebab hari jumaat KKIA takde buat checkup. Ibrahim kena cucuk 3 serangkai yang selalunya buat baby demam tapi alhamdulillah Ibrahim tak demam. Kuat ok anak mummy ni.

Mummy pulak kena minum air gula untuk sahkan mummy ni diabetes time pregnant je ke atau memang ade diabetes. Hope resultnya ok.

Dah 2 bulan ni Ibrahim dah boleh recognize mummy and abah. Pandai borak dan pandai ikut sebut beberapa patah perkataan lagi. meniarap pandai cuma mummy je takut nak bagi Ibrahim meniarap.

Berat : 5.94 ( + 1.14kg)
Tinggi : Tak ukur

Monday, February 11, 2013

Tak Ada Beza Cuti Ke Tak

Hari ni Isnin kan? Semua orang masih cuti CNY jadi dunia blog ni sunyi sepi la. Tambah cuti panjang jadi ramai yang ambil peluang nak balik kampung dan cuti-cuti Malaysia. Aku pulak terperap je dekat rumah sebab dah nasib suami bekerja sendiri. Time orang cuti, dia keje. Tapi alhamdulillah kitaorang happy je sebab masa kitaorang adalah flexible. Tak payah nak apply cuti. Cuma tu la, kalau cuti, income pun cuti la.

Cuti-cuti ni kat tempat aku hujan tak berenti. Mesti stress orang nak berjalan. Tapi bagus jugak, time cuti biasanya shopping mall ke, tempat-tempat pelancongan semua sesak orang. Baik habiskan quality time dengan family kan? Yang paling best, tarik selimut tidur berjemaah cuaca sejuk-sejuk ni.

Esok hari off business din, tak tau lagi aku nak follow ke tak dia restock barang kedai. Dulu berdua, aku ikut je. Sekarang macam kesian pulak nak heret Ibrahim. Tambah time hujan-hujan ni. Dah 2 minggu aku heret Ibrahim ikut abah dia. So far dia ok je. Boleh tahan lasak jugak Ibrahim ni. Tempat bising ke apa, kalau dah time tido dia, dia tido je. Cuma bab susu je la tak boleh nak tahan-tahan. Tapi sekarang dia merengek manja je. Takde nak nanges selok macam baru-baru lahir dulu.

Insya-Allah kalau takde aral, after cuti CNY ni aku akan launch business online. Dah lama plan tapi baru sekarang nak laksanakan. Korang dijemput memeriahkan lagi business aku tu. Jual barang biasa-biasa je. Sekarang takleh nak reveal lagi. Tunggu betul dah launch aku cerita kat sini ok. Sebab takut terpostpone ke malu pulak acik.

Aku kan kalau bercakap bukan reti nak berenti. Ini nak fikir ayat penutup entry pun aku buntu. Aku wish korang selamat bercuti je la. bYe!

Thursday, February 7, 2013

Makin Hari Makin Bam-Bam

Sebelum aku celoteh pasal aku , din dan Ibrahim, aku nak ucap terima kasih kat riana dan pemilik boutique lovey dovey shawl sebab sudi sharing kat entry milk booster tu. Aku dah try soya perisa jagung dah but still bukan milk booster aku. Sekarang ni makin teruk pulak rasenye nak dapatkan susu. Dah buat power pumping beberapa hari pun still la hasilnya sama je. Tapi aku taknak mengalah demi anak bam-bam temuk-temuk ku.

Ibrahim makin semangat. Kalau pegang memang sedap tak lembik-lembik so takde la aku rase insecure masa nak mandikan dia. Cuma kalau dukung lama-lama tu memang lenguh la pinggang. Pulak tu sekarang dapat peel nak suruh angkat bawa dia jalan-jalan tengok luar rumah. Ni nak kena cari kain dukung baby tu. Tapi bila survey online atau dalam buku Pa&Ma tu mahal yang amat. Cecah ratus-ratus kot kalau yang brand baik-baik.Tapi din macam tak berapa approve nak guna kain ikat-ikat macam tu. Walaupun aku cakap orang dulu-dulu lagi la pakai kain batik lepas je kendong anak. Ok je, selamat je.

Ibrahim sekarang kuat melasak dah. Mandi nak macam swimming. Kalau tak bagi dia buat aksi macam tu sure menangis. Pastu dah pandai cakap bahasa baby dah. Kadang-kadang entah apa yang dia borak ngan aku siap senyum-senyum. Yes! Ibrahim sangat pemurah dengan senyuman. Suka betul senyum dak temuk tu. Mummy dan abah pun dia dah kenal sangat.

Semalam first time after bersalin aku drive semula. Rase macam budak baru dapat lesen. Lama kot tak drive sebab berapa minggu before bersalin tu pun din yang drive ke mana aku nak pergi. Nanti nak praktis bawa Ibrahim pulak. Senang aku nak bergerak ke kedai ke atau ke mana-mana je. Ini macam patah kaki aku terperap kat dalam rumah.

Tadi first time after bersalin aku masak untuk din. Masak bende simple macam french toast ngan bake bean dah rase best sangat sebab ade anak kecik ni semuanya rase tak sempat. Lepas ni kita cuba masak benda-benda berat pulak macam lauk-lauk semua tu. Masak nasi , jerang air semua tak kira ey sebab yang tu kira ngelat.

Ok la panjang celoteh aku. Nanti Ibrahim bangun nak susu kelam kabut pulak aku. Jadinya meh la mengakhirkan entry dengan gambar makanan yang aku masak pagi tadi dan aku bangga gila ngan achievement aku yang tak seberapa tu :)

Wednesday, February 6, 2013

WW #1

Monday, February 4, 2013

Today Is Our 2nd Anniversary!

Pejam celik dah dua tahun since our nikah day.
Happy 2nd anniversary to my dear husband :)

Friday, February 1, 2013

Milk Booster?

Sampai saat ini, Ibrahim masih lagi menyusu campur-campur. I mean breast milk (BM)+ formula milk (FM). Kadang-kadang aku rase terkilan jugak sebab tak boleh nak bagi dia fully BM. Tapi mungkin gak rezeki Ibrahim banyak ni. Jadi aku bersyukur walaupun sikit tapi ada juga.

Masa checkup 1 bulan bila nurse tanya bagi susu badan je ke? aku terus terang je cakap campur sebab susu tak banyak. Tapi nurse tu cakap, kalau nak banyak kena selalu bagi direct feed. Aku dah cuba tapi tetap la hasilnya sama je. Pastu Ibrahim kalau flow susu kurang mulalah taknak direct. Tak sampai hati ok nak biar anak menangis menyusu tak puas so terpaksa gak bagi FM.

Aku kadang-kadang bagi Ibrahim susu guna botol supaya dia tak tantrum flow susu kurang. Kalau mood dia ok, baru bagi direct. Kalau pump pun paling banyak dalam sehari dapat 11 oz je. Pernah ok, 1 oz je dapat. Huhu..

Sampai sekarang aku tak jumpa milk booster aku lagi. milo, sawi, minum air banyak-banyak, makan nasi 3 kali sehari semua aku dah cuba. Still lagi nak mencuba benda-benda lain yang orang kata milk booster. Harapnya aku jumpa la milk booster aku supaya Ibrahim cukup BM.

Now, walaupun susu campur, badan anak aku semangat. Sampai orang ingat Ibrahim fully minum BM. Cuma satu lagi masalah ialah FM Ibrahim tu jenis yang ada bakteria baik tu. Harganya boleh tahan jugak la. 700g dalam RM 50++. Selalunya dalam 700 g tu sempat seminggu lebih ke dua minggu punya stok. Pastu kalau terlebih bancuh bukan boleh nak simpan- simpan bagi dia minum balik walaupun susu tak basi lagi. Nak tukar susu lain, aku takut Ibrahim tak sesuai ngan susu tu.

Lagipun Ibrahim pandai rasa susu. Pernah tukar susu Anmum pastu dia minum sikit sangat buat hilang dahaga je. Bila tukar balik susu Nan1 dia minum macam tak cukup je. Lepas tukar balik susu tu, 350g habis dalam 2 hari je.

So, kepada kawan-kawan yang berpengalaman BF anak tu, aku nak mintak tolong korang cadangkan apa lagi milk booster ey? Kalau makan ubat pengalak susu tu aku macam tak nak sebab takut effect dia. Harap korang dapat lah tolong aku ey :)